Kontroversi Surat Istana Negara Bocor Dewan Pemuda Pas Akan Membuat Laporan Polis


 

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas akan melaporkan kepada polis berhubung penyebaran surat didakwa sebagai surat Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri bertarikh 29 Julai lalu.
Menurut Timbalan Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari, pembocoran surat tersebut telah menggugat kestabilan dan keharmonian negara.
"Surat tersebut, jika benar wujud, tentunya merupakan surat rahsia dan terhad yang sepatutnya hanya untuk dibaca oleh penerimanya sahaja iaitu Perdana Menteri.
"Tindakan menyebarkan surat tersebut kepada umum, yang dimuat naik oleh sebahagian pimpinan Pembangkang adalah suatu perkara yang bercanggah dengan Akta Rahsia Rasmi.
"Sedangkan Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan media umum yang disiarkan melalui laman Facebook rasmi Istana Negara untuk bacaan awam dan penyebarannya adalah suatu tindakan tidak beretika," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Beberapa hari lalu, tular di media sosial berkaitan dengan surat didakwa dihantar oleh Istana Negara kepada Perdana Menteri berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat.
Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, tindakan itu juga telah menimbulkan polemik dan kekecohan dalam kalangan masyarakat serta menampakkan seolah berlakunya krisis di antara Istana dan Eksekutif.
Katanya, seharusnya ruang diberikan kepada kedua-dua pihak untuk menyelesaikan isu ini berlandaskan undang-undang dan kerangka Perlembagaan Persekutuan dan bukan dimarakkan lagi pertembungan.
"Dewan Pemuda Pas Malaysia memandang serius perkara ini dan menggesa siasatan polis dibuat bagi mengenal pasti punca kebocoran surat ini untuk melihat sama ada wujudnya unsur khianat dan sabotaj dari penyebaran surat tersebut.
"Dalam tempoh pandemik, seharusnya semua pihak bersatu dan bersama menggembleng tenaga dalam memastikan penularan wabak dapat dikekang, bukan memarakkan api perpecahan dan pertelingkahan.
"Pemuda PAS mengecam sebarang usaha dan cubaan mewujudkan kekecohan dan ketidakstabilan politik dalam tempoh ini, semata demi memuaskan nafsu serakah politik dan Pemuda Pas mengajak agar semua rakyat bersatu dan fokus kepada menyelesaikan isu permasalahan rakyat dalam tempoh ini," ujarnya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/08/kontroversi-surat-istana-bocor-dewan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Picagari Kosong 13 Laporan Polis Dibuat Di Seluruh Negara Bukit Aman

Dakwaan Picagari Kosong 13 Laporan Polis Dibuat Di Seluruh Negara Bukit Aman

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 361 hits
Sebanyak 13 laporan polis diterima berkaitan isu suntikan picagari kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia di beberapa pusat pemberian vaksin di seluruh negara Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata...
Mahfuz Ucap Terima Kasih Pada Pemuda Pas Sahkan Surat Agong

Mahfuz Ucap Terima Kasih Pada Pemuda Pas Sahkan Surat Agong

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 310 hits
August 1 2021 Tindakan Dewan Pemuda Pas yang mahu melaporkan kepada polis berhubung penyebaran surat didakwa sebagai surat Yang di Pertuan Agong kepada Perdana Menteri bertarikh 29 Julai lalu hanya mengesahkan kesahihan kewujudan warkah Ist...
Surat Istana Negara Kepada Pm Disahkan Palsu

Surat Istana Negara Kepada Pm Disahkan Palsu

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 364 hits
Surat daripada Istana Negara kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pembatalan Ordinan Darurat yang tular dalam media sosial baru baru ini disahkan palsu Memetik laporan BH Online perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Ment...
Apa Salahnya Amk Buat Laporan Polis Seluruh Negara Juga Ketua Amk Dok Buat Apa

Apa Salahnya Amk Buat Laporan Polis Seluruh Negara Juga Ketua Amk Dok Buat Apa

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 249 hits
AMK Pulai buat laporan polis terhadap kabinet PM MahiaddinAngkatan Muda KEADILAN Cabang Pulai membuat laporan polis ke atas kebiadaban kerajaan Perikatan Nasional dan kabinet Perdana Menteri Mahiaddin Yassin yang mendahului Yang di Pertuan ...
Nama Sekali Lagi Terkait Kontroversi Shuk Sahar Buat Laporan Polis

Nama Sekali Lagi Terkait Kontroversi Shuk Sahar Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 246 hits
SEJAK Ahad nama Shuk Sahar kembali menjadi perhatian ramai setelah video pendek yang memaparkan pengacara dan pelawak itu tidak berbaju di dalam sebuah bilik hotel tular di media sosial
Agong Tak Perkenan Kerajaan Batal Ordinan Darurat Kata Istana Negara

Agong Tak Perkenan Kerajaan Batal Ordinan Darurat Kata Istana Negara

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 302 hits
Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda kata Datuk Penge...
Tak Hormat Institusi Raja Dewan Kecoh Anwar Baca Kenyataan Istana

Tak Hormat Institusi Raja Dewan Kecoh Anwar Baca Kenyataan Istana

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 320 hits
Laungan derhaka letak jawatan ketika Anwar baca kenyataan AgongAnwar Ibrahim berkata negara bukan sahaja menghadapi krisis Perlembagaan tetapi kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin turut menghina Agong dan menipu Ahli Parlimen serta rakyat KUA...
Awas Tindakan Tegas Menanti Jika Sertai Himpunan 21 Ogos Ketua Polis Negara

Awas Tindakan Tegas Menanti Jika Sertai Himpunan 21 Ogos Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 328 hits
Polis tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang masih berdegil menganjurkan atau menyertai perhimpunan kata Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Tindakan tegas akan diambil terhadap mana mana pihak yang menyertai perhimpunan Lawan pada...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi

Patutkah Kami Terima Keadaan Begini Atuk Mengadu Penat Jaga 4 Orang Cucu Hanya Terima Rm400 Sebulan

Serangan Terhadap Iran Apa Yang Berlaku Setakat Ini

Find Your Unique Selling Point