Sultan Selangor Kecewa Perbuatan Hina Peribadi Nabi Muhammad



SHAH ALAM — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan kekecewaan dengan perbuatan menghina keperibadian junjungan besar Rasulullah SAW oleh segelintir golongan bukan Islam sejak kebelakangan ini.

Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais dalam satu kenyataan berkata, baginda menzahirkan kekecewaan itu selepas berbincang dengan ahli-ahli Dewan Diraja Selangor pada hari ini.

Loading...

Sehubungan itu beliau berkata, bagi membendung gejala penghinaan ini agar tidak terus berlaku tanpa kawalan, Sultan Selangor mengingatkan rakyat terutama yang bukan beragama Islam, supaya menghentikan perbuatan mempersendakan keperibadian Rasulullah SAW dan mencemar kesucian agama Islam.

Ini kerana, katanya, perbuatan tersebut bukan sahaja boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat, malah boleh menyebabkan rusuhan antara kaum serta agama yang akan mengakibatkan permusuhan berpanjangan antara kaum di negara ini.

“Kejadian penghinaan terhadap Rasulullah SAW serta isu-isu yang mencemar kesucian agama Islam kerapkali berlaku dan telah sampai ke tahap mencabar kesabaran umat Islam. Agama Islam yang merupakan agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seharusnya perlu sentiasa dihormati oleh setiap rakyat di negara ini,” katanya.

Menurut Hanafisah, walaupun perbuatan penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan kesucian agama Islam merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang dan tindakan undang-undang serta hukuman juga telah dikenakan terhadap mereka yang melakukannya, ia masih tetap berlaku dan seolah-olah tiada kesan terhadap tindakan undang-undang yang diambil terhadap golongan ini.

“Sejarah telah menunjukkan sesebuah negara boleh menjadi porak-peranda sekiranya rakyat bermusuhan atas sebab tidak menghormati agama yang dianuti oleh pelbagai kaum.

“Sebagai Raja yang merupakan ketua agama Islam negeri Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menegaskan bahawa memelihara maruah agama Islam serta maruah junjungan Rasulullah SAW merupakan tuntutan utama dalam maqasid syariah dan menjadi tanggungjawab umat Islam untuk sentiasa mempertahankannya,” katanya.

Oleh itu, Hanafisah menegaskan, peringatan Sultan Selangor ini perlu diambil serius oleh rakyat keseluruhannya terutama golongan bukan Islam jika inginkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan kaum dan agama di negara ini terus kekal.

Katanya, peringatan oleh baginda bukan sekadar untuk golongan bukan Islam tetapi termasuk juga kepada umat Islam di mana mereka sendiri perlu sentiasa berwaspada dalam melontarkan sebarang pandangan berkaitan dengan agama lain.

Beliau seterusnya berkata, Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor menjunjung segala titah Sultan Selangor dan turut berasa terkesan dengan kekecewaan yang dizahirkan oleh baginda berkaitan dengan isu penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan agama Islam.

“Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor menggesa supaya pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara mengambil berat akan peringatan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dengan mengambil langkah-langkah berkesan dan efektif bagi menangani masalah ini.

“Penyiasatan terperinci terhadap mereka yang disyaki melakukan kesalahan perlu segera dilaksanakan dan tindakan pendakwaan diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab ini sekiranya terdapat keterangan yang mencukupi,” katanya. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/03/sultan-selangor-kecewa-perbuatan-hina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahniah Polis Tangkap Lelaki Didakwa Buat Hantaran Fb Hina Nabi Muhammad

Tahniah Polis Tangkap Lelaki Didakwa Buat Hantaran Fb Hina Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 945 hits
Polis tangkap lelaki didakwa buat hantaran FB hina Nabi Muhammad Seorang lelaki yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW melalui hantaran Facebook telah ditangkap kata Ketua Polis Pahangi Mohd Zakaria Ahmad Menurutnya lelaki berusia 68 tahun...
Lagi Individu Hina Islam Nabi Muhammad Saw Di Tahan Polis

Lagi Individu Hina Islam Nabi Muhammad Saw Di Tahan Polis

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 604 hits
KUALA LUMPUR Seorang lelaki yang menghina agama Islam Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah di laman media sosial Facebook ditahan polis dalam satu serbuan di pusat beli belah Plaza Pudu di sini hari ini Ketua Jabatan Siasat...
Penerbit Filem Hina Nabi Muhammad Akhirnya Menyesal Dan Memeluk Islam

Penerbit Filem Hina Nabi Muhammad Akhirnya Menyesal Dan Memeluk Islam

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 501 hits
ISLAM adalah fitrah untuk semua manusia tanpa mengira status latar belakang dan kaum Ia merupakan suatu ajaran yang disediakan oleh Allah SWT untuk segenap lapisan manusia Ia bagi mencapai tujuan hidup di dunia ini iaitu mengenal dan mengab...
Warga Emas Hina Nabi Muhammad Ditahan

Warga Emas Hina Nabi Muhammad Ditahan

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 963 hits
M RIZAL NOR 19 Februari 2019 6 46 PM TEMERLOH Seorang warga emas ditahan selepas berlaku biadab dengan memuat naik status menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Sa
Amaran Sultan Selangor Berhenti Hina Rasulullah Saw Caci Islam

Amaran Sultan Selangor Berhenti Hina Rasulullah Saw Caci Islam

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 441 hits
SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak terutama masyarakat bukan Islam supaya berhenti mempersendakan Rasulullah SAW serta mencemar kesucian agama Islam Setiausaha Dewan di Raja Selangor Hanafisah J...
Selepas 395 Laporan Polis Lelaki Hina Nabi Muhammad Saw Direman Tiga Hari

Selepas 395 Laporan Polis Lelaki Hina Nabi Muhammad Saw Direman Tiga Hari

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 520 hits
Selepas 395 laporan polis lelaki hina Nabi Muhammad SAW direman tiga hariLELAKI berusia 68 tahun yang dipercayai memuat naik status menghina Nabi Muhammad SAW di akaun Facebook Foo Sing Wai direman selama tiga hari bermula Rabu sehingga Jum...
Austria Ambil Tindakan Individu Hina Dan Fitnah Nabi Muhammad

Austria Ambil Tindakan Individu Hina Dan Fitnah Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 526 hits
SHAH ALAM Kerajaan Malaysia boleh menjadikan Austria sebagai contoh untuk mengenakan hukuman penjara dan denda terhadap pesalah yang menghina Nabi Muhammad SAW termasuk di laman sosial Pada November tahun lalu Mahkamah Hak Asasi Manusia Ero...
Himpunan Bantah Hina Nabi Muhammad Di Ipoh

Himpunan Bantah Hina Nabi Muhammad Di Ipoh

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 652 hits
https i0 wp com pakdin my wp content uploads 2019 02 20190225 himpunan bantah hina nabi jpeg fit 600 2C400 ssl 1IPOH Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab berhadapan Ibu pejabat Polis Daerah Ipoh di sini terpaksa ditutup kira kira 200 meter ap...
Selangor Tidak Akan Buat Himpunan Bantah Hina Nabi

Selangor Tidak Akan Buat Himpunan Bantah Hina Nabi

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 441 hits
CYBERJAYA Tiada keperluan untuk diadakan bantahan hina nabi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kerana pelaku telah diambil tindakan mengikut peruntukan undang undang demikian menurut Menteri Besar Selangor Amirudin Shari Beliau ber...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram