Rakyat Tidak Mampu Harga Rumah Tiga Kali Ganda Gaji Tahunan


Norlaile Abd Rahman
Mengikut pengiraan teknik Median Berganda pendapatan, harga rumah adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding gaji tahunan. Sumber: Bank Islam  KUALA LUMPUR- Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli kediaman sendiri kerana secara asasnya harga rumah adalah jauh melangkaui kemampuan.

Menurut Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid, mengikut teknik pengiraan pendapatan Median Berganda (MM), harga rumah adalah tiga kali ganda gaji tahunan rakyat Malaysia.

Sebagai contoh, harga purata sebuah rumah pada suku kedua 2019 adalah RM372,126 manakala gaji purata rakyat Malaysia pada 2018 adalah RM3,087 sebulan.


Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM,

Dengan itu mengikut teknik pengiraan MM, harga rumah yang mampu dimiliki untuk golongan bujang adalah RM111,132 dan RM222,264 untuk berdua (kongsi pinjaman).

Di Kuala Lumpur purata harga rumah pada suku kedua 2019 adalah RM750,000 dengan purata gaji RM4,336 sebulan pada 2018

Dengan itu, rumah yang mampu dimiliki oleh seorang individu bujang di Kuala Lumpur adalah berharga RM156,096.

Sedangkan sukar untuk mendapatkan sebuah rumah pada harga sedemikian di bandar raya ini.

Jelas Afzanizam, pengguna seharusnya membuat pernilaian mendalam sebelum memutuskan untuk membeli kediaman sendiri dan memastikan ianya tidak akan menyebabkan isu dalam pengurusan kewangan individu.

“Pada pendapat saya, pemaju perumahan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan mereka mampu untuk mengekalkan harga.

“Jadi, pembelian rumah ini adalah satu proses yang panjang, perlu ada celik kewangan dan cuba untuk menambah simpanan tunai dengan tidak berbelanja sesuka hati.

“Jangan mengharap yang anda mampu membeli rumah selepas tiga tahun menamatkan pengajian, contohnya. Ia akan mengambil masa.

“Apa yang penting adalah sentiasa menilai kemampuan kewangan, sama ada anda mampu memiliki sendiri kediaman atau hanya perlu menyewa,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini.

Menurut Afzanizam, menyewa rumah juga merupakan salah satu opsyen yang boleh diberi pertimbangan oleh rakyat Malaysia.

Katanya, kaedah tersebut memberi lebih kebebasan kepada pengguna tanpa perlu terikat dengan banyak komitmen kewangan.

“Menyewa memberi lebih banyak fleksibiliti. Jika anda tidak suka rumah atau kawasan tersebut, anda boleh pindah.

“Boleh dikatakan, menyewa lebih bebas berbanding dengan memiliki kediaman sendiri kerana anda akan terikat dengan gadai janji jika mahu membeli rumah,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, isu lebihan bekalan hartanah dan ketidakupayaan rakyat Malaysia untuk memiliki kediaman sendiri menurut Afzanizam memerlukan masa yang panjang untuk diselesaikan kerana ia melibatkan terlalu banyak pihak. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/rakyat-tidak-mampu-harga-rumah-tiga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hello Kitty Carrier Mcdonald S Habis Pembeli Jual Harga Berlipat Kali Ganda

Hello Kitty Carrier Mcdonald S Habis Pembeli Jual Harga Berlipat Kali Ganda

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 436 hits
Peminat Hello Kitty di McDonalds Baru baru ini Hello Kitty Carrier ini telah habis dijual di setiap cawangan McDonald 8217 s di Singapura selama satu hari sahaja Dan sejak semalam 27 November ramai berpeluang untuk mendapatkan barang nbsp l...
Kalau Gaji Lumayan Macam Ni Aku Malu Nak Merungut Letih Penat Dan Sejuk Dihadapan Rakyat

Kalau Gaji Lumayan Macam Ni Aku Malu Nak Merungut Letih Penat Dan Sejuk Dihadapan Rakyat

