Anak Bawah 5 Tahun Gagap Itu Normal Dia Baru Nak Belajar Bahasa


Maaf admin, saya nak tanya anak saya 5 tahun tapi dia masih gagap. Saya risau tengok dia macam susah nak buat ayat nak bercakap. Boleh saya tahu macam mana nak rawat gagap?
Rahsiakan nama saya

Jawapan daripada doktor;
Apa itu gagap di kalangan kanak-kanak?
Adakah anak anda sering tersekat-sekat semasa bercakap atau anak anda kerap mengulangi suku kata dan perkataan yang sama semasa bercakap? Jika ya, seringkah anda tertanya-tanya sama ada anak anda mengalami kegagapan?
Gagap ialah keadaan di mana pertuturan menjadi tidak lancar atau tersekat-sekat.
Kebiasaannya, kanak-kanak berusia 2 hingga 5 tahun mengalami tempoh kegagapan dalam proses perkembangan bahasa mereka. Semasa bercakap mereka sering tersekat-sekat, mengulangi suku kata, perkataan atau ayat, pemanjangan sesuatu bunyi perkataan atau berhenti ketika bercakap. Ini bukanlah fenomena luar biasa. Hampir 5% kanak-kanak mengalami kegagapan normal pada usia ini.
Kadang-kadang ini terjadi disebabkan oleh kanak-kanak terlampau penat, gembira, teruja untuk bercakap atau ingin bercakap dengan pantas.
Apakah gagap normal di kalangan kanak-kanak?
-Kanak-kanak mengalami kegagapan normal apabila mengulangi suku kata atau perkataan 1 hingga 2 kali contohnya sa-sa-saya. Kegagapan juga disertai sisipan seperti “um”, “uh” dan “er”
-Kegagapan muncul antara umur 2 hingga 5 tahun. Muncul dan hilang pada waktu-waktu tertentu.
-Kegagapan muncul dan hilang pada waktu-waktu tertentu disebabkan oleh kanak-kanak sedang melalui proses pembelajaran benda baru dan cuba untuk memahirkan kemahiran bahasa yang ada
Apakah faktor mempengaruhi kegagapan?
Faktor utama yang menyebabkan kegagapan masih belum dikenal pasti namun beberapa faktor yang sering dikaitkan dengan kegagapan adalah seperti berikut:
-Genetik ? Individu yang mempunyai sejarah keluarga dengan masalah gagap berkemungkinan besar untuk mengalami masalah tersebut.
-Faktor perkembangan ? Kanak-kanak mengalami perkembangan kognitif, fizikal, sosial/emosi dan bahasa pertuturan dengan cepat pada usia 2 hingga 5 tahun.
-Persekitaran ? Individu terutamanya kanak-kanak yang terdedah kepada persekitan individu gagap (bapa, abang, saudara-mara), cenderung untuk mengikut gaya percakapan mereka dan boleh menjadi gagap. Selain itu harapan tinggi ibu bapa juga menyumbang kepada kegagapan di kalangan kanak-kanak, kerana ini boleh meningkatkan ketakutan kanak-kanak dan seterusnya meningkatkan kemungkinan berlakunya gagap.
Apakah ciri-ciri masalah kegagapan di kalangan kanak-kanak?
-Pengulangan suku kata dan perkataan lebih dari 2 kali seperti sa-sa-sa-saya.
-Pengulangan melibatkan kepayahan dan ketegangan otot-otot yang ketara di kawasan muka dan mulut.
-Bermula dan berterusan selepas 3 tahun setengah
-Tempoh kemunculan dan hilang gagap semakin bertambah. Tempoh gagap berlanjutan 6 hingga 12 bulan dan ada yang kekal.
-Kanak-kanak mengelak daripada menggunakan perkataan yang menyebabkan kegagapan.
-Mengalami kegagapan lebih 10 perkataan daripada 100 perkataan.
Apakah kesan kegagapan di kalangan kanak-kanak?
Semakin meningkat dewasa, kanak-kanak akan semakin menyedari masalah pertuturan yang di alami. Oleh yang demikian, kegagapan meningkatkan rasa malu di kalangan kanak-kanak. Ini mengakibatkan kanak-kanak rasa kurang yakin diri untuk berkomunikasi. Selain itu, rakan sebaya mula menyedari masalah ini dan mula mengejek.
Selain itu, kegagapan meningkatkan tekanan kanak-kanak di situasi yang memerlukan mereka bercakap.
Bagaimanakah kegagapan dapat dikenal pasti?
Jika terdapat ciri-ciri kegagapan yang dinyatakan di atas, ibu bapa digalakkan untuk membawa anak berjumpa dengan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) untuk mendapatkan penilaian dan rawatan yang sewajarnya.
Tip-tip yang boleh dilakukan untuk membantu kanak-kanak gagap.
Berikut merupakan antara tips yang boleh dilakukan untuk membantu kanak-kanak gagap:
-Bercakap secara tenang dan tanpa tergesa-gesa. Tunggu seketika dalam beberapa saat sebelum memberikan respon kepada anak selepas mereka habis bercakap. Model bercakap dengan tenang dan lancar adalah lebih berkesan berbanding memberi komen atau nasihat tentang bagaimana mereka bercakap.
-Model percakapan yang lancar. Bercakap dengan menggunakan ayat-ayat pendek dan mudah.
-Elakkan meminta anak bercakap dengan betul setiap masa
-Wujudkan peluang untuk anak bercakap dengan tenang, harmoni dan gembira
-Dengar apa yang dituturkan oleh anak sehingga habis, tanpa perlu menyudahkan atau membetulkan ayat yang dituturkan oleh anak.
-Kurangkan bertanya kepada anak. Banyakkan komen atau perjelaskan apa yang dituturkan oleh anak berbanding bertanya banyak soalan mengenainya.
-Luangkan masa bersama anak. Luangkan masa untuk berinteraksi dengan anak dengan lebih efektif untuk meningkatkan keyakinan anak untuk bertutur. (Lihat Tips-tips berkomunikasi dengan individu gagap)
Rujukan
http://www.webmd.com/parenting/stuttering diperoleh pada 2 September 2015.
http://www.stutteringhelp.org/kids diperoleh pada 2 September 2015.
https://www.mnsu.edu/comdis/kuster/Parents/Parentsguide.html diperoleh pada 2 September 2015.
(http://www.myhealth.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=8170&Itemid=3 diperoleh pada 2 September 2015.
Sumber: MyhealthPortal KKM
The post Anak Bawah 5 Tahun Gagap Itu Normal, Dia Baru Nak Belajar Bahasa. appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-bawah-5-tahun-gagap-itu-normal-dia-baru-nak-belajar-bahasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Itu Gambar Lama Baru Nak Upload Aliff Syukri Nafi Ingkar Pkp

Hiburan Itu Gambar Lama Baru Nak Upload Aliff Syukri Nafi Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 343 hits
Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi dikecam netizen apabila dengan sengaja dilihat melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan apabila memuat naik gambar percutian bersama anak anak di Janda Baik Pahang Aliff turut berkata dia sangat gembi...
Ada Produk Ini Di Rumah Kena Sorok Bahaya Untuk Anak Bawah 2 Tahun Boleh Sawan Meninggal

Ada Produk Ini Di Rumah Kena Sorok Bahaya Untuk Anak Bawah 2 Tahun Boleh Sawan Meninggal

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 574 hits
Ibu bapa yang ada anak kecil dinasihatkan untuk sentiasa hati hati dan tidak meletakkan sebarang ubat ubatan di tempat yang mudah anak ambil Walaupun hanya sekadar minyak angin atau balm jika terlepas pandang ia boleh memudaratkan anak Anda...
Tinggalkan Bayi Baru Lahir Di Tangga Akhirnya Terbongkar Itu Anak Sendiri

Tinggalkan Bayi Baru Lahir Di Tangga Akhirnya Terbongkar Itu Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 223 hits
Konon ingin menyembunyikan kelahiran tindakan seorang wanita berusia 22 tahun akhirnya terbongkar apabila ditahan pihak polis kerana disyaki membuang bayi yang baru sahaja dilahirkan Bayi lelaki yang masih hidup itu ditemui ditinggalkan di ...
Rebut Peluang Untuk 4 Kelebihan Yang Anda Akan Dapat Jika Belajar Bahasa Baru Sekarang

Rebut Peluang Untuk 4 Kelebihan Yang Anda Akan Dapat Jika Belajar Bahasa Baru Sekarang

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 259 hits
Ini dipanggil roti Baguette Roti yang sangat terkenal dan banyak dimakan di negara Perancis Ada 4 kelebihan belajar bahasa baru Ada masa seminggu dua lagi PKP ni boleh pertimbangkan untuk belajar satu bahasa baru dan mendapat 4 faedah yang ...
Terlintas Nak Culik Anak Orang Tekanan Kahwin Lebih 10 Tahun Tak Ada Anak

Terlintas Nak Culik Anak Orang Tekanan Kahwin Lebih 10 Tahun Tak Ada Anak

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 309 hits
Isteri mana yang tidak meninginkan anak apabila sudah berkahwin Setiap wanita pasti mengimpikan rahim mereka dihuni anugerah indah dari Allah SWT Begitu juga dengan pasangan ini Berkahwin lebih dari 10 tahun dan masih tidak berpeluang untuk...
Rezeki Ramai Adik Beradik Ibu Aiman Tino Fara Hazel Baru Lahirkan Anak Ke 11 Secara Normal

Rezeki Ramai Adik Beradik Ibu Aiman Tino Fara Hazel Baru Lahirkan Anak Ke 11 Secara Normal

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 535 hits
Punya keluarga yang ramai memang seronok Pasti meriah dengan adik beradik yang ramai dan punya macam macam karenah Itu mungkin yang dirasakan buat penyanyi Aiman Tino dan kakaknya Fara Hazel yang baru tiga hari lepas ibunya melahirkan seora...
Syekh Puji Dilaporkan Nikahi Anak Umur 7 Tahun Jauh Di Bawah Usia Ideal Apa Bahayanya

Syekh Puji Dilaporkan Nikahi Anak Umur 7 Tahun Jauh Di Bawah Usia Ideal Apa Bahayanya

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 255 hits
Ingat nggak dulu Syekh Puji menikahi perempuan berusia 12 tahun Kali ini dia dilaporkan nikah lagi dengan anak usia 7 tahun
Anak Baru Belajar Berjalan Terjatuh Dan Gigi Susu Tercedera Perhatikan Tahap Kecederaan Gigi Sebelum Ke Klinik

Anak Baru Belajar Berjalan Terjatuh Dan Gigi Susu Tercedera Perhatikan Tahap Kecederaan Gigi Sebelum Ke Klinik

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 432 hits
Saya nak tanya semua anak saya baru pandai berjalan Terjatuh dan gigi dia kebelakang Apa perlu saya buat Ibu cemas Kecederaan gigi susu sangat kerap berlaku pada kanak kanak kecil yang baru belajar berjalan berlari dan memanjat Kecederaan k...
Tak Lalu Nak Makan Fikirkan Soal Anak Adik Mardhiah Hidap Kanser Mata Ibu Mohon Doa Dari Netizen

Tak Lalu Nak Makan Fikirkan Soal Anak Adik Mardhiah Hidap Kanser Mata Ibu Mohon Doa Dari Netizen

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 354 hits
Setiap orang ada ujiannya Setiap ujian pasti ada hikmahnya Itulah ungkapan yang sering kita dengar dari mulut seorang insan yang cekal menghadapi dugaan dalam kehidupannya Lebih terkesan jika ujian itu untuk anak yang masih kecil Satu perko...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut