Mencermati Dan Memahami Warkah Dari Istana


 SESUDAH SUBUH

Al Sultan Abdullah: Daulat Tunku.SEJAK semalam tular sepucuk wakrah yang berlambang (letter head) Istana Negara diyakini ia adalah warkah Yang diPertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah yang ditujukan kepada perdana menteri Mahiaddin Md Yassin al-Pagohi.  
Surat itu bertarikh 29 Julai mengandungi empat muka surat yang bertanda tangani di pojok atas warkah pertama. Ia mengandungi suara hati dan perasaan baginda terhadap perdana menteri ekoran apa yang berlaku di parlimen, pendedahan revoke (pembatalan) Ordan-Ordinan Darurat seperti dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan yang juga selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Onde-Onde). 
Warkah berkenaan sudah tular dan bersepahan dalam media sosial dan sudah disoroti oleh banyak orang. Mulanya saya ada kewalangan warkah berkenaan satu fitnah untuk memburukkan keadaan atau pun cuba melaga-lagakan Yang di-Pertuan Agong dengan Perdana Menteri. 
Tetapi apabila tidak ada apa-apa penafian daripada pihak Istana Negara atau pihak kerajaan, atau mana-mana individu, (selalunya akan ada laporan polis apabila tersebar sesuatu yang meragukan berkaitan dengan institusi) namun tidak pula untuk warkah ini, maka ia boleh diyakini sebagai benar? 
Melihat kepada persamaan tarikh warkah itu diperbuat (29 Julai) bersama dengan tarikh kenyataan media daripada Istana Negara yang menjelaskan sikap dan pendirian Yang di-Pertuan Agong berhubungan pemansuhan Ordinan Darurat yang mengejutkan itu, juga 29 Julai ia semacam ada kesenimbungan. 
Jelas kenyataan dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadzil Shamsuddin pada 19 Julai itu bersumber dan bertitik tolak daripada warkah yang tular berkenaan. Kenyataan Istana Negara itu berkemungkinan dinukilkan ekoran warkah berkenaan.
Isi atau kandungan dan maksud warkah itu sama dengan isi kenyataan dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja tersebut. Ia membawa perasaan dan isi nurani empunya warkah berkenaan, menjelaskan sesuatu yang mengelirukan bagi tidak disalah anggap dan mencemarkan kemuliaannya. 
Warkah berkenaan banyak dikutip dan diberi perhatian oleh individu politik dan akademik. Antara yang saya kesan adalah Senator Husam Musa, yang menjadikan kandungan warkah berkenaan sebagai latar kepada kenyataan medianya semalam. 
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim juga ikut sama menyinggungnya. Sementara ventran dan pencinta Umno dan Raja Melayu, Kamal Amir Kamal Hijaz membaca keseluruhan isi kandungan warkah berkenaan dengan penuh perasaan dalam penampilannya secara live di Facebook malam tadi. 
Kawan saya itu tidak dapat menahan kesedihan, sampai berlinang air mata, duka dan sebak ketika membaca warkah berkenaan. Saya memahami kesebakan perasaan beliau kerana tidak tertahan mengenangkan apa yang dilakukan atau terjadi kepada Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah angkara perbuatan pacal-pacal yang tidak ada pengertian. Bagi Kamal Amir, meletakkan keadaan Yang di-Pertuan Agong sehingga terpaksa menulis warkah sebegitu sebagai satu penghinaan dan derhaka. 

Kamal Amir sebak baca
warkah Agong.Warkah yang papar dalam hitam putih itu (kerana warna asalnya pasti kuning) merupakan satu warkah yang jarang-jarang berlaku antara Yang diPertuan Agong yang menjadi tunggak institusi raja dengan perdana menteri, yang menguasai institusi pentadbiran negara. Jika pun ada surat menyurat antara kedua kepala institusi itu ia sangat sulit dan bersifat rahsia.Selalu menjadi amalan, sekiranya ada sesuatu yang terbuku antara Perdana Menteri dan Yang diPertuan Agong mereka akan bertemu, bersemuka bagi menyelesaikan sesuatu yang mengelirukan dalam keadaan tenang, damai dan mahabbah, kalau marah pun tidak berbunyi, sedih hanya air mata memberi simbol tangisan terkulum dalam jiwa. 
Tetapi kali ini Sultan (YDPA) mengambil jalan dengan menulis warkah bagi menyata dan memasyurkan apa yang ada dalam jiwa baginda dengan memberi kronologi perjumpaan dan percakapan baginda dengan orang pembesar negara.  
Mungkin kerana waktu ini negara sedang di bawah PKP dan darurat serta ancaman Covid-19 mengganas, maka kedua-dua pihak mengelakkan daripada bertemu secara fizikal, maka warkahlah jadi penghubung antara keduanya. Tetapi tidakkah mereka boleh berintraksi menerusi apalikasi IT yang ada waktu ini?
Warkah berkenaan memang membawa mesej yang sangat berat, dan menghadirnya di tengah balai khalayak mengaibkan pihak-pihak tertentu yang dituju langsung dalam warkah tersebut. Tidak sepatutnya warkah berkenaan ditabur di khalayak kerana ia adalah urusan peribadi antara empunya warkah dengan penerima (tujuan) warkah berkenaan. 
Lagi sekali, kerana dunia hari ini merupakan dunia langit terbuka, bumi terbelah, ruang terkobek, maka bukan sahaja bangkai tidak dapat ditutup dengan nyiru, kamar tidur juga yang tidak patut didedahkan kepada umum pun turut dikongsikan sebebas-bebasnya. Ini normal baru kehidupan.
Meneliti dan menekuni warkah berkenaan ia mengandung mesej dan maksud berikut:
1. Baginda Yang di-Pertuan Agong mahu membersihkan dirinya daripada tercela dengan apa yang berlaku di parlimen 26 Julai itu dengan gelagak sumbang Takiyuddin Hassan memaklumkan Ordinan Darurat dimansuhkan, sedangkan ia tidak mendapat atau belum mendapat perkenan baginda. Bagi baginda tindakan itu sesuatu yang sangat tidak molek.  
2. Baginda menzahirkan rasa kesal dan dukacita atas apa yang berlaku kerana cara dan tindakan itu sebagai membelakangi baginda, tidak menghormati institusi raja yang sepatutnya mempunyai hak dan kuasa (bersama) untuk bertindak atau memutuskan sesuatu yang penting seperti Ordinan Darurat itu.
3. Baginda ingin menjelaskan pendiriannya yang tepat dengan kehendak perlembagaan. Manakala apa yang terjadi itu jangan sampai baginda dituduh bersubahat dengan tindakan tidak sopan dan bercanggah dengan semangat perlembagaan dan konvensyen selama ini.
3. Baginda membuat penjelasan itu untuk mengelakkan diri baginda disalah anggap oleh Duli Duli Tuanku Raja-Raja lain, yang boleh menuduh baginda sebagai tidak "cakduh", ambil berat terhadap sesuatu yang ada implikasi undang-undang dan perlembagaan. Tentu baginda tidak mahu dituduh bersubahat dengan kemungkaran dan seorang kepala negara yang senang diperalatkan yang memberi natijah baginda akan dianggap lemah dan hilang kredibiliti dan kemuliaan.
4. Baginda menzahirkan kemurkaan baginda atas apa yang berlaku itu, dengan memberikan kronologi  pertemuan maya dengan Menteri Undang-Undang dan Peguam Negara, bahawa dalam pertemuan itu baginda telah bertindak adil dan betul memberi kata dua atas nasihat kedua individu itu tetapi ia tidak dipedulikan. 
5. Warkah berkenaan juga menjadi lambang dan bukti bahawa baginda terkilan dengan apa yang berlaku dengan hati yang masygul kerana kalau tidak, baginda tidak akan menulis warkah berkenaan kerana ia akan menjadi rekod Istana Negara dan Pejabat Perdana Menteri buat selama-lamanya. 
Sejarah akan merakam dan warkah itu akan dijadikan panduan, bukti, peringatan dan juga teladan untuk masa-masa akan datang.
6. Warkah penjelasan, pernyataan itu memberi faham kepada umum bahawa serta menuntaskan tanggapan jijik sebelum ini kononnya Yang di-Pertuan Agong berpihak kepada kerajaan. Warkah berkenaan telah memutihkan tanggapan itu.
6. Warkah itu dari sisi lain menunjukkan Yang di-Pertuan Agong masih ada sisa-sisa menghormati perdana menteri, masih mempedulikan kerajaan cuba perbetulan kekhilafan dan dijadikan iktibar kepada seluruh rakyat. Namun ia tercemar dan memberi kesan buruk kepada perdana menteri khasnya Mahiaddin apabila ia tersebar. Dengan penyebaran itu rakyat boleh membuat penilaian bahawa kerajaan PN telah derhaka kepada Agong.
Tidak dapat dipastikan apakah penyebaran warkah itu disedari oleh Yang di-Pertuan Agong atau tidak. Jika ia benar, elok kalau baginda menyatakan sesuatu berkenaan dengan penyebaran itu bagi mengelakkan apa-apa dokumen, rahsia tertentu tidak mudah terdedah dan diketahui umum. [wm.kl.8:01 31/0721]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/07/mencermati-dan-memahami-warkah-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Media Dari Pejabat Perdana Menteri Berhubung Kenyataan Istana

Kenyataan Media Dari Pejabat Perdana Menteri Berhubung Kenyataan Istana

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 489 hits
Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan Perikatan Nasional masih mendapat sokongan melebihi 110 ahli ahli Parlimen walaupun terdapat gesaan ahli Parlimen pembangkang yang mahu Muhyiddin Yassin meletakkan...
Istana Negara Takiyuddin Misled Parliament On Eo Agong Very Disappointed

Istana Negara Takiyuddin Misled Parliament On Eo Agong Very Disappointed

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 244 hits
De facto Law Minister Takiyuddin Hassan had misled Parliament on the annulment of the emergency ordinances said Istana Negara In a statement today the palace said Takiyuddin and Attorney General Idrus Harun also did not fulfil their promise...
Dewan Rakyat Adjourns Sitting Again To 3 30pm After Istana S Statement

Dewan Rakyat Adjourns Sitting Again To 3 30pm After Istana S Statement

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 277 hits
In a rare move the Dewan Rakyat adjourned for a second time in the same day during today s special Parliament sitting Dewan Rakyat deputy speaker Azalina Said Othman said discussion on the order of sitting was still underway therefore she p...
Fault Lines In Bn Umno Appear As Conflicting Statements Issued Following Istana S Rebuke Of Govt

Fault Lines In Bn Umno Appear As Conflicting Statements Issued Following Istana S Rebuke Of Govt

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 158 hits
Both Barisan Nasional and its lynchpin party Umno seem to have split into two different factions following statements issued by its leaders that seem to contradict each other s stand on their support for the Perikatan Nasional government Af...
Istana Negara Beri Perincian Kepada Mahiaddin

Istana Negara Beri Perincian Kepada Mahiaddin

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 235 hits
A KADIR JASIN1 Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong semalam mengutus surat kepada Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin bagi memperjelaskan dan seterusnya menyanggah kenyataan serta pendirian Kerajaan berkaitan pembatalan Ordinan ordinan ...
Istana Negara Dukacita Takiyuddin Tak Faham Maksud Dukacita Gamaknya Durhaka Sang Lebai

Istana Negara Dukacita Takiyuddin Tak Faham Maksud Dukacita Gamaknya Durhaka Sang Lebai

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 296 hits
Ada walaun mula bermain dengan perkataan asal bukan DAP Makna kata biar derhaka asal bukan DAP Tengok betapa kurang ajarnya PNKHIANAT KERAJAAN DERHAKA ini dana penyokongnya Berani membelakangi Istana Negara dan inikah contoh kerajaan Melayu...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah