Tinggal Di Rumah Yang Ada Balkoni Ibu Bapa Perlu Alert Ini Jika Sayangkan Anak


Apabila bercakap mengenai penjagaan kanak-kanak, terutamanya anak kecil, ia turut melibatkan keselamatan di rumah dan bukan hanya semasa di luar. Jom ketahui asas keselamatan yang perlu dititikberatkan di dalam rumah.

Keselamatan di rumah untuk penjagaan kanak-kanak
Anda pasti ada terlihat video tular di laman Facebook memaparkan kanak-kanak perempuan memanjat dan bermain di luar balkoni bangunan pangsapuri yang dipercayai terletak di Lembah Klang. Tindakan kanak-kanak tersebut sememangnya boleh mengundang bahaya, bahkan maut juga menanti.
Namun jika difikirkan, situasi tersebut bukan sahaja berisiko terjadi pada bangunan yang bertingkat tinggi seperti pangsapuri mahupun kondominium, tetapi juga rumah bertingkat.
Berikut adalah beberapa peringatan yang perlu ibu bapa ketahui untuk menjaga aspek keselamatan anak semasa berada di rumah:
Keselamatan balkoni
Ini adalah tip untuk memastikan keselamatan di rumah pada bahagian balkoni:
#1. Jauhkan bangku, meja dan kerusi daripada pagar balkoni
Ia adalah satu naluri biasa pada kanak-kanak yang ingin memanjat pagar atau perabot untuk melihat pemandangan yang lebih baik. Namun dalam masa yang sama, ia meningkatkan risiko untuk anak terjatuh.
Jika kawasan balkoni anda terhad, sebaiknya biar ia berada dalam keadaan tanpa perabot. Cuma bawa keluar beberapa kerusi jika ingin melayan tetamu di sana.
#2. Waspada jarak antara palang pagar balkoni
Jarak antara palang bar di balkoni seharusnya tidak boleh melebihi 4 inci. Ia bertujuan untuk menghalang kanak-kanak walaupun bersaiz kecil untuk melepasi pagar tersebut.
Sekiranya ketinggian balkoni adalah lebih daripada 1 meter di atas paras tanah, ia mesti lah mempunyai pagar atau penghadang.
Ini bermakna jika anda tidak tinggal di kondo atau pangsapuri, tetapi mempunyai teres bertingkat, ia harus mempunyai pagar.
American Academy of Pediatrics (AAP) mencadangkan agar ketinggian pagar balkoni haruslah sekurang-kurangnya 3 kaki atau 1 meter.
#3. Pintu ke balkoni sentiasa berkunci, penting untuk penjagaan kanak-kanak
Anak-anak pada masa ini bijak-bijak belaka, malah yang masih kecil sekali pun ada kalanya sudah pandai untuk membuka pintu yang berkunci. Jadi penyelesaian terbaik adalah untuk memasang 2 jenis kunci yang berbeza.
Jika pintu ke balkoni jenis pintu gelangsar atau sliding door, anda boleh meletakkan papan penyelak pada landasan pintu untuk mengelakkan daripada terbuka.
Keselamatan di bahagian dapur
Kebanyakan jenis rumah yang diubah suai atau unit kondo menggunakan susun atur terbuka, menjadikan kawasan seperti dapur mudah diakses untuk semua individu termasuk kanak-kanak.
Jadi pastikan pisau dan peralatan dapur lain diletakkan jauh daripada capaian anak.
Sekiranya perlu, pasang kunci dan selak kalis kanak-kanak (kid-proof lock & latches) pada kabinet dan rak – terutamanya yang menyimpan peralatan berbahaya atau bekalan pembersih seperti peluntur atau semburan beracun.
Gunakan stove guard untuk menutup atau mengunci tombol dapur masakan, pastikan setiap pemegang periuk atau kuali dialihkan ke belakang untuk mengelakkan ia mudah dicapai anak semasa sedang memasak.
Anda juga boleh memasang pengadang sudut pada meja dan kaunter dapur.
Pastikan bilik mandi selamat
Dalam menitikberatkan aspek penjagaan kanak-kanak dan keselamatan di rumah, anda perlu ketahui bahawa bilik air adalah antara tempat berbahaya untuk anak kerana mereka boleh lemas walaupun dalam air takungan yang cetek serta tergelincir.
Anda boleh letakkan tikar getah pada lantai bilik air terutamanya di bahagian pancuran mandian atau tab mandi untuk mengurangkan lantai daripada licin.
Pilih pemanas air yang mempunyai peranti anti-panas atau pasangkan peranti tersebut pada kepala pancuran mandian untuk memastikan kulit anak tidak melecur atau terkena air yang terlalu panas.
Paling penting, jangan pernah meninggalkan anak di dalam bilik mandi tanpa pengawasan.

