Amaran Istana Utk Bubar Dewan


 DdttSULTAN IBRAHIM BERI AMARAN AKAN BUBAR DUN JOHOR JIKA WAKIL RAKYAT TERUS BERTELAGAH HINGGA MENGANGGU-GUGAT NEGERI SERTA KERAJAAN BAGINDA


DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah Baginda tidak akan teragak-agak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaan Baginda sekarang.


“Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masing-masing hanya fikirkan tentang kedudukan sendiri, bukannya kepentingan rakyat.


“Apabila wabak COVID-19 telah terkawal, saya akan serahkan kepada rakyat untuk memilih Ahli Dewan yang baharu, selepas ini pilihlah betul-betul pemimpin yang jujur dan ikhlas mahu berkhidmat untuk rakyat,” titah Baginda Tuanku Sultan.


DYMM Sultan Johor bertitah demikian pada majlis perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Ke Empat Dewan Negeri Johor Yang Ke Empat Belas di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Bahru pada hari ini (12 Ogos).


Berangkat sama DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.


Baginda Tuanku Sultan, turut bertitah menasihatkan semua Ahli Dewan supaya menggunakan sesi persidangan kali ini untuk berbincang dan menyusun pelan tindakan bagi menolong rakyat dan membangunkan semula ekonomi Johor.


“Ahli-Ahli Dewan tidak perlu berbahas atau membawa usul yang tidak berkenaan. Awak semua jangan pentingkan diri sendiri. Rakyat di luar sana tengah susah, ada yang kelaparan, ada yang hilang pekerjaan dan ada juga yang sedang bertarung nyawa akibat wabak COVID-19.


“Ini bukannya masa untuk berbalah, tetapi ini adalah masa untuk bersatu dan bekerjasama. Jangan tanya kepada orang lain apa yang telah dibuat untuk bantu rakyat, tetapi lihatlah cermin muka sendiri,” titah Baginda Tuanku Sultan.


DYMM Sultan Johor bertitah, mengingatkan bahawa Dewan Negeri adalah tempat untuk berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat serta negeri Johor.


“Jangan cemarkan Dewan saya ini dengan perangai yang buruk. Ini adalah dewan yang mulia bukannya dewan sangkar beruk. 


“Ingat pesanan saya Tuan Speaker. Jalankan kerja baik-baik dan suka juga saya ingatkan, yang saya tidak akan melayan permainan politik mana-mana wakil rakyat yang terus bertelagah sampai menganggu-gugat negeri dan kerajaan saya,” titah Baginda Tuanku Sultan.


~~~~~


SULTAN IBRAHIM THREATENS TO DISSOLVE STATE ASSEMBLY IF POLITICIANS CONTINUE POWER STRUGGLE


HM The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim, Ibni Almarhum Sultan Iskandar has warned that he will not hesitate to dissolve the Johor State Assembly if assemblymen continued to engage in power struggle and threatened the State Government.


“I will not entertain any political games by assemblymen and risk destabilising my State and Government. If that occurs, then I will not hesitate to dissolve the State Assembly.


“We don’t need politicians to represent the people if all they think about is themselves and not the interests and welfare of the rakyat,” said His Majesty.


HM Sultan Ibrahim was speaking at the opening of the 14th Johor State Assembly at the Sultan Ismail Building in Kota Iskandar, Iskandar Puteri today (12 Aug).


His Majesty also reminded assemblymen to fully utilise the current session to discuss and plan a clear course of action to help the rakyat and rebuild Johor’s economy.


“There is no need to bring up unnecessary motions to the House. Don’t be selfish. The rakyat are suffering, going hungry, losing their jobs and some are even fighting for their lives because of Covid-19.


“This is not the time to fight (for political power); rather this is the time to unite and work together. Don’t look around to see what other politicians are up to, look at yourselves in the mirror instead,” stressed His Majesty.


#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kluangmanexpress.blogspot.com/2021/08/amaran-istana-utk-bubar-dewan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Johor Beri Amaran Bubar Dun

Sultan Johor Beri Amaran Bubar Dun

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 199 hits
August 12 2021 Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri agar tidak mencemarkan kemuliaan Dewan dengan perangai buruk masing masing Baginda bertitah Dewan Negeri adalah tempat untuk berbincang...
Kontroversi Surat Istana Negara Bocor Dewan Pemuda Pas Akan Membuat Laporan Polis

Kontroversi Surat Istana Negara Bocor Dewan Pemuda Pas Akan Membuat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 244 hits
KUALA LUMPUR Dewan Pemuda Pas akan melaporkan kepada polis berhubung penyebaran surat didakwa sebagai surat Yang di Pertuan Agong kepada Perdana Menteri bertarikh 29 Julai lalu Menurut Timbalan Dewan Pemuda Pas Ahmad Fadhli Shaari pembocora...
Istana Negara Beri Perincian Kepada Mahiaddin

Istana Negara Beri Perincian Kepada Mahiaddin

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 235 hits
A KADIR JASIN1 Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong semalam mengutus surat kepada Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin bagi memperjelaskan dan seterusnya menyanggah kenyataan serta pendirian Kerajaan berkaitan pembatalan Ordinan ordinan ...
Fault Lines In Bn Umno Appear As Conflicting Statements Issued Following Istana S Rebuke Of Govt

Fault Lines In Bn Umno Appear As Conflicting Statements Issued Following Istana S Rebuke Of Govt

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 158 hits
Both Barisan Nasional and its lynchpin party Umno seem to have split into two different factions following statements issued by its leaders that seem to contradict each other s stand on their support for the Perikatan Nasional government Af...
Sumber Istana Negara Nafi Anwar Akan Mengadap Agong

Sumber Istana Negara Nafi Anwar Akan Mengadap Agong

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 266 hits
malaysiakini comDiterbitkan 31 Jul 2021 1 50 pmDikemaskini 2 15 pmKEMAS KINI Laporan ini dikemas kini dengan penafian dari sumber Istana Negara Sumber Istana Negara menafikan dakwaan bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim diberi perkenan un...
Mencermati Dan Memahami Warkah Dari Istana

Mencermati Dan Memahami Warkah Dari Istana

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 272 hits
SESUDAH SUBUHAl Sultan Abdullah Daulat Tunku SEJAK semalam tular sepucuk wakrah yang berlambang Istana Negara diyakini ia adalah warkah Yang diPertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Mustafa Billah Shah yang ditujukan kepada perdana m...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran