Amanat Prk Semenyih Dari Mahathir


Amanat PRK Semenyih Dari Mahathir. Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sia-sia sahaja sekiranya pengundi di Semenyih memilih calon Barisan Nasional (BN) atau parti lain pada pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Sabtu ini

Malah, katanya, calon pembangkang tidak mampu melaksanakan agenda pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat kerana tidak mempunyai kuasa di peringkat persekutuan dan negeri

Amanat PRK Semenyih Dari Mahathir. Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), sebaliknya berkata, calon PH, Muhammad Aiman Zainali mempunyai kelebihan untuk menunaikan agendanya untuk penduduk Semenyih sekiranya menang PRK itu kerana mempunyai sokongan daripada kerajaan negeri dan pusat yang diterajui PH

"Kalau pilih (calon) parti pembangkang, apa yang boleh dia buat. Lagipun, Selangor ialah antara negeri terawal yang menolak BN," katanya

Dr Mahathir berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Pakatan Harapan, di Semenyih malam tadi dalam siri kempen untuk memastikan kemenangan PH dalam PRK itu

Turut hadir Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Muhammad Aiman

Dalam pada itu, Dr Mahathir menegaskan walaupun kerajaan PH baru berusia sembilan bulan, ia kini melakukan pelbagai usaha untuk memulihkan keadaan negara yang telah dirosakkan kerajaan terdahulu

Amanat PRK Semenyih Dari Mahathir
Katanya, ini termasuk usaha ke arah menurunkan kos sara hidup bagi mengurangkan beban rakyat

Dr Mahathir berkata kerajaan PH berhasrat supaya semua kaum di negara ini dapat menikmati kekayaan negara serta dibangunkan dengan adil dan saksama

Justeru, beliau berkata rakyat khususnya di Semenyih perlu memikirkan masa depan dan memilih calon yang boleh membawa perubahan di kawasan mereka

“Kalau Muhammad Aiman menjadi ADUN saya yakin dia boleh melakukan apa yang dia rancang di tempat ini,” katanya

PRK DUN Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Muhammad Aiman, Zakaria Hanafi (BN), Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng

Pengundian akan diadakan Sabtu ini

Sementara itu, Dr Mahathir Dr Mahathir Mohamad menegaskan umur calon PH bagi PRK DUN Semenyih Muhammad Aiman Zainali, 30, bukan masalah untuk dipilih menjadi wakil rakyat

Beliau berkata walaupun muda, Muhammad Aiman mempunyai barisan kepimpinan negeri dan pusat berpengalaman untuk membantu beliau menjalankan tugas

"Nampak dia mudalah, muda sikit daripada saya. Tapi walaupun muda di belakangnya banyak orang yang tua-tua, yang tua sekali pun ada sampai 93 tahun tak berhenti-henti bercakap," kata Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sambil merujuk kepada usianya sendiri

"Kita nak bantulah generasi muda ini, orang muda lama-lama dia tua, jadi masa muda ini masa latihan dan dia akan dapat panduan, tunjuk ajar dan sokongan daripada generasi yang tua," katanya ketika berucap pada majlis Santai 2-Roda Semenyih bersama kelab permotoran sekitar Semenyih semalam

Turut hadir Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Muhammad Aiman

Amanat PRK Semenyih Dari Mahathir
Dr Mahathir menegaskan wakil rakyat daripada PH mampu melaksanakan pelbagai agenda untuk rakyat kerana gabungan itu kini mentadbir negara

"Tetapi kalau (pilih) wakil rakyat pembangkang, dia tidak boleh buat apa, kami tahulah kerana kami dulu dari parti lawan. Bercakap bolehlah, (boleh) marah orang, tetapi nak buat apapun tak boleh sebab tidak ada kuasa," katanya

Beliau berkata kerajaan PH juga mahu melakukan perubahan termasuk menurunkan umur layak mengundi kepada 18 tahun dan memendekkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal, namun ia memerlukan dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat


"Kita akan pinda perlembagaan tetapi bukan nak pinda nak buang raja, nak sekat raja, itu tidak ada, yang itu kekal macam itulah," katanya

Amanat PRK Semenyih Dari Mahathir. Katanya, PRK DUN Semenyih boleh menjadi penggerak kepada sokongan rakyat dalam mencapai majoriti dua pertiga berkenaan. - bernama



Iklan









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/03/amanat-prk-semenyih-dari-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Semenyih Pakatan Harapan Dilanda Tsunami Mahathir Bakal Berdepan Undi Tidak Percaya

Prk Semenyih Pakatan Harapan Dilanda Tsunami Mahathir Bakal Berdepan Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 478 hits
Adakah ini siri balas dendam DAP terhadap PPBM kerana kekalahan calon mereka di Prk Cameron Highlands tempohari Bermula dengan kecaman Ronnie Liu kini Boo Cheng Hau pula mendesak agar Mahathir meletakkan jawatan kerana tidak berpegang pada ...
Informasi Pas Tak Sokong Umno Prk Semenyih Mahathir A Hadi Siapa Main Siapa

Informasi Pas Tak Sokong Umno Prk Semenyih Mahathir A Hadi Siapa Main Siapa

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 546 hits
PAS tak sokong UMNO PRK Semenyih Mahathir cuba game Hadi agaknya siapa yang kena Dr Mahathir Mohamad berkata dalam pertemuan beliau dengan Presiden PAS semalam Abdul Hadi Awang memberi perakuan untuk tidak menyokong Umno Ketika ditemui di P...
Undi Tidak Percaya Terhadap Mahathir Kaitan Dengan Umno Pas Prk Semenyih

Undi Tidak Percaya Terhadap Mahathir Kaitan Dengan Umno Pas Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 400 hits
Sebenarnya isu mudah UMNO dan PAS telah membuktikan ketulinan kerjasama di antara mereka Jika pada awalnya hanya kepimpinan sahaja tetapi kini turut melibatkan akar umbi dari segi gerak kerja pilihanraya dan undi Maka untuk memastikan undi ...
Prk Semenyih Amaran Anwar Kepada Mahathir Sahkan Wujud Konspirasi Domino

Prk Semenyih Amaran Anwar Kepada Mahathir Sahkan Wujud Konspirasi Domino

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 367 hits
Tepat 4 September 2019 akan genaplah 21 tahun kisah yang menggemparkan seluruh negara terjadi Anwar Ibrahim pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri di pecat oleh Dr Mahathir atas alasan moral dan bermulalah era reformasi dan demo...
Prk Semenyih Ialah Islam Dan Kafir Lawan Pakatan Harapan Kata Tun Dr Mahathir Mohamad

Prk Semenyih Ialah Islam Dan Kafir Lawan Pakatan Harapan Kata Tun Dr Mahathir Mohamad

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 437 hits
PRK Semenyih ialah Islam dan Kafir lawan Pakatan Harapan kata Tun Dr Mahathir Mohamad
Prk Semenyih Jom Ikuti Amanat Tok Mat Hasan Malam Ini Di Fb Live

Prk Semenyih Jom Ikuti Amanat Tok Mat Hasan Malam Ini Di Fb Live

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR 1 Mac Tinggal beberapa jam sahaja lagi kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih akan melabuhkan tirainya di mana esok 2 Mac Sabtu 53 520 pengundi biasa berdaftar akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil ra
Menjelang Prk Semenyih Hadi Datang Jumpa Mahathir

Menjelang Prk Semenyih Hadi Datang Jumpa Mahathir

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 434 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad di pejabat perdana menteri itu di Yayasan Al Bukhari Kuala Lumpur Abdul Hadi tiba di pejabat Perdana Menteri kira kira jam 9 pagi dan kedua dua tokoh ber...
Spr Siasat Bahan Kempen Provokasi Di Prk Semenyih

Spr Siasat Bahan Kempen Provokasi Di Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 252 hits
SPR siasat bahan kempen provokasi di PRK Semenyih nbsp Dikemas kini 50 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 21 Feb 2019 8
Brics Ekonomi Israel Diseret Merudum Pasti Al Hamdulillah

Maksud Hadis Hiasilah Al Quran Dengan Suara Kamu

Royal Addendum On Najib S House Arrest Only Hearsay Stresses Saifuddin

Majlis Birthday Mak

Tested American Metal S The Disciple Sonic Infused Whiskey

Tiada Tangan Ghaib Yang Pilih Semuanya Ikut Prosedur Dan Aturan Tak Pasti Jang

The Disciple A Mixed Metal Harley Bobber With El Knucklehead Power

The Incredible Tale Of The Talking Tortoise A Fifth Century Ethiopian Exploration Of Wisdom And Humility


echo '';
Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online

Resepi Sos Hijau Vietnam Roll Paling Lemak dan Berkrim

Biodata Terkini Sheila Abdull Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Mungkinkah

Biodata Terkini Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Keranamu Kekasih

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia


Sag Birth Dates

Leo Promise Report 2021

Different Tarot Decks

Aquarius Career Horoscope December 2021

Masuk Sebagai Orang Keluar Jadi Mayat

Mighty White Blackpepper Chicken Bun