Rezeki Ramai Adik Beradik Ibu Aiman Tino Fara Hazel Baru Lahirkan Anak Ke 11 Secara Normal


Punya keluarga yang ramai memang seronok. Pasti meriah dengan adik-beradik yang ramai dan punya macam-macam karenah. Itu mungkin yang dirasakan buat penyanyi Aiman Tino dan kakaknya Fara Hazel yang baru tiga hari lepas ibunya melahirkan seorang adik perempuan.
Ibu kedua penyanyi itu, Hazelina, 43, melahirkan anak ke-11, pada Khamis lalu . Bapa mereka, Yusry Ishak ketika dihubungi berkata, bayi seberat 3.39 kilogram itu dilahirkan secara normal di Hospital Selayang pada jam 6.55 pagi.
Yusry berkata, proses kelahiran anak ke-11 ini memberi dugaan besar kepada isterinya apabila terpaksa berada di bilik bersalin hampir lapan jam.
“Ini satu-satunya proses kelahiran yang saya lihat isteri seakan sedang bertarung nyawa. Saya kasihan melihat keadaannya yang terpaksa bertahan hampir lapan jam di bilik bersalin .
“Selalunya kurang dari dua jam dia sudah melahirkan anak, tapi kali ini proses kelahiran  luar biasa. Jadi mungkin sudah tiba masanya untuk ‘tutup kilang’ seperti yang disarankan doktor, ” katanya.

Menurut Yusry, isterinya sudah dibenarkan pulang ke rumah mereka di Kuala Kubu Bharu, Selangor, hari ini.
Yusry berkata, seboleh-bolehnya dia mahu menambah zuriat lagi, tetapi usia isteri sudah mencecah 43 tahun. Dia juga akan membawa isterinya ke hospital untuk melakukan pembedahan kecil bagi mencegah kehamilan.
“Soal zuriat ini adalah rezeki Allah. Namun, disebabkan usia isteri yang semakin meningkat serta doktor juga menyarankan supaya isteri tidak lagi hamil, saya ikut saja.
“Lagipun masa menantikan isteri bersalin timbul rasa insaf dalam diri dan tidak mahu isteri hamil lagi kerana kasihan melihat keadaannya yang letih. Mujurlah saya ada di sisinya ketika itu. Saya juga bakal menimang cucu hujung tahun ini. Jadi nak tambah anak pun rasa tak sesuai,” katanya.
Aiman teruja terima adik baru Ketika dihubungi oleh akhbar Harian Metro, Aiman Tino berkongsi rasa teruja apabila menerima kehadiran adik baru dalam keluarga mereka yang diberi nama Nina Delisya.
Aiman ketika dihubungi berkata, perasaan itu berbeza berbanding kali terakhir dia menerima adik baru ketika berusia 18 tahun.
“Perasaan itu berbeza berbanding sebelum ini. Mungkin sebab saya sendiri sudah dewasa dan lebih matang, jadi rasa lebih teruja berbanding ketika zaman remaja,” katanya kepada Harian Metro.
Aiman bagaimanapun perlu menjaga jarak dengan adiknya yang baru berusia tiga hari itu memandangkan wabak Covid-19 yang melanda negara sekarang.

“Kalau nak ikutkan, rasa geram dan nak gomol saja. Tapi, disebabkan situasi sekarang, saya pun berjaga-jaga. Selalunya, selepas mandi baru saya akan dekat dengan dia,” katanya.
Menurut Aiman, kehadiran anggota baru dalam keluarganya itu menambahkan lagi kemeriahan dan keceriaan rumah mereka.
“Sebelum ini, kami 11 beranak dan sekarang bertambah lagi seorang ahli keluarga. Bertambah meriahlah lagi.
“Itu belum lagi kira kakak dan abang yang sudah berkahwin kerana sekarang mereka menetap di tempat lain. Kalau tidak, sudah macam Hari Raya,” katanya
Selain Aiman dan Fara, Yusry dan Hazelina dikurniakan lapan lagi anak iaitu Mohd Aidil, 24, Nurfarazira, 23, Nur Isfasha, 17, Mohd. Haikal, 13, Nur Alya Mahsuri, 10, Nur Qaseh Mahsuri, 8, Mohd. Ikhwan, 5 dan Nur Nina Izara, 4.
Tahniah diucapkan kepada keluarga Aiman Tino dan Fara Hazel dengan kedatangan adik baru dalam keluarga. Pasti lebih meriah kehidupan mereka sekeluarga dengan kehadiran Nina Delisya.
Sumber: Harian Metro
The post Rezeki Ramai Adik-beradik, Ibu Aiman Tino & Fara Hazel Baru Lahirkan Anak Ke-11 Secara Normal. appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/rezeki-ramai-adik-beradik-ibu-aiman-tino-fara-hazel-baru-lahirkan-anak-ke-11-secara-normal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aiman Tino Dan Fara Hazel Dapat Adik Baru Ibu Lahirkan Anak Kesebelas

Aiman Tino Dan Fara Hazel Dapat Adik Baru Ibu Lahirkan Anak Kesebelas

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 698 hits
Semalam dua penyanyi yang juga merupakan adik beradik Aiman Tino dan Fara Hazel telah mendapat adik baru yang merupakan anak kesebelas dilahirkan ibu mereka Hazelina Mat Jalil Mereka mendapat adik perempuan yang dilahirkan di Hospital Selay...
Aiman Tino Dapat Adik Baru Ibu Lahirkan Anak Ke 11

Aiman Tino Dapat Adik Baru Ibu Lahirkan Anak Ke 11

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 660 hits
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Aiman Tino dan kakaknya Fara Hazel yang baru sahaja mendapat adik perempuan apabila ibu mereka Hazelina 43 tahun The post appeared first on
Nanti Semua Ok Ibu Ambil Adik Foto Anak Nurse Rindu Ibunya Undang Sebak

Nanti Semua Ok Ibu Ambil Adik Foto Anak Nurse Rindu Ibunya Undang Sebak

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 363 hits
Ketika kita dapat peluang bersama dan melayan anak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini kita tak sedar anak anak petugas barisan hadapan terpaksa menanggung rindu untuk dipeluk kedua ibu bapa mereka Mungkin bagi anak yang dah besar ...
Anak Bawah 5 Tahun Gagap Itu Normal Dia Baru Nak Belajar Bahasa

Anak Bawah 5 Tahun Gagap Itu Normal Dia Baru Nak Belajar Bahasa

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 406 hits
Maaf admin saya nak tanya anak saya 5 tahun tapi dia masih gagap Saya risau tengok dia macam susah nak buat ayat nak bercakap Boleh saya tahu macam mana nak rawat gagap Rahsiakan nama saya Jawapan daripada doktor Apa itu gagap di kalangan k...
Isteri Baru Lahirkan Anak Sulung Penyanyi Glenn Fredly Meninggal Dunia

Isteri Baru Lahirkan Anak Sulung Penyanyi Glenn Fredly Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 330 hits
Hari ini kita mendengar khadar duka dari Jakarta apabila salah seorang penyanyi popular negara jiran ini Glenn Fredly meninggal dunia pada hari ini Glenn Fredly Deviano Latuihamallo atau lebih dikenali sebagai Glenn Fredly meninggal dunia p...
Seri Ibu Mengandung Izara Aishah Papar Gambar Terkini Kehamilan Bakal Lahirkan Anak Perempuan

Seri Ibu Mengandung Izara Aishah Papar Gambar Terkini Kehamilan Bakal Lahirkan Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 544 hits
Umum mengetahui bahawa Izara Aishah pelakon berbakat besar bakal melahirkan anak sulungnya tidak lama lagi Baru baru ini Izara ada memuat naik beberapa keping foto terkini di akaun Instagram miliknya Usia kandungannya kini sudah mencecah us...
Tak Lalu Nak Makan Fikirkan Soal Anak Adik Mardhiah Hidap Kanser Mata Ibu Mohon Doa Dari Netizen

Tak Lalu Nak Makan Fikirkan Soal Anak Adik Mardhiah Hidap Kanser Mata Ibu Mohon Doa Dari Netizen

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 364 hits
Setiap orang ada ujiannya Setiap ujian pasti ada hikmahnya Itulah ungkapan yang sering kita dengar dari mulut seorang insan yang cekal menghadapi dugaan dalam kehidupannya Lebih terkesan jika ujian itu untuk anak yang masih kecil Satu perko...
Menangis Tak Nak Makan Ibu Cerita Anak Anak Mogok Kalau Bibik Tak Ada

Menangis Tak Nak Makan Ibu Cerita Anak Anak Mogok Kalau Bibik Tak Ada

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 312 hits
Anak anak memerlukan kehadiran ibu ayah di sisi mereka Kadang kadang kehidupan mewah pun tiada guna untuk mereka Mereka hanya mahukan perhatian sebab itulah kadang kadang mereka akan buat perangai Kita pula menganggap anak nakal dan memarah...
Tak Takut Corona Ibu Penjual Rujak Saya Lebih Takut Anak Kelaparan

Tak Takut Corona Ibu Penjual Rujak Saya Lebih Takut Anak Kelaparan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 293 hits
Ibu penjual rujak ini mengaku lebih takut anaknya kelaparan daripada takut corona Sejumlah warga Dusun Baban Tengah Desa Mulyorejo Kecamatan Silo Kabupaten Jember Jawa Timur mengaku tidak takut pada virus Corona tetapi lebih takut anak mera...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi