


Cacar air sering dianggap sebagai satu penyakit ringan, tetapi ia juga boleh menyebabkan komplikasi yang serius, lebih-lebih lagi pada bayi, wanita hamil, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah. Komplikasinya adalah seperti jangkitan kuman ataupun keradangan PARU-PARU, keradangan OTAK dan juga jangkitan bakteria pada kulit dan tisu lembut kanak-kanak.
Ia penyakit yang SANGAT mudah berjangkit. Cacar air boleh merebak melalui UDARA apabila batuk atau bersin dan menyentuh atau BERNAFAS partikel virus yang datang dari lepuhan cacar air.
Pengambilan vaksin dapat mengelakkan dari tidak hadir ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak kerana ia dapat memberi perlindungan terhadap penyakit berjangkit, Ibubapa juga tidak perlu mengambil cuti kerja untuk menjaga anak yang sakit. Penyakit cacar air kebiasaanya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk sembuh sepenuhnya.
Ia bukan sahaja dapat memberi perlindungan kepada anak kecil yang mengambil vaksin itu, malah juga memberi perlindungan kepada orang yang berada di sekelilingnya. Sebagai contoh, sekiranya anak kecil itu sudah diberi imunisasi, sekaligus ia juga dapat melindungi ibu yang sedang mengandung ataupun atuk/nenek yang tinggal serumah, sekiranya mereka belum ada imuniti terhadap chicken pox.
Ia dapat mencegah anak daripada kegatalan dan ketidakselesaan akibat cacar air. Sekaligus ia dapat mengurangkan risiko untuk mendapat parut daripada ruam cacar air.
Ingatlah bahawa hanya 2 dos diperlukan bagi memberi perlindungan sehingga 98% bagi kanak-kanak.
Pernahkah anda mempunyai pengalaman mendapat cacar air ataupun menjaga anak yang dijangkiti cacar air? Share with me 
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |