Anak Berjaga Malam Kuat Meragam Kena Rajin Diurut Bila Selesa Tidur Pun Lena


Bayi meragam, nak berjaga malam memang mencabar untuk ibu ayah. Apa kata buat urutan bayi, langkahnya pun mudah. Confirm si kecil suka & masalah susah tidur boleh diatasi.
Urutan boleh buat bayi kurang meragam dan tidur lena. Mama dan papa kena rajin urut. Hanya lima minit diperlukan! Ikuti langkah-langkah ini.
Dengan hanya beberapa minit , sentuhan dan belaian ibu boleh menjadi perangsang kepada perkembangan psikologi bayi. Urutan bayi sememangnya istimewa dan memberikan banyak manfaat kepada bayi. Ia mampu menjadikan bayi yang selalu meragam menjadi lebih tenang dan mudah diurus.

13 KELEBIHAN URUTAN KEPADA BAYI Si manja tidur lebih lena. Mengelakkan bayi daripada kolik atau kembung perut. Memudahkan buang air besar bagi bayi sembelit. Menghilangkan lenguh badannya yang lama berbaring setiap hari. Menguatkan otot bayi. Membantu bayi menguasai setiap tahap perkembangan fizikalnya seperti meniarap, merangkak, berjalan dan sebagainya. Urutan bayi juga membantu bayi kuasai kemahiran motor halus dengan lebih mudah. Bagi bayi pramatang, urutan akan membantu meningkatkan berat badan bayi dengan lebih cepat. Ia adalah penyumbang kepada ikatan kasih sayang anda kepada bayi. Ia adalah salah satu cara untuk bonding dengan bayi. Urutan kepada bayi memberi kesan positif terhadap keseimbangan emosi dan psikologi. Kajian mendapati urutan  kepada bayi sangat penting untuk perkembangan serta tumbesaran bayi dan memberi perlindungan daripada jangkitan pada peringkat awal kehidupan seseorang bayi. Dalam pada itu, urutan penting untuk merangsang perkembangan bayi pra matang. Boleh merangsang bayi dan kanak-kanakkumpulan yang memerlukan rawatan khusus antaranya seperti sindrom Down, cerebral palsy, asma dan autisme.
URUTAN AMAT DISARANKAN KEPADA BAYI PRAMATANG Lebih menakjubkan, kajian ke atas bayi pra matang yang diberikan urutan pada kepala, bahu, belakang badan, kaki dan tangan selama lima minit setiap sesi dengan kekerapan tiga kali sehari menunjukkan pertambahan berat badan antara 21 hingga 47 peratus. Urutan dilakukan secara betul dan konsisten di samping penyusuan susu ibu membolehkan mereka mencapai berat yang ditetapkan dan boleh discaj daripada wad neonatal lebih awal.

BILA URUTAN BOLEH DILAKUKAN? Waktu yang sesuai yang dicadangkan untuk melakukan urutan ialah antara waktu menyusu bayi, sekurang-kurangnya 30 minit selepas menyusu. Pastikan masa urutan ialah dua jam selepas bayi menyusu dan bayi dalam keadaan mood yang baik.
Ia adalah cara bagi mengelak bayi tidak begitu lapar atau begitu kenyang. Masa yang baik untuk mengurut ialah semasa bayi jaga(tidak tidur) dan waktu selepas mandi waktu pagi kerana kulitnya masih lembap. Urutan sebelum tidur juga  akan membantu bayi anda untuk menenangkan diri, relaks dan seterusnya bersedia untuk tidur dengan lena.

PERSEDIAAN SEBELUM URUTAN Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Baringkan bayi anda di atas tuala, lipatan kain atau pelapik menukar lampin di bawahnya. Anda mungkin lebih suka membiarkan bayi memakai baju jika keadaan agak sejuk. Atau biarkan dia bebas tanpa pakaian sekali-sekala. Namun pastikan bilik tidak sejuk.
Sambil mengurut anda boleh bercakap dengan bayi. Jika memasang sebarang audio , pastikan ia perlahan supaya bayi anda boleh mendengar anda bercakap dengannya.
Sediakan kelengkapan yang diperlukan untuk mengurut iaitu minyak untuk mengurut seperti minyak zaitun/ minyak kelapa/ minyak argan yang diperbuat daripada bahan semula jadi , tuala kecil, baju untuk dipakaikan kepada bayi anda selepas selesai urutan dan peralatan menukar lampin yang biasa digunakan.

LANGKAH DEMI LANGKAH URUTAN BAYI Urutan bayi berbeza dengan urutan orang dewasa. Pastikan  urutan tidak memberikan tekanan yang kuat kepada bayi. Gosokan yang lembut sudah memadai.
KAKI
Bahagian kaki adalah kawasan yang kurang sensitif. Seelok-eloknya mulakan sesi urutan pada bahagian ini.

Tekan bahagian tengah tapak kaki dengan lembut menggunakan kedua belah ibu jari anda. Jangan lupa urut juga bahagian paha hingga ke pergelangan kaki bayi. Lakukan pada kedua-dua belah kaki.
Lakukan juga toe squeeze iaitu jari-jari kaki dipicit satu persatu. Lakukan dengan gerakan memutar dan diakhiri dengan tarikan lembut di setiap hujung jari kaki bayi anda. Lakukan pada kedua-dua belah kaki. LENGAN

Seterusnya, lakukan urutan  pada pangkal lengan tangan kanan dan kiri. Ia diurut secara gerakan memicit secara lembut. Kemudian, cuba buka tapak tangan bayi secara perlahan. Ia bertujuan untuk tarik lembut jari-jari bayi. Lakukan rolling pada lengan bayi. Buat gerakkan atas ke bawah. Perkara yangs sama dilakukan pada tangan sebelah lagi. MUKA

Bagi bayi yang kerap menangis atau mempunyai masalah pertumbuhan gigi, jangan lupa lakukan urutan ini. Mulakan dengan open book  iaitu anda perlu melurut muka dari bahagian tengah ke luar. Urutan pada bahagian muka perlu dilakukan dalam keadaan tenang.  Urut juga bahagian pangkal hidung dan lurut ke arah pipi. Bahagian bawah bibir bayi juga perlu diurut. Lakukan secara perlahan dan lembut pada bahagian muka bayi. PERUT

Urut perlahan-lahan dengan mengunakan tangan kiri dan kanan bersilih ganti dengan melakukan gerakan Sun & Moon. Pergerakan ini harus bermula dari kiri dan ke kanan. Sebagai tambahan, anda boleh membuat urutan dengan membuat gerakan  I, L, U. Urutan di bahagian perut dipercayai dapat mengurangkan masalahkembung perut/ kolik dan sembelit. BAHAGIAN BELAKANG

Baringkan bayi untuk melakukan bahagian belakangnya. Urutan ini dikenali sebagai  swoop neck to bottom di mulai daripada bahagian leher menghala ke pinggang. Urut belakang bayi dengan menggerakkan tangan ke atas dan ke bawah. Akhir sekali, letakkan jari di bahagian tengah belakang bayi. Urut dengan lembut sehingga ke bahagian punggung bayi. Urutan bahagian belakang dapat menghilangkan rasa ketegangan oleh bayi akibat terlalu lama berbaring.
The post Anak Berjaga Malam & Kuat Meragam Kena Rajin Diurut. Bila Selesa, Tidur Pun Lena appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-berjaga-malam-kuat-meragam-kena-rajin-diurut-bila-selesa-tidur-pun-lena/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Tidur Kepenatan Tidak Sedar Anak 5 Tahun Jatuh Balkoni Hotel

Bapa Tidur Kepenatan Tidak Sedar Anak 5 Tahun Jatuh Balkoni Hotel

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 421 hits
Rakaman CCTV menunjukkan kanak kanak itu berlari lari di koridor bilik hotel penginapannya sebelum terjatuh Video viral
Anak Berpotensi Bijak Mempunyai Iq Tinggi Jika Papa Rajin Layan Anak Sejak Kecil

Anak Berpotensi Bijak Mempunyai Iq Tinggi Jika Papa Rajin Layan Anak Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 267 hits
Semua ibu bapa pasti mengimpikan anak anak membesar dengan bijak Tapi tahukah di sebalik nak lahirkan seorang anak yang bijak hubungan ayah dengan anak sangat penting untuk membentuk IQ yang tinggi Selain ibu yang menjadi insan pertama dala...
Nak Anak Cerdik Ibu Ayah Kena Rajin Melayan Simple Je Tapi Berkesan

Nak Anak Cerdik Ibu Ayah Kena Rajin Melayan Simple Je Tapi Berkesan

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 501 hits
Anak yang cerdik dan pintar perlu dirangsang dari awal Ibu ayah dan orang di sekeliling memainakn peranan sangat besar Merangsang otak si kecil bukanlah perkara yang sukar Ibu dan ayah tentu boleh melakukannya Rangsangan otak yang awal akan...
Penawar Bayi Menangis Tengah Malam Kembung Perut Susah Tidur Ibu Hamil Pun Elok Amalkan

Penawar Bayi Menangis Tengah Malam Kembung Perut Susah Tidur Ibu Hamil Pun Elok Amalkan

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 838 hits
Bayi menangis tengah malam tanpa tahu apa sebabnya sangat sukar difahami lagi lagi untuk ibu bapa baru yang masih tiada pengalaman Bukan itu sahaja tidur malam pun akan terganggu sehingga ibu bapa pula yang rasa risau dan stres menghadapi s...
Mak Kerja Babah Tidur Tak Sedar Anak Keluar Nyaris Dilanggar Lori

Mak Kerja Babah Tidur Tak Sedar Anak Keluar Nyaris Dilanggar Lori

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 566 hits
Mak kerja babah tidur Itu jawpan yang diberikan anak kecil ini semasa ditemui merayau tidak jauh dari rumahnya Apa yang merisaukan netizen anak kecil ini nyaris dilanggar lori Semalam tular di media sosial seorang kanak kanak perempuan dite...
Tidur Siang Penting Untuk Mental Fizikal Anak Rujuk Jadual Tidur Siang Ini

Tidur Siang Penting Untuk Mental Fizikal Anak Rujuk Jadual Tidur Siang Ini

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 316 hits
Tidur diketahui amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak kanak Kanak kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup bukan sahaja akan berasa letih tetapi juga akan membuatkan mereka hilang tumpuan Begitu juga dengan tidur siang ia ...
Anak Ramadhan Datang Lagi Doakan Mama Kuat Ini Tahun Ke 3 Menyusukan Anak Pada Bulan Ramadhan

Anak Ramadhan Datang Lagi Doakan Mama Kuat Ini Tahun Ke 3 Menyusukan Anak Pada Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 429 hits
Ramai ibu menyusu dan hamil timbul kegusaran untuk berpuasa bila tibanya Ramadhan Dalam masa yang sama ibu ibu ini tetap ingin menunaikan ibadah wajib ini untuk merebut pahala di bulan yang mulia Namun ibu ibu harus mendapatkan nasihat paka...
Anak Lebih Berjaya Kalau Ibu Bapa Kuat Berleter Kajian

Anak Lebih Berjaya Kalau Ibu Bapa Kuat Berleter Kajian

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 651 hits
Jika anda seorang yang suka membebel atau berleter jangan risau kerana ia akan memberikan kebaikkan pada pasangan atau anak anda Kajian yang dilakukan oleh Universiti of Essex di England mendapati anak yang didesak oleh ibu atau bapa ketika...
Kesian Mujahid Tak Tidur Malam Katanyaaa

Kesian Mujahid Tak Tidur Malam Katanyaaa

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 286 hits
Menjelang setahun pentadbiran PH pada 9 Mei ini Dr Mujahid Yusof menamakan Lembaga Tabung Haji sebagai cabaran paling besar yang perlu dihadapinya selaku menteri di Jabatan Perdana Menteri Tanpa berselindung Mujahid mengakui skandal TH dan ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023