Anak Kita Masih Kecil Kehilangan Ibu Bapa Di Usia Muda Beri Kesan Pada Emosi Beringatlah


Hari ini banyak kes kematian mengejut melibatkan ibu bapa muda yang masih mempunyai anak-anak kecil. Kebanyakan kes kematian berlaku secara mengejut dan tanpa sebarang sejarah penyakit yang berbahaya.
Ya, memang benar ajal maut Tuhan yang menentukan tetapi sebagai manusia kita boleh berusaha untuk menjaga kesihatan diri agar terhindar daripada jangkitan penyakit berbahaya. Ingatlah anak-anak yang masih kecil, kehilangan ibu bapa di usia muda memberikan impak yang besar terhadap emosi dan tumbesaran anak.
Menurut Jabatan Statistik 2019, penyakit jantung terus menjadi punca utama kematian di Malaysia. Masalah kolesterol tinggi, faktor risiko utama penyakit jantung memberi kesan kepada 8 juta atau 40% orang dewasa di Malaysia. Kebanyakan ibu bapa muda semakin terdedah pada risiko tersebut yang mana sudah tentuu ia memberi impak besar kepada anak-anak untuk menghadapi kehilangan ibu bapa di usia kecil.
Artikel menarik lain: Tiap Petang, Tiap Hari Anak Akan Tunggu Kita Pulang Dari Kerja. Jangan Kecewakan Hati Mereka, Beringatlah
Dr. Beni Rusani, Konsultan Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN) dan Rozanna M Rosly, Ketua Perkhidmatan Dietetik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMSC) berpesan kepada ibu bapa muda agar menjaga kesihatan masing-masing dan ubahlah gaya hidup dan tabiat pemakanan jika sayangkan diri sendiri dan sudah tentunya anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang ibu bapa.
 
Dr Beni Rusani, Konsultan Kardiologi, Institut Jantung Negara Ibu bapa, tibalah masa untuk menjaga jantungmu!
Dengan peningkatan risiko penyakit jantung dalam kalangan ibu bapa muda, pakar-pakar bersetuju bahawa mengutamakan pengurusan kolesterol adalah amalan ibu bapa yang bertanggungjawab.
Kehilangan ibu bapa yang muda memberikan impak jauh lebih besar berbanding kehilangan ibu bapa yang lebih tua. Bagi seorang kanak-kanak, ini bermaksud kehilangan kasih sayang, kepercayaan dan model peranan ketika usia pembentukan mereka masih lagi kritikal. Begitu juga impak terhadap mata pencarian sekeluarga.
Ini bukanlah satu senario yang baharu. Di Malaysia, penyakit jantung kekal sebagai punca utama kematian dalam kalangan orang dewasa [1]. Kolesterol tinggi, iaitu faktor risiko utama penyakit jantung, menjejaskan 8 juta atau 40% orang dewasa di Malaysia[2]. Dengan peranan, harapan dan tuntutan terhadap ibu bapa yang kian mencabar serta gaya hidup yang serba pantas, tidak hairanlah golongan ibu bapa berhadapan dengan risiko kolesterol tinggi yang semakin meningkat.
Gambar Hiasan “Pilihan gaya hidup yang tidak sihat sudah menjadi norma ibu bapa muda generasi baharu,” kata Dr Beni Rusani, perunding kardiologi di Institut Jantung Negara (IJN). Tabiat makan yang tidak sihat, peningkatan tahap stres, gaya hidup sedentari, dan merokok – sebahagian besarnya disebabkan oleh jadual kerja yang sibuk – mendedahkan ibu bapa muda kepada risiko kolesterol tinggi dan penyakit kronik tidak berjangkit (NCD). “Kronik merupakan kata kunci di sini,” tambahnya yang bermaksud masalah ini merupakan hasil faktor risiko yang terkumpul bertahun-tahun lamanya.
“Penyakit jantung lazimnya dikesan dalam kumpulan usia 50-60 tahun. Namun begitu, NCD bukan penyakit yang berlaku dalam masa sehari, malah ianya berpunca akibat tabiat buruk yang berlarutan selama kira-kira 20 tahun.”
Lebih membimbangkan lagi, pesakit jantung di Malaysia adalah yang termuda berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara.
“Ibu bapa kini mempunyai lebih banyak sebab untuk mengambil berat tentang kesihatan jantung dan kolesterol tinggi sejak awal lagi,” katanya.
“Bagi memerangi kolesterol tinggi, sememangnya mencegah adalah lebih baik daripada mengubati,” kata Dr Beni. “Malahan, cara ini sebenarnya lebih murah. Oleh sebab kolesterol tinggi merupakan kesan tabiat buruk jangka panjang, semakin lama diabaikan, semakin sukar untuk dirawat. Ini pula akan menyebabkan kos ubat-ubatan dan rawatan melambung. ”
Mungkin ramai yang mengeluh, pencegahan lebih mudah dikatakan daripada dilakukan. “Jika ibu bapa sukar untuk mendapatkan motivasi, lakukanlah demi anak-anak mereka.”
Ini adalah kerana kanak-kanak cenderung untuk meniru tingkah laku ibu bapa mereka. “Dalam erti kata lain, ibu bapa harus menunjukkan teladan yang lebih baik seperti mengamalkan diet yang seimbang dan bersenam secara konsisten supaya menjadi ikutan anak-anak mereka. Dengan cara ini, kita dapat memutuskan kitaran negatif di mana mereka mengulangi tabiat buruk ibu bapa mereka, bahkan sebelum mereka menempuh alam dewasa.”
“Perkara ini tidak lebih daripada akal budi (common sense) dan keupayaan membuat keputusan secara bertanggungjawab – dalam erti kata lain, sifat-sifat keibubapaan yang baik.”
Amal Diet Sihat Jantung
Memutuskan kitaran negatif mungkin kedengaran seperti satu tanggungjawab yang besar, namun Rozanna M Rosly, Ketua Perkhidmatan Dietetik, Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC) percaya perkara itu bermula dengan menambah baik tabiat makan seseorang. “Sebagai rakyat Malaysia, tidak dinafikan selera makan kita memang ‘sihat’, apatah lagi dengan pilihan makanan segera, makan di luar, dan khidmat penghantaran makanan yang semakin berleluasa.”
Rozanna M Rosly, Ketua Perkhidmatan Dietetik, Pusat Perubatan Universiti Malaya “Namun, terdapat beberapa perubahan gaya hidup positif berikutan perintah kawalan pergerakan baru-baru ini, seperti amalan memasak di rumah dan peningkatan masa untuk mengeratkan ikatan keluarga. Ini meyakinkan saya bahawa kita sebenarnya mampu menjadikan tabiat makan yang sihat suatu kebiasaan baharu,” katanya.
Menurut Rozanna, diet sihat jantung tidak rumit untuk diamalkan, malahan tidak memerlukan perubahan yang drastik. “Cuma beberapa petua yang sangat mudah, sehinggakan ibu bapa dengan jadual yang padat pun dapat mengamalkannya.”
Mulakan dengan Pinggan Sihat Malaysia, petua yang berdasarkan konsep membahagikan satu pinggan makan kepada tiga bahagian, iaitu ‘Suku-Suku-Separuh’. Suku pertama diisi dengan protein (seperti ikan, ayam, daging dan kekacang), manakala suku kedua diisi dengan karbohidrat (seperti nasi, mi, roti dan bijirin). Separuh yang selebihnya pula terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.
“Fokus adalah pada yang Separuh, kerana 95% orang dewasa di Malaysia tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran seperti yang disyorkan setiap hari,” tegasnya. Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Diet yang tinggi dengan serat makanan dapat membantu mengurangkan risiko NCD termasuk kolesterol tinggi.
Satu lagi penambahan kepada diet yang seimbang, ibu bapa juga boleh mempertimbangkan makanan yang diperkaya dengan sterol tumbuhan. Sterol tumbuhan mempunyai struktur yang serupa dengan kolesterol dan berfungsi mengurangkan penyerapan kolesterol ke dalam darah.
Walaupun boleh didapati secara semula jadi dalam semua tumbuh-tumbuhan, amat sukar untuk seseorang mendapat sterol tumbuhan yang mencukupi untuk mendapatkan kesan penurunan kolesterol daripada diet Malaysia yang biasa. Sterol tumbuhan ditambahkan ke dalam pelbagai produk makanan, termasuk susu yang diperkaya di Malaysia. Kajian menunjukkan pengambilan harian 2 hingga 3 g sterol tumbuhan dapat menurunkan kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) ataupun kolesterol tidak baik setinggi 10%, termasuk mereka yang menghidap kolesterol tinggi[3].
Satu lagi petua berguna ialah ‘pertukaran’ makanan. “Anda pasti terkejut betapa banyaknya pilihan pertukaran makanan yang lebih sihat dalam makanan seharian kita di Malaysia. Peraturan umum petua ini adalah mengurangkan makanan berminyak atau bergoreng, makanan yang tinggi garam, serta memberikan perhatian kepada jumlah pengambilan kalori anda,” jelasnya.
Mengulas tentang tabiat makan tidak sihat yang harus ditinggalkan oleh rakyat Malaysia, Rozanna berkongsi nasihat berikut: Amalkan tabiat snek yang sihat dengan membuat pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Daging yang diproses dan makanan segera juga harus dikurangkan. Berikan perhatian bukan sahaja pada makanan bahkan minuman anda. Pengambilan minuman berkarbonat dan bergula yang berlebihan akan meningkatkan jumlah kalori anda. Malahan menurut kajian terkini, ia juga akan meningkatkan risiko penyakit jantung.
Bak kata pepatah, ‘Kota Rom tidak dibina dalam sehari’, tiada jalan pintas untuk mencapai kesihatan jantung. Bagaimanapun, kedua-dua pakar bersetuju bahawa setiap langkah kecil yang diambil adalah penting, dan ibu bapa harus mula mengubah gaya hidup mereka dan mengamalkan rutin penjagaan kesihatan jantung mereka sekarang, demi menuju kehidupan yang bermakna dengan orang yang tersayang.
[1] Jabatan Statistik Malaysia – Perangkaan Sebab Kematian Malaysia (2019)
[2] Kementerian Kesihatan Malaysia – Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (2019)
[3] Gylling, H. et al (2014). Sterol tumbuhan dan stanol tumbuhan dalam pengurusan dislipidaemia serta pencegahan penyakit kardiovaskular. Aterosklerosis, 232 (2): 346-60
The post Anak Kita Masih Kecil, Kehilangan Ibu Bapa Di Usia Muda Beri Kesan Pada Emosi, Beringatlah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-kita-masih-kecil-kehilangan-ibu-bapa-di-usia-muda-beri-kesan-pada-emosi-beringatlah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Kecil Memberi Syafaat Kepada Ibu Bapa Untuk Masuk Syurga

Anak Kecil Memberi Syafaat Kepada Ibu Bapa Untuk Masuk Syurga

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 342 hits
SOALANAda yang mengatakan jika seorang anak meninggal masa mereka masih kecil anak tersebut boleh memberi syafaat kepada ibu bapanya untuk masuk syurga Adakah perkara ini benar JAWAPAN Untuk menjawab persoalan di atas maka disertakan disini...
Jangan Biarkan Anak Disconnected Dengan Ibu Bapa

Jangan Biarkan Anak Disconnected Dengan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 293 hits
1 Minggu lepas berbual dengan seorang rakan pejabat Dia cerita anak sulung lelakinya lepasan SPM tahun lepas Anaknya tu budak pandai dulu sekolah berasrama penuh Keputusan SPM pun bagus 2 Namun isu yang dia hadapi adalah dia tak faham denga...
7 Orang Anak 21 Cucu Meriahnya Sambut Birthday Che Ta Syukur Ibu Masih Sihat

7 Orang Anak 21 Cucu Meriahnya Sambut Birthday Che Ta Syukur Ibu Masih Sihat

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 355 hits
Pelakon Rozita Che Wan baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ibu tersayang Menerusi akaun Instagramnya Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berkongsi beberapa foto sambutan tersebut bersama keluarganya Che Ta juga menerusi ...
Bapa Kejam Sengaja Tolak Anak Kecil Jatuh Stroller Hentak Anak Dengan Kuat

Bapa Kejam Sengaja Tolak Anak Kecil Jatuh Stroller Hentak Anak Dengan Kuat

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 323 hits
Tular satu video di mana seorang bapa menolak anak jatuh dari stroller kemudian melenyek anaknya dengan menggunakan stroller tersebut Dalam rakaman video itu jelas kedengaran suara anaknya menangis dan tantrum Video tular ini yang tidak dap...
Dbkl Kecewa Ibu Bapa Didawak Bawa Anak Main Di Taman Permaianan Walau Notis Penutupan Sudah Ditampal

Dbkl Kecewa Ibu Bapa Didawak Bawa Anak Main Di Taman Permaianan Walau Notis Penutupan Sudah Ditampal

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 341 hits
PUTRAJAYA 27 Julai Bapak borek anak rintik Itulah perumpaan paling tepat ditujukan buat segelintir ibu bapa yang mengajar anak anak melanggar undang undang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi satu hantaran di Facebook meluahkan rasa kecew...
Sebenarnya Anak Lelaki Lebih Perlu Sokongan Emosi Dari Ibu Ayah Berbanding Anak Perempuan

Sebenarnya Anak Lelaki Lebih Perlu Sokongan Emosi Dari Ibu Ayah Berbanding Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 395 hits
Secara luaran kita nampak anak lelaki lebih lasak aktif dan berani berbanding anak perempuan Oleh itu kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak jantina lelaki dan perempuan akan lebih memberikan tumpuan kepada anak perempuan yang dianggap leb...
9 Lagu Ciptaan Papa T Bob Yang Sukses Temani Masa Kecil Anak Generasi 90 An Masih Terngiang Ngiang

9 Lagu Ciptaan Papa T Bob Yang Sukses Temani Masa Kecil Anak Generasi 90 An Masih Terngiang Ngiang

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 295 hits
Meskipun udah lama nggak denger tapi pasti kamu auto nyanyi begitu denger lagu lagu ciptaan Papa T Bob ini Terima kasih legend
Jangan Takut Bawa Anak Pergi Vaksin Masa Covid 19 Ini 3 Cara Ibu Bapa Perlu Lakukan Ketika Jumpa Doktor

Jangan Takut Bawa Anak Pergi Vaksin Masa Covid 19 Ini 3 Cara Ibu Bapa Perlu Lakukan Ketika Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 365 hits
Susulan virus COVID 19 yang melanda Malaysia lebih sukar untuk ibu bapa membawa anak sakit ke hospital Walaupun kerajaan masih menggalakkan ibu bapa untuk bawa anak ke hospital untuk tujuan pemeriksaan rutin ibu bapa pasti berasa risau kera...
Pesalah Basikal Lajak Ibu Bapa Boleh Dihukum Tak Lebih Rm5 000

Pesalah Basikal Lajak Ibu Bapa Boleh Dihukum Tak Lebih Rm5 000

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 336 hits
PARLIMEN Rang Undang undang untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan memperuntukkan pesalah basikal lajak yang diletakkan di bawah pengguna kenderaan mikromobiliti bakal dikenakan denda tidak kurang daripada RM1 000 dan tidak lebih RM5 000 ber...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids