Ambil Alih Tia Jadi 1mdb Untuk Sembunyi Seleweng Rm5 Bilion


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu pengambilalihan Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) kepada 1MDB adalah untuk menyembunyikan penyelewengan Najib Razak ke atas bon pinjaman Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) berjumlah RM5 bilion yang dimohon TIA.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan TIA Shahrol Azral Ibrahim Halmi mendedahkan perkara itu semasa membacakan penyataan saksinya setebal 270 muka surat pada hari ke-13 perbicaraan kes Najib melibatkan dana 1MDB.

Loading… “Berdasarkan apa yang saya tahu sekarang, saya yakin bahawa dasar pengambilalihan TIA kepada 1MDB secara as is where is basis ini adalah dirancangkan oleh Jho Low (Low Taek Jho) dengan restu daripada Najib untuk menyembunyikan penyelewengan beliau semasa penerbitan bon IMTN RM5 bilion dengan Jaminan Kerajaan yang dibuat pada Mei 2009,” jelasnya.
Shahrol Azral, 49, juga berkata Jho Low mengarahkannya menulis surat kepada Najib bagi memastikan 1MDB tidak perlu diaudit.
Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata Jho Low memintanya menulis surat 1MDB bertarikh 11 Dis 2009 kepada bekas perdana menteri itu atas alasan ia adalah permintaan Najib.
“Dalam surat ini, pihak 1MDB telah menyatakan berkenaan ‘1MDB: Updates & Approvals’ yang pihak TIA merujuk kepada keputusan dan kelulusan oleh Lembaga Penasihat (BOA) 1MDB yang bersetuju supaya hala tuju BOA mengenai proses pengambilalihan TIA kepada 1MDB.
Saksi penting itu berkata beliau tidak terlibat dalam perbincangan awal mengenai perkara itu tetapi percaya kandungan surat berkenaan telah dibincangkan terlebih dahulu oleh Jho Low dan Najib.
“Ini berdasarkan satu dokumen talking points (tajuk perbincangan) yang dihantar melalui e-mel oleh Jho Low kepada saya yang sudah tidak ada dalam simpanan saya lagi.
Katanya surat berkenaan turut dilampirkan kepada Ambrin Buang (Ketua Audit Negara), Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) dan Che Lodin Wok Kamaruddin (Pengerusi Lembaga Pengarah).
Shahrol Azral juga mengesahkan beliau telah menerima surat 1MDB itu daripada Najib bertarikh 22 Dis 2009.
“Di dalam surat itu menyatakan Najib mengambil maklum bahawa Lembaga Penasihat 1MDB bersetuju supaya pemersekutuan TIA seperti yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri kepada 1MDB dilakukan atas dasar as is where is dan tiada keperluan bagi audit dan due diligence dilaksanakan oleh Ketua Audit Negara kerana pemindahmilikan saham telah pun sempurna.
“Najib juga bersetuju dengan keputusan Lembaga Pengarah 1MDB iaitu 1MDB sebagai sebuah syarikat diperbadankan mengikut Akta Syarikat 1965 mesti diaudit oleh juruaudit profesional luar lantikan Lembaga Pengarah dan keperluan bagi Ketua Audit Negara mengaudit 1MDB tidak timbul sama sekali,” katanya.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/09/ambil-alih-tia-jadi-1mdb-untuk-sembunyi-seleweng-rm5-bilion/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tia Ditukar Kepada 1mdb Adalah Baby Najib

Tia Ditukar Kepada 1mdb Adalah Baby Najib

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 333 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low menunjukkan minat dengan idea penubuhan Terengganu Investment Authority sejak ia dicadangkan pada 2008 Bekas peg...
1mdb Saksi Buat Pusingan U Kata Tia Bukan Baby Najib

1mdb Saksi Buat Pusingan U Kata Tia Bukan Baby Najib

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 323 hits
Perbicaraan kes berprofil tinggi 1Malaysia Development yang masuk hari ke 8 menyaksikan saksi Datuk Amhari Efendi Nazaruddin memberi keterangan balas melibatkan pertuduhan penyelewengan dana RM2 3 bilion oleh Datuk Seri Najib Tun Razak Pegu...
Rm5 Bilion Dibawa Keluar Pekerja Asing Sektor Pembinaan Setahun Kata Cidb

Rm5 Bilion Dibawa Keluar Pekerja Asing Sektor Pembinaan Setahun Kata Cidb

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 598 hits
Hampir RM5 bilion wang negara mengalir keluar menerusi pekerja asing yang bekerja di sektor pembinaan di negara ini dalam setahun Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Ir Ahmad Asri Abdul Hamid berkata ketika ini t...
Kerajaan Telah Bayar Faedah Rm9 Bilion Bagi Hutang 1mdb

Kerajaan Telah Bayar Faedah Rm9 Bilion Bagi Hutang 1mdb

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 333 hits
Kerajaan telah membayar faedah sebanyak RM9 bilion bagi hutang berkaitan 1Malaysia Development Berhad kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah Beliau berkata kerajaan juga komited membayar balik keseluruhan hutang termasuk huta...
Najib Setuju 1mdb Pinjam Rm3 Bilion Dari Perkeso Untuk Diberi Kepada Psi

Najib Setuju 1mdb Pinjam Rm3 Bilion Dari Perkeso Untuk Diberi Kepada Psi

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 342 hits
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Najib Razak bersetuju supaya 1MDB memohon pinjaman RM3 bilion daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial bagi memberi pinjaman kepada PetroSaudi International Limited Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB...
Najib Had Ultimate Power Over 1mdb Tia Ex Ceo

Najib Had Ultimate Power Over 1mdb Tia Ex Ceo

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 359 hits
Former Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak had ultimate power in making decisions involving the financial affairs of 1MDB and Terengganu Investment Authorities Berhad the High Court was told yesterday Datuk Shahrol Azral Ibrahim Hal...
1mdb Ada Hutang Rm30 Bilion Ditanggung Mof Kerajaan Kata Saksi

1mdb Ada Hutang Rm30 Bilion Ditanggung Mof Kerajaan Kata Saksi

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 293 hits
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa 1Malaysia Development Berhad berada dalam keadaan berhutang berjumlah RM30 bilion yang ditanggung oleh Kementerian Kewangan dan Kerajaan Persekutuan Shahrol Azral Ibrahim Halmi 49 yang berkhidmat s...
Shafee Questions Amhari Over 1mdb Being Najib S Baby

Shafee Questions Amhari Over 1mdb Being Najib S Baby

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 328 hits
The eighth day of the 1Malaysia Development Bhd trial saw the defence suggesting that the Terengganu Investment Authority was an idea by Terengganu ruler Sultan Mizan Zainal Abidin who was then the Yang di Pertuan Agong Datuk Amhari Efendi ...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

12 Pernikahan Artis Malaysia Bertemakan Outdoor

Reagan Airport Is Pausing Flights For Trump S Military Parade What Will It Mean For Travelers

Kalahkan China Indonesia Bertengger Di Urutan Ke 4 Kualifikasi Piala Dunia 2026 Zona Asia

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kek Keju Lava Utara Cafe

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

5 Perusahaan Pialang Berjangka Resmi Memiliki Kantor Di Pontianak

Kenali Generasi Anda Boomers X Y Z Atau Alpha

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan