Amk Kedah Desak Yb Lunas Letak Jawatan Jangan Wujud Layanan Dua Darjat


 





Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan (AMK)

Negeri Kedah

Ahad | 4hb Oktober 2020

#KLUSTER_POLITIK: YB LUNAS WAJIB LETAK JAWATAN, JANGAN WUJUD LAYANAN DUA DARJAT

Negeri Kedah telah digemparkan dengan beberapa Kluster Jangkitan Covid-19 yang baru iaitu Kluster Bah Rose, Bah Ketil dan Bah Lunas di mana ianya amat membimbangkan. Wujud persoalan di kalangan rakyat Negeri Kedah, adakah ketiga-tiga Kluster baru ini sebenarnya Kluster ‘Super Spreader’ yang sama puncanya?

Lebih mengecewakan ialah kejadian yang melibatkan EXCO Kerajaan Negeri Kedah iaitu YB Azman Nasruddin. Sikap tidak bertanggungjawab beliau yang mementingkan diri sendiri dengan tidak membuat swab test dan kuarantin diri sendiri setelah pulang dari Sabah berkempen untuk Kerajaan Perikatan Nasional amat mendukacitakan. Akibat dari sikap beliau ini menyebabkan isteri beliau yang juga merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang positif Covid-19. Ini sekaligus menyebabkan lebih 600 pelajar dan guru mengalami kesusahan kerana terpaksa menjalani ujian saringan Covid-19. Sekolah tersebut terpaksa ditutup selama lapan hari. YB Azman Nasruddin juga telah menghadiri pelbagai program rasmi Kerajaan Negeri dan beberapa program di Langkawi pada 27hb September 2020.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Kedah bersimpati dengan keadaan kesihatan beliau dan seluruh keluarga serta mendoakan agar beliau cepat sembuh. Walau bagaimanapun, salah tetap salah. AMK Kedah menuntut YB Azman Nasruddin untuk memohon maaf secara rasmi dan terbuka kepada seluruh rakyat di Negeri Kedah termasuk kepada semua ibu bapa serta guru-guru SK Permatang Janggus.

YB Azman Nasruddin wajib meletakkan jawatan beliau sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah dengan segera. Ini melibatkan isu Integriti beliau sebagai seorang pemimpin Negeri yang perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian yang berlaku.

AMK Kedah juga mendesak YB Azman Nasruddin didakwa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Jangan wujud layanan dua darjat antara rakyat marhaen dan pemimpin politik.

Adakah Kerajaan Negeri Kedah atau pihak berwajib akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka sebagaimana tindakan undang-undang yang telah diambil terhadap lelaki yang menjadi punca bermula dan merebaknya Kluster Sivagangga dulu? Setiap rakyat di Malaysia harus dilayan serta dibicarakan dengan adil dan saksama. Hak keadilan itu perlu diutamakan.

Sekian. Terima kasih.

MOHAMMED FIRDAUS JOHARI

KETUA

ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) NEGERI KEDAH

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/amk-kedah-desak-yb-lunas-letak-jawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Ramai Mati Akibat Denggi Mb Kedah Jangan Alih Isu Atau Letak Jawatan

Lebih Ramai Mati Akibat Denggi Mb Kedah Jangan Alih Isu Atau Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 258 hits
Angkatan Muda KEADILAN Kedah kesal dengan sikap Menteri Besar negeri itu Muhammad Sanusi Mohd Nor yang cuba mengalih isu kelemahan pentadbirannya dengan perbandingan lebih banyak rakyat meninggal dunia akibat Denggi berbanding Covid 19 Menu...
Hilang Majoriti Pkr Desak Muhyiddin Letak Jawatan

Hilang Majoriti Pkr Desak Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 347 hits
Perdana Menteri kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap telah hilang keabsahan sebagai PM sebaik sahaja pengumuman Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 September lalu bahawa majoriti Ahli ahli ...
Gagal Buat Ujian Covid 19 Dan Kuarantin Adun Lunas Digesa Letak Jawatan

Gagal Buat Ujian Covid 19 Dan Kuarantin Adun Lunas Digesa Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 321 hits
Angkatan Muda KEADILAN Kedah menggesa ADUN Lunas Azman Nasruddin supaya meletakkan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri Kedah selepas langsung tidak menjalani ujian saringan COVID 19 mahupun membuat kuarantin di rumah selepas pulang berk...
Muhyiddin Akui Beliau Hanya Ada Dua Pilihan Letak Jawatan Atau Bubar

Muhyiddin Akui Beliau Hanya Ada Dua Pilihan Letak Jawatan Atau Bubar

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 480 hits
mhdaily netPerdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak kemaruk kuasa dan bertindak dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan Rabu lalu Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Muhyiddin sudah tumbang selepas ketua pembangkang it...
Mereka Tidak Akan Letak Jawatan Biarpun Didesak Setiap Hari

Mereka Tidak Akan Letak Jawatan Biarpun Didesak Setiap Hari

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 253 hits
Setiap hari cybertroopers umno menyalak minta MP MP Umno yang jadi menteri bawah PN agar letak jawatan segera Marah betul mereka bila PN kencing Bn di Sabah Bayangkan budak baby boleh kencing atas kepala orang tua Tapi aku nak bgtahu cybert...
Kepda Sambut Baik Hasrat Presiden Kfa Letak Jawatan

Kepda Sambut Baik Hasrat Presiden Kfa Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 299 hits
Kelab Penyokong Kedah Darul Aman menerusi presidennya Nor Hasmadi Hamzah nyata menyambut baik hasrat Presiden Persatuan Bolasepak Kedah Yang Amat Berhormat Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor untuk mengundurkan diri daripada persatuan t
Menteri Kpt Sila Letak Jawatan Pelajar Ipt Bengang Kpt Umum Keputusan Last Minute Buat Ramai Yang Rugi

Menteri Kpt Sila Letak Jawatan Pelajar Ipt Bengang Kpt Umum Keputusan Last Minute Buat Ramai Yang Rugi

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 566 hits
Tindakan saat akhir Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan penangguhan semua sesi pendaftaran pelajar baharu dan lama secara fizikal dan kelas di institusi pengajian tinggi diadakan secara dalam talian 100 peratus buat sementara waktu unt...
Tuan Tuan W H O Kata Harga Vaksin Corona Virus Hanya Rm88 Untuk Dua Dose Jangan Kita Kena Tipu Sesiapa Pun Ok

Tuan Tuan W H O Kata Harga Vaksin Corona Virus Hanya Rm88 Untuk Dua Dose Jangan Kita Kena Tipu Sesiapa Pun Ok

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 347 hits
all inclusive price of US 10 55 per dose or US 21 10 per person deadline to make upfront payments to reserve Covid 19 vaccine is October 9 KL Sept 25 Malaysia yet to sign up with COVAX global vaccine access plan deadline for initial payment...
Selepas Dilantik Timbalan Km Sabah Jeffrey Kitingan Letak Jawatan

Selepas Dilantik Timbalan Km Sabah Jeffrey Kitingan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 280 hits
SUARA MERDEKA SELEPAS dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah hari ini Jeffrey Gapari Kitingan telah meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya di dalam Kerajaan Persekutuan Kitingan 72 dilaporkan media...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi

Lebai Risau Arak Dari Dadah Dadah Tak Haram Kah