Hukum Menempatkan Isteri Isteri Dalam Satu Rumah



SOALAN:
Bolehkah menempatkan isteri-isteri di dalam sebuah rumah?

JAWAPAN:
Pada asasnya, jika seseorang isteri meletakkan syarat agar tidak ditempatkan bersama madunya yang lain, maka suami wajib memenuhi syarat tersebut. Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Uqbah bin Amir, Nabi SAW bersabda:

أَحَقُّ الشُّرُوطِ أَنْ تُوفُوا به ما اسْتَحْلَلْتُمْ به الفُرُوجَ
“Syarat-syarat yang paling berhak untuk kamu semua penuhi adalah syarat yang menghalalkan faraj (iaitu dalam perkahwinan).” [Riwayat al-Bukhari (2721) dan Muslim (3537)]

Berkenaan menghimpunkan isteri-isteri di dalam sebuah rumah, Imam al-Ghazali di dalam kitabnya al-Wasit menyatakan: “Adapun daripada sudut tempat tinggal, tidak boleh mengumpulkan dua orang isteri dalam satu tempat tinggal kecuali jika tempat tinggal itu terpisah (kelengkapan keperluan dan sebagainya). Sesungguhnya hal itu jelas kemudaratannya.” (Lihat al-Wasit fi al-Mazhab, 5/290)

Syeikh al-Islam Zakariyya al-Ansari pula menyebut: “Yang dimaksudkan dengan tempat tinggal iaitulah yang bersesuaian dengan wanita (isteri) terdiri dari rumah dan bilik, rumah yang bersesuaian bagi setiap isteri adalah yang tidak dihimpunkan mereka dalam satu rumah. Bilik yang bersesuaian dengan mereka iaitu bilik yang tidak dihimpunkan semua mereka di dalamnya dan demikianlah, jika dihimpunkan semua mereka di dalam satu bilik, maka mestilah setiap orang memiliki kelengkapan-kelengkapannya yang tersendiri.” (Lihat Syarh al-Bahjah al-Wardiyyah, 15/233)

Begitu juga beliau menyatakan: “Menghimpunkan dua orang isteri dalam satu rumah yang bersesuaian dengan mereka berdua, (hendaklah) memiliki kelengkapan keperluan yang berasingan seperti tandas, bilik air, dinding laluan masuknya sehingga seolah-olah menjadi dua rumah. Jika tidak dipisahkan kelengkapan-kelengkapan keperluan rumah, tidak boleh dihimpunkan mereka, sekalipun untuk satu malam melainkan dengan kerelaan mereka.” (Lihat Syarh al-Bahjah al-Wardiyyah, 15/233)

Ibn Qudamah al-Maqdisi pula menyebut: “Tidak boleh seorang suami mengumpulkan dua orang isterinya dalam satu tempat tinggal tanpa keredhaan mereka berdua, tidak kira sama ada tempat tinggal itu kecil atau besar. Ini kerana hal itu akan menimbulkan kemudharatan kepada mereka berdua disebabkan permusuhan dan rasa cemburu kedua-dua isteri itu.

Mengumpulkan mereka berdua dalam satu tempat tinggal akan menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Setiap isteri itu akan dapat mendengar apabila si suami mendatangi isteri yang lain, atau dia akan melihat hal itu. Seandainya kedua-dua isteri itu redha, maka menempatkan mereka dalam satu tempat tinggal adalah dibenarkan kerana itu adalah hak mereka berdua.” (Lihat al-Mughni, 7/300)

Kesimpulan

Berdasarkan kenyataan di atas, pada asalnya menjadi tanggungjawab suami untuk mengasingkan tempat tinggal bagi isterinya. Malah isteri berhak meletakkan syarat supaya tidak ditempatkan bersama madunya yang lain kerana tempat tinggal termasuk dalam hak isteri.

Walau bagaimanapun, dibolehkan menempatkan isteri-isteri di dalam sebuah rumah dengan syarat ia hendaklah mempunyai kelengkapan-kelengkapan tersendiri bagi setiap isteri seperti bilik tidur, bilik mandi dan yang seumpamanya yang terpisah antara mereka. Dan sebaiknya ini dilakukan dengan kerelaan semua isteri.

Namun begitu, kami syorkan hendaklah kita jadikan Rasulullah SAW sebagai qudwah dan uswah di mana baginda SAW mengasingkan antara isteri-isteri Baginda seperti yang disebut surah al-Hujurat yang memberi maksud bilik-bilik atau rumah-rumah yang berasingan untuk Ummahat al-Mukminin.

Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman yang tepat kepada kita dalam mengamalkan setiap titah perintah-Nya.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/hukum-menempatkan-isteri-isteri-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dasar Suami Tak Guna 4 Tahun Hilang Isteri Sangka Suaminya Dah Mati Rupanya Kahwin Dengan Jiran Sebelah Rumah

Dasar Suami Tak Guna 4 Tahun Hilang Isteri Sangka Suaminya Dah Mati Rupanya Kahwin Dengan Jiran Sebelah Rumah

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 826 hits
The ReporterApalah nasib seorang isteri di Madura Indonesia selama empat tahun menyangka suaminya telah hilang rupa rupanya lelaki itu ada berdekatan dengannya selama ini Malah suaminya telah berkahwin dengan perempuan lain Si isteri yang h...
Suami Tembak Kepala Isteri Kerana Curang Dengan Lelaki Lain Di Rumah Sendiri

Suami Tembak Kepala Isteri Kerana Curang Dengan Lelaki Lain Di Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 683 hits
Seorang lelaki didakwa menembak mati isterinya berusia 19 tahun selepas dia pulang ke rumah dan mendapati mangsa berada di atas katil dengan lelaki lain nbsp Osmara J Martinez ditembak tepat di kepala dalam kejadian yang berlaku di Tehuante...
Rumah Mungkin Nampak Tak Bersiap Tapi Kerja Isteri Sebenarnya Tak Ada Rest

Rumah Mungkin Nampak Tak Bersiap Tapi Kerja Isteri Sebenarnya Tak Ada Rest

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 384 hits
Seorang wanita yang sudah bertukar status dari wanita berkahwin kemudian disahkan mengandung dan melahirkan anak ia bukan satu proses yang mudah Banyak perkara yang perlu kita belajar dan perlu cepat tangkap Bukan sahaja semakin mematangkan...
Saat Lafaz Aku Terima Nikahnya Urus Rumah Tangga Kena Bersama Isteri Bukan Robot

Saat Lafaz Aku Terima Nikahnya Urus Rumah Tangga Kena Bersama Isteri Bukan Robot

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 288 hits
Saat lafaz Aku Terima Nikahnya diucap percayalah suami kena tahu isteri bukan untuk disuruh itu ini Hargailah dan sama sama menguruskan rumah tangga dengan berlapang dada serta membantu meringankan kerja rumah dan menguruskan anak Seperti y...
Tolong Isteri Buat Kerja Rumah Bantu Suami Hidup Lebih Lama Bahagia Selalu

Tolong Isteri Buat Kerja Rumah Bantu Suami Hidup Lebih Lama Bahagia Selalu

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 687 hits
Beruntunglah si isteri kalau suami ringan tulang bantu buat kerja rumah Rasa bahagia dan sangat menghargai suami kan Rupa rupanya suami yang suka melakukan kerja rumah mempunyai EQ yang tinggi Dia juga lebih bahagia berbanding suami yang ha...
Wanita Itu Menfitnah Kerana Saya Larang Isteri Ambil Asb Financing Dan Beli Rumah Dari Dia Dai E Farhan

Wanita Itu Menfitnah Kerana Saya Larang Isteri Ambil Asb Financing Dan Beli Rumah Dari Dia Dai E Farhan

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 958 hits
SOSMED Semalam seorang wanita yang dikenali sebagai Ches Al Maliki telah menulis satu surat terbuka yang ditujukan khas buat Daie Farhan di Facebooknya Menurut wanita itu Daie Farhan adalah ustaz yang menunggang agama untuk kepentingannya s...
Ubat Hilangkan Penat Isteri Suami Balik Rumah Peluk Cium Dia Anak Anak

Ubat Hilangkan Penat Isteri Suami Balik Rumah Peluk Cium Dia Anak Anak

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 532 hits
Suami isteri merupakan tunjang utama dalam sesebuah institiusi kekeluargaan Jika suami menunjukkan kasih sayangnya pada si isteri maka dia akan lebih bahagia dan membuatkan hubungan lebih harmoni Jika hubungan antara kedua duanya baik kebah...
Jika Suami Yang Teman Ketika Bersalin Beruntunglah Isteri Satu Dalam Seribu

Jika Suami Yang Teman Ketika Bersalin Beruntunglah Isteri Satu Dalam Seribu

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 482 hits
Setiap pasangan pasti mahukan cahaya mata sebagai pelengkap hidup mereka Tidak hanya itu anak juga adalah anugerah yang terindah dihantar dari Allah untuk kita Namun tahukan suami disaat saat isteri anda ingin melahirkan zuriat anda ke duni...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf