Anak Asyik Minta Snek Ini Cara Nak Bagi Tanpa Rasa Bersalah


Snek sering menjadi penyelamat ketika anak-anak lapar sebelum waktu makan utama, atau sebagai ganjaran yang menggembirakan. Namun, pemberian snek jika tidak dikawal boleh membawa kepada tabiat makan yang tidak sihat. Ramai ibu bapa ingin memberi yang terbaik buat anak-anak, tetapi tertanya-tanya berapa banyak itu terlalu banyak?
Kenapa Kena Berpada-pada dalam Pemberian Snek? Pemberian snek tanpa kawalan boleh membawa kepada beberapa kesan negatif:
Mengganggu waktu makan utama – Jika anak sudah kenyang dengan snek, mereka mungkin tidak berminat untuk makan tengah hari atau malam.
Peningkatan risiko obesiti – Terlalu banyak kalori daripada snek manis dan berlemak boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan yang tidak sihat.
Tabiat makan yang tidak seimbang – Anak mungkin mula memilih makanan dan lebih suka snek daripada makanan sebenar yang lebih berkhasiat.
Masalah gigi – Snek manis seperti gula-gula dan coklat jika kerap diambil boleh menyebabkan kerosakan gigi.
Jenis Snek yang Sesuai untuk Anak Tidak semua snek itu buruk. Pilihan yang bijak boleh menyumbang kepada pemakanan yang sihat:
Buah segar – Epal, pisang, tembikai, atau anggur boleh dipotong kecil untuk mudah dimakan.
Sayuran seperti lobak merah atau timun – Boleh dicicah dengan yogurt.
Bijirin penuh – Biskut oat, roti gandum penuh atau muffin buatan sendiri.
Tenusu – Yogurt tanpa gula tambahan, keju dalam jumlah sederhana.
Kekacang (untuk anak yang sudah cukup umur dan tiada alergi) – Sumber protein dan lemak baik.
Boleh Ke Bagi Snek Seperti Keropok, Jajan dan Sebagainya? Snek seperti keropok, jajan, gula-gula atau air berkarbonat bukanlah “haram” diberi langsung, tetapi ia perlulah,
Dihadkan dari segi kekerapan dan kuantiti.
Diberi secara terkawal, contohnya hanya seminggu sekali atau ketika ada majlis tertentu.
Tidak dijadikan ganjaran utama – Elakkan memberi snek jenis ini sebagai upah untuk anak berkelakuan baik kerana ini boleh mencetuskan hubungan emosi dengan makanan tidak sihat.
Pilih versi yang lebih sihat jika ada – Contohnya keropok bakar berbanding goreng, atau jajan rendah natrium.
Kepentingan Mengawal Pengambilan Snek Mengawal pengambilan snek membantu,
Membentuk tabiat makan sihat dari kecil.
Meningkatkan kesedaran anak tentang rasa lapar dan kenyang sebenar.
Membantu ibu bapa mengawal pemakanan harian anak dengan lebih mudah.
Mengelakkan masalah kesihatan jangka panjang seperti diabetes, obesiti dan masalah jantung.
Tips & Peranan Ibu Bapa dalam Pengurusan Snek Berikut beberapa tip praktikal,
Tetapkan waktu khusus untuk snek – Contohnya snek pagi dan snek petang, elakkan ‘grazing’ sepanjang hari.
Sediakan pilihan sihat di rumah – Jika tiada jajan di rumah, anak akan lebih mudah menerima pilihan snek yang sihat.
Jadi contoh kepada anak – Ibu bapa juga perlu amalkan pemakanan sihat supaya anak belajar melalui pemerhatian.
Libatkan anak dalam penyediaan snek – Aktiviti ini menyeronokkan dan menggalakkan mereka untuk mencuba makanan baru.
Elakkan penggunaan snek untuk pujuk emosi – Seperti memberi coklat bila anak menangis; ini boleh membentuk tabiat makan emosional.

Snek bukan musuh dalam diet anak-anak, malah boleh menjadi sebahagian daripada pemakanan yang sihat jika dipilih dan diberi dengan betul. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk corak pemakanan anak sejak dari awal. Dengan berpada-pada dalam pemberian snek, kita bukan sahaja menjaga kesihatan anak hari ini, tetapi juga membantu mereka membina hubungan yang baik dengan makanan untuk jangka panjang.
The post Anak Asyik Minta Snek? Ini Cara Nak Bagi Tanpa Rasa Bersalah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-asyik-minta-snek-ini-cara-nak-bagi-tanpa-rasa-bersalah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Cara Mudah Nak Bezakan Samaada Telur Segar Atau Tidak

4 Cara Mudah Nak Bezakan Samaada Telur Segar Atau Tidak

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 181 hits
Salah satu punca terjadi masalah keracunan makanan ialah kerana kita makan telur yang telah rosak atau tercemar Oleh itu amat penting untuk kita ambil tahu cara untuk bezakan telur yang segar atau tidak Perkongsian dari DR Redza Zainol pern...
Nampak Kuat Sekarang Tapi Shasha Abdul Aziz Pilih Pantang Cara Lama Lepas Bersalin Anak Ketiga

Nampak Kuat Sekarang Tapi Shasha Abdul Aziz Pilih Pantang Cara Lama Lepas Bersalin Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 156 hits
Tempoh berpantang lepas bersalin bukan sekadar untuk berehat Sebenarnya waktu berpantang adalah masa paling penting untuk ibu pulihkan tubuh secara mental dan fizikal untuk kembali sihat dan bertenaga seperti biasa Dalam budaya Melayu cara ...
Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Ismanira Luah Bukan Untuk Anak Tapi Diri Sendiri

Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Ismanira Luah Bukan Untuk Anak Tapi Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 126 hits
Kematian adik Zayn Rayyan Abdul Matin yang cukup tragis masih meninggalkan kesan mendalam dalam hati rakyat Malaysia Kini si ibu Ismanira Abdul Manaf pula terpaksa melalui detik sukar apabila menjadi saksi pembelaan dalam prosiding kes peng...
Nak Anak Masuk Mrsm 2026 Isi Borang Kena Betul Mak Ayah Perlu Tahu Langkah Ni

Nak Anak Masuk Mrsm 2026 Isi Borang Kena Betul Mak Ayah Perlu Tahu Langkah Ni

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 159 hits
Terkini seorang pegawai MARA memaklumkan bahawa permohonan ke Maktab Rendah Sains MARA hanya akan diproses sekiranya pemohon meletakkan program MRSM sebagai PILIHAN PERTAMA dalam borang permohonan Namun begitu terdapat pengecualian sekirany...
Bila Rasa Nak Resign Dari Segalanya

Bila Rasa Nak Resign Dari Segalanya

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 130 hits
MONOLOG JIWA Bila Rasa Nak Resign Dari Segalanya Hari hari macam ni lebih baik aku resign Aku tahu perasaan itu Perasaan nak lari dari semua Nak tinggalkan tempat yang menyakitkan manusia yang memenatkan dan tanggungjawab yang makin lama ma...
Nak Tengok Muka Baby Fila Amir Enggan Kongsi Wajah Anak Mahu Elak Penyakit Ain

Nak Tengok Muka Baby Fila Amir Enggan Kongsi Wajah Anak Mahu Elak Penyakit Ain

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 127 hits
Biarpun anak kesayangannya kini sudah pun berusia dua bulan namun personaliti media sosial Fila Amir enggan berkongsi wajah buah hati tersayangnya bagi mengelakkan penyakit ain Fila memuat naik satu hantaran di TikTok yang ketika itu meraka...
Musim Jerebu Datang Lagi Macam Mana Nak Jaga Anak

Musim Jerebu Datang Lagi Macam Mana Nak Jaga Anak

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 162 hits
Jerebu bukan sekadar fenomena alam yang mengurangkan jarak penglihatan dan menggelapkan langit tetapi ia sebenarnya satu ancaman kepada kesihatan khususnya kepada golongan paling terdedah seperti kanak kanak Dalam situasi ini peranan ibu ba...
Panduan Kepada Anak Anak Yang Nak Jadi Doktor

Panduan Kepada Anak Anak Yang Nak Jadi Doktor

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 177 hits
Buat anak anak dan ibubapa yang punya impian anak jadi doctor boleh jadikan panduan Tak payahlah jadi doktor Jadi doktor ni tak ada life Kalau kalian tanya seorang doktor apa persediaan yang perlu dilakukan untuk menjadi seorang doktor inil...
Cara Semak Baki Duit Tng Dalam Mykad Sebelum Beli Susu Anak

Cara Semak Baki Duit Tng Dalam Mykad Sebelum Beli Susu Anak

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 246 hits
Mulai 31 Ogos 2025 kerajaan Malaysia memperkenalkan satu lagi inisiatif mesra rakyat iaitu Sumbangan SARA Untuk Semua di mana setiap warganegara berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one off yang dikreditkan terus ke dalam MyK...
Polis Tahan Wanita Asing Pandu Berbahaya Acu Pisau Kepada Orang Awam

Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi

Rafizi Dedah Punca Anaknya Diserang

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Pegawai Polis Cedera Dirempuh Peserta Perhimpunan Di Jalan Parlimen

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Dua Spy China Intip Mindef Ditahan

Psm Pans Police Probe Into Deputy Chief Over Parliament Scuffle


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mmea Detects Ghost Ship In Terengganu Waters

Line Crossed Children Not Bargaining Chips Izzah On Rafizi S Son

Where Were You When

Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya

Sandy Walsh Resmi Tinggalkan Yokohama F Marinos Buriram United Jadi Pelabuhan Baru

Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil Solat Hajat Justice For Zara