Amukan Kem Najib Dalam Umno
Mesyuarat Biro Politik Umno Rabu lalu 'tegang' dan tekanan diberikan terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya segera mengadakan pilihan raya umum atau dipecat daripada parti
Menurut sumber parti dan kerajaan, ada pemimpin Umno yang hadir pada malam itu meninggikan suara terhadap perdana menteri, khususnya berkaitan hukuman penjara terhadap bekas perdana menteri Najib Razak
Difahamkan biro politik Umno juga menzahirkan rasa kurang senang atas keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara ke atas Najib berhubung kes penyelewengan dana SRC International
Segelintir pemimpin Umno menyatakan kurang senang terhadap Ismail Sabri kerana tidak campur tangan dalam kes Najib
Oleh itu mereka dikatakan menggesa perdana menteri supaya segera mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke-15 atau berdepan tindakan parti
"Ismail Sabri berdepan tekanan dalam mesyuarat itu berhubung hukuman penjara yang dikenakan terhadap Najib kerana dia tidak membantu atau campur tangan
"Oleh itu perdana menteri digesa supaya segera mengadakan PRU ke-15, itu antara tuntutan pemimpin Umno pada malam itu
"Beliau juga diberi kata dua dan bakal berdepan tindakan lanjut, termasuk dipecat,"
Sumber bagaimanapun tidak mendedahkan penjelasan dan pendirian Ismail dalam mesyuarat itu
Pemimpin Umno dan Ismail sendiri sebelum ini menafikan terdapat gesaan supaya kerajaan campur tangan dalam kes mahkamah Najib
Ismail Sabri hadir pada mesyuarat yang berlangsung sehingga jam 11.30 malam itu
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat berkenaan
Tiada kenyataan media dikeluarkan selepas tamat acara dan tiada pemimpin Umno yang melayan soalan petugas media yang berkampung di situ sejak awal malam
Selain presiden, biro politik Umno dianggotai oleh pemimpin-pemimpin kanan dan ketua-ketua sayap serta ketua-ketua perhubungan negeri
Sementara itu, biro politik juga dikatakan menyentuh mengenai pengampunan diraja kepada Najib yang juga ahli parlimen Pekan
Esok Umno akan bertemu ketua-ketua bahagiannya seluruh negara untuk menjelaskan hasil mesyuarat biro politik, PRU ke-15 dan hukuman penjara ke atas Najib
Umno menuntut beberapa tindakan segera yang perlu diambil oleh perdana menteri jika tidak berdepan risiko hilang jawatan sebagai naib presiden Umno
Tiga tuntutan itu ialah penyingkiran peguam negara, penyingkiran ketua hakim megara dan mendapatkan pengampunan diraja untuk Najib
Malaysiakini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bankami.blogspot.com/2022/08/amukan-kem-najib-dalam-umno.html