Amanah Adukan Muhyiddin Ke Polis Amk Minta Sprm Siasat


MALAYSIAKINI


Parti Amanah mengadukan kepada polis tawaran-tawaran dibuat Muhyiddin Yassin kepada ahli parlimen pembangkang semalam agar membolehkan perdana menteri itu disiasat kerana didakwa melibatkan unsur rasuah.
Berdasarkan maklumat yang disebarkan Amanah, parti itu mula mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa di pelbagai balai polis mulai jam 11 pagi ini.
Ia diumumkan Ketua Biro Mobilisasi Amanah Mohd Sany Hamzan.
Sementara itu PKR pula membawa isu berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui tindakan ketua pemudanya Akmal Nasir, serta ketua biro undang-undang sayap itu Chiew Choon Man.
Kata mereka ucapan Muhyiddin semalam mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan memberi kesan negatif kepada kedaulatan undang-undang selain menjejaskan kewibawaan institusi kerajaan.

Dalam Ucapan tersebut, kata Akmal dan Chiew, perdana menteri terbabit jelas mengakui dia telah hilang kepercayaan majoriti dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.
"Menurut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan, jika perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka dia hendaklah meletakkan jawatan melainkan atas permintaannya, parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Bagaimanapun, daripada meletakkan jawatan Muhyiddin sebaliknya membuat pelbagai tawaran yang berbentuk sogokan kepada seluruh ahli Dewan Rakyat bagi mendapat sokongan mereka bagi membolehkan dia kekal menjadi perdana menteri," kata mereka.
Semalam dalam ucapan yang disiarkan ke seluruh negara, Muhyiddin menegaskan dia tidak akan meletak jawatan perdana menteri di sebalik tindakan beberapa ahli parlimen Umno yang menarik balik sokongan kepadanya, sekali gus menghilangkan dukungan majoriti yang diperlukan mengikut perlembagaan.
Presiden Bersatu itu mendakwa ketika ini tiada mana-mana ahli parlimen yang mempunyai sokongan majoriti.
Muhyiddin juga menawarkan beberapa pembaharuan pentadbiran kepada parti pembangkang jika mereka bersetuju menyokongnya dalam usul percaya di parlimen, sekali gus membuka ruang untuknya kekal sebagai perdana menteri.
Menurut Akmal dan Chiew Pemuda PKR (AMK) mengesyaki Muhyiddin sudah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta SPRM membabitkan tawaran suapan kepada pegawai badan awam untuk mendorong mereka mengundi atau tidak mengundi dalam mesyuarat awam.

"Memandangkan unsur sogokan tersebut dibuat secara langsung di televisyen, maka AMK mengemukakan laporan kepada SPRM ini secara terbuka agar siasatan dapat dijalankan ke atas Muhyiddin," kata mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/amanah-adukan-muhyiddin-ke-polis-amk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Polis Siasat Pesuruhjaya Suhakam Dan Peguam Majlis Peguam Dikecam

Tindakan Polis Siasat Pesuruhjaya Suhakam Dan Peguam Majlis Peguam Dikecam

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 167 hits
By 17 Aug 2021sJoin us on and for the latest Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together merujuk ke laporan media berkenaan pesuruhjaya Suhakam dan peguam pemerhati daripada Majlis Peguam yang dipanggil polis untuk disiasat berkenaan p...
Amk Buat Laporan Sprm Secara Terbuka Tawaran Sogokan Pm Mahiaddin

Amk Buat Laporan Sprm Secara Terbuka Tawaran Sogokan Pm Mahiaddin

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 194 hits
LAPORAN SPRM Setelah meneliti Ucapan Khas Tan Sri Mahiaddin Bin Haji Md Yasin semalam Angkatan Muda KEADILAN telah mendapati bahawa ucapan tersebut mengandungi unsur unsur yang sesungguhnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan membe...
Sprm Didesak Siasat Pm

Sprm Didesak Siasat Pm

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 147 hits
Pertubuhan bukan kerajaan Laskar Siber Malaysia tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai dakwaan rasuah terang terangan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha untuk meraih sokongan Pre...
Sprm Siasat Dakwaan Mp Dap Dapat Tawaran Jawatan Menteri Durian Rm30

Sprm Siasat Dakwaan Mp Dap Dapat Tawaran Jawatan Menteri Durian Rm30

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 320 hits
MALAYSIAKINISuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata pihaknya telah menemui tiga ahli parlimen DAP yang mendakwa menerima tawaran termasuk jawatan menteri agar menyokong kerajaan Perikatan Nasional SPRM dalam kenyataan hari ini berkat...
Pasukan Khas Ditubuhkan Siasat Gengsterisme Di Ipoh Kata Polis

Pasukan Khas Ditubuhkan Siasat Gengsterisme Di Ipoh Kata Polis

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 230 hits
Polis menasihatkan orang awam agar tidak mendedahkan identiti peribadi dan membuat aduan sulit melalui kaedah tular di media sosial bagi tujuan keselamatan PETALING JAYA Satu pasukan siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat kegiatan gengster...
Adakah Polis Akan Siasat Sanusi Raptor

Adakah Polis Akan Siasat Sanusi Raptor

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 222 hits
August 13 2021 Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh menyoal sama ada polis harus menyiasat Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor atau tidak atas gurauan kontena mayat Covid 19 yang mencetuskan kontroversi Ini selepas polis menyi...
Polis Siasat Gambar Tular Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Polis Siasat Gambar Tular Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 260 hits
Gambar yang tular menunjukkan Jalur Gemilang dipasang terbalik BATU PAHAT Polis sedang menyiasat satu gambar memaparkan bendera Malaysia dipasang terbalik yang tular di media sosial dipercayai berlaku di daerah ini Ketua Polis Daerah Batu P...
Polis Akan Soal Siasat Mahathir Isu Perarakan Di Luar Parlimen

Polis Akan Soal Siasat Mahathir Isu Perarakan Di Luar Parlimen

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 253 hits
MALAYSIAKINIPolis akan menyoal siasat bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tengah hari ini berhubung penglibatannya dalam perhimpunan di luar bangunan Parlimen pada Isnin lalu Soal siasat itu dijangka dibuat di pejabat Mahathir di Yaya...
Siasat Juga Pemimpin Himpun Di Hotel Ulang Alik Ke Rumah Muhyiddin Syed Saddiq

Siasat Juga Pemimpin Himpun Di Hotel Ulang Alik Ke Rumah Muhyiddin Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 290 hits
Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh bersama Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir untuk memberi keterangan berkaitan sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang yang berkumpul di Dataran Merdeka setelah tidak dibenarkan memasuki ba...
Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft

Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Advice To Senior Citizens

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Jaga Supaya Tidak Terlanjur Kata Presiden Pkr

127 0 0 1 62893 The Importance Of Loopback Address Comprehensive Guide

Why Is Helping Others Important Why Should We Be Generous

Sarapan Pagi Wesak Day


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Boleh Tak Kalau Minta Sedekah Tu Jangan Sampai Memaksa Maksa

Siarkan Iklan Bidvertiser Dalam Blog Bagus Ke

Cara Buat Duit Senang Dengan Lazada

Kerja Penulis Boleh Jadi Kaya Ke

Tak Terpisah Lagu Terbaru Duet Antara Jessc Dan Jee

Rumah Hobbit Jom Kita Pi Tengok