#Bahagian tingkap
Berikut antara aspek keselamatan pada tingkap di rumah, sentiasa pastikan semua tingkap agar:
Tidak dibuka lebih daripada 12.5 cm Mempunyai selak, kunci atau pengadang tingkap untuk menghentikan pembukaan tingkap lebih daripada 12.5 cm Hanya boleh dibuka daripada atas Jauhkan perabot, katil daripada tingkap untuk mengelakkan anak menggunakannya untuk memanjat tingkap Ajar anak untuk bermain jauh daripada tingkap Sentiasa awasi anak yang bermain berhampiran tingkap Lindungi palam elektrik, aspek keselamatan di rumah yang penting
Sikap ingin tahu anak terutamanya yang masih kecil membuatkan mereka akan menyentuh segalanya termasuklah soket elektrik.
Pastikan setiap palam atau soket elektrik dilindungi menggunakan pelindung keselamatan untuk mengelakkan anak daripada memasukkan jari.
Wayar juga perlu dipastikan sentiasa kemas dan tidak berselirat di lantai – jauh daripada jangkauan anak-anak.
Ajari anak aspek keselamatan di rumah
Tip terakhir dalam memastikan keselamatan anak semasa di rumah adalah dengan mengajar mereka mengenai aspek keselamatan dan mematuhi peraturan apabila berada di kawasan dengan pagar balkoni.
Tetapkan beberapa peraturan asas seperti:
Balkoni adalah kawasan terlarang untuk bermain melainkan bersama individu dewasa
Dilarang memanjat pagar balkoni atau perabot yang terletak di sana
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
-Hello Doktor
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
The post Tinggal Di Rumah Yang Ada Balkoni? Ibu Bapa Perlu ‘Alert’ Ini Jika Sayangkan Anak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tinggal-di-rumah-yang-ada-balkoni-ibu-bapa-perlu-alert-ini-jika-sayangkan-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Aurat Ibu Bapa Dengan Anak Anak

Apakah Aurat Ibu Bapa Dengan Anak Anak

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 444 hits
Apakah Aurat Ibu Bapa Dengan Anak anak Assalamualaikum semua salam hari Jumaat hari yang penuh baroqah Mama doakan semua yang sedang membaca ni semoga dikurniakan kesihatan yang baik rezeki yang murah dan dipermudahan segala urusan Semoga k...
Anak Perempuan Wajib Bertanggungjawab Kepada Ibu Bapa Selepas Bergelar Isteri Orang

Anak Perempuan Wajib Bertanggungjawab Kepada Ibu Bapa Selepas Bergelar Isteri Orang

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 458 hits
Sedikit Renungan untuk diri Sendiri Kalau suami tak izin berkerja tanggungjawab membantu ibu bapa sudah jatuh ke tangan suami Menantu lelaki pun ada tanggungjawab kepada mertua Lagi lagi mertua yg miskin Jangan cakap ibu mertua itu bukan ta...
Tukarkan Gajet Kepada Mainan Cara Ibu Ini Buat Menjadi Anak Lebih Dengar Kata

Tukarkan Gajet Kepada Mainan Cara Ibu Ini Buat Menjadi Anak Lebih Dengar Kata

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 230 hits
Kebanyakan ibu bapa anggap gajet akan menarik perhatian anak yang tidak boleh duduk diam dan mudah bosan dengan keadaan sekeliling Disebabkan alasan itulah ibu bapa dengan mudahnya membenarkan anak anak mereka menggunakan gajet ketika waktu...
Gelaran Untuk Ibu Bapa Hanya Untuk Yang Selayaknya

Gelaran Untuk Ibu Bapa Hanya Untuk Yang Selayaknya

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 245 hits
1 Ada banyak gelaran panggilan yang merujuk kepada ibu bapa seperti ayah abah papa bapak abi daddy mak mama ummi mummy dan sebagainya 2 Mungkin ada yang tak bersetuju dengan aku tapi aku tak setuju penggunaan gelaran panggilan ibu bapa ini ...
Ibu Tiga Anak Maut Digilis

Ibu Tiga Anak Maut Digilis

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 354 hits
Oleh Keadaan kereta Proton Wira yang dinaiki lima beranak selepas terbabit dalam nahas yang mengorbankan Kamariah Wahab di di Kilometer 130 Jalan Raya Timur Barat pagi tadi Foto BOMBA JELI Seorang ibu kepada tiga anak maut digilis sebuah ke...
Anak Teruja Sekolah Dah Buka Tapi Ibu Yang Gugup

Anak Teruja Sekolah Dah Buka Tapi Ibu Yang Gugup

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 281 hits
Anak Teruja Sekolah Dah Buka Tapi Ibu Yang Gugup Assalamualaikum dan hai semua Finally sekolah dah buka Berakhirlah episode PDPR yang memeningkan para ibu ayah Baru kita tahu betapa besar pengorbanan seorang guru kan Alhamdulillah Geng 4A d...
Lima Anak Lapor Ibu Kepada Polis Dakwa Ibu Seleweng Harta Pusaka Kerana Jual Geran Tanah

Lima Anak Lapor Ibu Kepada Polis Dakwa Ibu Seleweng Harta Pusaka Kerana Jual Geran Tanah

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 250 hits
Gara gara harta pusaka lima orang anak dipercayai telah melaporkan ibu mereka kepada pihak polis di Kampung Gudang Huut Kabupaten Bekasi Jawa Barat Memetik laporan Kompas com mereka tergamak melaporkan wanita yang melahirkan dan membesarkan...
Kisah Ibu Dan Empat Anak Yang Terpisah Saat Erupsi Gunung Semeru

Kisah Ibu Dan Empat Anak Yang Terpisah Saat Erupsi Gunung Semeru

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 279 hits
Asap tebal keluar dan mendadak cuaca menjadi gelap gulita Lasimin mencoba berusaha mendapat kabar keberadaan anak anaknya
Ibu Dan Anak Korban Letusan Gunung Berapi Semeru Ditemui Berpelukan Bawah Timbunan Debu Panas

Ibu Dan Anak Korban Letusan Gunung Berapi Semeru Ditemui Berpelukan Bawah Timbunan Debu Panas

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 861 hits
LUMAJANG Operasi mencari dan menyelamat mangsa letusan Gunung Berapi Semeru turut disertai oleh kumpulan sukarelawan dari Jember Selain melakukan SAR kumpulan sukarelawan itu juga membantu pihak berkuasa mendirikan pusat perlindungan sement...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025