Sultan Selangor Bimbang Penyebaran Ajaran Ancam Kesucian Islam


MALAYSIAKINI

   
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan rasa bimbang dengan pelbagai ancaman yang boleh mencemarkan kesucian dan kemuliaan agama Islam serta melemahkan umatnya khususnya di negeri ini dan juga negara

Sultan Sharafuddin menitahkan bahawa baginda dimaklumkan terdapat 45 golongan ajaran sesat dan menyeleweng difatwakan oleh Jabatan Mufti Selangor sehingga Dis lepas.

Titah baginda, fahaman liberalisme yang memperjuangkan hak kesamarataan sehingga membawa budaya LGBT perlu ditangani segera dan berkesan supaya ia tidak menjadi satu ikutan serta trend yang pastinya akan merosakkan masyarakat Islam di negara ini.

"Penularan dan merebaknya ajaran-ajaran ini bukan suatu perkara kecil dan boleh diambil ringan. Apa yang lebih membimbangkan beta, sebahagian daripada mereka mengambil pendekatan ekstrim yang boleh menggugat keselamatan negara.

"Ancaman-ancaman sebegini merupakan api dalam sekam yang sedang memusnahkan Islam dan pengikutnya dari dalam," titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid-masjid di Selangor, di Balairung Seri, Istana Alam Shah, di Klang hari ini.

Turut berangkat ke istiadat berkenaan adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah serta kerabat baginda.

Hadir sama adalah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari serta pembesar negeri.

Justeru, bagi mengatasi ancaman seumpama itu, baginda menitahkan agar pengajian akidah berteraskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu diajar dan dipertingkatkan di masjid-masjid supaya ia terus menjadi asas pegangan kepada umat Islam di negara ini.

Sultan Sharafuddin turut mengingatkan Nazir, imam mahupun jawatankuasa masjid supaya hanya memanggil penceramah yang ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk menyampaikan ceramah di masjid mahupun surau.

"Bagi penceramah luar negara pula seperti yang pernah beta titahkan pada pada 21 Ogos 2015, mereka hanya dibenarkan menyampaikan ceramah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (masjid negeri), Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong dan Masjid Sultan Suleiman Klang, itupun setelah tauliah khas diperolehi dari Mais," titah baginda.

Dalam pada itu, baginda turut menzahirkan rasa amat risau dengan perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam di Selangor kerana disebabkan perbezaan pegangan politik.

Sultan Sharafuddin menegaskan supaya semua anggota politik khususnya wakil rakyat sama ada peringkat negeri mahupun Parlimen, daripada parti kerajaan ataupun pembangkang, tidak dibenarkan berceramah serta berucap di dalam masjid serta surau.

Ini kerana baginda mahu semua masjid dan surau bebas daripada sebarang aktiviti politik kepartian bagi mengelakkan ia yang sepatutnya menjadi medan penyatuan ummah bertukar kepada medan perpecahan hanya kerana perbezaan ideologi politik masing-masing.

"Beta juga tidak mengizinkan sebarang bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu berlaku kerana ia boleh mengaibkan individu tertentu. Berita atau maklumat yang diterima perlulah disemak dahulu dan dipastikan kebenarannya.

"Jangan menjadi agen yang merosakkan kehidupan masyarakat dengan terlibat menyebarkan berita palsu dan fitnah. Islam jelas melarang umatnya untuk menyebar berita palsu dan memfitnah antara satu sama lain," titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut menasihatkan semua pihak supaya menjadikan masjid sebagai tempat yang paling dihormati dan asas membina kerukunan hidup bermasyarakat selain mengingatkan pentadbir masjid supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan fungsi institusi itu sebagai tempat ibadah umat Islam yang selesa dan medan penyatuan ummah.

Sultan Selangor juga amat mengharapkan agar institusi masjid dapat ditadbir serta diurus dengan profesional serta penuh keikhlasan tanpa mencampur-adukan agenda kepentingan diri sendiri.

Titah Sultan Sharafuddin, Nazir, imam dan anggota jawatankuasa masjid perlu sentiasa mematuhi Enakmen, Peraturan-Peraturan Masjid Dan Surau (Negeri Selangor) Tahun 2017, Garis Panduan serta Pekeliling dan Arahan yang dikeluarkan MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dari semasa ke semasa.

"Beta tegaskan agar semua masjid dan surau yang melakukan solat Jumaat hendaklah membaca teka khutbah yang dikeluarkan MAIS melalui Jawatankuasa Khutbah Negeri Selangor.

"Beta tidak berkenan sekiranya terdapat dalam kalangan imam masjid dan surau solat Jumaat tidak membaca atau menambah kandungan teks khutbah yang disediakan oleh jawatankuasa berkenaan," titah baginda.

Sehubungan itu, Sultan Selangor menyarankan semua Nazir, imam dan anggota jawatankuasa masjid supaya memahami hasrat dan inspirasi MAIS dalam hal berkaitan pengurusan institusi berkenaan.

Titah baginda, ia adalah bagi menjadi benteng terakhir dalam menangani kemelut perpecahan sesama umat Islam yang mana pentadbir masjid perlu kreatif serta dinamik dalam menggerakkan aktiviti membina hubungan kemasyarakatan secara lebih berkesan.

"Peluang berkhidmat di institusi masjid yang dikurniakan oleh Allah kepada para Nazir dan imam sekelian perlulah digunakan sebaik mungkin untuk membantu Mais dan Jais membimbing anggota kariah.

"Tugas dan tanggungjawab serta kepercayaan yang diberi oleh Mais dan anggota kariah adalah merupakan amanah besar daripada Allah," titah baginda.

Pada istiadat berkenaan, Sultan Sharafuddin berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 827 orang Nazir dan imam dari masjid seluruh Selangor dan seramai 1,215 orang Nazir dan imam masjid layak ditauliahkan bagi sesi 2019 hingga 2021.-- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/sultan-selangor-bimbang-penyebaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amaran Sultan Selangor Berhenti Hina Rasulullah Saw Caci Islam

Amaran Sultan Selangor Berhenti Hina Rasulullah Saw Caci Islam

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 345 hits
SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak terutama masyarakat bukan Islam supaya berhenti mempersendakan Rasulullah SAW serta mencemar kesucian agama Islam Setiausaha Dewan di Raja Selangor Hanafisah J...
Sultan Selangor Kecewa Perbuatan Hina Peribadi Nabi Muhammad

Sultan Selangor Kecewa Perbuatan Hina Peribadi Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 427 hits
SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan kekecewaan dengan perbuatan menghina keperibadian junjungan besar Rasulullah SAW oleh segelintir golongan bukan Islam sejak kebelakangan ini Setiausaha Dewan Diraja Selangor...
Masyarakat Diminta Setop Sebarkan Hoaks Karena Bertentangan Ajaran Islam

Masyarakat Diminta Setop Sebarkan Hoaks Karena Bertentangan Ajaran Islam

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 247 hits
Hal itu dikatakan Ustadz Mustofa Maulana dalam tausiyah di depan ratusan orang yang hadir dalam acara dzikir dan pengajian rutin bulanan yang dihelat Aliansi Masyarakat Sipil untuk Indonesia Hebat di kawasan Tebet Jakarta Rabu
Khilaf Ikuti Bisikan Gaib Pengikut Ajaran Islam Sejati Di Kebumen Tobat Massal

Khilaf Ikuti Bisikan Gaib Pengikut Ajaran Islam Sejati Di Kebumen Tobat Massal

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 182 hits
Khilaf ikuti bisikan gaib Pengikut Ajaran Islam Sejati di Kebumen tobat massal Pada saat pertaubatan para pengikut Islam Sejati dipandu oleh Ketua MUI Kebumen H Nur Sodik Merema dipimpin membaca Syahadat kembali ke agama Islam yang sesuai k...
Kain Rentang Tolak Kepimpinan Tun M Bertentangan Dengan Ajaran Islam

Kain Rentang Tolak Kepimpinan Tun M Bertentangan Dengan Ajaran Islam

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 382 hits
Kain rentang menolak kepimpinan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan mendesak Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 8 muncul di sekitar Kuala Lumpur hari ini Kain rentang tersebut dikesan digantung di dua tempat iaitu Bangsa...
Sultan Selangor Ingatkan Non Muslim Hentikan Menghiina Dan Mempersenda Rasulullah

Sultan Selangor Ingatkan Non Muslim Hentikan Menghiina Dan Mempersenda Rasulullah

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 301 hits
www ismaweb net Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan kekecewaan dengan perbuatan menghina keperibadian junjungan besar Rasulullah oleh segelintir golongan bukan Islam sejak kebelakangan ini Setiausaha Dewan Diraja Selang...
Penyebaran Hadith Kedatangan Awal Bulan Islam

Penyebaran Hadith Kedatangan Awal Bulan Islam

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 335 hits
Soalan Apakah status hadith ini Barangsiapa yang memberitahu akan kemasukan bulan yang mulia ini kepada orang lain maka haram baginya api neraka Jawapan Setiap kali kemasukan awal bulan Islam maka akan tersebar hadith hadith yang menceritak...
Sultan Abdullah Melawat Majlis Ugama Islam Sabah

Sultan Abdullah Melawat Majlis Ugama Islam Sabah

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 305 hits
KOTA KINABALU Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat Majlis Ugama Islam Sabah di sini hari ini Al Sultan Abdullah tiba di MUIS pada pukul 9 55 pagi dan turut mengiringi kebera...
Kerajaan Ph Lebih Bijak Dan Pantas Tangani Isu Menghina Islam Dan Nabi

Kerajaan Ph Lebih Bijak Dan Pantas Tangani Isu Menghina Islam Dan Nabi

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 1113 hits
Kita syaki mereka sengaja wujudkan kebencian Kita dengar mereka nak buat perhimpunan besar besaran Saya tak faham kenapa mereka nak berhimpun bantah isu hina nabi sedangkan kita sudah ambil tindakan Sebagai umat Islam mana ada pihak boleh b...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai

Umno Lifts Tajuddin S 6 Year Suspension

Lady Renounces Malaysian Citizenship In Video Gets Bashed By Nationalist Netizens

Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah