Ambulans Terbalik Pemandu Dan Pesakit Warga Emas Maut



DUA termasuk seorang pesakit warga emas maut setelah ambulans dinaiki terbabas merempuh pengadang jalan lalu terbalik dalam kejadian di KM368.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Tanjung Malim, pagi Ahad.

Dalam kejadian itu, pemandu ambulans, Mohd Hafidz Mohd Bahari, 37, dari Felda Gunung Besout, Sungkai dan pesakit, Azizah Binti Dolah, 66, dari Felda Gunung Besout 2, Sungkai meninggal dunia di lokasi kejadian.

Selain itu, dua lagi penumpang iaitu jururawat, Nur Aliesa Hashim, 28, dan pembantu perubatan, Khairul Azani Khairuddin,40, mengalami kecederaan ringan, manakala seorang doktor yang turut bersama mereka, Dr Ainaa Athirah Abdullah, 29, tidak cedera.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Zakaria Abdul Rahman berkata, kira-kira jam 7 pagi, polis menerima maklumat awam terdapat satu kemalangan maut membabitkan sebuah ambulans yang terbabas sendiri di lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati semasa ambulans itu dalam perjalanan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menghala ke Hospital Slim River melalui Lebuhraya Utara Selatan, tayar belakang kanan kenderaan itu pecah setibanya di lokasi kejadian.

"Kejadian itu menyebabkan ambulans berkenaan terbabas dan melanggar pengadang tepi jalan lalu terbalik di lokasi kejadian.

"Akibat kemalangan itu, pemandu van meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala.

"Selain itu, mangsa pesakit warga emas juga maut di tempat kejadian setelah peralatan bantuan pernafasan tercabut," katanya kepada media.

Katanya, hanya seorang lagi penumpang ambulans yang bertugas sebagai doktor tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kedua-dua mangsa maut sudah dihantar ke bilik mayat Hospital Slim River untuk bedah siasat.

"Polis sudah memaklumkan kejadian itu kepada waris masing-masing dan darah mereka turut diambil untuk ujian toksikologi," katanya. #sumber


http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/08/ambulans-terbalik-pemandu-dan-pesakit.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesakit Dan Pemandu Ambulans Maut Kemalangan

Pesakit Dan Pemandu Ambulans Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 357 hits
Pemandu ambulans dan seorang pesakit maut selepas terlibat dalam kemalangan di km 368 4 Lebuhraya Utara Selatan di Slim River di Ipoh awal pagi tadi Kejadian itu turut menyebabkan tiga lagi mangsa yang merupakan kakitangan Hospital Slim Riv...
Pemandu Dan Pesakit Maut Ambulans Terbabas

Pemandu Dan Pesakit Maut Ambulans Terbabas

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 340 hits
PEMANDU dan pesakit maut apabila ambulans dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 368 4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Slim River awal pagi tadi Dalam kejadian kira kira 6 30 pagi tiga lagi mangsa cedera termasuk seorang doktor wa...
Polis Dedah Punca Kemalangan Ambulans Pemandu Dan Pesakit Maut

Polis Dedah Punca Kemalangan Ambulans Pemandu Dan Pesakit Maut

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 619 hits
Pagi tadi kita dikejutkan dengan perkhabaran duka di mana seorang pemandu ambulans dan pesakit wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan di Km 368 4 Lebuhraya Utara Selatan di Slim River Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pe...
Pemandu Ambulans Pesakit Maut Dalam Kemalangan Di Slim River

Pemandu Ambulans Pesakit Maut Dalam Kemalangan Di Slim River

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 380 hits
IPOH 4 Ogos Pemandu ambulans dan seorang pesakit wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan di Km 368 4 Lebuhraya Utara Selatan di Slim River di sini awal pagi tadi Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima p...
Ambulans Terbabas Korbankan Pemandu Dan Pesakit

Ambulans Terbabas Korbankan Pemandu Dan Pesakit

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 363 hits
Ini satu berita yang amat menyedihkan bagi Ohmedia apabila sebentar tadi dilaporkan berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah ambulans dan dipercayai pemandu dan pesakit maut Nahas yang berlaku di kilometer 368 4 Lebuhraya Utara Selatan ar...
Kerajaan Ph Mudahkan Warga Emas Tunai Haji

Kerajaan Ph Mudahkan Warga Emas Tunai Haji

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 421 hits
Kerajaan PH mudahkan warga emas tunai hajiOleh August 01 2019FacebookWhatsAppEmailPrintFriendlyShareKerajaan Pakatan Harapan sedang melaksana pelbagai usaha bagi memastikan lebih ramai umat Islam di negara mendapat kesempatan menunaikan haj...
Suami Isteri Rembat Duit Simpanan Rm4 700 Milik Warga Emas

Suami Isteri Rembat Duit Simpanan Rm4 700 Milik Warga Emas

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 643 hits
Warga emas berusia 74 tahun mengalami kerugian RM4 700 setelah wang simpanannya itu dirembat pasangan suami isteri yang konon ikhlas mahu membantunya Mangsa Andol anak Jugah hanya menyedari kehilangan wang simpanannya itu ketika dia mahu me...
Oppo Menawarkan Rebat Istimewa Kepada Warga Emas Sempena Sambutan Merdeka Ke 62 Tahun Ini

Oppo Menawarkan Rebat Istimewa Kepada Warga Emas Sempena Sambutan Merdeka Ke 62 Tahun Ini

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 534 hits
Reading Time 1 minuteWarga emas bertuah akan menerima rebat segera sebanyak RM62 terhadap pembelian mana mana model telefon pintar OPPO Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke 62 pada tahun ini OPPO Malaysia memberikan rebat istimewa kepa...
Mungkin Pertemuan Terakhir Mereka Sebak Pasangan Warga Emas Sempat Pegang Tangan 10 Minit Dalam Icu

Mungkin Pertemuan Terakhir Mereka Sebak Pasangan Warga Emas Sempat Pegang Tangan 10 Minit Dalam Icu

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 1040 hits
Baru baru ini satu kisah tentang pasangan warga emas dari Shenzhen China ini telah berjaya buat ramai orang sebak Lepas berkahwin selama 57 tahun ini mungkin pertemuan terakhir mereka berdua Jom baca kisah mereka Menurut seorang wanita warg...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Lunch Di Ary Nasi Buluh Melaka

Lirik Lagu Terbaru 2025 Hanya 1 Jalan

Trippy Bros Elevate Your Mind Embrace The Journey

Telur Dadar Rangup Dan Kematian Tidak Terima Alasan