Perkara Yang Digalakkan Ketika Aidilfitri Yang Ramai Terlepas Pandang
Tinggal beberapa hari je la kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagi Husein sendiri, ini adalah pengalaman pertama Husein balik beraya dari perantau jauh dari Johor ke Terengganu.
Tapi sebelum nak sambut raya tu, korang tahu tak yang ada beberapa perkara sunat yang ramai tak tahu nak buat. Kalau dah ramai yang terlepas pandang dengan beberapa perkara ni, kemungkinan generasi kita akan datang pun takkan amalkan beberapa perkara sunat ni. So, dibawah ini Husein listkan beberapa perkara yang digalakkan ketika hari raya yang ramai terlepas pandang. Moga-moga korang dapat amalkan ketika menyambut hari raya nanti ya
1. Bertakbir di Malam Raya
Bila dah tahu esok raya, jangan pula nak terlalu asyik berkemas rumah buat persediaan untuk raya. Jangan lupa untuk sama-sama bertakbir di malam raya kerana ini lah cara yang betul sebagai tanda kita mensyukuri segala nikmat yang Allah bagi ketika di bulan Ramadhan.
Alaa…. Lagi pun takbir raya kan sekejap je. Takkan takde masa langsung nak bertakbir kot. Takdenya mengganggu sangat nak buat persediaan tu
2. Memberi Ucapan Hari RayaBila dah masuk raya, jangan lupa ucapkan kepada yang tersayang dengan ucapan yang baik sempena hari lebaran ni. Antara ucapan yang dianjurkan dalam Islam adalah “Taqabballahu minna waminkum” yang bermaksud moga-moga Allah menerima segala amalan kita
3. Mandi Sunat Di Pagi RayaKalau bab ni, Husein rasa takde masalah sangat sebab semua rakyat Malaysia akan mandi dulu sebelum keluar rumah kan. Tapi kalau ada yang jenis tak mandi jugak tu macam mana? Kalau yang ni memang tahap malas nak mandi macam P.Ramlee dah ni. Jirus air pun tidak, basuh kepala pun tidak. Tapi hanya cuit sikit air pada mata. Hahaha.
4. Makan Sebelum Solat Hari RayaSunat makan terlebih dahulu sebelum mengerjakan sembahyang hari raya aidilfitri berdasarkan hadis nabi. Ini kerana untuk membezakan hari raya dengan hari puasa yang mana pada siangnya kita menahan supaya tidak makan. Bagi korang yang tak nak pening kepala nak masak apa atau tak sempat nak masak, di CITRA NUSANTARA CATERING ada macam-macam pakej yang best untuk korang pilih. Yang penting berbaloi dan THORBAIKKK.
• Pakej Katering Perkahwinan
• Pakej Katering Jamuan Hari Raya
• Pakej Katering Pertunangan / Nikah
• Pakej Katering Majlis Aqiqah / Doa
Selamat / Kesyukuran dll
• Pakej Katering Berbuka Puasa / Moreh
/ Sahur
• Pakej Katering Korporat
So yang korang pilih mestilah Pakej Katering Jamuan Hari Raya kan. Terdapat 3 pilihan pakej katering jamuan hari raya yang menarik (siap kelengkapan meja dan peralatan katering) dalam menyediakan menu hari raya dengan cepat dan mudah.
2) Terdapat juga pakej makanan delivery untuk menu hari raya (tanpa kelengkapan meja dan peralatan katering)**tiada pakej yang ditetapkan tapi ianya berdasarkan
permintaan pelanggan
3) Minimum order cuma 50 orang
4) Runding harga sampai jadi
5) Kawasan yang dijajah - Selangor & Kuala Lumpur
5. Puasa Sunat 6 Hari di Sepanjang Bulan SyawalIni juga merupakan salah satu amalan sunat yang digalakkan. Selepas 30 hari kita berpuasa, elok lah ditambah dengan 6 hari lagi puasa sunat. Barangsiapa yang berpuasa 6 hari di bulan Syawal selepas 30 hari puasa Ramadhan, pahalanya ibarat berpuasa setahun. Lepas berpuasa, eloklah berbuka dengan masakan dari CITRA NUSANTARA.
6. Bergembira Meraikan Hari Raya AidilftriHari raya adalah hari untuk merayakan kejayaan kita selepas sebulan berpuasa. Maka wajarlah untuk kita bergembira ketika menyambut hari raya dengan berpakaian serba baru, elok dan patuh syariat. Jangan time puasa je pakai baju elok-elok, tapi bila dah habis puasa mula la perangai lama datang balik. Tapi seronok kan bila tengok semua pakai baju baru warna-warni. Colourful theme like rainbow.
So, bagi korang yang nak menjadikan raya korang tahun ni meriah dengan pelbagai masakan dan hidangan yang menyelerakan dan terbaik, cepat-cepat tempah dengan CITRA NUSANTARA Catering sebelum diorang tutup booking untuk raya ni. Untuk maklumat lanjut, rujuk maklumat dibawah:
CITRA NUSANTARA SDN BHD
(juga dikenali sebagai Citra Nusantara Catering)
No. 36 & 38, Jalan Musytari AQ,
U5/AQ, Subang Pelangi,
Seksyen U5, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Hotline: +6 012 998 8650 (Admin)
Email:
[email protected]Ikuti kami di laman media sosial:
Instagram: www.instagram.com/citranusantaracatering
Facebook: www.facebook.com/citranusantaracatering
Website: www.citranusantara.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://huseinrider.blogspot.com/2019/05/perkara-yang-digalakkan-ketika.html