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 969 hits
Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul kata ketidak hadiran ahli parlimen PH dan menteri ke Dewan Rakyat adalah disebabkan mereka keletihan Kalau kamu lihat dalam sesi bajet ini kita balik lewat selalunya 10 30 malam dan semasa sampai di ...
Nak Elak Pekerja Stress Boss Syarikat Ini Benarkan Staf Cuti Tanpa Had Beri Gaji Tahunan Ratusan Ribu Ringgit

Nak Elak Pekerja Stress Boss Syarikat Ini Benarkan Staf Cuti Tanpa Had Beri Gaji Tahunan Ratusan Ribu Ringgit

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 327 hits
Pastinya ramai yang suka jika diberi cuti tanpa had dan cuti sakit berbayar Hal ini membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti kesukaan anda walaupun terikat dengan pekerjaan Tidak perlu fikir panjang mengenai kerja syarikat ini telah men...
Buang Dap Mampu Kembalikan Semula Keyakinan Rakyat

Buang Dap Mampu Kembalikan Semula Keyakinan Rakyat

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 201 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Mesti rehatkan pemimpin terbabit rasuah skandal seks ideologi sesatBANGI Meskipun sukar untuk membubarkan Parlimen dalam tempoh belum genap sepenggal namun kerajaan Pakatan Harapan masih mempunyai cara lain unt...
Tak Perlukan Kos Mahal Pun 7 Bahan Di Rumah Mampu Rangsang Sensori Anak Kecil Rugi Tak Buat

Tak Perlukan Kos Mahal Pun 7 Bahan Di Rumah Mampu Rangsang Sensori Anak Kecil Rugi Tak Buat

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 415 hits
Anak anak kecil sebenarnya perlu dirangsang derianya supaya dia bijak menggunakan kesemua anggota tubuh dan tidak kekok untuk menggunakannya Malah cara ini juga merangsang sensori anak sekaligus meransang perkembangan otak anak sebaiknya Ta...
Aliran Keluar Dana Asing Meningkat Hampir 3 Kali Ganda Kepada Rm422 2 Juta Minggu Ini

Aliran Keluar Dana Asing Meningkat Hampir 3 Kali Ganda Kepada Rm422 2 Juta Minggu Ini

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 347 hits
Pelabur asing pada umumnya berada dalam mod belian bagi tempoh cukup lama iaitu dari Januari 2017 sehingga Mei 2018 tetapi mula menjual ekuiti tempatan secara konsisten sejak pilihan raya umum ke 14 Aliran keluar dana asing dari Bursa Malay...
Saya Down La Dah 18 Kali Loan Saya Kena Reject Ini Tiga Benda Kena Ambil Tahu

Saya Down La Dah 18 Kali Loan Saya Kena Reject Ini Tiga Benda Kena Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 298 hits
Bagi mereka yang plan nak buat pinjaman tapi asyik tak lepas je sebab tak lulus yang itulah tak lulus yang inilah Ini 3 perkara wajib yang anda perlu tahu sebelum nak buat pinjaman Untuk membuat pinjaman anda harus memenuhi syarat dan kelay...
Dana Rumah Mampu Milik Bnm Bernilai Rm597 Juta Diluluskan Setakat 31 Oktober Guan Eng

Dana Rumah Mampu Milik Bnm Bernilai Rm597 Juta Diluluskan Setakat 31 Oktober Guan Eng

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 397 hits
Pada 28 November 2019oleh PENTADBIRKerajaan Pakatan Harapan telah meluluskan lebih daripada 3 100 permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia yang bernilai RM597 juta setakat 31 Oktober 2019 kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Men...
Kenapa Jual Harta Rakyat Yang Pulangan Tahunan Kepada Kerajaan Begitu Tinggi

Kenapa Jual Harta Rakyat Yang Pulangan Tahunan Kepada Kerajaan Begitu Tinggi

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 536 hits
Sepanjang minggu ini Tabung haji jual 6 000 hektar ladang sawit SIME Darby jual 220 000 hektar ladang sawit di Liberia FGV juga dikatakan akan dijual kepada pihak ketiga dan terbaru Petronas jual beberapa saham dalam Petronas Dagangan Petro...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik