Sprm Siasat Dakwaan Mp Dap Dapat Tawaran Jawatan Menteri Durian Rm30


MALAYSIAKINI

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihaknya telah menemui tiga ahli parlimen DAP yang mendakwa menerima tawaran, termasuk jawatan menteri, agar menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu dan memberi jaminan akan terus menjalankan siasatan berkenaannya.
"Sehingga kini, SPRM sudah menemui tiga ahli parlimen DAP berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tohmahan tersebut.
"Setakat ini, SPRM tidak dapat mengenal pasti identiti sebenar pemilik nombor telefon yang menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp tersebut kepada ahli-ahli parlimen berkenaan.
Tiga ahli parlimen yang membuat dakwaan tersebut adalah M Kulasegaran (Ipoh Barat), Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) dan Kelvin Yii (Bandar Kuching).
Terdahulu, Khoo berkata ada nombor yang tidak dikenali menghubunginya berkenaan kekosongan dua jawatan menteri, selepas Shamsul Anuar Nasarah dan Dr Noraini Ahmad meletakkan jawatan.
Menurut Khoo, individu tersebut menawarkan "durian RM30" secara tunai dan jawatan menteri. Tidak jelas apa yang dimaksudkan dengan "durian RM30" tersebut.
Selain itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail turut mendakwa ada percubaan "membeli" lima ahli parlimennya, iaitu Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor), Azman Ismail (Kuala Kedah), Chan Ming Kai (Alor Setar), Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa).
Perkembangan itu tidak lama selepas keputusan Umno menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN.
Muhyiddin bertegas dia masih memiliki majoriti sokongan ahli parlimen dan akan membuktikannya menerusi undi percaya pada sidang September depan.
Bagaimanapun pembangkang menegaskan ia perlu dilaksanakan segera.
Dalam perkembangan berkaitan, polis Perak berkata telah menerima laporan daripada setiausaha sulit Kulasegaran berhubung dakwaan tawaran tersebut.
“Laporan itu dibuat berkaitan mesej yang disyaki berunsur rasuah, melalui dua nombor telefon yang tidak dikenali pada Jumaat lepas kira-kira pukul 10.30 malam, dan ada dua lagi laporan polis telah dibuat di Kedah serta Pulau Pinang berkaitan perkara yang sama,” kata Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid.
Mior berkata, laporan itu telah dihantar kepada SPRM Perak untuk tindakan lanjut.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/sprm-siasat-dakwaan-mp-dap-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Dap Dakwa Ditawar Rm30 Juta Dan Jawatan Menteri

Ahli Parlimen Dap Dakwa Ditawar Rm30 Juta Dan Jawatan Menteri

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 254 hits
August 7 2021 Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapat individu tidak dikenali cuba menyogoknya menyokong Perikatan Nasional dengan menawarkan habuan wang tunai bernilai RM30 juta sert...
Dakwaan Ditawar Sebagai Menteri Kula Dipanggil Sprm

Dakwaan Ditawar Sebagai Menteri Kula Dipanggil Sprm

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 146 hits
Dakwaan ditawar sebagai Menteri Kula dipanggil SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan memanggil Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kula Segaran bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan mesej berunsur rasuah berhubung tawaran wang dan jawa...
Macc Unsure Who S Behind Durian Rm30 Offer To Dap Mps

Macc Unsure Who S Behind Durian Rm30 Offer To Dap Mps

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 262 hits
DAP MPs M Kula Segaran Dr Kelvin Yii and Khoo Poay Tiong claim they received WhatsApp messages with offers to support Perikatan Nasional PETALING JAYA The Malaysian Anti Corruption Commission today said it has yet to find out who is behind ...
Mp Dap Ditawar Jawatan Menteri Disogok Supaya Sokong Muhyiddin

Mp Dap Ditawar Jawatan Menteri Disogok Supaya Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 284 hits
themalaysialife comBekas menteri penuh kabinet M Kula Segaran mendakwa dirinya ditawarkan wang dan kedudukan sebagai menteri sebagai pertukaran jika menyokong pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional Ahli Parlimen Ipoh Barat daripada DAP it...
Dakwaan Beli Sokongan Sprm Panggil 3 Pemimpin Dap

Dakwaan Beli Sokongan Sprm Panggil 3 Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 187 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah mengambil keterangan tiga Ahli Parlimen DAP berhubung dakwaan beberapa Ahli Parlimen parti itu ditawarkan rasuah untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional Bagaimanapu...
Tawaran Jawatan Bertaraf Menteri Kanan Satu Penghinaan Bagi Saya Anwar

Tawaran Jawatan Bertaraf Menteri Kanan Satu Penghinaan Bagi Saya Anwar

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 340 hits
Anwar menganggap tawaran setara dengan Menteri Kanan yang diberikan itu adalah satu penghinaan terhadapanya KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akui terkejut dengan keputusan pengiktirafan kepada peranan parti pembangkan...
Menteri Umno Terkejut Kecewa Dengan Tawaran Muhyiddin

Menteri Umno Terkejut Kecewa Dengan Tawaran Muhyiddin

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 205 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Menteri Umno difahamkan tidak gembira susulan cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melaksanakan pembaharuan pentadbiran inklusif sebagai tukaran kepada sokongan pembangkang menjelang undi percaya pada Septemb...
Noraini Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi Maszlee Ucap Tahniah

Noraini Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi Maszlee Ucap Tahniah

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 337 hits
Bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Noraini Ahmad atas peletakan jawatannya sebentar tadi Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam Johor itu menyampaikan ucapan tersebut menerusi laman T...
Durian Rm30 Offers Police To Thoroughly Investigate Says Minister

Durian Rm30 Offers Police To Thoroughly Investigate Says Minister

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 285 hits
The police have been instructed to conduct a detailed and thorough investigation into allegations by several Pakatan Harapan MPs who received messages with corrupt elements via WhatsApp Home Minister Hamzah Zainudin said apart from referrin...
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit