Nak Anak Cerdik Ibu Ayah Kena Rajin Melayan Simple Je Tapi Berkesan


Anak yang cerdik dan pintar perlu dirangsang dari awal. Ibu ayah dan orang di sekeliling memainakn peranan sangat besar.
Merangsang otak si kecil bukanlah perkara yang sukar. Ibu dan ayah tentu boleh melakukannya. Rangsangan otak yang awal akan memberikan impak pada fasa kehidupannya akan datang. Otaknya berkembang pesat pada tiga tahun pertama.

 
Otak bayi akan mula berhubung untuk membuat sambungan yang tidak terhingga banyaknya usia tiga tahun pertamanya menghasilkan berbilion-bilion sel dan beratus-ratus trilion sambungan. Sambungan ini nanti adalah penting untuk mewujudkan kemajuan perkembangan positif dan dibuat melalui pengalaman positif setiap hari, berulang dengan ibu bapa dan penjaga (taska dan pengasuh).
Maka, penting bagi ibubapa dan penjaga memastikan lapan perkara ini dilakukan pada bayi anda.
1.Respons bila bayi menangis
Setiap kali bayi anda menangis, jangan biarkan lama sebaliknya berikan respons. Ambil langkah untuk menenangkannya dengan mengusapnya dan hilangkan tangisannya. Sentuhan bonding dan respons positif seperti ini akan melatih otak bayi untuk memberikan isyarat emosi yang selamat.

2.Fokus dan perhatian
Bayi yang rasa selamat dan  rapat dengan anda akan mula menerokai, belajar dan menyerap pelbagai perkara yang baru. Berikan respons dan tindak balas yang jelas kepada keperluan, kehendak dan apa juga aksi si manja. Otaknya yang sedang berkembang baik dan belajar menyesuaikan diri apabila anda memberikan tindak balas kepadanya secara konsisten.

3.Urutan bayi
Urutan akan mengurangkan ‘rentan emosi’, rasa selamat dan membuatkan bayi rasa ‘feel good’. Sentuhan anda akan akan menggalakkan pertumbuhan si kecil. Ia juga mengeratkan lagi hubungan anda berdua.

4.Tindak balas kepada tangisannya dengan perkataan dan intonasi
Apabila dia menangis,cuba untuk memberikan reaksi dengan berkata-kata seperti “Alahai sayang mama, kenapa nangis?”. Dengan memberikan respons yang penuh kasih sayang dan kata-kata yang positif sebegini, otak bayi akan membentuk hubungan antara neural dan mencipta cantuman antara sel-selnya. Bayi juga akan secara tidak langsung akan belajar tentang perkataan, bahasa, tentang cause-effect dan skil berfikir.

5.Beri tumpuan kepadanya
Bila bayi sudah mula pandai menunjuk, pastikan anda memandang ke arah apa yang ditunjukkannya dan berikan reaksi. ‘Joint attention’ ini akan memberikan rasa betapa pentingnya apa yang dibuatnya kepada anda. Berkongsilah apa juga yang disukai dan perkara yang sedang dibuatnya.

6.Bermain bersama
Permainan seperti agah dan peekaboo akan memberikan peluang untuk si kecil belajar untuk memberikan respons kepada pergerakan mudah dan permainan yang berurutan. Mustahak untuk anda memdapatkan permainan yang sesuai dengan usianya supaya dia boleh menerokai dan berinteraksi. Alat permainan seperti patung yang melompat keluar apabila dibuka (Jack in the box) dan bongkah yang disusun bertingkat akan membantu si kecil belajar mengenai sebab-akibat dan berfikir.

7.Menyediakan tempat selamat untuk merangkak dan bermain
Pembelajaran non-verbal (spatial learning) sangat mustahak dan si kecil yag sudah merangkak akan mula belajar tentang ‘bawah, atas, dalam, luar, dekat’ dan ‘jauh’. Ini penting untuk si kecil menyediakan peta dalam mindanya tentang sekelilingnya dan menyesuaikan diri dengan persekitarannya ketika merangkak dan bermain.
8.Menyanyi sambil menggerakkan badan
Nyanyian sambil menggerakkan badan akan membantu si kecil untuk belajar tentang bunyi dan penyesuaiannya dengan pergerakan motor kasar dan halus. Anda juga boleh membacakan selawat dan zikir.  Ia juga menggalakkan bayi belajar tentang ritma, bunyi-bunyian dan bahasa.
The post Nak Anak Cerdik, Ibu Ayah Kena Rajin ‘Melayan’. Simple Je Tapi Berkesan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-anak-cerdik-ibu-ayah-kena-rajin-melayan-simple-je-tapi-berkesan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Ayah Nak Anak Jadi Cerdik Wajib Bagi Peluang Bermain Mengikut Usianya

Ibu Ayah Nak Anak Jadi Cerdik Wajib Bagi Peluang Bermain Mengikut Usianya

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 545 hits
Banyak kemahiran yang boleh dipelajari dengan bermain Walaupun kadang kadang kita rasa bersepah je bila nak main atau tak larat nak layan anak bermain Tapi ingat semula yang mereka lakukan itu adalah untuk belajar Jika kita inginkan anak da...
Bukan Dari Ayah Kecerdasan Anak Ternyata Diturunkan Dari Ibu

Bukan Dari Ayah Kecerdasan Anak Ternyata Diturunkan Dari Ibu

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 358 hits
Faktor genetik tentu sangat penting bagi anak Mulai dari bentuk tubuh wajah hingga kecerdasan ternyata diturunkan dari orangtua Banyak orangtua yang menebak nebak dari mana gen diturunkan Misalnya wajahnya mirip ibu atau ayah Sebuah penelit...
Tak Nak Bagi Anak Gajet Tapi Dedah Anak Di Media Sosial

Tak Nak Bagi Anak Gajet Tapi Dedah Anak Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 401 hits
Dalam ramai ramai anak selebriti Yusuf Iskandar iaitu anak kepada pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen antara yang menjadi perhatian ramai netizen Boleh The post appeared first on
Memanglah Nak Mengajar Anak Tapi Dah Jadi Exspoitasi Kanak2 Kerana Nak Menunjuk Nunjuk

Memanglah Nak Mengajar Anak Tapi Dah Jadi Exspoitasi Kanak2 Kerana Nak Menunjuk Nunjuk

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 349 hits
Satu kumpulan mewakili peguam wanita mendesak pihak berkuasa bertindak segera berhubung laporan polis terhadap selebriti Aliff Syukri yang dikatakan merotan anak perempuannya berusia 9 tahun kerana tidak memakai tudung Persatuan Peguam Wani...
Melawat Ibu Bersalin Di Hospital Che Ta Terasa Nak Balik Ke Rumah Tambah Anak

Melawat Ibu Bersalin Di Hospital Che Ta Terasa Nak Balik Ke Rumah Tambah Anak

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 848 hits
Beberapa hari lepas aktres jelita Rozita Che Wan atau Che Ta membuat lawatan ke di Hospital Sungai Buloh Perkongsian ini dibuat Che Ta melalui laman Instagramnya Dia turut berkongsi beberapa foto bersama para ibu di wad bersalin hospital it...
Berhenti Dera Anak Dalam Senyap Besar Nanti Boleh Jadi Punca Anak Kurang Hormat Ibu Ayah

Berhenti Dera Anak Dalam Senyap Besar Nanti Boleh Jadi Punca Anak Kurang Hormat Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 505 hits
Pesanan untuk yang bergelar ibu bapa berhenti dera anak dalam senyap Rupanya itu antara punca anak kurang rasa hormat pada kita bila besar nanti Abah rama rama ni nak warna apa Warna je la apa apa pun Izni sambil tangan sibuk scroll Faceboo...
Nak Reject Ni Customer Tak Cukup Duit Ibu Dua Anak Hanya Tunduk Bila Dimalukan Oleh Cashier Kedai Eco

Nak Reject Ni Customer Tak Cukup Duit Ibu Dua Anak Hanya Tunduk Bila Dimalukan Oleh Cashier Kedai Eco

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 493 hits
Apabila sebut sahaja kedai Eco mula terbayang pelbagai aneka barangan yang dijual dengan harga RM2 Kedengaran sahaja RM2 tetapi yang dibawa pulang bukan setakat berpuluh puluh tetapi kadangkala beratus ratus Ini situasi bagi yang berkemampu...
Menu Sahur Simple Tapi Berkhasiat Untuk Ibu Yang Menyusu

Menu Sahur Simple Tapi Berkhasiat Untuk Ibu Yang Menyusu

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 928 hits
Berpuasa dan dalam masa yang sama menyusukan anak antara cabaran paling besar bagi seorang ibu Tambah mencabar bila anak kuat sangat menyusu Macam Iman Harraz walaupon dah masuk 3 tahun 2 bulan masih lagi menyusu Tanda tanda nak berhenti me...
Cakap Elok Elok Masa Marah Anak Jika Ibu Ayah Asyik Tinggi Suara Lagi Kuat Melawannya

Cakap Elok Elok Masa Marah Anak Jika Ibu Ayah Asyik Tinggi Suara Lagi Kuat Melawannya

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 394 hits
Marahkan anak tak bermakna itu penyelesaian cepat untuk bagi anak dengar cakap Sebaliknya ia boleh buat anak kita lagi menyimpan dendam dan melawan Cuba perhatikan apabila anak sering di marah apa tindak balas anak selepas itu Ya memang aka...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Salam Pembuka Bicara Tahun 2025

Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan