Tinggalkan Bayi Baru Lahir Di Tangga Akhirnya Terbongkar Itu Anak Sendiri


Konon ingin menyembunyikan kelahiran, tindakan seorang wanita berusia 22 tahun akhirnya terbongkar apabila ditahan pihak polis kerana disyaki membuang bayi yang baru sahaja dilahirkan.
Bayi lelaki yang masih hidup itu ditemui ditinggalkan di tangga sebuah rumah di Kampung Batu 9, Chemor, Perak.

Tak mengaku anak sendiri
Menerusi laporan Sinar Harian, bayi lelaki yang sihat dan masih bertali pusat itu ditinggalkan di tangga sebuah rumah. Bayi yang masih hidup itu ditemui oleh orang awam sebelum dilaporkan kepada pihak polis.
Pihak polis kemudian menjalankan siasatan dan mendapati rupa-rupanya bayi yang baru sahaja dilahirkan itu merupakan anak salah seorang penghuni dalam rumah berkenaan.
Tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila wanita terbabit tidak mengaku bayi tersebut adalah anak kandungnya dan dia dengan sengaja telah mereka cerita kononnya bayi tersebut telah ditinggalkan oleh seseorang di tangga rumah mereka pada jam 3 pagi. Lebih mengejutkan apabila orang awam yang melaporkan kejadian itu kepada pihak polis adalah bapa wanita berkenaan.
Temui tompokan darah bawah katil
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata pihak polis kemudian bertindak menjalankan siasatan lanjut dengan menyoal siasat suspek.
Pasukan siasatan membuat pemeriksaan dalam bilik suspek menemui setompok darah di atas lantai. Pemeriksaan lanjut menemui tompokan darah yang banyak di bahagian bawah katil disyaki milik suspek yang baru lepas bersalin.
Pada awalnya, suspek memberitahu bahawa darah berkenaan merupakan darah haid miliknya tetapi akhirnya dia mengakui bahawa bayi terbabit merupakan anak kandung yang baru dilahirkannya.
Bayi tersebut dalam keadaan sihat telah ditempatkan di hospital yang sama. Polis telah merampas beg tangan, buku rekod kesihatan dan ubat serta risalah berkaitan penyusuan susu ibu dan panduan pendidikan kesihatan anemia dalam kalangan ibu hamil.
Suspek kemudian telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut. Tambahnya lagi, wanita terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendedahkan dan membuang kanak-kanak di bawah 12 tahun.
Sumber: Sinar Harian
The post Tinggalkan Bayi Baru Lahir Di Tangga, Akhirnya Terbongkar Itu Anak Sendiri! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tinggalkan-bayi-baru-lahir-di-tangga-akhirnya-terbongkar-itu-anak-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadi Simbol Melawan Kejahatan Bayi Baru Lahir Di India Diberi Nama Corona

Jadi Simbol Melawan Kejahatan Bayi Baru Lahir Di India Diberi Nama Corona

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 264 hits
Sang paman bernama Nitesh Tripathi mengatakan dia memutuskan untuk memberikan nama itu setelah dunia diramaikan dengan pemberitaan virus corona
Comel Sangat Gambar Gambar Bayi Baru Lahir Pakai Face Shield Buat Netizen Tak Keruan

Comel Sangat Gambar Gambar Bayi Baru Lahir Pakai Face Shield Buat Netizen Tak Keruan

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 373 hits
Melahirkan bayi disaat wabak Covid 19 memang sesuatu yang mencabar Emosi para ibu juga sudah semestinya agak terganggu memikirkan keselamatan bayi yang baru dilahirkan kerana hospital merupakan tempat paling berisiko mempunyai virus Naluri ...
Hoaks Bayi Baru Lahir Berbicara Makan Telur Rebus Sebelum Jam 12 Malam Untuk Cegah Virus Corona

Hoaks Bayi Baru Lahir Berbicara Makan Telur Rebus Sebelum Jam 12 Malam Untuk Cegah Virus Corona

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 273 hits
Virus Corona atau Covid 19 kian mewabah di Indonesia Bahkan saat Ini Indonesia tidak hanya memerangi virus corona dengan medis Mereka juga harus melawan berbagai kabar tidak benar dan rumor absurd yang muncul di media sosial Muncul rumor ya...
Bayi Kembar Baru Lahir Masa Perintah Berkurung Diberi Nama Corona Dan Covid

Bayi Kembar Baru Lahir Masa Perintah Berkurung Diberi Nama Corona Dan Covid

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 1425 hits
Sepasang bayi kembar yang baru sahaja dilahirkan ketika perintah berkurung sedang dijalankan di Raipur India diberikan nama Corona dan Covid Menurut ibu dan bapa kepada bayi terbabit nama tersebut diberikan kerana menunjukkan simbolik kemen...
Konon Jumpa Bayi Rupanya Anak Sendiri

Konon Jumpa Bayi Rupanya Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 191 hits
IPOH Seorang bayi lelaki ditemui masih hidup ditinggalkan di tangga di sebuah rumah di Kampung Batu 9 Chemor di sini hari ini Dalam kejadian kira kira jam 10 pagi itu polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan bayi yang ...
Potret Anak Mandra Yang Baru Lahir Ganteng Dan Lucu

Potret Anak Mandra Yang Baru Lahir Ganteng Dan Lucu

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 300 hits
Kabar bahagia datang dari keluarga aktor dan pelawak Mandra Hal ini lantaran sang istri Mila Sari Juwita telah melahirkan anak keduanya
Anak Baru Lahir Diberi Nama Lockdown

Anak Baru Lahir Diberi Nama Lockdown

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 266 hits
Sepasangan suami isteri dari daerah Sheopur Madhya Pradesh telah menamakan anak mereka yang baru lahir Lockdown untuk meraikan jasa semua pihak yang bertungkus lumus untuk memerangi wabak Covid 19 seperti yang di sarankan oleh Perdana Mente...
Pink Dan Anak Lelakinya Baru Pulih Dari Covid 19

Pink Dan Anak Lelakinya Baru Pulih Dari Covid 19

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 328 hits
Pink dan anak lelakinya baru pulih dari COVID 19Pink bersama anak lelakinya berusia tiga tahun Jameson telah menunjukkan tanda tanda jangkitan COVID 19 Gambar filePink anak lelakinya baru pulih selepas positif COVID 19PENYANYI ternama Holly...
Ibu Baru Meninggal Dunia Ayah Rindukannya Sebak Anak Kongsi Video Ayah Tenung Gambar Isterinya Dalam Telefon

Ibu Baru Meninggal Dunia Ayah Rindukannya Sebak Anak Kongsi Video Ayah Tenung Gambar Isterinya Dalam Telefon

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 385 hits
Perpisahan yang paling menyakitkan adalah perpisahan antara dua dunia kita tak lagi dapat bertemu mereka yang tersayang walau rindu macam mana sekalipun ayah rindu ibu Inilah yang dihadapi seorang lelaki warga emas selepas kehilangan isteri...
5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Kitaran Batuan Nadi Dinamik Bumi

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela

Curi Masa Keluar Lunch Sama