Datang Bulan Pada 10 Ramadhan Terakhir Ini 7 Amalan Kebaikkan Boleh Dilakukan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
DATANG BULAN PADA 10 RAMADHAN TERAKHIR ? INI 7 AMALAN KEBAIKKAN BOLEH DILAKUKAN Dalam 10 malam terakhir Ramadan ini, pasti ramai di antara kita ingin membuat banyak amal kebaikan dan beribadah untuk mendapatkan Lailatul Qadar.
"Kalau kita 'uzur' pada 10 terakhir Ramadhan, apa yang kita boleh buat untuk mendapatkan Lailatul Qadar?" Jangan risau wahai golongan wanita. Walaupun korang tak dapat puasa, solat dan membaca Al-Quran pada 10 akhir Ramadhan, masih banyak amal kebaikan yang boleh dimanfaatkan.
1. Menyediakan makanan berbuka. Boleh sediakan untuk sesiapa sahaja. Masak dan sediakan untuk ahli keluarga sendiri pun dah dapat pahala orang yang berpuasa dah. Kalau tak sempat masak. Boleh beli sahaja. Berikan untuk orang lain berbuka puasa.
2. Menyediakan makanan sahur. Selain mendapat pahala memberi makan orang lain, ia juga memberi peluang untuk turut menghidupkan waktu sahur dengan qiyamullail.Qiyamullail tak semestinya solat. Boleh dalam bentuk zikir, istighfar dan doa. Doa banyak-banyak, waktu mustajab ni.
3. Menjauhi larangan agama. Jangan kerana tidak puasa, terus lalui hari 10 terakhir Ramadhan dengan perkara yang lalai dan sia-sia.Manfaatkan masa dengan kebaikan. Jaga mata, jaga telinga, jaga mulut dan jaga anggota badan daripada perkara yang dilarang.
4. Banyakkan berdoa dan berzikir. Sepanjang bulan Ramadhan adalah waktu mustajab berdoa.Lebih-lebih ketika waktu berbuka, waktu bersahur dan 1/3 malam. Sambil-sambil tolong siapkan makanan tu, banyakkan berdoa
5. Mengingatkan ahli keluarga kepada kebaikan. Ingatkan ahli keluarga yang lelaki supaya solat fardhu dan solat terawih berjemaah di masjid. Jika ada ahli keluarga dalam kalangan anak kecil, tolong jagakan. Mudahkan ahli-ahli keluarga lain untuk beribadat.
6. Menyibukkan diri menuntut ilmu. Manfaatkan masa dengan menghadiri majlis ilmu, mendengar ceramah agama, membaca buku ilmiah, mendengar bacaaan Al-Quran, membaca tafsir Al-Quran dan sebagainya. Yang penting, dapat menambahkan amal kebajikan dan manfaat buat diri.
7. Banyakkan bersedekah dan derma. Nabi swt sendiri menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan. Rebutkan pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadhan dengan bersedekah. Lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadhan. Perbanyakkan sedekah
Kepada kaum Hawa, masih terbuka luas peluang untuk merebut pahala ibadat 10 malam terakhir Ramadhan. Keep it up
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2019/05/datang-bulan-pada-10-ramadhan-terakhir.html