Pas Serah Mandat Kepada Bn Tentukan Calon Prk Tanjung Piai



(Sinar Harian) – Pas menyerahkan mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk menentukan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor nanti.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun belum mengadakan sebarang mesyuarat namun pihaknya menyerahkan kepada BN untuk meletakkan calon yang akan bertanding pada PRK itu.
“Kerusi Parlimen Tanjung Piai adalah milik BN (berdasarkan PRU13), jadi keutamaannya mesti kepada BN.
“Jadi Pas tidak kisah siapa pun calon yang bakal dipilih BN dan UMNO termasuk juga meletakkan calon MCA pada PRK itu nanti.
“Pihak kami akan memberi sokongan kepada BN nanti dan akan mengambil amalan sama iaitu kerjasama seperti dilakukan pada PRK sebelum ini dengan BN,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Rusila di sini selepas menyampaikan kuliah Dhuha di Masjid Rusila.
PRK Parlimen Tanjung Piai yang juga PRK kesembilan selepas PRU14 bakal menjadi medan ujian pertama bagi kerjasama UMNO-Pas selepas memeterai Piagam Muafakat Nasional pada 14 September lalu.
Ketika diminta mengulas mengenai calon berusia 18 tahun, Abdul Hadi berkata, usia muda sebenarnya bukan satu isu kerana ketokohan dan kebijaksanaan individu itu sebenarnya yang harus dilihat.
“Sebenarnya calon tidak terikat dengan umur kerana mungkin jika dia umur masih muda tetapi mempunyai kebijaksanaan berbanding yang usia tua. Kita perlu lihat ketokohan dan integriti calon itu sendiri,” katanya.
Semasa PRU14 yang diadakan pada 9 Mei tahun lalu, kerusi Tanjung Piai ditandingi tiga calon, masing-masing Dr Mohd Farid Md Rafik yang mewakili PH, Wee Jeck Seng (BN) yang juga penyandang serta Nordin Othman (Pas).
Mohd Farid mendapat kemenangan sebanyak 21,255 undi berbanding Wee (20,731) manakala Nordin pula cuma mengumpul 2,962 undi.
Mohd Farid kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan beliau meninggal dunia secara mengejut pada 21 September lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum lagi bermesyuarat bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pemilihan di kerusi itu.
 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/09/27/pas-serah-mandat-kepada-bn-tentukan-calon-prk-tanjung-piai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Tanjung Piai Pas Anggap Bn Lebih Berhak

Prk Tanjung Piai Pas Anggap Bn Lebih Berhak

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 292 hits
DENYUT REFORMASI KOTA BHARU Pas membuat bayangan awal akan memberi laluan kepada Barisan Nasional untuk meletakkan calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai Johor Naib presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Pas lebih ...
Calon Pembangkang Prk Tanjung Piai Tak Semesti Mca

Calon Pembangkang Prk Tanjung Piai Tak Semesti Mca

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 308 hits
Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR Sesiapapun wakil calon pembangkang dalam PRK Tanjung Piai tidak semestinya perlu mengikut acuan semasa pemilihan PRU 14 Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pasukan pembangkang tidak...
Dilema Calon Prk Tanjung Piai

Dilema Calon Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 282 hits
Hari ini Speaker Dewan Rakyat memaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof hari ini mengemukakan notis kekosongan kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Azhar Azizan Harun Moham...
Amanah Sokong Mana Mana Calon Ph Pada Prk Parlimen Tanjung Piai

Amanah Sokong Mana Mana Calon Ph Pada Prk Parlimen Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 263 hits
THE MALAYSIAN TIMES PONTIAN Parti Amanah Negara akan memberikan sokongan kepada mana mana calon Pakatan Harapan yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai Timbalan Presiden Amanah Datuk Salahuddin Ayub berkata pihak...
Prk Tanjung Piai Calon Melayu Islam Paling Terbaik

Prk Tanjung Piai Calon Melayu Islam Paling Terbaik

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 274 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin UMNO PAS perlu bukti Muafakat Nasional bukan retorik sehingga jadi bahan peluru PH jika masih berkeras pilih bukan Melayu sebagai calonBANGI Parti parti Melayu dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan perlu dud...
Prk Tanjung Piai Pas Berkempen Dengan Umno

Prk Tanjung Piai Pas Berkempen Dengan Umno

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 730 hits
Mohd Aizat Shamsuddinmohdaizat bh com myGAMBAR hiasanPAS sedia turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai walaupun siapa saja calon yang akan diletakkan oleh Barisan Nasional termasuk daripada MCA Presiden PAS Datuk Seri ...
Cermin Muka Dulu Jika Mca Mahu Tanding Prk Tanjung Piai

Cermin Muka Dulu Jika Mca Mahu Tanding Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 225 hits
PROF DR REDHUAN TEE ANDULLAH UTAMAKAN calon Melayu dalam PRK Tanjung Piai jika gabungan UMNO PAS mahu menang Jangan dengar cakap MCA MCA tidak pernah setia dengan BN sejak BN hilang kuasa PRU14 yang lalu Jika MCA berkeras biarkan dia Kita m...
Spr Mesyuarat Selasa Depan Tentukan Tarikh Prk Tg Piai

Spr Mesyuarat Selasa Depan Tentukan Tarikh Prk Tg Piai

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 192 hits
MALAYSIAKINI Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas pada 1 Okt bagi membincangkan tarikh tarikh penting pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai Johor Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar dalam kenyataan hari ini be...
Prk Tanjung Piai Prelude Lembaran Baru Politik Negara

Prk Tanjung Piai Prelude Lembaran Baru Politik Negara

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 225 hits
oleh Datuk M PeriasamyPENGUNDI kawasan Parlimen Tanjung Piai Johor akan menyaksikan pertembungan hebat antara calon Pakatan Harapan dan Barisan Nasional untuk merebut kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Kecil tidak lama lagi Kerusi Pa
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau

Alya Iman Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla Di Viu