Mungkin Pertemuan Terakhir Mereka Sebak Pasangan Warga Emas Sempat Pegang Tangan 10 Minit Dalam Icu
Baru-baru ini, satu kisah tentang pasangan warga emas dari Shenzhen,
China ini telah berjaya buat ramai orang sebak. Lepas berkahwin selama
57 tahun, ini mungkin pertemuan terakhir mereka berdua. Jom baca kisah mereka…
Menurut WORLD OF BUZZ,
seorang wanita warga emas, Peng telah dimasukkan ke dalam hospital pada
8 Julai kerana mengalami pendarahan otak manakala suaminya, Gao
mengalami serangan jantung pada 17 Julai. Kedua pasangan ini telah
dihantar ke Hospital Universiti Hong Kong-Shenzhen untuk mendapatkan
rawatan.
Pada 27 Julai, Peng telah tersedar selepas pembedahan
hanya untuk mengetahui yang suaminya berada di ICU. Takut tak sempat
berjumpa lagi dengan suami tersayang, Peng meminta pihak hospital
menghantarnya ke ICU untuk berjumpa Gao.
Walaupun Peng belum sembuh dari pembedahannya itu, pihak hospital bersetuju untuk menunaikan permintaan wanita tua ini. Lalu mereka menolak katil Peng ke ICU sebelum meletakkan katil tersebut bersebelahan dengan katil Gao.
Sumber: WOB
Seronok dapat melihat suaminya mungkin buat kali terakhir, Peng
memegang tangan Gao sambil melihat muka suaminya yang tak sedarkan diri.
Anak
mereka mengatakan yang keadaan Gao sangat kritikal selepas mendapat
serangan jantung. Dia pengsan dan sejak itu masih belum bangun. Anak
perempuan mereka ini hanya memberitahu ibunya selepas pembedahan kerana
merasakan yang bapanya tak akan bertahan lama.
Apa yang menyedihkan lagi, walaupun Peng tahu yang Gao tak dapat membuka matanya, dia tetap cuba untuk memanggil suami kesayangannya ini.
Sumber: WOB
“Orang tua… orang tua…”
Penyatuan menyayat hati ini hanya berlangsung selama 10 minit kerana anaknya tak mahu stress-kan Peng dan mereka menjaga emosi wanita ini kerana tak nak keadaan kesihatannya bertambah teruk.
“Mulanya
saya tak sangka yang pihak hospital bersetuju bagi ibu saya tengok ayah
saya di ICU. Saya sangat bersyukur dengan keputusan pihak hospital
kerana bukan saja mereka bersetuju, mereka juga terus membawa ibu saya
tak lengah-lengahkan masa.
“Sekarang saya dah rasa lega kerana ibu dapat jumpa dengan ayah buat kali terakhir.”
Aduh sedihnyaaaa
LOBAKMERAH
The post “Mungkin pertemuan terakhir mereka” -Sebak, Pasangan Warga Emas Sempat Pegang Tangan 10 Minit Dalam ICU appeared first on Media Serius.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mediaserius.my/mungkin-pertemuan-terakhir-mereka-sebak-pasangan-warga-emas-sempat-pegang-tangan-10-minit-dalam-icu/