Amalan Perlindungan Mamagar Rumah



SOALAN:
Saya ingin bertanya tentang amalan perlindungan seperti ‘memagar’ rumah. Adakah ia dibenarkan atau tidak?

JAWAPAN:
Dalam hal melindungi diri dan rumah daripada gangguan makhluk halus ini, Nabi SAW telah mengajar kita beberapa panduan yang boleh diamalkan. Antaranya adalah dengan membacakan surah al-Baqarah dan ayat al-Kursi. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
“Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” [Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735)]

Menurut Ibnu Mas’ud R.A pula, kata beliau:

إِنَّ الشَّيْطَانَ إِذَا سَمِعَ سُورَةَ الْبَقَرَةِ تُقْرَأُ فِي بَيْتٍ، خَرَجَ مِنْهُ
“Sesungguhnya syaitan, apabila mendengar surah al-Baqarah dibacakan di dalam rumah, maka dia akan keluar daripada rumah tersebut.” [Riwayat al-Tabrani dalam Mu’jam al-Kabir (8642) dan al-Darimi (3422)]

Dalam sebuah hadis riwayat daripada Ubai ibn Ka'ab, bahawa beliau mempunyai tempat pengeringan kurma yang di dalamnya berisi kurma yang sedang dijaganya. Beliau kemudian mendapati kurma tersebut berkurangan. Tiba-tiba terdapat seekor binatang sebesar anak yang baru baligh. Dia berkata padanya: “Apakah engkau jin atau manusia?” Dia menjawab: “Aku adalah jin.”

Dalam riwayat ini jin tersebut mengatakan padanya: “Telah sampai berita kepada kami bahawa engkau suka bersedekah. Maka aku ingin mendapat sebahagian daripada makanan yang engkau hendak sedekahkan itu.” Lalu Ubai bin Ka’ab bertanya:

فَمَا الَّذِي يُجِيرُنَا مِنْكُمْ؟ قَالَ : هَذِهِ الآيَةُ آيَةُ الْكُرْسِيِّ ، ثُمَّ غَدَا أُبَيٌّ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرَهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : صَدَقَ الْخَبِيثُ
“Apakah yang dapat melindungi kami daripada gangguanmu?” Jin tersebut berkata: “Ayat ini, iaitu ayat Kursi.” Keesokan harinya, Ubai menceritakan apa yang dikatakan oleh jin tersebut kepada Nabi SAW, maka Nabi SAW bersabda: “Jin itu benar.” [Riwayat al-Nasa’ie (10796)]

Nabi SAW juga mengajar kita untuk membaca doa ketika ingin masuk ke dalam rumah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يُذْكَرِ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ
“Apabila seseorang masuk ke dalam rumahnya, kemudian dia mengingati Allah ketika masuk dan ketika makan, maka syaitan akan berkata (kepada temannya): ‘Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam.’ Tapi apabila dia tidak mengingati Allah (bismillah dan jangan lupa mengucapkan salam) ketika masuk, maka syaitan berkata: ‘Kamu memperoleh tempat menginap’.” [Riwayat Muslim (2018), Abu Daud (3765)]

Almarhum Dato' Dr. Haron Din ketika mengulas berkenaan isu memagar rumah dan kediaman, menyebut: “Sebaik-baik cara bagi memagar rumah adalah dengan memperbanyakkan membaca al-Quran dalam rumah itu.” (Lihat Kaedah Merawat Susuk, hlm. 48)

Selain itu, ibadah-ibadah seperti solat sunat juga perlu dilakukan juga di rumah selain daripada di masjid. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

اجْعَلُوا فِي بُيُوتِكُمْ مِنْ صَلاَتِكُمْ وَلاَ تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا
“Jadikanlah sebahagian daripada solat kamu di rumah kamu. Jangan jadikan rumah kamu semua seperti kubur.” [Riwayat al-Bukhari (432) dan Muslim (777)]

Apa yang dimaksudkan dengan solat di sini ialah solat sunat yang dilakukan secara sendiri. Ini sepertimana disebut dalam hadis daripada Zaid bin Thabit R.A, Nabi SAW bersabda:

فَإِنَّ أَفْضَلَ صَلَاةِ الْمَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلَّا الصَّلَاةَ الْمَكْتُوبَةَ
“Sesungguhnya sebaik-baik solat bagi seseorang adalah di rumahnya, kecuali solat fardhu.” [Riwayat al-Bukhari (7290) dan Muslim (1861)]

Oleh itu, sewajarnya kita mengamalkan perkara-perkara yang disebutkan dalam usaha melindungi diri dan tempat tinggal dari sebarang gangguan. Sesungguhnya Allah SWT lah sebaik-baik pelindung dan tempat pergantungan. Firman-Nya:

قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّـهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.” (Surah al-Taubah: 51)

Ibn Kathir berkata: “Iaitu kita semuanya adalah di bawah kehendak Allah dan ketentuan-Nya. Kepada-Nya kita bertawakal dan Dia lah sebaik-sebaik pelindung.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 7/214)

Penutup

Sebagai kesimpulan, Islam membenarkan memagar rumah selagi mana dengan dibacakan ayat-ayat ruqyah daripada al-Quran dan sebagainya yang boleh menjadi pendinding daripada gangguan syaitan.

Berdasarkan nas-nas di atas, jelas bahawa perlindungan diri dan tempat tinggal boleh dilakukan dengan mengamalkan ayat-ayat seperti surah al-Baqarah dan ayat Kursi sepertimana disebut dalam hadis Nabi SAW.

Oleh itu ajaklah ahli keluarga untuk melazimi membaca al-Quran setiap hari serta mengamalkan zikir-zikir yang ma’thur seperti himpunan zikir al-Ma’thurat, Hisnul Muslim dan sebagainya. Mudah-mudahan ia dapat menjadi pelindung diri kita dan ahli keluarga kita daripada sebarang gangguan.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/amalan-perlindungan-mamagar-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalan Berpahala Besar Yang Bisa Dilakukan Oleh Ibu Rumah Tangga

Amalan Berpahala Besar Yang Bisa Dilakukan Oleh Ibu Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 391 hits
Amalan Pahala Besar yang Bisa Dikerjakan Ibu Rumah Tangga Assalamu alaikum Selamat pagi ustd Amalan sunnah apakah yg besar pahalanya jika dikerjakan setiap hari bagi wanita Khusus nya ibu rumah tangga Jazakumullah Ida di batu aji batam Kepu...
Anniversary Ke 10 Tahun Rumah Tangga Kekal Sweet

Anniversary Ke 10 Tahun Rumah Tangga Kekal Sweet

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 431 hits
Syukur bahtera rumah tangga kami tahun ini cecah usia 10tahun Dan tahun 2019 tiada sambutan anniversary ke 10 tahun yang besar besar Kami delay ke tahun depan masa aku cuti 3 minggu Bagi menghargai satu sama lain kami memilih untuk tengok w...
Jangan Mengelak Kamu Kenal Rumah Kondang Ini Kan Ketahui 9 Faktanya Biar Berasa Milik Sendiri

Jangan Mengelak Kamu Kenal Rumah Kondang Ini Kan Ketahui 9 Faktanya Biar Berasa Milik Sendiri

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 497 hits
Sedari dulu pengen tinggal di rumah semewah ini tapi apalah daya sebagai rakyat jelata cukup menatapnya di layar kaca udah cukup
Jangan Bina Rumah Tangga Atas Air Mata Isteri

Jangan Bina Rumah Tangga Atas Air Mata Isteri

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 480 hits
Menurut Ebit kebahagiaan dalam perkahwinan itu apabila kita memberi dan bukan hanya menuntut hak dari pasangan saja Pendek kata setiap pasangan perlu saling bantu membantu dalam perkahwinan Isteri Amanah Allah Bukan Tak Suka Diceraikan Saja...
Rakyat Tidak Mampu Harga Rumah Tiga Kali Ganda Gaji Tahunan

Rakyat Tidak Mampu Harga Rumah Tiga Kali Ganda Gaji Tahunan

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 289 hits
Mengikut pengiraan teknik Median Berganda pendapatan harga rumah adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding gaji tahunan Sumber Bank Islam KUALA LUMPUR Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli kediaman sendiri kerana secara ...
Rumah Di Tengah Lebuh Raya Di China Akhirnya Dirobohkan

Rumah Di Tengah Lebuh Raya Di China Akhirnya Dirobohkan

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 563 hits
Pihak berkuasa China telah merobohkan rumah lima tingkat yang terletak di tengah tengah sebuah lebuh raya baharu dan menjadi kontroversi baru baru ini Beberapa buah jentera berat digunakan untuk merobohkan rumah Luo Baogen Ketua kampung Xia...
Interior Berwarna Emas Ini 11 Potret Rumah Mewah Nan Asri Mamah Dedeh

Interior Berwarna Emas Ini 11 Potret Rumah Mewah Nan Asri Mamah Dedeh

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 345 hits
Siapa yang tak kenal Mamah Dedeh Penceramah yang dikenal dengan jargonnya Curhat Dong itu tinggal di sebuah hunian mewah dengan interiornya yang berwarna emas
Mencuba Sendiri Resepi Corn Dog Di Rumah

Mencuba Sendiri Resepi Corn Dog Di Rumah

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 643 hits
Resepi viral sekarang ni boleh di katakan ye tak Sana sini orang tengah makan makanan makanan Korea Anak anak ana kalau bab resepi viral depa suka sangat try di rumah Bila balik cuti jer ada sahaja yang nak dicuba Seronok depa main masak ma...
Hukum Menempatkan Isteri Isteri Dalam Satu Rumah

Hukum Menempatkan Isteri Isteri Dalam Satu Rumah

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 361 hits
SOALAN Bolehkah menempatkan isteri isteri di dalam sebuah rumah JAWAPAN Pada asasnya jika seseorang isteri meletakkan syarat agar tidak ditempatkan bersama madunya yang lain maka suami wajib memenuhi syarat tersebut Hal ini berdasarkan sebu...
Strawberry Manis

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025

Apabila Facebook Pro Dapat Kesan Copyright

Sarapan Untuk Kongsi Kong

How One Sensor Can Replace Dozens Of Cameras In Student Hotspots

Monolog Jiwa Di Balik Wajah Yang Sama

Solat Itu Penghapus Dosa

Terlalu Rajin Bersihkan Rumah Akan Merosakkan Paru Paru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Police Tracking Down Suspects Behind Johor Tesla Break In Rm100 000 Stolen

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions