Anak Menangis Abaikan Saja Nyawa Lebih Penting Car Seat Perlu Jadi Keutamaan


Kelengkapan asas selepas melahirkan anak perlu dilengkapkan dengan sebaiknya. Selain keperluan wajib bayi seperti lampin pakai buang, susu serta pakaian, peralatan lain yang membantu melegakan ibu bapa adalah kereta sorong dan paling penting pastinya car seat.
Bukan hanya berkisahkan soal meringankan beban ibu bapa. Apa yang lebih penting adalah memilih aspek keselamatan dan nyawa anak kita lebih terjamin setiap masa. Ini seharuslah kita utamakan dalam membeli keperluan bayi.
Menempatkan anak untuk berada di dalam car seat sebenarnya tidak mudah. Sebaik diletakkan, anak sudah mula meronta-ronta, menangis kerana ingin sentiasa berdampingan dengan ibunya. Kemahiran inilah yang perlu dipraktikkan ibu bapa agar anak berasa lebih selesa ketika berada di dalam car seat.
Bukan hanya selesa, bahkan ibu dan bapa sendiri pastinya mampu menarik nafas lega kerana membuat keputusan untuk mengutamakan aspek keselamatan buat anak-anak.
Mewajibkan penggunaan CRS atau (Child Restraint System) untuk kenderaan sememangnya salah satu langkah keselamatan terbaik anak-anak kita di dalam kenderaan. Jaga nyawa dan amanah yang satu ini buat kita. Mengapa CRS sangat penting?
Prinsip Momentum Prinsip momentum adalah kuantiti fizikal yang menggabungkan jisim dan halaju. Pada kelajuan 50 km/j, bayi yang seberat 5 kg akan mempunyai daya sebanyak 40 hingga 50 kali ganda berat badannya. Ini bermakna sekiranya kenderaan anda bergerak pada kelajuan 50km/j dan berhenti tiba-tiba, berat bayi anda sebenarnya telah pun menjadi lebih kurang 250kg!
Ini menjadikan mustahil buat ibu untuk terus memeluk bayi ketika berlaku kemalangan, dan inilah yang selalunya membuatkan bayi tercampak keluar dari kenderaan.

 
Sistem keselamatan tali pinggang keledar bukan direka untuk kanak-kanak. Sistem keselamatan menggunakan tali pinggang keledar di dalam kenderaan anda sebenarnya direka untuk orang dewasa dan bukannya untuk saiz dan tinggi kanak-kanak.
Kanak-kanak terlalu kecil untuk dipakaikan tali pinggang keledar dan tidak meliputi permukaan badan yang sepatutnya, tetapi akan menyilang di leher dan perut dan menyebabkan kecederaan serius ketika kemalangan. Sebab itulah amat penting bagi kita menggunakan CRS yang sesuai bagi melindungi bayi dan anak kita semasa di dalam kenderaan.

Struktur Anatomi bayi Kepala bayi mewakili 25% keseluruhan berat badan mereka. Manakala tengkorak dan tulang leher bayi masih lembut dan berada dalam fasa pembentukan. Apabila berlaku kemalangan, risiko bayi mengalami kecederaan leher amatlah tinggi. Penggunaan CRS hadap belakang dengan sistem abah-abah 5-penjuru akan menyebarkan daya impak ke permukaan CRS yang lebih luas dan mengurangkan risiko kecederaan.

Pilih Car Seat Bersesuaian, Jangan Lambat Bertindak
Sebelum membeli car seat, pastikan anda memilih sebuah car seat yang bukan hanya melindungi bahkan mempunyai ciri-ciri sesuai untuk saiz dan umur anak anda. Jangan tersalah beli.
Car Seat Ikut Berat Dan Tinggi Sebelum membeli pastikan anda membeli Child Restraint System yang sesuai dengan berat dan tinggi anak anda. Jangan terlebih saiz atau terkecil kerana kurang sesuai. Dapatkan nasihat jurujual.
Perlu diingat bahawa saiz untuk bayi baru lahir dan satu tahun adalah car seat dengan berat 0-13 kg dan memiliki saiz 40-75 cm.
Manakala untuk toddler pula iaitu dari usia 9 bulan hingga empat tahun memerlukan car seat dengan berat purata dari 9-18 kg dan saiz 70-105 cm.
Manakala untuk kanak-kanak pula untuk usia tiga tahun hingga 12 tahun memerlukan berat dari 15-36 kg dan saiz 100-150 cm. Jadi jangan tersalah memilih berat dan saiz anak anda.

Child Restraint System (CRS) Yang Betul Letakkan anak anda di posisi hadap-belakang sejak usia baru lahir sehinggalah sekitar 2 hingga 3 tahun (mengikut berat yang dinyatakan di manual CRS anda). Jangan sesekali memasang CRS secara hadap belakang di kerusi penumpang hadapan. Hanya berpindah ke tali pinggang keledar jika anak-anak sudah mencapai umur dan tinggi yang sesuai, selepas lulus kesemua 5 langkah yang disarankan.

Daya yang diperlukan untuk menahan bayi seberat 5 kg dari tercampak ketika kenderaan tiba-tiba berhenti atau berlanggar pada halaju 100 km/j adalah sama dengan daya untuk mengangkat beban sekitar 500 kg! Mustahil anda dapat menahan tekanan sekuat itu.
Jadikan Chicco Sebagai Pilihan
Keselamatan anak-anak adalah keutamaan ibu bapa. Kerusi keselamatan yang berkualiti dengan ciri-ciri mementingkan keselamatan pasti menjadi pilihan buat si kecil. Chicco merupakan jenama barangan bayi dari Itali yang diasaskan pada tahun 1958. Chicco bukan sahaja pembuat kerusi keselamatan dan kereta sorong bayi yang sangat menarik dan elegan juga merupakan pengeluar pelbagai barangan bayi merangkumi keseluruhan jenis barangan keperluan bayi terutamanya dari bayi baru lahir sehingga 36 bulan yang mengutamakan kualiti dan terjual di lebih 120 buah negara.
Chicco Unico
Chicco Unico merupakan model kerusi keselamatan pertama dikeluarkan oleh Chicco khas untuk bayi baru lahir hingga usia 12 tahun. Antara ciri yang ada adalah ‘rotating system’ dimana ia boleh menukar kedudukan pandangan belakang ke hadapan tanpa perlu mengangkat dan mengalih.

ISOFIX system car seat Unico ini pula dapat digunakan sehingga usia anak 12 tahun. Turut disertakan dengan gabungan tali pinggang keledar untuk memastikan kestabilan dan keselamatan maksimum. Sistem keselamatan hentaman sisi juga disertakan untuk mengurangkan impak jika berlaku pelanggaran dari tepi.
Selain itu, sandar kepala boleh laras juga membolehkan ketinggiannya dilaras mengikut ketinggian anak-anak. Pastinya, Chicco Unico sangat selesa dan selamat untuk perjalanan yang lebih lancar bersama si kecil.
 
The post Anak Menangis Abaikan Saja. Nyawa Lebih Penting, Car Seat Perlu Jadi Keutamaan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-menangis-abaikan-saja-nyawa-lebih-penting-car-seat-perlu-jadi-keutamaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baca Surah Al Furqan Ayat 74 Ustaz Kongsi Supaya Anak Lebih Dengar Kata Amalkan Setiap Hari

Baca Surah Al Furqan Ayat 74 Ustaz Kongsi Supaya Anak Lebih Dengar Kata Amalkan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 372 hits
Anak nakal tu mesti mak ayah tak ajar anak Sikap anak kecil yang susah mendengar kata sememangnya menyebabkan ibu bapa hilang kesabaran naik darah dan geram Justeru perkongsian penceramah bebas Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek untuk ibu b...
Bertuahnya Anak Diam Diam Order Online Ibu Terkejut Kena Caj Lebih Rm200

Bertuahnya Anak Diam Diam Order Online Ibu Terkejut Kena Caj Lebih Rm200

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 384 hits
Agak agak apa perasaan anda sebagai ibu bapa bila dapat tahu anak tiba tiba membuat pesanan makanan dalam kuantiti yang banyak secara online Nak marah menangis atau gelak Jika ketiga tiga perasaan ini ada pada anda bermakna itulah perasaan ...
Rasa Nak Ketawa Menangis Atau Marah Ibu Terkejut Anak Order 19 Hidangan Dari Food Panda Rm226 76

Rasa Nak Ketawa Menangis Atau Marah Ibu Terkejut Anak Order 19 Hidangan Dari Food Panda Rm226 76

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 296 hits
Sudah menjadi kebiasaan bagi golongan ibu bapa berkongsi telefon pintar dengan anak anak kecil untuk mereka menonton video dari aplikasi YouTube mahupun bermain permainan video sebagai hiburan di kala ibu bapa sedang sibuk menguruskan sesua...
Demam Suhu Lebih 38 Celcius Sawan Tanda Anak Dijangkiti Influenza Kena Ambil Vaksin Ini Setiap Tahun

Demam Suhu Lebih 38 Celcius Sawan Tanda Anak Dijangkiti Influenza Kena Ambil Vaksin Ini Setiap Tahun

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 279 hits
Influenza selesema dan demam denggi ramai ibu bapa yang keliru untuk membezakannya Demam bersuhu tinggi menggigil dan sawan panas adalah antara tanda tandanya Tidak patuh kepada arahan kuarantin punca ia merebak Menurut Dr Mohammad Iqbal Mo...
Kupas Tuntas Soal Bisnis Anak Muda Di Webinar Inspira Ini Poin Poin Penting Saat Mendirikan Usaha

Kupas Tuntas Soal Bisnis Anak Muda Di Webinar Inspira Ini Poin Poin Penting Saat Mendirikan Usaha

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 271 hits
Tiga poin ini wajib dipahami calon pengusaha sukses yang sedang ingin memulai usahanya Kamu Termasuk
Syekh Ali Jaber Menangis Akbar Mau Diajak Umroh Hingga Diangkat Jadi Anak Sendiri

Syekh Ali Jaber Menangis Akbar Mau Diajak Umroh Hingga Diangkat Jadi Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 417 hits
Muhammad Gifari Akbar belakangan ramai diperbincangkan Bocah pemulung yang tertangkap kamera sedang membaca Alquran di pinggir jalan ini sontak menyedot banyak perhatian Ulama kondang Syekh Ali Jaber berniat mengajak Muhammad Ghifari Akbar ...
Ambilah Vaksin Cacar Air Penting 2 Dos Untuk Bagi 98 Perlindungan Pada Anak

Ambilah Vaksin Cacar Air Penting 2 Dos Untuk Bagi 98 Perlindungan Pada Anak

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 436 hits
Cacar air adalah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak kanak disebabkan oleh virus Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan b...
Elak Beri Buah Anggur Waktu Bayi Ini Sebabnya Anggur Buat Anak Lebih Mudah Tercekik

Elak Beri Buah Anggur Waktu Bayi Ini Sebabnya Anggur Buat Anak Lebih Mudah Tercekik

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 383 hits
Keterujaan kita untuk memberikan makanan pejal pada anak sememangnya dipuji Pun begitu dalam rasa teruja janganlah kita terlalu untuk mencuba pada anak Bayi perlu melalui tempoh percubaan dan langkah demi langkah agar pemakanannya menjadi l...
Resipi Roti Hamlet Kaya Tangkap Leleh Bila Makan 4 Bahan Saja Dah Buat Anak Kenyang

Resipi Roti Hamlet Kaya Tangkap Leleh Bila Makan 4 Bahan Saja Dah Buat Anak Kenyang

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 554 hits
Bersarapan dengan nasi lemak aneka mi dan bijirin dengan susu seakan sudah terlalu bosan untuk anak anak kita Roti dengan sapuan kaya juga sudah membuatkan anak jemu Cuba kelainan dengan Roti Hamlet Kaya ini yang cukup menarik sebagai hidan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching