Kes Hina Nabi Warga Emas Tak Mengaku Hina Rasulullah Saw




LELAKI warga emas, Wai Foo Sing, 68, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan memuat naik karikatur dan menghantar komunikasi jelik yang menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah di Facebook (FB) pada 17 Februari lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Wai didakwa memuat naik karikatur yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW dan isterinya di FB miliknya Foo Sing Wai, pada 5 petang, 17 Februari lalu.




Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 298 A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa secara sedar memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada masa dan tarikh yang sama.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda RM50,000 atau penjara setahun.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas alasan ia bukan kesalahan yang boleh dijamin.

Bagaimanapun, beliau memohon tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM30,000 jika mahkamah membenarkan ikat jamin.

“Kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius. Jaminan yang ditawarkan ini tidak melampau kerana mengambil kira perbuatan yang dilakukan. Kes ini juga mendapat perhatian masyarakat awam kerana ia membabitkan agama dan Nabi Muhammad SAW.

“Sekiranya jumlah jaminan yang ditetapkan dalam kadar yang rendah, bimbang boleh memberi persepsi negatif kepada orang awam terhadap sistem kehakiman. Ia jaminan munasabah bagi menjamin kehadiran tertuduh untuk perbicaraan,” katanya.

Sementara itu, Wai yang tidak diwakili peguam memohon supaya dikenakan jumlah jaminan yang rendah atas alasan dia tidak bekerja dan mempunyai masalah kesihatan.

Difahamkan, Wai mengalami masalah kerap membuang air kecil dan dilihat membawa bag yang berisi baju dan botol air.

Hakim M.M Edwin Paramjothy membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Mahkamah juga menetapkan 5 April depan untuk sebutan semula.

Harian Metro



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/02/kes-hina-nabi-warga-emas-tak-mengaku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Emas 68 Tahun Pula Didakwa Kes Hina Nabi

Warga Emas 68 Tahun Pula Didakwa Kes Hina Nabi

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 358 hits
Diterbitkan Hari ini 1 04 tengahariSeorang warga emas 68 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dua pertuduhan berkaitan penyiaran kartun yang menghina Nabi Muhammad di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini Wai Foo Sin ditu...
Polis Tangkap Warga Emas Didakwa Hina Rasulullah Di Facebook

Polis Tangkap Warga Emas Didakwa Hina Rasulullah Di Facebook

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 850 hits
POLIS menahan seorang warga emas berusia 68 tahun bagi membantu siasatan dakwaan menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook miliknya Ketua Polis Daerah Temerloh Superintendan Zuhdin Mahmud berkata lelaki itu ditahan di rumahnya di ...
Warga Emas Didakwa 2 Tuduhan Muat Naik Karikatur Hina Nabi Muhammad

Warga Emas Didakwa 2 Tuduhan Muat Naik Karikatur Hina Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 483 hits
Wai Foo Sing didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas dua tuduhan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda Saidatina Aishah dengan memuat naik karikatur berunsur penghinaan di laman akaun Facebook miliknya minggu lalu F...
Warga Emas Hina Nabi Muhammad Ditahan

Warga Emas Hina Nabi Muhammad Ditahan

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 911 hits
M RIZAL NOR 19 Februari 2019 6 46 PM TEMERLOH Seorang warga emas ditahan selepas berlaku biadab dengan memuat naik status menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Sa
Penyokong Ph Dakwa Kes Kes Hina Nabi Dan Islam Didalangi Umno

Penyokong Ph Dakwa Kes Kes Hina Nabi Dan Islam Didalangi Umno

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 382 hits
SEORANG penyokong Pakatan Harapan mendakwa kes kes menghina Nabi dan agama Islam yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini didalangi oleh pemimpin pemimpin UMNO yang kini terpalit dengan rasuah Lelaki yang menggunakan nama Halim di Facebook...
Desak Sally Yen Diisiasat Hina Nabi Muhammad Saw

Desak Sally Yen Diisiasat Hina Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 931 hits
Muhammad Saifullah Ali bersama penyokongnya tampil membuat aduan polis di IPD Pasir Puteh Kelantan hari ini UTUSAN ONLINEPASIR PUTEH 26 Feb Enam laporan polis berhubung penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah...
Selepas 395 Laporan Polis Lelaki Hina Nabi Muhammad Saw Direman Tiga Hari

Selepas 395 Laporan Polis Lelaki Hina Nabi Muhammad Saw Direman Tiga Hari

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 476 hits
Selepas 395 laporan polis lelaki hina Nabi Muhammad SAW direman tiga hariLELAKI berusia 68 tahun yang dipercayai memuat naik status menghina Nabi Muhammad SAW di akaun Facebook Foo Sing Wai direman selama tiga hari bermula Rabu sehingga Jum...
Prk Semenyeh Wajib Tolak Ph Kerana Halal Kan Hina Nabi Saw

Prk Semenyeh Wajib Tolak Ph Kerana Halal Kan Hina Nabi Saw

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 848 hits
Pengundi Semenyih WAJIB Tolak Kerajaan Yang MENGHALALKAN Perbuatan Menghina Rasulullah SAWPosted by SnapShot at Menghina Rasulullah SAW Bukan Kebebasan Bersuara Dan Tindakan Tegas Mesti Di AmbilMAHKAMAH Hak Asasi Manusia Eropah di Strasbour...
Himpunan Desak Tindakan Tegas Terhadap Lelaki Hina Nabi Saw

Himpunan Desak Tindakan Tegas Terhadap Lelaki Hina Nabi Saw

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 609 hits
SEBAHAGIAN umat Islam yang berhimpun di ibu pejabat polis daerah Timur Laut Georgetown Pulau Pinang malam ini bagi mendesak polis mengambil tindakan lebih tegas terhadap lelaki yang menghina Nabi Muhammad SAW menerusi Facebook UTUSAN ONLINE...
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Hundreds Of Fake Guns Seized In Raid On House In Segambut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


D Kunafa Cafe Shaftsbury Mall Putrajaya

Catatan Diari Dunia Yang Kian Tua

Terbukti Manfaat Pokok Ara Tanah Untuk Ketuat Dan Cagu

Burung Tempua Bersarang Tinggi

Percetakan Silkscreen Pada Plastik Kaca Botol Kosmetik Solusi Tahan Lama Profesional

Back To Normal Setelah 5 Hari Bercuti