Ada Produk Ini Di Rumah Kena Sorok Bahaya Untuk Anak Bawah 2 Tahun Boleh Sawan Meninggal


Ibu bapa yang ada anak kecil dinasihatkan untuk sentiasa hati-hati dan tidak meletakkan sebarang ubat-ubatan di tempat yang mudah anak ambil. Walaupun hanya sekadar minyak angin atau balm, jika terlepas pandang ia boleh memudaratkan anak.
Anda kena tahu walaupun minyak angin atau balm yang dijual di pasaran itu tak mendatangkan mudarat jika digunakan oleh anda, tak semestinya untuk anak kecil di bawah dua tahun ia selamat.

Ada kesan sampingannya pada anak bawah dua tahun kerana kebanyakan minyak angin atau balm ini mengandungi camphor/kapur barus.
Penjelasan dari Dr Redza Zainol ini sangat membantu ibu bapa dan memastikan dalam rumah kita sentiasa selamat untuk anak.
Anak dua tahun sawan dan meninggal
“Doktor, budak 2 tahun ni dah satu jam sawan tak berhenti-henti.”
Ibu bapanya baru berpindah rumah. Ruang tamu mereka penuh dengan kotak dan barangan yang perlu disusun.

Sambil ibu bapanya sibuk mengemas, anak ni jumpa ubat minyak cap kapak di dalam kotak.
Tak lama lepas tu, dia mula muntah-muntah dan tak sedarkan diri.
Tak ada siapa pun nampak dia minum minyak cap kapak tu tapi bau minyak tu sangat kuat dari mulut dia.

Di wad, bermacam ubatan diberi untuk hentikan sawan. Tapi dia berterusan sawan hingga 5 jam dan akhirnya meninggal dunia.
“Puan, kami dah cuba semua jenis rawatan. Maafkan saya, anak puan dah tak ada lagi.”
Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata dari doktor pakar saya pada si ibu. Dia meraung sekuat-kuatnya.

Digoncang-goncang badan anaknya. Tak bergerak, tak bernafas dan kulitnya mulai biru sejuk.
Ayahnya tersandar di dinding. Masih tak percaya dengan apa yang berlaku. Kelu tak berkata apa-apa.
Kisah benar ni tak akan saya lupakan.
Ubat minyak cap kapak mengandungi Camphor yang dilarang untuk diguna pada kanak-kanak bawah 2 tahun.
Camphor atau kapur barus ialah bahan yang banyak diguna dalam produk sapuan di dalam pasaran untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.

Menurut kajian penyelidik dari Kolej Perubatan Albert Einstein Universiti Yeshiva, kanak-kanak sangat terdedah pada kesan toksik Camphor sebab ia mudah terserap melalui kulit dan membran mukus (mata, bibir, bahagian dalam hidung).
Produk yang mengandungi camphor atau kapur barus ni jika diguna pada kanak-kanak bawah 2 tahun boleh menyebabkan sawan dan kematian.
Jika anda perhatikan kotak produk yang berdaftar, ada tanda amaran yang telah diletakkan.

Baca dulu label sebelum di guna pada anak
Mak ayah hati-hati ya. Jangan letak pada hidung, mata atau kulit yang luka. Ia akan terserap di dalam darah dan boleh capai tahap toksik di dalam badan.

Apa pun produk yang kalian nak guna pada anak, biasakan diri untuk baca label.
Semua dah tertulis pada label. Tinggal kita nak baca dan ambil tahu.
Jadilah mak ayah yang bijak.
Sumber: Dr Redza Zainol
Join Channel Telegram Dr Redza
https://t.me/NotaRedzaZainol
The post Ada Produk Ini Di Rumah Kena Sorok. Bahaya Untuk Anak Bawah 2 Tahun. Boleh Sawan & Meninggal appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ada-produk-ini-di-rumah-kena-sorok-bahaya-untuk-anak-bawah-2-tahun-boleh-sawan-meninggal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambil Duduk Rumah Layan Anak Ibu Ayah Boleh Tambah Duit Sepanjang Pkp

Sambil Duduk Rumah Layan Anak Ibu Ayah Boleh Tambah Duit Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 600 hits
Memang seronok dapat meluangkan masa dengan anak anak dan keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini Malah sepanjang musim PKP ni ramai ibu bapa yang berkongsi gelagat dan aktiviti harian anak resepi masakan dan tak kurang juga akti...
Susah Nak Ajar Anak Supaya Tak Sentuh Bahagian Muka Boleh Jelaskan Bahaya Virus Covid 19 Supaya Anak Faham

Susah Nak Ajar Anak Supaya Tak Sentuh Bahagian Muka Boleh Jelaskan Bahaya Virus Covid 19 Supaya Anak Faham

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 380 hits
Ia mungkin sesuatu yang sukar untuk dilakukan terutamanya bagi ibu bapa yang memiliki anak lebih daripada seorang dan dalam masa yang sama perlu melakukan tugasan kerja di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini Tetapi bagi m...
Anak Bawah 5 Tahun Gagap Itu Normal Dia Baru Nak Belajar Bahasa

Anak Bawah 5 Tahun Gagap Itu Normal Dia Baru Nak Belajar Bahasa

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 465 hits
Maaf admin saya nak tanya anak saya 5 tahun tapi dia masih gagap Saya risau tengok dia macam susah nak buat ayat nak bercakap Boleh saya tahu macam mana nak rawat gagap Rahsiakan nama saya Jawapan daripada doktor Apa itu gagap di kalangan k...
Kasus Pertama Di Ri Anak 11 Tahun Meninggal Komplikasi Covid 19 Dan Dbd

Kasus Pertama Di Ri Anak 11 Tahun Meninggal Komplikasi Covid 19 Dan Dbd

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 247 hits
Juru Bicara Pemerintah untuk Penanganan Covid 19 Achmad Yuri mengatakan pasien positif corona berusia 11 tahun asal Kabupaten Pamekasan Jawa Timur meninggal dunia adalah kasus pertama usia muda di Indonesia Dia menjelaskan pasien tersebut m...
Ibu Bapa Buat 5 Perkara Ini Gerenti Boleh Bantu Anak Belajar Di Rumah

Ibu Bapa Buat 5 Perkara Ini Gerenti Boleh Bantu Anak Belajar Di Rumah

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 680 hits
Sepanjang tempoh PKP ini pasti ada ibu bapa yang menjadi cikgu dirumah sendiri Manakan tidak jika anak anak asyik bermain dan langsung tidak mengulangkaji pelajaran anak anak boleh ketinggalan dalam pelajaran Walaupun anda tidak mengajar se...
Suami Nak Isteri Senyum Mudah Je Tak Berkira Buat Kerja Rumah Boleh Jaga Anak

Suami Nak Isteri Senyum Mudah Je Tak Berkira Buat Kerja Rumah Boleh Jaga Anak

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 734 hits
Pernah tak kita sebagai wanita yang bergelar ibu terfikir kenapa emosi kita kadang kala tak stabil Mudah marah mudah tinggikan suara dan sesekali cepat naik tangan dengan anak Biasanya jawapan yang selalu diberikan kerana ibu atau isteri te...
Kekal Di Rumah Hadiah Ulang Tahun Istimewa Untuk Dr Noor Hisham

Kekal Di Rumah Hadiah Ulang Tahun Istimewa Untuk Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 556 hits
PUTRAJAYA Sempena hari jadi saya esok 21 April hadiah paling istimewa untuk saya ialah kalau boleh rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi Demikian ungkap Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdulla...
Duduk Di Rumah Sahaja Anda Boleh Nikmati Online Members Watsons Dengan Harga Berbaloi

Duduk Di Rumah Sahaja Anda Boleh Nikmati Online Members Watsons Dengan Harga Berbaloi

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 299 hits
Berbicara soal gedung rangkaian kecantikan Watsons ini memang boleh buat ramai yang teruja dengan barangan jualannya yang mudah di cari dan berkesan The post appeared first on
Rumah Makan Boleh Buka Selama Psbb Tapi Dilarang Disantap Di Tempat

Rumah Makan Boleh Buka Selama Psbb Tapi Dilarang Disantap Di Tempat

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 316 hits
Warung dan rumah makan bisa tetap buka tetapi tidak diizinkan menyantap makanan di lokasi Semua makanan bisa dibawa take away bisa datang ke warung untuk dibungkus kata Anies
Doa 5 September 2025 12 Rabiulawal 1447h Salam Maulidur Rasul

Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

25 Ucapan Maulid Nabi Muhammad Saw Yang Menyentuh Hati Pembaca

Pm Urges Muslims To Emulate Prophet Muhammad In Nation Building

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa Negara Pm Anwar

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang

Salam Maulidur Rasul

Bergemerlapan Ini Pemandangan Asia Tenggara Termasuk Malaysia Dari Angkasa

Banyak Khasiat Ini Cara Buat Kompos Tanaman Guna Kulit Pisang

The Long House A Minimalist Residence With A Bold Cantilever In Bengaluru

No Light At The End Of Klia Aerotrain Tunnel