Tolong Doktor Anak Saya Lemas Air Sedalam 2 Inci Mampu Buatkan Bayi Lemas Hati Hati


Air yang terdapat di dalam baldi di bilik air yang kita rasakan selamat itu sebenarnya cukup berbahaya buat anak-anak kita, apa lagi bagi seorang bayi yang baru pandai merangkak atau berjalan.
Ketika di rumah, bukan hanya di dapur, bahkan seluruh kawasan rumah merupakan ruang yang tidak selamat untuk semua anak-anak kita. Disebabkan itulah perhatian perlu diberikan pada mereka. 24 jam pemantauan, bukan sekadar tengok-tengok sahaja.

Inilah yang cuba dikongsikan oleh Dr Redza Zainol menerusi facebooknya. Berkongsi kisah ibu bapa yang membawa anaknya yang lemas kerana bermain air di dalam bilik mandi ketika berada di rumah pengasuh, amat menyentuh hati kita. Namun inilah yang benar-benar berlaku jika kita terleka.
Ketika anak kecil tu sampai di Jabatan Kecemasan, seluruh badannya sudah biru dan sejuk.
Tak bernafas dan tak bergerak. Tiada degupan jantung kedengaran bila bayi diperiksa. Matanya tertutup, mulutnya sedikit terbuka.
“Tolong saya doktor. Anak saya lemas. Tolong dia, tolong dia.”
Si kecil ni ialah anak tunggal dan dia dijaga oleh pengasuh pada siang hari. Pintu tandas di rumah pengasuh walaupun ditutup tapi tak dikunci. Dia masuk ke tandas bersendirian dan nampak baldi yang penuh dengan air.
Pada masa dia dijumpai pengasuh, kepalanya ada di dalam baldi dan kakinya ke atas. Pengasuh terus menarik anak ini keluar, namun kaki, tangan dan mulutnya sudah membiru.

Berapa lama dia dah terjatuh ke dalam baldi, tak ada siapa yang tahu. 1 minit atau 10 minit, entahlah. Mana tahu pagi itu adalah hari terakhir ibunya lihat dia tersenyum.
“Maafkan saya puan. Anak puan dah tak ada lagi.”
Menyesal pun tak berguna. Masa yang dah berlalu tak boleh diputar semula. Hanya kenangan yang ditinggalkan. Dan dia, dah pergi meninggalkan semua.
Kepala bayi atau anak kecil yang tenggelam dalam air sedalam 2 inci dah mampu buatkan dia lemas. Ia berlaku secara senyap dan pantas.
Anak yang lemas tak mampu menjerit meminta tolong. Air yang masuk ke dalam paru-paru akan buatkan paru-paru jadi basah dan tak berfungsi lagi.
4 minit tanpa oksigen sampai ke otak, dah cukup untuk buatkan kerosakan kekal pada otak anak.

Nak mandikan anak perlu hati-hati
Kawan-kawan, perhatikan 4 perkara ni ketika mandikan bayi dan anak kecil:
Pastikan kita memerhati anak secara SENTUHAN. Maksudnya sebelah tangan kita sentiasa memegang anak.
Sebelah lagi tangan untuk kita ambil alatan mandian dan tuala bayi. Dan semua alatan ni mestilah dalam jangkauan tangan kita.
Susun dulu semua alatan ni sebelum letakkan bayi di dalam tub/tempat mandian bayi.
Peraturan mudah ketika bayi berada DI DALAM air:
Jangan tinggalkan anak sendirian atau tinggalkan anak untuk dijaga oleh anak kecil lain walaupun sekejap.

Penutup tempat duduk tandas ditutup sepanjang masa.
Kepala anak kecil yang dah pandai berjalan boleh termasuk ke dalam lubang tempat duduk tandas dan lemas secara senyap.
Sebaiknya, selak terus pintu tandas supaya tak dimasuki oleh anak kecil.
Kosongkan baldi, tong sampah atau apa-apa bekas yang boleh menakung air.
Bantu saya sebarkan info ni. Masih ada mak ayah yang belum tahu tentang ilmu keselamatan anak di rumah.
Artikel berkaitan: Elak Pasang Pemanas Air Jenis Elektrik Dalam Bilik Air Kalau Ada Anak Kecil Bahaya!

Jangan lupa untuk saksikan power talk istimewa #Nifightagainstcancer yang akan berbincang tentang topik kanser pada 18 November 2020 ini!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
The post “Tolong Doktor, Anak Saya Lemas”, Air Sedalam 2 Inci Mampu Buatkan Bayi Lemas, Hati-Hati! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tolong-doktor-anak-saya-lemas-air-sedalam-2-inci-mampu-buatkan-bayi-lemas-hati-hati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Tidur Sambil Hisap Susu Boleh Undang Masalah Karies Gigi Ini Saranan Doktor Kalau Nak Gigi Anak Cantik Dari Kecil

Elak Tidur Sambil Hisap Susu Boleh Undang Masalah Karies Gigi Ini Saranan Doktor Kalau Nak Gigi Anak Cantik Dari Kecil

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 439 hits
Penjagaan gigi sebenarnya sangat penting tapi ramai antara kita yang ambil mudah Justeru kesihatan gigi tidak didedahkan kepada anak anak sejak kecil lagi dan akhirnya gigi anak anak menjadi rosak Dalam satu perkongsian Dr Azila Mohd Kasim ...
Otak Anak Makin Bijak Kaya Dha Buatkan Bubur Sup Ikan Merah Ni

Otak Anak Makin Bijak Kaya Dha Buatkan Bubur Sup Ikan Merah Ni

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 420 hits
Berbanding ayam ikan sememangnya cukup disarankan dalam pemakanan anak anak kita Ikan merah misalnya selain isinya yang tebal ia kaya dengan Omega 3 dan DHA yang tinggi yang ternyata cukup baik untuk perkembangan minda anak anak kita Jadi j...
Doktor Cakap Salah Satu Bayi Kembar Kecil Sikit Bimbang Kena Bersalin Awal Ainan Tasneem Mohon Doa Dari Semua

Doktor Cakap Salah Satu Bayi Kembar Kecil Sikit Bimbang Kena Bersalin Awal Ainan Tasneem Mohon Doa Dari Semua

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 608 hits
Kehamilan kembar memang mempunyai risiko yang tersendiri Oleh kerana itu ibu yang mengandung kembar biasanya akan dipantau rapi oleh doktor untuk kesihatan ibu dan juga anak anak dalam kandungan sehinggalah selamat bersalin Ainan Tasneem ya...
Bahaya Letak Bayi Kurang 2 5kg Dalam Alat Mengendong Bayi Boleh Menyebabkan Lemas

Bahaya Letak Bayi Kurang 2 5kg Dalam Alat Mengendong Bayi Boleh Menyebabkan Lemas

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 357 hits
Jika anda ingin menyiapkan kerja rumah tetapi dalam masa yang sama perlu menjaga bayi maka penggunaan alat mengendong bayi adalah pilihan yang baik Namun adakah alat mengendong bayi seperti anduh bayi atau baby carrier selamat untuk bayi an...
Tidur Dalam Kereta Masa Sarat Tak Mampu Bayar Bil Bersalin Sedih Tengok Bayi Comel Ni

Tidur Dalam Kereta Masa Sarat Tak Mampu Bayar Bil Bersalin Sedih Tengok Bayi Comel Ni

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 349 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya Begitulah nasib yang menimpa ibu bapa muda ini Walaupun dalam keadaan susah mereka tetap berusaha mencari rezeki Perkongsian sayu ini dikongsi oleh cikgu yang juga penggerak Pertubuhan Ke...
Pernah Kena Suntik Ubat Matangkan Peparu Bayi Memang Sakit Doktor Jelaskan Sebabnya

Pernah Kena Suntik Ubat Matangkan Peparu Bayi Memang Sakit Doktor Jelaskan Sebabnya

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 410 hits
Mama kena dapatkan suntikan ini sebelum bersalin terutamanya yang mungkin bersalin awal dari tarikh jangkaan Penting sangat Menurut pegawai perubatan Obstetrik Ginekologi suntikan amat penting untuk ibu yang berkemungkinan melahirkan bayi p...
Jangan Tangguh Kalau Anak Ada 10 Tanda Ini Lepas Jatuh Mak Ayah Kena Segera Bawa Jumpa Doktor

Jangan Tangguh Kalau Anak Ada 10 Tanda Ini Lepas Jatuh Mak Ayah Kena Segera Bawa Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 413 hits
Kanak kanak yang nak membesar lasak diaorang memang lain macam Tak terkawal dibuatnya Kadang ada yang jatuh elok bangun main balik tapi sebenarnya ibu ayah kena hati hati jika kecederaan tersebut melibatkan kepala Seperti yang dikongsikan o...
Sesuai Ke Khatankan Anak Lelaki Ketika Bayi Ini Penjelasan Dari Ustaz

Sesuai Ke Khatankan Anak Lelaki Ketika Bayi Ini Penjelasan Dari Ustaz

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 319 hits
Berkhatan adalah kemestian yang perlu dilaksanakan kepada anak anak Tapi benarkah berkhatan awal boleh menyebabkan anak cepat baligh Adakah khatan boleh dilakukan selepas kelahiran Ini pandangan Imam Muda Jabbar Bagi anak perempuan khatan s...
Simpan 1 Perasaan Berhati Hati Bila Ada Anak Perempuan Walaupun Dengan Suami Sendiri

Simpan 1 Perasaan Berhati Hati Bila Ada Anak Perempuan Walaupun Dengan Suami Sendiri

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 369 hits
Nak cerita tentang sumbang mahram Nak tak nak kena percaya ye Syaitan ini kerja dia memang menghasut anak Adam sampai kiamat Lelaki ada 9 akal 1 nafsu Satu nafsu itu adalah wanita Fakta Kak tak baik seorang isteri berprasangka terhadap suam...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Rakyat Cerdik Harus Berfikir

Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai