Anak Hanya Mampu Terbaring Kena Sawan Sampai Sembilan Kali Sehari


Ibu dan ayah manalah yang tegar melihat anak yang masih kecil menanggung sakit yang maha hebat. Namun itulah yang perlu dilalui setiap hari oleh Nurul Ashafiqah Azlan, 23, dan suami, Azhar Ali, 36. Anak mereka Nur Iman Fitriah menghidap penyakit sawan saraf yang menyebabkan dia diserang sawan antara tujuh hingga sembilan kali sehari dan perlu bergantung hidup dengan mesin bantuan oksigen.

Tiada lagi teriakan atau atau air mata menahan kesakitan yang mampu diluahkan Nur Iman Fitriah dek kerana ada tiub yang dimasukkan melalui rongga hidung terus ke usus. Dia hanya mampu terbaring sepanjang masa.
Malah, kanak-kanak ini pernah koma selama dua minggu gara-gara tidak mendapat oksigen yang cukup, selain ruang pada mulutnya yang tertutup memerlukan dia makan dan minum melalui ‘feeding tube’ yang disalurkan melalui hidung ke ususnya.
Ibu dan ayah dibuang kerja, terlalu banyak ambil cuti kecemasanMemburukkan lagi keadaan, Nurul Ashafiqah dan Azhar dibuang kerja pada pertengahan tahun lalu memandangkan kedua-duanya terlalu banyak cuti kecemasan untuk menguruskan Nur Iman Fitriah.
Nurul Ashafiqah berkata, anaknya mula mengalami penyakit sawan kronik sejak berusia tiga bulan yang mana anak sulung daripada dua beradik itu kerap mengalami kekejangan selain muka akan kebiruan.

“Dengan pendapatan sebagai pekerja sebuah kedai serbaneka sebelum ini kami berusaha untuk mendapatkan rawatan Nur Iman. Namun, kami berdua dibuang kerja kerana selalu cuti kecemasan bagi menguruskannya.
Jual popia dan tauhu begedil untuk tampung keluarga dan kos rawatan anak“Bagi menampung perbelanjaan hidup dan membayar kos rawatan Nur Iman, kami menjual tauhu begedil dan popia. Namun, untuk permulaan kami tidak mempunyai modal.
“Saya dan suami mengutip tin, kotak dan pelbagai barang terbuang yang boleh dijual untuk dijadikan modal perniagaan sebelum berjaya memulakan perniagaan makanan berkenaan yang mampu memperolehi pulangan antara RM500 hingga RM900 sebulan,” katanya ketika ditemui.
Nurul Ashafiqah berkata, bagaimanapun pendapatan itu tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian dan kos merawat Nur Iman memandangkan anaknya itu perlu minum susu khas yang memerlukan kos sebanyak kira-kira RM500 sebulan.
“Nur Iman tidak boleh makan dan minum kerana rongga mulutnya tertutup. Dia makan dan minum melalui tiub yang disalurkan melalui hidung, selain perlu minum susu khas.
“Dia hanya mampu terbaring sepanjang masa dan tidak boleh bercakap seperti kanak-kanak lain, malah tidak lagi menangis ketika memasukkan tiub melalui hidung selain dia kini tidak boleh melihat kerana mengalami rabun kronik.
Perlu kos yang banyak untuk Nur Iman dan keperluan lain“Setiap bulan kami juga perlu membelikan tiub yang berharga RM100 selain perlu menanggung kos pengangkutan ulang-alik ke hospital memandangkan suami hanya memiliki motosikal.
“Ketika ini sewa rumah kami juga sudah tertunggak sejak kira-kira setahun lalu,” katanya yang tinggal di Pangsapuri Seri Perdana, Paroi di Seremban.
Menurut Nurul Ashafiqah, dia ada menerima tempahan tauhu begedil daripada tiga kedai, namun tidak boleh membuat makanan itu dalam kuantiti banyak kerana peti sejuk bekunya yang bersaiz kecil.
“Saya berharap ada pihak atau agensi yang mahu membantu kami untuk menyumbang sama ada dari segi kewangan atau barangan seperti peti sejuk beku yang lebih besar bagi melebarkan perniagaan kami,” katanya.
Orang ramai atau pihak tertentu yang mahu menyumbang boleh menyalurkannya ke akaun BSN Nurul Ashafiqah 0511241000206952 atau boleh menghubunginya di talian 0176796954.
sumber: Hmetro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/10/anak-hanya-mampu-terbaring-kena-sawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lori Bawa Muatan Anak Babi Terbalik Yang Peliknya Kali Ini Tiada Sesiapa Yang Berani Kutip

Lori Bawa Muatan Anak Babi Terbalik Yang Peliknya Kali Ini Tiada Sesiapa Yang Berani Kutip

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 406 hits
PENAMPANG Seorang pemandu lori dan kelindan berdepan detik cemas apabila lori mereka yang membawa muatan anak khinzir dipercayai hilang kawalan lalu terbalik di Kilometer 31 Jalan Moyog Penampang Tambunan di Tambunan di sini hari ini Akibat...
Ibu Arfan Rindu Anak Arwah Mengigau Banyak Kali Semasa Tidur Panggil Ibu

Ibu Arfan Rindu Anak Arwah Mengigau Banyak Kali Semasa Tidur Panggil Ibu

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 579 hits
Anak arwah mengigau memanggil ibunya beberapa kali semasa tidur kerana terlalu rindu sebelum dia tidur semula Saya sedih mendengar rintihan cucu yang kehilangan ibu bapa kerana dia masih kecil dan perlukan kasih sayang mereka kata Fauziah D...
Siswa Miskin Terpaksa Ikat Perut Hanya Makan Sekali Sehari Kerap Berpuasa Dan Bergantung Sebuku Roti Untuk Dua Hari

Siswa Miskin Terpaksa Ikat Perut Hanya Makan Sekali Sehari Kerap Berpuasa Dan Bergantung Sebuku Roti Untuk Dua Hari

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 301 hits
Mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari antara ikhtiar hidup sebilangan pelajar di Universiti Malaya yang terpaksa menahan lapar akibat kekangan kewangan Inilah antara ke...
Timun Batang Lobak Mampu Elak Plak Melekat Di Bahagian Gigi Anak Ini Caranya

Timun Batang Lobak Mampu Elak Plak Melekat Di Bahagian Gigi Anak Ini Caranya

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 413 hits
Sebenarnya banyak je makanan yang berkhasiat dari sumber yang asli untuk dijadikan kudap kudapan untuk anak anak Malah makanan tersebut juga boleh melatih gigi anak menjadi lebih kuat serta mampu mengurangkan plak di gigi anak Kadang kadang...
Oneplus 7t Dijual Secara Rasmi Pada Harga Lebih Mampu Milik Hanya Rm2599

Oneplus 7t Dijual Secara Rasmi Pada Harga Lebih Mampu Milik Hanya Rm2599

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 343 hits
Kedua dua OnePlus 7T Pro sudah pun boleh dibeli di Malaysia secara rasmi OnePlus 7T Pro pada harga RM3399 manakala edisi McLaren pula hanya RM3899 Tetapi bagi yang merasakan variasi ini adalah mahal dan tidak mampu dibeli OnePlus juga ada v...
Hanya 18 Jam Sempat Tatap Anak Pasangan Ini Reda Bayi Pergi Kerana Kecacatan Otak Salah Satu Puncanya Kurang Asid Folik

Hanya 18 Jam Sempat Tatap Anak Pasangan Ini Reda Bayi Pergi Kerana Kecacatan Otak Salah Satu Puncanya Kurang Asid Folik

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 533 hits
Pengambilan Asid Folik memang amat disarankan kepada wanita yang ingin hamil dan juga sedang hamil Ia penting dalam penghasilan sel darah merah dan sel sel lain di dalam tubuh seperti kuku rambut kulit saraf dan otak Oleh itu ia amat disara...
Elak Sergah Anak Sergah Anak Hanya Membantutkan Perkembangan Otak Mereka

Elak Sergah Anak Sergah Anak Hanya Membantutkan Perkembangan Otak Mereka

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 297 hits
Mengapa tak sergah sahaja anak anak yang suka mengamuk membentak bentak menendang orang menjerit jerit bila tidak mendapat apa yang dia hajati BACA Sebenarnya SERGAH ANAK MEMBANTUTKAN PERKEMBANGAN OTAKNYA Kalau umur anak 1 tahun sudah diser...
Hanya Beralaskan Kotak Ibu Leka Timang Anak Bawah Jejantas Undang Sebak

Hanya Beralaskan Kotak Ibu Leka Timang Anak Bawah Jejantas Undang Sebak

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 260 hits
Kebahagian seseorang itu bukanlah terletak pada kekayaan ataupun kesenangan di dunia semata mata Apa yang lebih penting ialah hubungan kekeluargaan yang kekal utuh walau apa jua keadaan sekalipun Tular di media sosial dua gambar yang memapa...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage