Siasat Juga Pemimpin Himpun Di Hotel Ulang Alik Ke Rumah Muhyiddin Syed Saddiq


 
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh (dua kiri) bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kanan) hadir untuk memberi keterangan berkaitan sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang yang berkumpul di Dataran Merdeka setelah tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen pada Isnin lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mendesak polis supaya menyiasat pemimpin-pemimpin Kerajaan Perikatan Nasional termasuk pemimpin UMNO yang berhimpun beramai-ramai tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Beliau berkata, polis sepatutnya menyiasat Ahli-Ahli Parlimen UMNO, Barisan Nasional yang berhimpun di hotel.

“Mereka (ahli-ahli Parlimen UMNO) berhimpun di hotel, makan ‘dinner’ , kereta-kereta Vellfire boleh berulang alik ke rumah perdana menteri, pemimpin politik boleh jumpa PM di rumahnya sampai lewat malam sebab ada perjumpaan tergempar dan ini semua takda masalah tetapi kami nak ke Parlimen pula dipersalahkan.

“Kalau nak siasat kami, silakan kami tidak menghalang, tetapi sila siasat juga menteri-menteri yang berulang alik setiap malam ke rumah PM,” ujarnya.

Bekas menteri belia dan sukan itu berkata, beliau hairan mengapa pergerakan mereka ke Parlimen disekat sedangkan mahu menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang dipilih rakyat dan digajikan.

Malah, kehadiran mereka ke Parlimen Isnin lalu bagi memikul titah Yang di-Pertuan Agong untuk membentang dan membahaskan isu rakyat, katanya.

Terdahulu Syed Saddiq dan Hannah Yeoh hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang ini untuk dirakam percakapannya berhubung himpunan dan perarakan ahli-ahli Parlimen pembangkang ke Parlimen pada Isnin lalu.

Syed Saddiq tampil ke IPD sekitar jam 2.29 petang tadi sebelum bersama-sama dengan Ahli Parlimen Segambut itu memasuki premis polis itu untuk memulakan proses merakam keterangan.

Kedua-dua pemimpin itu kemudian keluar meninggalkan IPD Dang Wangi selepas sejam kemudian.

Dalam pada itu, Hannah berkata, beliau memberi kerjasama penuh dalam siasatan ini.

Katanya, beliau ke Parlimen Isnin lalu kerana itu adalah tempat kerja ahli-ahli Parlimen kerana mempunyai pejabat di sana.

“Pada Isnin lalu saya sepatutnya menghadiri dua mesyuarat jawatankuasa antaranya mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan Timbalan Speaker Datuk Seri Azalina Othman tetapi kami menerima notis pembatalan kedua-dua perjumpaan itu agak lewat sedikit.

“Kami tidak berniat ke Dataran Merdeka tetapi tiada pilihan kerana semua jalan menuju ke Parlimen disekat oleh polis dan ditutup akses.

“Saya terpaksa memakir kereta tepi jalan dan bertanya polis trafik sebab tak dapat diakses ke Parlimen,” katanya yang kecewa dengan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang sepatutnya bersuara dan membela ahli-ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Hannah mendakwa Azhar membisukan diri dalam isu ini. – MG






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/siasat-juga-pemimpin-himpun-di-hotel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Peguam Negara Pemimpin Kanan Bersatu Kini Di Rumah Muhyiddin

Menteri Peguam Negara Pemimpin Kanan Bersatu Kini Di Rumah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 201 hits
Menteri Peguam negara pemimpin kanan Bersatu tiba di rumah Muhyiddin Peguam Negara Tan Sri Idris Harun dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 8 20 malam tadi Turut dilihat hadir ialah Timbalan Presiden B...
Siasat Dakwaan Syed Saddiq Berkenaan Ugutan Yang Memaksanya Untuk Melompat Parti

Siasat Dakwaan Syed Saddiq Berkenaan Ugutan Yang Memaksanya Untuk Melompat Parti

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 405 hits
BY ALIRAN ADMIN Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Aliran mengambil berat keadaan yang menyelubungi pendakwaan terhadap Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dituduh menyalah guna dana Bersatu berjumlah RM1 1 juta Kami mengalu al...
Ros Dan Lhdn Perlu Siasat Syed Saddiq

Ros Dan Lhdn Perlu Siasat Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 260 hits
ALOR SETAR Siasatan perlu dijalankan ke atas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didakwa menggunakan sebuah badan bukan kerajaan bagi tujuan kutipan dana Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Kubang Pasu Noor Firdaus Hashim menggesa agar Pejaba
Syed Saddiq Claims Deputy Minister Tried To Coax Him To Back Pn Muhyiddin

Syed Saddiq Claims Deputy Minister Tried To Coax Him To Back Pn Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 228 hits
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman today claimed that Deputy Youth and Sports Minister Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tried to persuade him to support Prime Minister Muhyiddin Yassin and Perikatan Nasional The former youth and sports minister...
Panas Pemimpin Umno Kata Hadi Dan Peja Tiada Kualiti Untuk Ganti Muhyiddin

Panas Pemimpin Umno Kata Hadi Dan Peja Tiada Kualiti Untuk Ganti Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 231 hits
August 3 2021 DI MANA KAN KU CARI GANTI Pendirian UMNO sehingga Khamis lalu adalah untuk menarik sokongan terhadap TS Mahaidin sebagai PM tapi tetap ingin bersama dengan PN dalam kerajaan gabungan Pendirian ini dinyatakan secara jelas oleh ...
Pemimpin Parti Menteri Tinggalkan Kediaman Muhyiddin Tanpa Sebarang Komen

Pemimpin Parti Menteri Tinggalkan Kediaman Muhyiddin Tanpa Sebarang Komen

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 205 hits
Faiz ZainudinKUALA LUMPUR Pemimpin parti dan menteri dari kerajaan Perikatan Nasional meninggalkan kediaman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara selepas detik tengah malam Kenderaan yang membawa pemimpin parti dan menteri mul...
Pemimpin Umno Dakwa Muhyiddin Dah Letak Jawatan

Pemimpin Umno Dakwa Muhyiddin Dah Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 253 hits
August 2 2021 Seorang pemimpin Umno harini memuat naik satu hantaran di laman sosialnya di facebook mengenai status terkini Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Dalam status tersebut Rafi Awang Kechik yang juga antara blogger terkenal Umno menu...
Mengapa Menteri Boleh Berkumpul Di Rumah Muhyiddin

Mengapa Menteri Boleh Berkumpul Di Rumah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 253 hits
Kow Gah Chie Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad mempersoalkan mengapa menteri dibenarkan berkumpul di kediaman Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara Kuala Lumpur selepas Istana Negara mengeluarkan kenyataan berhubung pembatalan ord...
Ambik Ko Kp Pn Rakyat Bantu Rm715k Syed Saddiq

Ambik Ko Kp Pn Rakyat Bantu Rm715k Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 248 hits
Begitulah kebanyakan pimpinan PAS yang sentiasa melawan arus dengan rakyat setiap kali memberi kenyataan mengenai apa apa isu mengenai rakyat Nah padan muka sekali lagi untuk Ketua Pemuda PAS ini yang juga Ketua Pemuda PN
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord