Anak Ketagih Tengok Tiktok Ibu Bapa Perlu Waspada Risiko Ini


Anak Ketagih Tengok TikTok, Ibu Bapa Perlu Waspada Risiko Ini
Dalam era yang serba moden ini, internet banyak mengambil alih kehidupan seharian kita. Jika dahulu, ada yang sanggup mempelajari sesuatu benda dengan orang yang lebih mahir, berguru hingga ke kawasan pedalaman dan sebagainya.
Namun kini, lambakan informasi di media sosial menjadikan kita lebih gemar menghabiskan masa di depan skrin sahaja.
Antara aplikasi yang sering menjadi pilihan untuk masyarakat kita mencari maklumat, menonton video atau berita adalah di TikTok.
Rata-rata yang menggunakan aplikasi ini adalah golongan yang lebih muda. Ini kerana mereka beranggapan trend semasa bermula dari aplikasi tersebut. Namun, ketagihan melampau terhadap aktiviti ini akan mendatangkan kesan yang buruk.
Ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini.
TikTok merupakan antara aplikasi media sosial yang banyak digunakan oleh remaja. Namun, penggunaan aplikasi ini mempunyai pro dan kontranya. Ada juga mengatakan wujud risiko untuk menglami sindrom TikTok.
Tetapi, adakah ia benar atau sekadar rekaan semata-mata?
Video tentang remaja dengan sindrom TikTok Pada pertengahan tahun 2020, tersebar beberapa video mengenai testimoni remaja yang mendakwa bahawa mereka menghidap penyakit yang dipanggil sindrom TikTok.
Dikatakan sindrom ini merupakan gangguan koordinasi yang menyebabkan penghidapnya tidak dapat mengawal pergerakan tubuh sendiri.
Keadaan tersebut kononnya terlalu banyak bermain aplikasi medis sosial TikTok dan tubuh mereka akan bergerak dengan sendiri seolah-olah sedang menari walaupun ketika tidur.
Namun kebenarannya, dalam video tersebut telah menjelaskan bahawa ia adalah sindrm rekaan semata-mata dan dibuat atas tujuan untuk keseronokan – bermakna mereka langsung tidak mempunyai sebarang gangguan kesihatan.
Adakah sindrom TikTok benar-benar wujud? Dari aspek perubatan, sememangnya wujud penyakit tertentu yang menyebabkan penghidapnya menggerakkan tubuh sendiri tanpa disengajakan seperti sindrom Tourette.
Tetapi, keadaan itu melibatkan masalah sistem saraf yang mungkin berpunca daripada keturuna dan bukannya kerana terlalu banyak bermain aplikasi media sosial TikTok.
Bahkan sehingga kini tidak terdapat sebarang kajian saintifik pun yang menyebut tentang sindrom ini.
Justeru, berita mengenai kejadian sindrom ini dalam kalangan remaja adalah berita palsu dan rekaan sahaja.
BACA: Elak Anak Ketagih Gajet, Ini 6 Tip Untuk Kawal Penggunaan Risiko bahaya bermain aplikasi media sosial TikTok terlalu lama Walaupun sindrom ini adalah penyakit palsu yang dibuat-buat, namun itu tidak bermakna aplikasi ini tidak membawa kesan negatif sekiranya anak anda terlalu kerap menggunakannya.
Berikut adalah beberapa impak yang mungkin dialami oleh anak jika mereka terlalu kerap memainkan aplikasi ini:
1. Ketagih menari Keinginan untuk bersaing adalah sebahagian daripada tahap perkembangan normal remaja.
Dan perkara itu tidak terkecuali dalam TikTok ini, di mana mereka bersaing untuk memuat naik video tarian.
Ini terutamanya sejak pandemik COVID-19, dengan menganggap aplikasi ini sebagai cara untuk anak tidak bosan kerana terpaksa duduk di rumah.
Tidak dinafikan, menari adalah salah satu kaedah untuk membuatkan anak aktif dengan cara yang menyeronokkan. Tetapi, ia haruslah terkawal. Jika terlalu kerap menari boleh mengakibatkan wujud ketagihan.
Terdapat kajian yang dilakukan ke atas penari yang kerap berlatih setiap minggu mendapat pelbagai ganggua psikologi.
Keadaan ini berkait rapat dengan gangguan pemakanan. Hilang selera makan adalah perkara biasa dalam kalangan penari kerana mereka taksub untuk mengekalkan penampilan badan yang menarik.
Kajian itu juga menunjukkan mereka yang aktif menari biasanya ingin lari daripada masalah hidup, terutamanya apabila berdepan dengan masalah yang sukar diselesaikan.
Pun begitu, masih banyak penyelidikan perlu dilakukan bagi mengkaji hubungan antara TikTok dan ketagihan menari.
2. Ketagihan TikTok Walaupun sindrom TikTok bukanlah penyakit sebenar, tetapi wujud risiko untuk anak menjadi ketagih jika terlalu kerap bermain dengan aplikasi tersebut. Bahkan, ketagihan itu lebih cenderung untuk berlaku dalam kalangan remaja.
Ketagihan bermain aplikasi tersebut akan mengakibatkan anak menjadi taksub untuk mengejar populariti dalam dunia TikTok.
Mendapat jumlah ‘suka’, ‘kongsi’ atau ‘komen’ pada video yang dimuat naik akan menjadi keutamaan.
Secara tidak langsung, kesannya anak akan mengabaikan perkara lebih penting seperti culas melakukan tugasan sekolah dan ungkin melangkau hidangan makanan.
Bukan setakat itu sahaja, terdapat beberapa cabaran pada aplikasi media sosial TikTok ini dianggap tidak sesuai untuk dilakukan remaja. Antara contohnya adalah cabaran bercium, bergurau melampaui batas dan sebagainya.
Jika dibiarkan, keadaan ini pastinya akan merosakkan mental dan personaliti anak.
3. Ketagih dengan gajet Adakah ia terhenti setakat ketagihan menari dan menggunakan aplikasi media sosial TikTok sahaja?
Sudah tentulah tidak! Ini kerana apabila anak ketagih untuk menari di TikTok, ia secara tidak langsung akan meningkatkan kecenderungan mereka untuk menjadi ketagihan gajet.
Kesan ketagihan gajet adalah seperti berikut:
Anak akan mengalami kesukaran menumpukan perhatian pada pelajaran sekolah Tidak berdisiplin terhadap rancangan dan jadual harian Mengalami sakit di bahagian belakang leher Anak akan menjadi mudah marah dan resah apabila tidak menggunakan perantinya Selalu berjaga lewat malam dan sukar untuk tidur Tidak boleh berhenti bermain telefon pintar Teruskan berfikir tentang perkara di sekitar telefon pintar Walaupun kesannya tidak nampak seteruk sindrom TikTok yang direka itu, tetapi jika ketagihan terhadap gajet berterusan, ia akan menyebabkan kesan jangka panjang.
Ia akan melibatkan pencapaian akademik merosot, anak menjadi malas, tidak berdisiplin, serta sukar untuk merancang masa depan adalah perkara yang perlu ibu bapa jangkakan dan bimbangkan.
BACA: 7 Tahun Besarkan Anak Tanpa Gajet, Lelaki Ini Kongsi Kesannya7 Tahun Besarkan Anak Tanpa Gajet, Lelaki Ini Kongsi Kesannya Sumber: Hello Doktor
The post Anak Ketagih Tengok TikTok, Ibu Bapa Perlu Waspada Risiko Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/31/anak-ketagih-tengok-tiktok-ibu-bapa-perlu-waspada-risiko-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjadi Ibu Bapa Bijak Memahami Tanggungjawab Dan Strategi Pemantauan Anak

Menjadi Ibu Bapa Bijak Memahami Tanggungjawab Dan Strategi Pemantauan Anak

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 211 hits
Menjadi ibu bapa kini bukan hanya tentang menjaga anak tetapi juga tentang bijak memantau kesihatan keluarga Termometer Digital Demam tidak hanya berdasarkan rasa panas Dengan termometer kita dapat menentukan suhu yang tepat Normal Bawah 38...
Drypers Perkenal Drypantz Baharu Inisiatif Power Of Parent Preneurs Peluang Jana Pendapatan Untuk Ibu Bapa

Drypers Perkenal Drypantz Baharu Inisiatif Power Of Parent Preneurs Peluang Jana Pendapatan Untuk Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 204 hits
Jenama penjagaan bayi terkemuka Malaysia Drypers di bawah Kumpulan Vinda memperkenalkan inisiatif baharu yang meraikan semangat keibubapaan moden The Power of Parent preneurs Dilancarkan di Petaling Jaya Performing Arts Centre inisiatif ini...
Abah Anak Menangis Hiba Saat Doktor Beritahu Cpr Bapa Terpaksa Dihentikan

Abah Anak Menangis Hiba Saat Doktor Beritahu Cpr Bapa Terpaksa Dihentikan

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 151 hits
Abah Anak Menangis Hiba Saat Doktor Beritahu CPR Bapa Terpaksa Dihentikan Kehilangan orang tersayang merupakan antara pengalaman paling berat dalam hidup seseorang Lebih lebih lagi apabila yang pergi itu ialah seorang bapa insan yang menjad...
Hiburan Anak Mati Kami Reda Tapi Kenapa Tinggal Dia Ibu Mustaqqeem Luah Terkilan Anak Ditinggalkan Di Gunung Liang

Hiburan Anak Mati Kami Reda Tapi Kenapa Tinggal Dia Ibu Mustaqqeem Luah Terkilan Anak Ditinggalkan Di Gunung Liang

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 191 hits
Ibu kepada pendaki yang meninggal dunia di Gunung Liang Perak Rohani Saad meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan tindakan rakan rakan arwah anaknya Mustaqqeem Mansor yang didakwa meninggalkannya sendirian ketika dia mengalami kesakitan p...
Doa Anak Jadi Nyata Ibu Ayah Bersatu Semula Selepas Empat Tahun

Doa Anak Jadi Nyata Ibu Ayah Bersatu Semula Selepas Empat Tahun

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 185 hits
KUALA LUMPUR Kisah keluarga ini pernah menyentuh hati ramai apabila seorang anak kecil pada tahun 2021 menzahirkan satu permintaan luar biasa sempena hari lahirnya bukan mainan atau kek tetapi harapan agar ibu dan ayahnya kembali bersama Em...
Elak Anak Ketagih Gajet Ini 6 Tip Untuk Kawal Penggunaan

Elak Anak Ketagih Gajet Ini 6 Tip Untuk Kawal Penggunaan

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 165 hits
Elak Anak Ketagih Gajet Ini 6 Tip Untuk Kawal Penggunaan Dalam era yang serba canggih ini teknologi memainkan peranan yang sangat penting bagi kehidupan setiap individu Tambahan lagi dengan revolusi telefon pintar yang semakin canggih saban...
Keluarga Fatin Syazwani Dibebaskan Netizen Sebak Lihat Ibu Bapa Bermalam Di Lokap

Keluarga Fatin Syazwani Dibebaskan Netizen Sebak Lihat Ibu Bapa Bermalam Di Lokap

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 235 hits
KLANG Kisah keluarga kepada Fatin Syazwani Ishak yang sebelum ini ditahan polis mencuri perhatian ramai selepas dikongsikan oleh pengguna Threads onlymekna Menurutnya ibu bapa Fatin difahamkan datang dari kampung untuk melawat anak mereka y...
Ibu Zayn Rayyan Didapati Bersalah Abaikan Anak Hukuman Ditangguhkan Untuk Rayuan

Ibu Zayn Rayyan Didapati Bersalah Abaikan Anak Hukuman Ditangguhkan Untuk Rayuan

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Ibu kepada kanak kanak Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengabaikan anaknya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal Hakim Putuskan Bersalah Keputusan it...
Ibu Meninggal Mengejut Di Hotel Penginapan Tak Sempat Teman Anak Lelaki Lapor Diri Di Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan

Ibu Meninggal Mengejut Di Hotel Penginapan Tak Sempat Teman Anak Lelaki Lapor Diri Di Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 181 hits
KUANTAN Hasrat seorang ibu menemani anak lelakinya melapor diri di Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan berakhir dengan tragedi apabila beliau meninggal dunia secara mengejut Menurut kiriman di FB Mr Wan Cai Official s post Jemilah Md Nor 64 m...
Petronas Dari Rantaian Minyak Ke Rantaian Gol Liga Bola Bangladesh Menjadi Tajaannya

Dulu Disondol Kini Menyondol Inara Rusli Didakwa Berhubungan Sulit Dengan Suami Pempengaruh

Hari Guru Tanggal Berapa 2025 Sejarah Makna Dan Cara Merayakannya

Tanggungjawab Menjaga Alam Sekitar Adalah Kewajipan Semua Rakyat

Isu Pemakaian Setiap Kumpulan Ada Imej Kami Orang Islam Tahu Apa Boleh Pakai Azira Shafinaz

Inara Rusli Perjalanan Cinta Dan Kehidupan Bersama Virgoun

Penduduk Felda Jengka 7 Menyanjung Tinggi Sikap Kemesraan Shahaniza Menyantuni Anak Oku Di Kampung Itu Baru Baru Ini

Iss Kongsi Imej Sungai Kelantan Dari Angkasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rosalia Indah Nl 319 New Marcopolo

Resepi Apam Nasi

Kecik Kecik Tapi Bau Power

Blok B2 Geng Hantu Multi Kaum

Intraocular Lens Iol Surgery Mata Kiri

Monolog Jiwa Biarkan Mereka Bercakap