Amal Kebaikan Sebelum Memeluk Islam Adakah Ia Dikira



SOALAN:
Benarkah seorang non-Muslim, apabila dia memeluk Islam, maka amalan kebaikan yang dilakukannya sebelum memeluk Islam turut dikira oleh Allah SWT?

JAWAPAN:
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Hakim bin Hizam R.A, katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, apa pandangan tuan terhadap perbuatan-perbuatan baik yang saya lakukan sewaktu masa Jahiliyyah seperti sedekah, membebaskan hamba atau menyambung silaturrahim. Adakah padanya terdapat ganjaran pahala? Maka Nabi SAW menjawab:

أَسْلَمْتَ عَلَى مَا سَلَفَ مِنْ خَيْرٍ
“Engkau telah masuk Islam beserta semua kebaikanmu yang dahulu.” [Riwayat al-Bukhari (1436) dan Muslim (123)]

Dalam menjelaskan hadith di atas, Ibn Battal dalam Syarh Sahih al-Bukhari (9/209) menyebut: “Dalam hadith ini, Allah SWT memberikan keutamaan kepada orang yang masuk Islam dari golongan Ahli Kitab dengan memberikannya pahala atas kebaikan-kebaikan yang pernah dilakukannya ketika masa Jahiliyyah. Hal ini juga sesuai dengan hadith Nabi yang lainnya, iaitu: “Apabila seorang yang kafir masuk Islam dan berislam dengan baik, maka Allah akan mencatat semua amal kebaikan yang pernah ia lakukan (sebelum masuk Islam).”

Di tempat yang lain, beliau turut menjelaskan: “Sebahagian ulama’ berkata: Maksud hadith di atas ialah bahawa setiap orang musyrik yang masuk Islam, akan dicatat semua pahala dari amal kebaikan yang pernah dia lakukan sebelum masuk Islam. Dan tidak dicatat semua kejahatannya. Kerana Islam telah menghapus segala bentuk kesyirikan sebelumnya dan mencatat semua kebaikannya.” (Lihat: Syarh Sahih al-Bukhari oleh Ibn Battal, 9/209)

Imam Badr al-Din al-‘Aini pula dalam Umdah al-Qari menyebut: “Dan diriwayatkan bahawa kebaikan-kebaikan orang kafir yang akhirnya memeluk Islam akan diterima dan dihitung (menjadi pahala ibadah) baginya. Namun, sekiranya dia mati (tetap) dalam kekufuran, maka hanguslah semua amal kebaikannya.” (Lihat: Umdah al-Qari, 8/303)

Dalam sebuah hadith lain, daripada Abi Sa’id al-Khudri, Nabi SAW bersabda:

إِذَا أَسْلَمَ الْعَبْدُ فَحَسُنَ إِسْلَامُهُ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ كُلَّ حَسَنَةٍ كَانَ أَزْلَفَهَا وَمُحِيَتْ عَنْهُ كُلُّ سَيِّئَةٍ كَانَ أَزْلَفَهَا
“Apabila seseorang hamba itu telah masuk Islam, lalu berislam dengan baik, nescaya Allah akan menulis baginya (memberi pahala) semua kebajikan yang telah lalu, dan menghapuskan segala kejahatan yang telah lalu.” [Riwayat al-Nasaie (4912)]

Al-Sindi dalam menjelaskan hadith ini berkata: “Hadith ini menunjukkan bahawa kebaikan-kebaikan yang dilakukan orang kafir ditawaqqufkan terlebih dahulu. Sekiranya dia masuk Islam, maka barulah diterima (dicatat amal tersebut baginya).” (Lihat: Sunan al-Nasaie bi Hasyiyah al-Sindi, 4/480)

Ada juga pendapat yang menyebut bahawa amal kebaikan mereka adalah tidak dicatat. Ini sepertimana disebut oleh al-Maziri: “(Seorang yang kafir) tidak ada pahala bagi amalan soleh yang dilakukannya ketika dia masih syirik. Ini kerana antara syarat amalan mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah dia mengetahui kepada siapa dia mendekatkan diri kepada, sedangkan orang kafir tidak demikian.” (Lihat: Fath al-Bari, 1/183)

Namun Imam Nawawi sebaliknya menegaskan: “Yang benar dan merupakan pendapat ahli tahqiq –bahkan telah dinukilkan oleh sebahagian mereka bahawa terdapat ijma’ padanya– adalah seorang kafir apabila dia melakukan perkara-perkara yang baik seperti bersedekah, menyambung silaturrahim, kemudian dia masuk Islam dan kemudian mati dalam keadaan Islam, pahala tersebut dicatatkan baginya..” (Lihat: al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim Ibn al-Hajjaj, 1/141)

Hal ini juga sepertimana kenyataan al-Hafiz Ibn Hajar yang menyebut bahawa penerimaan amalan (semasa kafir) adalah bergantung kepada sama ada seseorang kafir itu masuk Islam atau tidak. Sekiranya dia masuk Islam, maka dicatat amalannya terdahulu. Sebaliknya jika tidak, maka tidak dikira amalan kebaikannya. Pendapat ini adalah kuat. Inilah yang dipegang oleh al-Nawawi, Ibrahim al-Harbi dan selain mereka seperti al-Qurtubi dan Ibn al-Munir dari kalangan muta’akhirin. (Lihat: Fath al-Bari, 1/123)

Kesimpulan

Kami berpendapat bahawa penerimaan amalan kebaikan yang dilakukan oleh seorang kafir adalah bergantung kepada keislamannya. Jika dia masuk Islam dan meninggal dalam keadaan Islam, maka dicatat pahala kebaikannya yang terdahulu semasa dia masih kafir. Sekiranya tidak, maka tidak dicatat pahala kebaikan tersebut kepada mereka.

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita ilmu dan kefahaman serta menetapkan iman kita sehingga kita ke penghujung usia. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/amal-kebaikan-sebelum-memeluk-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Mualaf Menukar Nama Setelah Memeluk Islam

Hukum Mualaf Menukar Nama Setelah Memeluk Islam

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 694 hits
SOALAN Perlukah mereka yang bukan beragama Islam menukar nama mereka atau nama bapa setelah memeluk Islam JAWAPAN Syariat Islam menekankan soal penggunaan nama yang bermaksud baik Nama menjadi bentuk pengisytiharan identiti sebagai seorang ...
Adakah Membasuh Tangan Sebelum Dan Selepas Makan Termasuk Sunnah

Adakah Membasuh Tangan Sebelum Dan Selepas Makan Termasuk Sunnah

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 315 hits
SOALAN Adakah membasuh tangan sebelum makan dan selepasnya adalah sunnah JAWAPAN Kami mulakan dengan firman Allah SAW Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa menghar...
Status Dosa Dengan Makhluk Selepas Memeluk Islam

Status Dosa Dengan Makhluk Selepas Memeluk Islam

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 251 hits
SOALAN Bagaimana status dosa dengan makhluk selepas seseorang memeluk Islam Contohnya dosa seperti mencuri memfitnah dan sebagainya JAWAPAN Allah SWT berfirman Katakanlah kepada orang orang yang kafir itu jika mereka berhenti nescaya akan d...
Sultan Iskandar Shah Sultan Perak Yang Warak Dan Tegas Laksana Syariat Islam

Sultan Iskandar Shah Sultan Perak Yang Warak Dan Tegas Laksana Syariat Islam

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 596 hits
Negeri Perak sememangnya sebuah negeri makmur dan diberkati dengan pemerintahan Sultan Sultan Perak yang adil dan sentiasa menyantuni rakyat sejak zaman berzaman Kepimpinan hebat yang diwarisi sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka ini t...
Politik Melayu Dan Islam Bakal Dilemahkan

Politik Melayu Dan Islam Bakal Dilemahkan

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 438 hits
DR MUHAMMAD FATHI YUSOF KERAJAAN ada perancangan untuk menukar sistem pilihan raya Antara yang disebut ialah untuk menukar sistem sedia ada kepada sistem baru yang tidak lagi memberikan keistimewaan kepada pengundi luar bandar Sistem sekara...
Begini Bentuk Pemimpin Umat Islam M Sia Pemimpin Perlu Faham Islam

Begini Bentuk Pemimpin Umat Islam M Sia Pemimpin Perlu Faham Islam

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil Adhif Shan Abdullah digantung serta merta daripada jawatannya sebagai Ketua ARMADA Selangor Tindakan sama turut diambil oleh Majlis Ketua ARMADA Nasional ke atas Penolong Setiausaha badan itu ...
Ph Pengkhianat Tabung Haji Dan Islam Ini Buktinya

Ph Pengkhianat Tabung Haji Dan Islam Ini Buktinya

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 608 hits
76 2 Dari Keseluruhan Ladang Sawit Milik Tabung Haji Sudah Sedang Dijual Oleh PHSaya telah banyak kali memberi amaran bahawa penjualan aset negara pada masa harga aset dan pasaran lemah adalah langsung tidak masuk akal Kes TH Plantations Bh...
Model Kepemimpinan Keperawatan Berbasis Islam Pengaruhi Kepuasan Kerja Perawat

Model Kepemimpinan Keperawatan Berbasis Islam Pengaruhi Kepuasan Kerja Perawat

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 420 hits
Senyumperawat com Sebuah riset yang akhirnya berhasil dipertahankan di hadapan dewan penguji promosi doktoral Fakultas The post appeared first on
Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Ppim 17 03 2025

Piring Tembaga Bukti Kekuasaan Wanita Keatas Lelaki

Qcy H3 Pilihan Tepat Untuk Fon Kepala Bajet Dengan Audio Mantap

Pengkhianat Negara Wajar Dikenakan Hukuman Berat

Klia Ranks Among Top 10 In Global Airport Survey

Harga Emas Hari Ini Semakan Kadar Jangkaan Naik Turun

Birthday Gift

How Land Surveying And Site Planning Shape The Future Of Architecture


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalau Nak Berniaga Wajib Cari Jalan Cara Memulakan Perniagaan Dengan Kos Yang Paling Rendah

Orang Yang Aku Tak Suka

Huawei Mate Xt And Huawei Matepad Pro 13 2

Raya Lego Style Packing Our Bags For A Brick Tastic Raya At Legoland Malaysia

A Parent S Guide To Spanaway Kids Swimming Schools Finding The Perfect Fit

Ahli Parlimen Kota Bharu Sembang Kari Kata Netizen