Amalan Patut Dilakukan Ketika Sambut Aidilfitri



Amalan ziarah menziarahi, mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan perpaduan sesama insan amat penting. Kadang-kadang, ada yang tidak pernah bertegur sapa selama bertahun-tahun lamanya atau tidak pernah berkunjung ke rumah saudara mara selama sekian lama. Maka, inilah masa terbaik untuk kita menjalinkan semula ikatan silaturahim sesama kita bertepatan dengan gesaan Nabi SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang menginginkan agar murah rezeki dan dilanjutkan ajalnya, maka hubungkanlah silaturahim." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di antara sunah Nabi SAW dalam menyambut Hari Agung umat Islam ini adalah dengan banyak bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertahlil seawal bermulanya malam 1 Syawal. Ia dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama keluarga. Bahkan pada zaman Rasulullah SAW, takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.

Kita patut membersih atau mengemas diri seperti menggunting rambut di bahagian kepala dan anggota badan agar tampil kemas, segak dan bergaya pada hari raya mulia. Dalam hal ini, bau-bauan yang harum seperti minyak wangi, atar dan sebagainya juga digalakkan bagi meraikan hari mulia ini.

Mandi juga disunatkan pada pagi 1 Syawal sebagaimana dijelaskan dalam hadis Ibnu Umar di dalam kitab al-Muwatta', bahawa Rasulullah s.a.w. mandi pada pagi Aidilfitri sebelum Baginda bertolak ke masjid.

Disunatkan juga makan terlebih dahulu sebelum berangkat ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri berpandukan hadis Anas bin Malik yang menjelaskan bahawa Baginda s.a.w. makan kurma dengan bilangan yang ganjil (3,5,7 dan sebagainya) sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Acara yang paling kemuncak pada Hari Raya Aidilfitri ini adalah solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbahnya. Sunat pula pergi menunaikan solat itu dalam keadaan berjalan kaki sebagaimana mafhum hadis Ali bin Abi Talib dalam Sunan Tirmizi. Cuma bagi yang agak jauh jarak rumah ke masjid, maka bolehlah mereka menaiki kenderaan kerana agama Islam bersikap terbuka dalam bab ini.

Baginda juga menyuruh seluruh umat Islam datang ke lapangan terbuka agar mendengar khutbah hinggakan kepada kaum wanita, tidak kira yang tua atau muda, yang uzur atau sebaliknya. Cuma mereka yang uzur diarahkan agar berada di luar masjid kerana halangan keuzuran tersebut seperti riawayat Ummi 'Atiah dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

Pada pagi hari raya yang indah ini juga, sunat bagi kita memakai pakaian yang terbaik dan tercantik. Imam Baihaqi ada menyebutkan bahawa Ibnu Umar menjelaskan bahawa baginda Rasulullah SAW mengenakan pakaian yang terbaik dan tercantik bagi meraikan kedua-dua hari kebesaran Islam; Aidilfitri dan Aidiladha.

Menurut ketentuan sunah, pada Hari Raya Aidilfitri, kita dianjurkan mengucapkan "taqaballahu minna wa minkum" yang bermaksud "mudah-mudahan Allah menerima ibadah puasa yang baru kita laksanakan".

Selain itu, sudah menjadi kebiasaan kita saling mengucapkan "minal aidin wal faizin" yang bererti "mudah-mudahan Allah menjadikan kita orang yang kembali dari medan perang dengan memperoleh kemenangan yang besar".

Diceritakan bahawa mengucapkan minal aidin wal faizin itu adalah kebiasaan para sahabat di zaman dahulu kerap mengucapkan kata-kata itu apabila mereka kembali dari medan perang dengan mengibarkan bendera kemenangan.

Namun, dalam masyarakat kita, ucapan yang lebih kerap diucapkan ialah ungkapan "selamat hari raya". Tidak salah ucapan itu, tetapi dalam segi maksudnya tidak membawa apa-apa erti. Kosong. Justeru lebih elok kita ucapkan "taqaballahu minna wa minkum" dan "minal aidin wal faizin".

Pada hari mulia ini masa yang paling baik untuk bermaaf-maafan. Segala yang keruh dibuang, sebaliknya ambillah yang jernih. Islam amat mengutamakan amalan memberi kemaafan untuk melahirkan hidup yang sejahtera dan harmoni. Dosa melibatkan sesama manusia hanya terampun jika mendapat kemaafan daripada orang berkaitan.

