Pesalah Basikal Lajak Ibu Bapa Boleh Dihukum Tak Lebih Rm5 000


Yasmin Ramlan
PARLIMEN | Rang Undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan memperuntukkan pesalah basikal lajak yang diletakkan di bawah pengguna kenderaan mikromobiliti bakal dikenakan denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih RM5,000 berbanding hukuman sedia ada tidak kurang RM300.
Pesalah juga boleh dipenjara selama tidak lebih 12 bulan. Sementara itu, penjaga atau ibu bapa pesalah juga boleh dikenakan hukuman.
Menurut Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong, peningkatan kadar denda kepada pesalah basikal lajak itu merupakan langkah pencegahan dan bagi menjaga keselamatan jalan raya.
Katanya, ia juga bertujuan supaya ibu bapa menjaga keselamatan anak-anak mereka kerana terdapat situasi di mana ibu bapa tidak tahu keberadaan anak mereka walaupun pada lewat malam.
"Tujuan kita tidak mahu menghukum kalau kita benarkan kenderaan yang tidak mempunyai 'break' atas jalan raya. Bayangkan kemalangan akan berlaku bila-bila masa.
"Itu yang kita nak buat pindaan. Dulu denda RM300 orang tidak takut, sekarang kita perketat dan hukuman lebih berat," katanya pada sidang media sesi taklimat kepada media di bangunan parlimen hari ini.
Kerajaan Perikatan Nasional hari ini membentangkan Rang Undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi menguatkuasakan hukuman yang lebih tinggi terhadap pemanduan cuai atau dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian.
RUU tersebut menaikkan tempoh penjara dan nilai denda untuk beberapa bahagian, dengan pesalah berulang berdepan hukuman yang lebih keras.
Bagi kesalahan menyebabkan kematian akibat pemanduan cuai, Seksyen 41(1) Akta itu akan dipinda dengan meningkatkan hukuman penjara kepada lima tahun berbanding dua tahun sebelum ini. Bagi pesalah berulang, mereka boleh dipenjara antara 10 hingga 15 tahun.
Bacaan kali kedua rang undang-undang itu akan dibuat pada persidangan dewan kali ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/pesalah-basikal-lajak-ibu-bapa-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tunggang Basikal Lajak Ibu Bapa Berdepan Denda Rm1 000 Penjara

Tunggang Basikal Lajak Ibu Bapa Berdepan Denda Rm1 000 Penjara

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 1126 hits
KUALA LUMPUR Ibu bapa atau penjaga remaja bawah umur bakal dikenakan hukuman denda RM1 000 atau penjara maksimum setahun sekiranya anak di bawah jagaan mereka disabit dengan kesalahan menunggang basikal lajak atau basikal yang diubahsuai Me...
Kadar Denda Basikal Lajak Kini Dinaikkan Dengan Rm1 000 Kadar Minimum

Kadar Denda Basikal Lajak Kini Dinaikkan Dengan Rm1 000 Kadar Minimum

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 1293 hits
Akhirnya isu mengenai basikal lajak kini mendapat perhatian menteri Datuk Seri Wee Ka Siong Menteri Pengangkutan kini mahu meminda dan memperketatkan undang undang penggunaan basikal lajak yang popular dikalangan remaja bawah 18 tahun setel...
Dbkl Kecewa Ibu Bapa Didawak Bawa Anak Main Di Taman Permaianan Walau Notis Penutupan Sudah Ditampal

Dbkl Kecewa Ibu Bapa Didawak Bawa Anak Main Di Taman Permaianan Walau Notis Penutupan Sudah Ditampal

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 304 hits
PUTRAJAYA 27 Julai Bapak borek anak rintik Itulah perumpaan paling tepat ditujukan buat segelintir ibu bapa yang mengajar anak anak melanggar undang undang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi satu hantaran di Facebook meluahkan rasa kecew...
Ibu Boleh Tertekan Bila Dapat Tahu Anak Autisme Minta Pertolongan Amp Carilah Allah Dahulu

Ibu Boleh Tertekan Bila Dapat Tahu Anak Autisme Minta Pertolongan Amp Carilah Allah Dahulu

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 215 hits
Bergelar ibu ayah memberi peluang kepada anda untuk melalui pelbagai perkara baharu dalam hidup Timbul pelbagai perasaan suka dan duka dalam membesarkan amanah Allah ini Namun tidak siapa sanggup diuji dugaan hebat seperti memiliki anak ist...
Sebenarnya Anak Lelaki Lebih Perlu Sokongan Emosi Dari Ibu Ayah Berbanding Anak Perempuan

Sebenarnya Anak Lelaki Lebih Perlu Sokongan Emosi Dari Ibu Ayah Berbanding Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 341 hits
Secara luaran kita nampak anak lelaki lebih lasak aktif dan berani berbanding anak perempuan Oleh itu kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak jantina lelaki dan perempuan akan lebih memberikan tumpuan kepada anak perempuan yang dianggap leb...
Ibu Menyusu Makan Biarlah Berkhasiat Boleh Pengaruhi Tabiat Pemakanan Anak Kelak

Ibu Menyusu Makan Biarlah Berkhasiat Boleh Pengaruhi Tabiat Pemakanan Anak Kelak

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 289 hits
Semasa tahun pertama kehidupan kanak kanak mengalami tumbesaran fizikal sosial dan emosi yang pesat Tabiat pemakanan mereka juga berkembang ketika tempoh ini Ketika tempoh ini juga berlakunya peralihan daripada susu ibu ke pelbagai jenis ma...
Ibu Scam Ramai Orang Han Sohee Mohon Maaf Dedah Membesar Dengan Nenek Selepas Ibu Bapa Bercerai

Ibu Scam Ramai Orang Han Sohee Mohon Maaf Dedah Membesar Dengan Nenek Selepas Ibu Bapa Bercerai

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 211 hits
Kalau anda nak tahu baru baru ini terdapat satu entri di sebuah forum atas talian yang telah mendedahkan bahawa dia telah ditipu oleh ibu kepada salah seorang pelakon daripada drama The World Of The Married Sebagai bukti individu tersebut A...
Padah Merayau Jauh Dari Ibu Bapa Budak 6 Tahun Hampir Maut Dibaham Buaya

Padah Merayau Jauh Dari Ibu Bapa Budak 6 Tahun Hampir Maut Dibaham Buaya

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 362 hits
Padah merayau jauh dari ibu bapa budak 6 tahun hampir maut dibaham buayaMangsa kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan akibat kecederaan teruk yang dialami SEORANG budak lelaki berusia enam tahun hampir maut selepas diserang seekor b...
Lebih Baik Bina Rumah Orang Miskin Daripada Korban Lembu Wagyu Rm30 000 Kata Mufti

Lebih Baik Bina Rumah Orang Miskin Daripada Korban Lembu Wagyu Rm30 000 Kata Mufti

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 354 hits
Mohamad Shukri Mohamad berkata korban tidak boleh dibuat sesuka hati kerana ia adalah ibadah yang terikat dengan syariat Islam PETALING JAYA Ibadah korban tidak memerlukan penggunaan lembu mahal tetapi mencukupi dengan lembu biasa yang bole...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb