Amk Buat Laporan Sprm Secara Terbuka Tawaran Sogokan Pm Mahiaddin


 
LAPORAN SPRM: Setelah meneliti Ucapan Khas Tan Sri Mahiaddin Bin Haji Md Yasin semalam, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) telah mendapati bahawa ucapan tersebut mengandungi unsur-unsur yang sesungguhnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, memberi impak negatif kepada kedaulatan undang-undang dan menjejaskan kewibawaan institusi kerajaan di negara kita.

Dalam Ucapan tersebut, Tan Sri Mahiaddin Bin Haji Md Yasin dengan jelasnya mengakui bahawa beliau telah hilang kepercayaan majoriti dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.





Menurut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan, jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Walau bagaimanapun, daripada meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Bin Haji Md Yasin dalam Ucapan tersebut telah membuat pelbagai tawaran yang berbentuk sogokan kepada seluruh ahli Dewan Rakyat bagi mendapat sokongan mereka untuk membolehkan beliau kekal menjadi Perdana Menteri.

Oleh yang demikian, AMK telah mengesyaki bahawa Tan Sri Mahiaddin Bin Haji Md Yasin telah melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia seperti yang berikut:

Seksyen 21 Penyogokan pegawai badan awam: Menawarkan suapan kepada seseorang pegawai badan awam sebagai dorongan agar pegawai itu mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana mesyuarat badan awam itu bagi menyokong atau menentang apa-apa langkah, ketetapan atau soal yang dikemukakan kepada badan awam itu.

Memandangkan unsur sogokan tersebut dibuat secara langsung di televisyen, maka AMK kemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara terbuka.





Oleh itu, AMK membuat laporan ini supaya siasatan dapat dijalankan ke atas Tan Sri Mahiaddin Bin Haji Md Yasin.

Sekian sahaja laporan AMK bertarikh 14 Ogos 2021.





AKMAL NASIR

Ahli Parlimen Johor Bahru

Ketua AMK Malaysia





CHIEW CHOON MAN

Pengerusi Biro Guaman dan Undang-Undang AMK Malaysia


 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/amk-buat-laporan-sprm-secara-terbuka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Tawaran Berunsur Rasuah Umno Maran Buat Laporan Polis Terhadap Muhyiddin

Kenyataan Tawaran Berunsur Rasuah Umno Maran Buat Laporan Polis Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 272 hits
MARAN UMNO Bahagian Maran membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataan yang disiarkan secara langsung di media pada 13 Ogos 2021 Terdahulu Muhyiddin pasa satu kenyataan menawarkan tujuh perkara...
Laporan Terbuka Cubaan Rasuah Pemimpin Pembangkang

Laporan Terbuka Cubaan Rasuah Pemimpin Pembangkang

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 183 hits
Setelah meneliti Ucapan Khas Tan Sri Mahiaddin Bin Haji Md Yasin semalam Angkatan Muda KEADILAN telah mendapati bahawa ucapan tersebut mengandungi unsur unsur yang sesungguhnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan memberi impak nega...
Sprm Siasat Dakwaan Mp Dap Dapat Tawaran Jawatan Menteri Durian Rm30

Sprm Siasat Dakwaan Mp Dap Dapat Tawaran Jawatan Menteri Durian Rm30

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 322 hits
MALAYSIAKINISuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata pihaknya telah menemui tiga ahli parlimen DAP yang mendakwa menerima tawaran termasuk jawatan menteri agar menyokong kerajaan Perikatan Nasional SPRM dalam kenyataan hari ini berkat...
Amk Sambut Baik Mahiaddin Berundur

Amk Sambut Baik Mahiaddin Berundur

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 265 hits
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia menyambut baik pengunduran Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin semalam Menurut ketuanya Akmal Nasir pengunduran itu lebih baik daripada negara terus menyaksikan perebutan kuasa dan kacau bilau dalam kala...
Sogokan Untuk Mp Amanah Gerakkan Laporan Polis Jam 11 Hari Ini Di Seluruh Negara

Sogokan Untuk Mp Amanah Gerakkan Laporan Polis Jam 11 Hari Ini Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 399 hits
MALAYSIA DATELINEAktivis AMANAH membuat laporan polis di seluruh negara hari ini ekoran tindakan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin yang didakwa cuba memberikan sogokan dalam ucapannya petang semalam Menurut Pengerusi Biro Mobilisa...
Tiba Masanya Mahiaddin Jadi Ketua Pembangkang Amk

Tiba Masanya Mahiaddin Jadi Ketua Pembangkang Amk

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 368 hits
Pengumuman Perdana Menteri Mahiaddin Yassin kelmarin meminta kerjasama pembangkang menyokong kerajaan Perikatan Nasional bukan sahaja melucukan tetapi melanggar Perlembagaan negara Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Kedah Mohammed Firdaus...
Amanah Adukan Muhyiddin Ke Polis Amk Minta Sprm Siasat

Amanah Adukan Muhyiddin Ke Polis Amk Minta Sprm Siasat

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 245 hits
MALAYSIAKINI Parti Amanah mengadukan kepada polis tawaran tawaran dibuat Muhyiddin Yassin kepada ahli parlimen pembangkang semalam agar membolehkan perdana menteri itu disiasat kerana didakwa melibatkan unsur rasuah Berdasarkan maklumat yan...
Ph Jemput Mp Anti Mahiaddin Bentuk Gabungan

Ph Jemput Mp Anti Mahiaddin Bentuk Gabungan

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 321 hits
Kemelut politik berpanjangan dan melelahkan rakyat di tengah tengah pandemik Covid 19 mewajarkan para pemimpin politik memberi penyelesaian tuntas dan segera Sehubungan itu Majlis Presiden Pakatan Harapan menjemput Ahli ahli Parlimen yang m...
Insaflah Nasihat Zahid Hamidi Kepada Mp Umno Yang Sokong Mahiaddin

Insaflah Nasihat Zahid Hamidi Kepada Mp Umno Yang Sokong Mahiaddin

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 287 hits
Kepada Ahli Parlimen UMNO yang masih menyokong kerajaan PN pimpinan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Mahiaddin Md Yasin Nasihat saya insafilah kewajipan dan tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat Wakil rakyat yang bermaksud ...
Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuktech Expands Product Line In Malaysia With Launch Of Three Innovative Power Products

Apa Yang Allah Jauhkan Mungkin Itu Yang Terbaik Untukmu Saat Ini

Perut Lembu Air Asam

Folder Custom Untuk Persaraan Pilihan Bijak Organisasi Profesional

Three Innovative Power Products By Cuktech

Amalan Doa Daripada Habib Umar Bin Hafidz Untuk Anak Yang Nakal