Hakikatnya tidak ada masa tertentu atau musim yang khusus untuk kita bermaaf-maafan. Cuma apabila berada pada hari kebesaran Islam, hari kedamaian dan hari kegembiraan umat Islam, eloklah kita menggunakan kesempatan bermakna ini, untuk mengikis perasaan ego dan takbur diri dengan memaafkan segala kesalahan saudara-saudara kita.

Dalam sepotong hadis, Baginda bersabda maksudnya: "Harta itu tidak akan luak atau berkurangan akibat sedekah, tidaklah bertambah di sisi Allah bagi seseorang yang sudi memaafkan, melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendah diri melainkan akan diangkat oleh Allah." (Hadis riwayat Muslim)

Bertepatan dengan Aidilfitri yang juga merupakan hari perdamaian, kerana pada hari itu dinyatakan perdamaian hidup sama ada dalam rumah tangga, hubungan sesama kaum kerabat atau sanak saudara dan rakan taulan serta seluruh kaum Muslimin, sama ada di desa mahu pun kota, semuanya menyambut kedatangan Syawal mulia ini dengan wajah berseri-seri, hati yang girang dan tangan bersalam-salaman mengucapkan Selamat Aidilfitri sambil bermaafan. Ini selaras dengan apa yang ditunjukkan

Baginda bersabda kepada salah seorang sahabat dalam sepotong hadis bermaksud: Daripada Uqbah bin Amir katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Uqbah! Mahukah aku nyatakan padamu sebaik-baik akhlak penduduk dunia dan akhirat? Iaitu kamu memaafkan orang yang telah menganiaya dirimu. Kamu memberi atau menolong orang yang telah memutuskan pemberiannya kepada kamu dan kamu menghubungkan silaturahim dengan orang yang telah memutuskan perhubungan denganmu." (Riwayat al-Hakim dalam Kitab al-Mustadrak)

Dalam kita bermaaf-maafan itu, adakah perlu mengikut hierarki, seperti yang muda kepada yang tua dan sebagainya ataupun apabila kita merasa telah melakukan kesilapan, tidak kira usia kita terus meminta maaf?

Setiap makhluk bernama manusia tidak terlepas daripada dosa dan kesalahan, sama ada kepada Tuhan atau sesama makhluk, khususnya sesama manusia. Sama ada dosa itu secara sedar atau tidak, zahir mahu pun batin.

Bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad SAW. yang bermaksud: "Setiap anak Adam itu pasti akan melakukan kesalahan, namun sebaik-baik orang yang telah melakukan kesalahan itu adalah mereka yang bertaubat atau memohon ampun (iaitu kepada Allah dan saudaranya yang lain). (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Kesalahan sesama manusia terjadi sama ada berbentuk penganiayaan, pengambilan hak secara tidak sah, umpatan (kata-kata di belakangnya), kata nista dan sebagainya. Sekiranya ia bersangkutan dengan pengambilan hak orang lain tanpa jalan yang halal atau izin tuannya, seperti mencuri atau merampas hak orang lain, maka ia harus dipulangkan kembali, melainkan sekiranya ia dimaafkan atau dihalalkan oleh saudaranya.

Adapun kesalahan selain itu seperti umpatan, kata nista dan seumpamanya, ia dapat diluputkan atau dilangsaikan dengan bermaaf-maafan. Justeru, hari baik dan bulan baik inilah waktu yang paling bermakna untuk kita saling bermaaf-maafan dan redha-meredhai agar makna agung 'al-Fitri', iaitu kembali kepada fitrah dan kesucian diri dapat dimanifestasikan dalam kehidupan masyrakat kita seluruhnya.

Tindakan memohon ampun dan maaf daripada ibu bapa sekadar menggunakan medium SMS dan Whatsapp, adalah sangat tidak wajar dan dilihat sebagai suatu bentuk layanan dan perhubungan yang biasa sahaja, seperti perhubungan dengan rakan dan taulan, bahkan ia tidak menggambarkan status ibu bapa di tempat yang mulia.

Oleh itu, lahirkanlah layanan yang istimewa dan cinta yang setinggi-tingginya kepada semulia-mulia insan dengan mencium tangan ibu bapa tersayang pada hari mulia ini. Namun, sekiranya ada halangan yang membataskan hal tersebut, sekurang-kurangnya gunakanlah medium telefon untuk ucapan selamat hari lebaran dan memohon ribuan kemaafan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/05/ldw.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hampiri 40 An Remy Ishak Tenang Jawab Soal Jodoh Ketika Aidilfitri

Hampiri 40 An Remy Ishak Tenang Jawab Soal Jodoh Ketika Aidilfitri

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 1524 hits
Soal jodoh pertemuan sedia maklum oleh semua bahawa terletak dalam perancangan Tuhan Jika tahun lalu pelakon hitam manis yang popular menerusi drama Pujaan Hati Kanda Remy Ishak beraya sebagai tunangan orang namun lain pula tahun ini apabil...
Malam Lailatul Qadar 2019 Doa Kelebihan Amalan Yang Boleh Dilakukan

Malam Lailatul Qadar 2019 Doa Kelebihan Amalan Yang Boleh Dilakukan

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 1426 hits
Malam lailatulqadar merupakan malam yang lebih baik dari seribu bulan dimana malam tersebut hanya terjadi ketika bulan Ramdhan Ayat al Quran juga diturunkan pada malam tersebut diamana malam tersebut disebut di dalam sura Al Qadr Malam Lail...
Bayi Meninggal Selepas Dicium Dan Digomol Tetamu Ketika Aidilfitri

Bayi Meninggal Selepas Dicium Dan Digomol Tetamu Ketika Aidilfitri

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 353 hits
SUDAH kerap kali diberi peringatan agar tidak menyentuh anak yang masih kecil sekiranya diri seseorang itu tidak menjaga kebersihan termasuklah perokok Ini kerana sistem imun bayi masih belum kuat untuk menangkis segala jangkitan penyakit K...
Perkara Yang Digalakkan Ketika Aidilfitri Yang Ramai Terlepas Pandang

Perkara Yang Digalakkan Ketika Aidilfitri Yang Ramai Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 924 hits
Tinggal beberapa hari je la kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri Bagi Husein sendiri ini adalah pengalaman pertama Husein balik beraya dari perantau jauh dari Johor ke Terengganu Tapi sebelum nak sambut raya tu korang tahu tak yang ada ...
Perak Pernah Sambut Aidilfitri Sehari Awal Tahun1983

Perak Pernah Sambut Aidilfitri Sehari Awal Tahun1983

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 304 hits
Pada tahun 1983 buat julung pertama kalinya dalam sejarah Malaysia Perak dan Johor telah menyambut Hari Raya Aidilfitri awal sehari daripada negeri negeri lain yang ada di Malaysia Ianya berlaku pada musim akhir bulan Ramadhan dimana semua ...
Datang Bulan Pada 10 Ramadhan Terakhir Ini 7 Amalan Kebaikkan Boleh Dilakukan

Datang Bulan Pada 10 Ramadhan Terakhir Ini 7 Amalan Kebaikkan Boleh Dilakukan

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 947 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dalam 10 malam terakhir Ramadan ini pasti ramai di antara kita ingin membuat banyak amal kebaikan dan beribadah untuk mendapatkan Lailatul Qadar Kalau kita uzur pada 10 terakhir Ramadhan apa yang kita bol...
Kisah Sebenar Yang Ramai Tidak Tahu Kenapa Negeri Perak Dan Johor Sambut Aidilfitri Awal Sehari Pada Tahun 1983

Kisah Sebenar Yang Ramai Tidak Tahu Kenapa Negeri Perak Dan Johor Sambut Aidilfitri Awal Sehari Pada Tahun 1983

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 544 hits
Pada tahun 1983 buat julung pertama kalinya dalam sejarah Malaysia Perak dan Johor telah menyambut Hari Raya Aidilfitri awal sehari daripada negeri negeri lain yang ada di Malaysia Ianya berlaku pada musim akhir bulan Ramadhan dimana semua ...
Sambut Indonesia Emas 2045 Pemerintah Fokus Ke Sektor Sdm

Sambut Indonesia Emas 2045 Pemerintah Fokus Ke Sektor Sdm

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 200 hits
Menteri Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi Syafruddin mengatakan bahwa fokus pemerintah ke depan adalah membangun Sumber Daya Manusia Tentu saja ini tidak terlepas untuk dapat menapaki Indonesia emas di tahun 2045
Sambut Bulan Suci Ramadan Sandiaga Santuni 300 Anak Yatim

Sambut Bulan Suci Ramadan Sandiaga Santuni 300 Anak Yatim

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 324 hits
Cawapres nomor urut 02 Sandiaga Salahuddin Uno menyambangi Masjid Jami Al Hikmah Lebak Bulus Jakarta Selatan Kedatangannya itu untuk memberikan santunan terhadap ratusan anak yatim
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization