Amaran Sultan Selangor Berhenti Hina Rasulullah Saw Caci Islam


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mengingatkan semua pihak, terutama masyarakat bukan Islam supaya berhenti mempersendakan Rasulullah SAW serta mencemar kesucian agama Islam.

Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, dalam satu kenyataan media berkata baginda bertitah, perbuatan sedemikian bukan saja menggugat keharmonian serta perpaduan rakyat, malah boleh menyebabkan rusuhan antara kaum dan agama, seterusnya mengakibatkan permusuhan berpanjangan antara kaum di negara ini.

Hanafisah berkata, peringatan Sultan Selangor itu bukan sekadar untuk masyarakat bukan Islam tetapi juga kepada umat Islam.
Katanya, selepas Sultan Selangor berbincang dengan Ahli Dewan di-Raja Selangor, hari ini, baginda melahirkan kekecewaan dengan perbuatan menghina keperibadian junjungan besar Rasulullah SAW oleh segelintir masyarakat bukan Islam sejak kebelakangan ini.

“Kejadian penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan isu yang mencemar kesucian agama Islam kerap berlaku serta sampai ke tahap mencabar kesabaran umat Islam.

“Islam adalah agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, seharusnya perlu sentiasa dihormati setiap rakyat di negara ini.

“Walaupun perbuatan penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan kesucian agama Islam adalah satu kesalahan bawah undang-undang, malah tindakan undang-undang serta hukuman juga sudah dikenakan terhadap mereka yang melakukannya, namun ia masih tetap berlaku dan seolah-olah tiada kesan tindakan undang-undang yang diambil terhadap golongan ini,” katanya.

Hanafisah berkata, baginda turut menyatakan sejarah menunjukkan sesebuah negara boleh menjadi porak-poranda sekiranya rakyat bermusuhan atas sebab tidak menghormati agama dianuti pelbagai kaum.

Beliau berkata, sebagai Raja dan Ketua Agama Islam Selangor, Sultan Selangor menegaskan bahawa memelihara maruah agama serta maruah junjungan Rasulullah SAW adalah tuntutan utama dalam maqasid syariah dan menjadi tanggungjawab umat Islam untuk sentiasa mempertahankannya.

“Umat Islam sendiri pun perlu sentiasa berwaspada dalam melontarkan sebarang pandangan berkaitan agama lain. Malah, Allah SWT melarang keras umatnya mencerca sembahan agama lain kerana ia antara penyebab berlakunya ketidakharmonian hidup dalam masyarakat.

“Islam adalah agama yang amat mementingkan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat,” katanya.

Justeru, Hanafisah berkata, Ahli Dewan di-Raja Selangor menjunjung segala titah Sultan Selangor dan turut berasa terkesan dengan kekecewaan dilahirkan baginda berkaitan isu penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan agama Islam.

Pada masa sama, katanya, Ahli Dewan di-Raja Selangor menggesa pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara mengambil berat peringatan Sultan Selangor dengan mengambil langkah berkesan serta efektif bagi menangani masalah itu.

Beliau berkata, siasatan terperinci terhadap mereka yang disyaki melakukan kesalahan, perlu segera dilaksanakan dan tindakan pendakwaan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab jika ada keterangan mencukupi.
Sumber : Berita Harian
Admin : Daulat Tuanku, Allahuakbar !


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2019/03/amaran-sultan-selangor-berhenti-hina.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+krissmerah+%28Kriss+Merah.com+%28Blogger+Melayu%29%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjadi Kewajipan Umat Islam Pertahan Dan Muliakan Rasulullah Saw Mufti Wilayah

Menjadi Kewajipan Umat Islam Pertahan Dan Muliakan Rasulullah Saw Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 409 hits
Mempertahankan dan memuliakan Rasullullah SAW adalah menjadi kewajipan buat umat Islam serta haram sama sekali menghina Baginda Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad berkata menyintai Rasulullah SAW juga termasuk dalam ke...
Sultan Selangor Bimbang Penyebaran Ajaran Ancam Kesucian Islam

Sultan Selangor Bimbang Penyebaran Ajaran Ancam Kesucian Islam

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 504 hits
MALAYSIAKINI Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan rasa bimbang dengan pelbagai ancaman yang boleh mencemarkan kesucian dan kemuliaan agama Islam serta melemahkan umatnya khususnya di negeri ini dan juga negara ...
Lagi Individu Hina Islam Nabi Muhammad Saw Di Tahan Polis

Lagi Individu Hina Islam Nabi Muhammad Saw Di Tahan Polis

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 554 hits
KUALA LUMPUR Seorang lelaki yang menghina agama Islam Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah di laman media sosial Facebook ditahan polis dalam satu serbuan di pusat beli belah Plaza Pudu di sini hari ini Ketua Jabatan Siasat...
Sultan Selangor Kecewa Perbuatan Hina Peribadi Nabi Muhammad

Sultan Selangor Kecewa Perbuatan Hina Peribadi Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 490 hits
SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan kekecewaan dengan perbuatan menghina keperibadian junjungan besar Rasulullah SAW oleh segelintir golongan bukan Islam sejak kebelakangan ini Setiausaha Dewan Diraja Selangor...
Sultan Selangor Ingatkan Non Muslim Hentikan Menghiina Dan Mempersenda Rasulullah

Sultan Selangor Ingatkan Non Muslim Hentikan Menghiina Dan Mempersenda Rasulullah

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 351 hits
www ismaweb net Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan kekecewaan dengan perbuatan menghina keperibadian junjungan besar Rasulullah oleh segelintir golongan bukan Islam sejak kebelakangan ini Setiausaha Dewan Diraja Selang...
Kes Hina Nabi Warga Emas Tak Mengaku Hina Rasulullah Saw

Kes Hina Nabi Warga Emas Tak Mengaku Hina Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 437 hits
LELAKI warga emas Wai Foo Sing 68 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan memuat naik karikatur dan menghantar komunikasi jelik yang menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah ...
Berhenti Hina Islam Dan Jadikan Ia Trend Mufti Nasihatkan Non Muslims

Berhenti Hina Islam Dan Jadikan Ia Trend Mufti Nasihatkan Non Muslims

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 521 hits
Oleh JANGAN SAMPAI YANG DIKEJAR TIDAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRAN Nampaknya masih ada lagi posting posting yang JELAS menghina Islam oleh bukan muslim Ertinya hal ini seperti ingin dijadikan trend oleh sesetengah pihak Ia bukan lagi kes...
Hina Nabi Agama Islam Bawa Kehancuran Kepada Negara Auni Zaara

Hina Nabi Agama Islam Bawa Kehancuran Kepada Negara Auni Zaara

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 1137 hits
SEORANG wanita telah menaikkan kemarahan umat Islam selepas dia memuatnaik kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial miliknya Wanita yang menggunakan nama Auni Zaara itu telah memuat naik posting dengan mendakwa Islam adalah agam...
Unit Pemantauan Isu Hina Islam

Unit Pemantauan Isu Hina Islam

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 473 hits
JAKIM telah menubuhkan Unit Pemantauan Isu Hina Islam bagi memudahkan umat Islam atau sesiapa sahaja untuk memaklumkan kewujudan aktiviti menghina Islam di media sosial laman sesawang dan sebagainya Maklumat yang berkaitan perlu disalurkan ...
Berang Parkir Diambil Lelaki Letupkan Motosikal Jiran

Lemon Law To Protect Buyers Rm4 000 Trade In Grant For Old Cars

Remaja 16 Tahun Antara 2 Maut Kereta Terjunam Gaung

Belanjawan 2026 Malaysia Ringkasan Impak Rakyat Peluang Ekonomi

Like Komen Share Dan Hubungannya Dengan Matematik

Unimap Akan Bangunkan Air Space Sandbox Di Perlis

Projek Solar Berskala Besar Dilaksanakan Cukai Karbon Bakal Diperkenal

Kerajaan Umum Pelaburan Besar Untuk Perkasa Ekosistem Ai Tempatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menyingkap Usunan Budaya Etnik Suku Kaum Bajau Dalam Majlis Perkahwinan

Irresistible Beef Torta Filipino Recipe

Sempat Tangkap Beberapa Gambar View Pagi Ni Langit Biru Cantik Betul

Aktiviti Program Bersama Malaysia Retailor Association Ppim 11 10 2025

Drama Jika Itu Salahku

Bila Tubuh Menyerah Catatan Tentang Demam Influenza Jmbelog