Najib Setuju 1mdb Pinjam Rm3 Bilion Dari Perkeso Untuk Diberi Kepada Psi


Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Najib Razak bersetuju supaya 1MDB memohon pinjaman RM3 bilion daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi memberi pinjaman kepada PetroSaudi International Limited (PSI).
Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, ketika membacakan penyataan saksinya berkata bagaimanapun beliau tidak pernah berbincang perkara itu dengan Najib pada masa itu.

Loading… Beliau berkata, Najib bersetuju untuk 1MDB memberi pinjaman AS$750 juta kepada PSI, tertakluk kepada 1MDB mendapatkan pinjaman RM3 bilion daripada PERKESO.
Shahrol Azral berkata demikian ketika dirujuk kepada ‘Minit Meeting with the Chairman of Board of Advisors (BOA)’ bertarikh 30 Mac, 2011 semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Gopal Sri Ram pada perbicaraan hari ke-14 kes bekas perdana menteri itu membabitkan 1MDB.
Shahrol Azral berkata, dalam minit berkenaan menyatakan Najib juga bersetuju untuk memberi tumpuan kepada projek-projek Maybourne Hotel Group (projek ambilalih hotel di London yang diterajui oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, yang dikenali sebagai Jho Low), SRC International Sdn Bhd dan Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD), kini dikenali sebagai TRX.
“Saya sahkan yang saya tidak pernah berbincang dengan Najib pada masa itu (berhubung perkara terbabit). Minit mesyuarat berkenaan telah disediakan oleh Jho Low dan telah ditandatangani oleh Najib.
“Minit mesyuarat itu juga telah diserahkan kepada saya oleh Jho Low, namun saya tidak ingat bila minit itu diserahkan,” katanya yang turut memaklumkan bahawa beliau menandatangani minit berkenaan dan menyimpannya.
Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata, beliau juga memaklumkan kepada Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB semasa mesyuarat pada 4 April, 2011 bahawa Najib bersetuju untuk 1MDB menambah pelaburan dengan PSI.
“Ingin saya nyatakan bahawa cadangan projek Maybourne Hotel Group ini tidak pernah dirancang atau dibincangkan oleh BOD 1MDB dan saya percaya yang Jho Low cuma mahu menggunakan nama 1MDB untuk bidaan hotel itu,” jelasnya.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Feb, 2011 dan 19 Dis, 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/09/najib-setuju-1mdb-pinjam-rm3-bilion-dari-perkeso-untuk-diberi-kepada-psi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Witness 1mdb Psi Jv Discussed On Yacht During Najib Vacation In South France

Witness 1mdb Psi Jv Discussed On Yacht During Najib Vacation In South France

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 307 hits
KUALA LUMPUR The High Court here was told on Wednesday that the joint venture project between 1Malaysia Development Berhad and PetroSaudi International Ltd came about and was discussed during Datuk Seri Najib Razak s vacation in Southern Fr...
Najib Objects To Hearsay Evidence By Ex 1mdb Chief

Najib Objects To Hearsay Evidence By Ex 1mdb Chief

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 398 hits
Najib Razak has filed an objection to stop former 1MDB CEO Shahrol Azral Ibrahim from linking him to fugitive businessman Low Taek Jho saying this would amount to hearsay evidence His lawyer Muhammad Shafee Abdullah said such evidence could...
Najib S Lawyer In 1mdb Trial Get Jho Low Here So He Can Be Quizzed

Najib S Lawyer In 1mdb Trial Get Jho Low Here So He Can Be Quizzed

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 468 hits
The Malaysian authorities should recover fugitive businessman Low Taek Jho in order to question him regarding the 1Malaysia Development Berhad fiasco instead of having witnesses tell the court what he had said a lawyer said today Datuk Seri...
Najib 1mdb Trial Day 12 Defence Invites The Prosecution To Produce Jho Low In Court

Najib 1mdb Trial Day 12 Defence Invites The Prosecution To Produce Jho Low In Court

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 455 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged abuse of power and laundering of 1MDB funds enters its 12th day at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the proceedings Su...
1mdb Najib Langgar Titah Agong

1mdb Najib Langgar Titah Agong

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 336 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Najib Razak mengarahkan untuk meneruskan pinjaman bon Nota Jangka Sederhana Islam yang dimohon oleh Terengganu Investment Authority Berhad berjumlah RM5 billion walaupun Sultan Mizan Z...
Najib Had Ultimate Power Over 1mdb Tia Ex Ceo

Najib Had Ultimate Power Over 1mdb Tia Ex Ceo

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 367 hits
Former Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak had ultimate power in making decisions involving the financial affairs of 1MDB and Terengganu Investment Authorities Berhad the High Court was told yesterday Datuk Shahrol Azral Ibrahim Hal...
Najib 1mdb Trial Day 13 Joint Venture Company Wouldn T Cooperate With 1mdb Shahrol

Najib 1mdb Trial Day 13 Joint Venture Company Wouldn T Cooperate With 1mdb Shahrol

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 421 hits
Summary of Najib s 1MDB donation caseNajib is facing 25 charges of receiving RM2 28 billion which originated from 1MDB through Tanore Finance Corp a company owned by Eric Tan a close associate of fugitive businessperson Jho Low KEY HIGHLIGH...
Najib 1mdb Trial Najib Never Told 1mdb To Follow Jho Low

Najib 1mdb Trial Najib Never Told 1mdb To Follow Jho Low

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 439 hits
Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak never told the 1Malaysia Development Board management to follow directives from fugitive businessman Low Taek Jho aka Jho Low The Kuala Lumpur High Court heard today Tuesday September 24 2019 tha...
1mdb Jho Low Tahu Selok Belok Rumah Najib Boleh Order Milo Ais

1mdb Jho Low Tahu Selok Belok Rumah Najib Boleh Order Milo Ais

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 386 hits
Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi KUALA LUMPUR Ahli Perniagaan dalam buruan Low Taek Jhow atau Jho Low didakwa sangat rapat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya Malah Jho Low dikatakan begitu akrab dan san...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Dorset Beach House A Sustainable Coastal Renovation By Architecture For London

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sabtu Cari Makan Di Bandar Keningau

Just Because

Drama Jutawan Ekspres

Raja Selfie Malaysia

Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri Islamik Romantik Lucu English

Tindakan Halau Individu Dari Surau Bukan Persetujuan Ajk Tegas Musolla Halaman 11