5 Tahun Dah Eczema Anak Tak Datang Dulu Teruk Bapa Ini Kongsi Hanya Kawal Pemakanan


Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.
Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.

Ibu apa mana yang tak risau bila nampak tanda-tanda eczema pada kulit anak. Lebih menyedihkan bila eczema semakin teruk sehingga berdarah. Sama kisahnya seperti ibu bapa ini dan pelbagai cara dilakukan untuk kesihatan si manja sehinggalah ibu ini mengamalkan diet pemakanan. Ikuti perkongsian ini.
Tadi ada orang tanya tentang proses penyembuhan eczema anak saya, Saeed. Alhamdulillah dia sembuh sepenuhnya dari eczema ketika umur 1 tahun 5 bulan.

Sekarang umurnya dah 5 tahun. Tak pernah datang semula eczemanya. Saeed mula naik eczema masa umur 2 bulan.
Kami jumpa beberapa doktor pakar kulit. Macam-macam ubat dah cuba. Sanggup habis banyak duit untuk Saeed.

Yang kelakarnya ada doktor pakar A menyalahkan doktor pakar B sebab bagi ubat yang tak sesuai, katanya bayi tak elok guna ubat tersebut, bahaya. Dua-dua doktor pakar kulit.
Ubat steroid yang kami dapat dari doktor pakar, mula-mula berkesan untuk buatkan kulit Saeed halus mulus, tapi lama-lama makin kurang effect. Kena tambah kekuatan steroid tu baru berkesan balik. Ubat steroid memang ada banyak level. Begitulah yang biasanya berlaku kepada pesakit eczema, sentiasa kena naikkan dos steroid.

Yang peliknya, doktor kata ubat steroid tak elok guna lama lebih dua minggu, tapi setiap kali appointment dengan doktor yang sama, dia bagi ubat steroid bersambung-sambung. Ada orang dah guna steroid bertahun-tahun.

Bila rawatan hospital didapati hanya berkesan sekejap sahaja malah lebih teruk selepas itu, maka kami cuba rawatan aliran natural. Hanya guna ubat natural sahaja dan jaga pemakanan. Kami dah baca bila berhenti ubat steroid eczema akan mengamuk jadi sangat teruk. Kami bersedia.
Kalau tengok gambar Saeed yang eczema teruk ni berlaku selepas kami ambil keputusan untuk hentikan ubat steroid secara beransur-ansur.

Isteri saya Widyana Ali ada terbaca kisah pengidap eczema dewasa yang dah guna ubat steroid dalam tempoh masa yang lama, hingga steroid paling tinggi. Kemudian doktor cakap eczemanya dah tak boleh sembuh. Tapi dia tak putus asa, dia berhenti steroid dan guna kaedah pemakanan. Alhamdulillah sembuh.
Bila baca kisah orang sembuh eczema dengan jaga pemakanan dan kaedah ubat natural, Widyana bertekad untuk guna kaedah yang sama. Banyak artikel-artikel pemakanan yang dia baca, sangat banyak.
Walaupun dia jumpa banyak “mazhab” pemakanan tapi dia fokus dengan satu mazhab. Bacalah sendiri ye di fb dia pasal cara pemakanan yang diamalkan. Widyana banyak share, hampir setiap hari pada tahun 2018 dan 2019.
Saya tak pandai nak explain detail pasal mazhab pemakanan dia. Tapi yang utama dia dan Saeed jauhi makanan dan minuman bergula, dan banyakkan makan ubi keledek dan pisang.
Ubi keledek kalau nak yang sedap kena beli keledek Cilembu dari Indonesia. Manis dan juicy. Honey sweet potato, kena cari yang ada perkataan honey, bukan “sweet potato” je.
Pasal pisang pula, walaupun ramai bagitau tak elok untuk penghidap eczema sebab histamin tinggi dan boleh menyebabkan eczema makin teruk, tapi dia kata pisang bagus untuk kuatkan struktur kulit saeed, ni saya tak faham. Memang saya nampak setiap kali bagi pisang, Saeed akan menggaru. Tapi alhamdulillah makin lama makin ok.
Ada doktor kata pemakanan ibu yang menyusu tak memberi kesan kepada anak eczema. Malah doktor perli kami sebab amalkan diet gluten free. Dia kata tak perlu lah ikut trend. Nasib baik kami tak ikut nasihat nasihat doktor tu.
Walaupun sangat mencabar untuk sentiasa jaga pemakanan, tapi Mama Saeed tetap istiqamah. Berat turun dari 63kg ke 52kg. Hehe.. tiba-tiba dapat capai impian yang dah lama terkubur iaitu nak turun berat jadi macam berat dia masa mula-mula kawin dulu, 52kg. Alhamdulillah berjaya, saya suka.

Banyak hikmah yang kami dapat dari ujian eczema Saeed. Dapat banyak ilmu dan network.
Selain pemakanan dan guna ubat natural kami juga selalu jemur Saeed bawah cahaya matahari setiap pagi. Alhamdulillah setiap pagi saya berjemur bersama Saeed tanpa gagal.
Yang sedihnya ramai yang kami dapati anak mereka tak sembuh eczema dah bertahun-tahun. Malah kami dulu pun ada doktor bagitau “tak apa jangan risau nanti eczema akan sembuh bila anak dah sekolah rendah”
Ya Allah eczema seminggu pun dah nampak azabnya. Tak kan lah nak tunggu anak umur lebih 8 tahun baru sembuh, lagi terseksa.

Sekarang sangat ramai anak-anak yang kena eczema. Semoga Allah menyembuhkan eczema mereka semua. Sangat ramai yang PM Widyana hingga tak sempat nak reply.
Saya letak gambar-gambar perkembangan eczema Saeed dari umur 4 bulan hingga sembuh. Alhamdulillah ‘ala kulli haal.
Kredit: Mohd Yazid Ismail


Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “5 Tahun Dah Eczema Anak Tak Datang, Dulu Teruk” Bapa Ini Kongsi, Hanya Kawal Pemakanan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/5-tahun-dah-eczema-anak-tak-datang-dulu-teruk-bapa-ini-kongsi-hanya-kawal-pemakanan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenalkan Pratulis Seawal 2 Tahun Ibu Kongsi Tip Ajar Anak Pandai Menulis

Kenalkan Pratulis Seawal 2 Tahun Ibu Kongsi Tip Ajar Anak Pandai Menulis

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 271 hits
Ibu bapa mana yang tidak teruja apabila anak sudah memperlihatkan minat membaca dan menulis bukan Pasti ramai parents terutamanya ibu bapa baharu mencari cara ajar anak menulis Mari kita lihat perkongsian Puan Mastura Abd Halim ini berkenaa...
Ibu Kongsi Cara Ajar Anak Suka Buku Seawal 2 Tahun Tv Gajet Kurang Minat

Ibu Kongsi Cara Ajar Anak Suka Buku Seawal 2 Tahun Tv Gajet Kurang Minat

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 183 hits
Bila masa sesuai boleh ajar anak minat membaca Ini antara soalan yang sering ditanya oleh ibu bapa Sebenarnya tiada spesifik umur cuma jika dari awal anak dibiasakan dengan buku lagi bagus Seperti perkongsian ibu ini Puan Fathin Suhaila Azm...
Nak Bagi Anak Makan Buah Anggur Pastikan Basuh Dengan Bahan Ni Dulu Baru Bersih Manis

Nak Bagi Anak Makan Buah Anggur Pastikan Basuh Dengan Bahan Ni Dulu Baru Bersih Manis

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 253 hits
Perasan tak setiap kali makan buah anggur pasti ada waktunya kita rasa sakit tekak Semuanya disebabkan buah anggur tidak dicuci dengan bersih Buahan buahan seperti anggur yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin bagi mem...
Tak Boleh Peluk Anak Macam Orang Lain Perit Tak Boleh Jadi Ibu Normal Elyana Kongsi Kisah Besarkan Anak Kanser Tahap 4

Tak Boleh Peluk Anak Macam Orang Lain Perit Tak Boleh Jadi Ibu Normal Elyana Kongsi Kisah Besarkan Anak Kanser Tahap 4

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 209 hits
Perjalanannya cukup struggle sejak belas tahun lalu namun semangat juangnya itu membuktikan kanser bukanlah penamat hidup selagi belum sampai masanya Kisahnya jarang dikongsi namun kali ini dia sudi berkongsi perjalanan menjadi ibu dan pesa...
Dapat Eczema Dari Daddy Dia Ayda Jebat Kongsi Tak Boleh Makan Jajan Kacang Air Tin

Dapat Eczema Dari Daddy Dia Ayda Jebat Kongsi Tak Boleh Makan Jajan Kacang Air Tin

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 317 hits
Baru baru ini Penyanyi serta pelakon popular Ayda Jebat berkongsi kebimbangan mengenai anak perempuanya yang secara tiba tiba naik bintik bintik merah di bahagian badan serta muka Menerusi temu bual dia mengakui ini kejadian pertama kali be...
Bapa Saudara Jadi Punca Budak 3 Tahun Overdose Dadah Dipenjara 3 Tahun

Bapa Saudara Jadi Punca Budak 3 Tahun Overdose Dadah Dipenjara 3 Tahun

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 181 hits
Foto tertuduh Harian MetroLelaki yang menjadi punca anak saudaranya overdose dadah jenis methaphetamine dan heroin dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Tertuduh Mohd Shahrizuan Alias 32 mengaku bersalah se...
Anak Demam Selesema Batuk Dah Jumpa Doktor Tapi Tak Sembuh Pu Amin Kongsi Ayat Bacaan Untuk Ubatkan Pesakit

Anak Demam Selesema Batuk Dah Jumpa Doktor Tapi Tak Sembuh Pu Amin Kongsi Ayat Bacaan Untuk Ubatkan Pesakit

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 440 hits
Apabila bayi anda sakit atau tidak sihat disebabkan oleh masalah kesihatan seperti demam atau selesema pastinya ia akan menerbitkan rasa bimbang dan risau di hati anda Bagi ibu bapa baru mesti pernah timbul persoalan di fikiran anda apakah ...
Lepas Bersalin Jadi Pelupa Teruk Jangan Risau Ia Hanya Sementara Kata Doktor Pakar Perunding O G

Lepas Bersalin Jadi Pelupa Teruk Jangan Risau Ia Hanya Sementara Kata Doktor Pakar Perunding O G

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 164 hits
Masalah cepat lupa adalah yang kerap diadu oleh kebanyakan wanita selepas melahirkan anak Adakah ia perkara yang normal Rata rata ibu mengakui selepas melahirkan anak mereka mengalami simptom mudah lupa Ada yang membuat persepsi kemungkinan...
Anak Kerap Tak Sihat Cuba Stop Dulu Bagi Makanan Jenis Ini Tengok Hasilnya

Anak Kerap Tak Sihat Cuba Stop Dulu Bagi Makanan Jenis Ini Tengok Hasilnya

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 170 hits
CUBA STOP BELIKAN ANAK SOSEJ NUGGET ROTI BISKUT KEK COKLAT GULA GULA JUNKFOOD FASTFOOD MINUMAN MANIS BERPEWARNA TIRUAN SELAMA 3 BULAN Lihat keadaan kesihatan mereka nanti Bukan seorang dua ibubapa yang telah lihat semua perubahan ini Bukan ...
Detik Detik Terakhir Laken Riley Sebelum Mati Dibunuh

Global Tensions Over China S Overcapacity Will Rise Under Trump

Drama Curang Tanpa Niat

The Frugal Traveler Remembers Arthur Frommer The Guy Who Inspired Travelers To Just Do It

Rama Eru Feat Charly Van Houten Memeluk Angin Chord

Masih Ingin Jaga Hati Kerajaan Rakyat Dah Tau Janji Anwar

4 Ways Android Has Made Switching Even Better

10 Negara Terkecil Di Dunia Saiz Geografi Dan Latar Belakang


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Sampul Raya 2025 Reka Bentuk Yang Memikat Hati Dan Minda

Cili Merah Dah Boleh Dipetik

Siapa Tanggung Kos Nurul Izzah Sertai Lawatan Pm Mp Bersatu

Pemimpin Pas Gesa Pm Tolak Tajaan Lawatan Rasmi

Jigra Terfokus Pada Momen Emosi Dan Persembahan Alia Bhatt

Sungai Golok Di Rantau Panjang Nampak Kenaikan