Kesian Mujahid Tak Tidur Malam Katanyaaa


Menjelang setahun pentadbiran PH pada 9 Mei ini, Dr Mujahid Yusof menamakan Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai cabaran paling besar yang perlu dihadapinya selaku menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tanpa berselindung, Mujahid mengakui skandal TH dan usaha menyelamatkan institusi tersebut bukan saja menuntut pengorbanan tinggi, malah telah menyebabkan PH dilihat tidak popular dalam kalangan rakyat.

“TH (cabaran) paling besar. Keputusan yang berat untuk kita buat, penjelasan yang berat untuk kita berikan.

“Kita menjadi tidak popular, tetapi kita tahu dalam tindakan tidak popular itu, ia adalah untuk kebaikan TH dan juga institusi umat Islam secara umumnya.

“Kalau tanya saya, tak tidur malam, lewat (tidur), berjumpa kerap dengan CEO (ketua pegawai eksekutif) dan pengerusi TH untuk beri penjelasan dan input daripada kami,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini di Putrajaya semalam.

Tambahnya lagi, usaha menyelamatkan institusi kewangan yang turut melibatkan pakej penyelamatan sebanyak RM17.8 bilion daripada kerajaan itu juga dilakukan agar tidak membebankan kerajaan dan menjejaskan penarafan kredit akibat hutang.

“Akhirnya itulah pakej yang kita kata (sebagai) pemulihan dan penstrukturan semula TH, yang memakan banyak masa saya dan rakan-rakan lain di TH, untuk memulihkannya.

“Setelah semua kepayahan yang kami lalui selama beberapa bulan untuk memulihkan TH, sekarang kami berasa lega, sekurang-kurangnya TH kembali ke landasan tepat, dan kami juga boleh memberi perhatian kepada perkara-perkara lain,” katanya lagi.

Mujahid mengangkat sumpah bersama 12 menteri yang lain pada 1 Julai 2018.

TH dikaitkan dengan masalah pengurusan kewangan apabila pada 2016, Rafizi Ramli membuat dakwaan tentang rizab negatif yang dialami TH untuk dua tahun berturut-turut sebelumnya.

Malah setahun sebelum itu, TH turut terpalit dengan skandal 1MDB apabila ia didakwa membeli sebidang tanah milik firma pelaburan itu pada harga ratusan juta, dikatakan bagi meringankan beban hutang dan membaiki penarafan kredit 1MDB.

Pada tahun lalu, sisasatan dijalankan ke atas TH dengan melibatkan audit terhadap agensi itu untuk tahun 2017, dijalankan oleh firma PriceWaterhouseCoopers.


Bayaran hibah dari deposit

Audit itu mendapati TH membuat bayaran hibah bukan daripada keuntungan yang diperolehinya, sebaliknya daripada deposit ahlinya.

Satu laporan dibentangkan di parlimen pada Disember tahun lalu mendedahkan TH membuat dua perjanjian perniagaan yang menampakkan seolah-olah dividen dibayar menggunakan keuntungan dana, selain beberapa transaksi yang boleh dipersoalkan.

Awal bulan ini pula, dalam satu taklimat, beberapa wakil rakyat PH mendakwa dimaklumkan tentang kerugian tambahan TH sebanyak RM10 bilion pada tahun kewangan 2017 yang tidak dinyatakan dalam laporan badan tersebut.

Pendedahan itu dilakukan tidak lama selepas Mujahid mengumumkan kadar hibah TH sebanyak 1.25 peratus membabitkan agihan sebanyak RM913 juta untuk tahun 2018. Ia adalah hibah terendah dalam sejarah.

Biarpun menamakan TH sebagai cabaran paling besar yang dihadapinya selaku menteri, Mujahid turut mengangkat TH sebagai salah satu daripada tiga kejayaan terbesar yang berjaya dicapai oleh pejabatnya sejak tahun lalu.

Katanya, dalam manifesto mereka, PH berjanji untuk memastikan penyiasatan dilakukan terhadap Felda, 1MDB dan juga TH.

Bagi TH, kata Mujahid, usaha tersebut telah dimulakan sejak Disember 2018 dengan pendedahan laporan kewangan TH bagi tahun 2017 yang mendedahkan defisit RM4 bilion.

Tambahnya lagi, daripada saat itu, pelan pemulihan dirangka sehingga jurang besar antara aset dan tanggungan berjaya diimbangi dan dividen berjaya dikeluarkan tanpa melanggar akta TH- bahawa dividen tak boleh dikeluarkan dalam keadaan aset lebih rendah daripada tanggungan.

“Dengan itu, walaupun tak banyak, dengan untung RM1 bilion, kita berjaya mengeluarkan RM936 juta (pengagihan hibah) pada kadar 1.25 peratus.

“Orang lain nak kata apa, rendah ke apa, tapi kejayaannya ialah kita pulihkan semula tanggungjawab TH kepada akta,” tambahnya.

Selain TH, antara dua lagi kejayaan terbesar yang disebutkan Mujahid ialah reformasi pentadbiran Islam dengan memperkenalkan dasar gagasan negara rahmah yang membawa tiga teras utama; rahmatan lil alamin, maqasid syariah dan model Malaysia.

Satu lagi kejayaan terbesar menurut Mujahid ialah reformasi yang dilakukan sehingga menteri tidak lagi memegang apa-apa kepentingan dalam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan seperti yang lazim berlaku sebelum ini.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/04/kesian-mujahid-tak-tidur-malam-katanyaaa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasar Malam Istimewa Di Makan Kitchen Doubletree Hilton Kuala Lumpur Sempena Ramadan

Pasar Malam Istimewa Di Makan Kitchen Doubletree Hilton Kuala Lumpur Sempena Ramadan

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 912 hits
Beberapa saja lagi kita bakal menyambut bulan Ramadan Makan Kitchen DoubleTree Hilton bakal menghidangkan tetamu dengan bufet Ramadan bertema Pasar Malam Istimewa Pelbagai jenis masakan dan hidangan tempatan Malaysia bakal diperkenalkan bua...
Pasar Malam Brinchang Cameron Highland

Pasar Malam Brinchang Cameron Highland

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 805 hits
Pasar malam Brinchang Cameron HighlandPasar malam Brinchang ni dulunya terletak di hadapan hotel Legency Sekarang telah dialihkan ketempatan yang lebih selesa di Jalan Golden Hill Walaupun begitu tetap sesak untuk ke sini Walaupun ada dised...
Malam Pertama Bareng Fadel Islami Muzdalifah Tepar

Malam Pertama Bareng Fadel Islami Muzdalifah Tepar

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 223 hits
Muzdalifah dan Fadel Islami baru saja resmi menikah Mereka membocorkan tentang malam pertama Muzdalifah pun memberikan jawaban mengejutkan
Selama Ramadan Tempat Hiburan Malam Dan Panti Pijat Di Sumsel Ditutup

Selama Ramadan Tempat Hiburan Malam Dan Panti Pijat Di Sumsel Ditutup

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 287 hits
Sama seperti tahun tahun sebelumnya tempat hiburan malam dan panti pijat di Sumatera Selatan kembali dilarang beroperasi selama Ramadan Jika tetap buka bisnis itu akan dicabut izin sebagai sanksinya
Kena Ott Bupati Talaud Digiring Ke Kpk Malam Ini

Kena Ott Bupati Talaud Digiring Ke Kpk Malam Ini

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 194 hits
Kasus yang menjerat Bupati Kepulauan Talaud Sri Wahyuni Maria Manalip berkaitan dengan proyek pembangunan pasar di Kabupaten Kepulauan Talaud
Ramadan Pemkot Solo Batasi Jam Operasional Tempat Hiburan Malam

Ramadan Pemkot Solo Batasi Jam Operasional Tempat Hiburan Malam

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 275 hits
Ramadan Pemkot Solo Batasi Jam Operasional Tempat Hiburan Malam Mereka diperbolehkan buka pada hari yang diizinkan mulai pukul 21 00 hingga 01 00 WIB Ketentuan tersebut juga berlaku untuk kelab malam diskotek pub rumah pijat dan karaoke
Selamat Datang Madinah Ramadan Di Kb 3 000 Kunjungi Setiap Malam

Selamat Datang Madinah Ramadan Di Kb 3 000 Kunjungi Setiap Malam

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 488 hits
KOTA BHARU Madinah Ramadan yang menjadi lokasi tumpuan rakyat Kelantan setiap Ramadan dikunjungi kira kira 3 000 penduduk termasuk pelancong setiap malam Program itu dianjurkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam turut diadakan ...
Buat Jadual Anak Kencing Malam Antara Cara Atasi Masalah Kencing Malam

Buat Jadual Anak Kencing Malam Antara Cara Atasi Masalah Kencing Malam

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 365 hits
Masalah kencing malam atau bedwetting boleh terjadi kepada mana mana kanak kanak tidak terkecuali anak anda Apatah lagi jika anak anda sudah mula bersekolah Jika anak anda kencing malam apa yang perlu anda lakukan Ketahui cara bagaimana unt...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023