Adakah Membasuh Tangan Sebelum Dan Selepas Makan Termasuk Sunnah



SOALAN:
Adakah membasuh tangan sebelum makan dan selepasnya adalah sunnah?

JAWAPAN:
Kami mulakan dengan firman Allah SAW:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab: 21)

Ayat di atas menunjukkan bahawa sesungguhnya telah ada bagi kamu semua (wahai orang-orang yang beriman) pada perkataan-perkataan Nabi SAW, perbuatan-perbuatannya, dan keadaan-keadaannya contoh teladan yang baik, agar kamu semua dapat mengikutinya. Maka, berpeganglah dengan sunnahnya kerana sesungguhnya ia dipegang dan diikuti oleh orang-orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat. Juga, perbanyakkanlah mengingati Allah dan memohon keampunan daripada-Nya, serta bersyukur kepada-Nya dalam setiap keadaan. (Lihat al-Tafsir al-Muyassar, hlm. 420)

Basuh tangan selepas makan

Para ulama' telah bersepakat bahawa hukum membasuh kedua-dua tangan selepas makan adalah sunat. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 45/270)

Ini adalah sebagaimana sabda Nabi SAW:

من أحبَّ أن يُكثِّرَ اللهُ خيرَ بيتِه فليتوضَّأْ إذا حضر غداؤُه وإذا رُفِع
“Sesiapa yang ingin Allah memperbanyak kebaikan di dalam rumahnya, hendaklah dia berwudhu' sekiranya makanannya telah dihidangkan (sebelum makan) dan selepas diangkat (selesai makan).” [HR. Ibn Majah (3260)]

Al-Sindi ketika mensyarahkan lafaz “berwudhu’” menyatakan bahawa maknanya adalah membasuh kedua-dua tangannya. (Lihat: Hasyiah al-Sindi ‘ala Sunan Ibn Majah, 2/301)

Begitu juga, sabda Nabi SAW:

من بات وفي يدِه ريحُ غِمرٍ فأصابه شيءٌ فلا يلومنَّ إلا نفسَه
“Sesiapa yang tidur (bermalam) dan di tangannya masih terdapat bau lemak daging, lalu dia ditimpa sesuatu, maka janganlah dia mencela sesiapa pun melainkan dirinya sendiri.” [HR. al-Tirmidzi (1859)]

Basuh tangan sebelum makan

Para ulama' telah berselisih berkenaan hukum membasuh tangan sebelum makan. Mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali menyatakan bahawa membasuh tangan sebelum makan hukumnya adalah sunat. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 45/270)

Membasuh kedua-dua tangan sebelum makan dan selepasnya juga adalah termasuk di dalam adab-adab makan. (Lihat al-Najmu al-Wahhab fi Syarh al-Minhaj 7/389, dan al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 16/405)

Mereka berhujah dengan hadith Nabi SAW:

فليتوضَّأْ إذا حضر غداؤُه
“Hendaklah dia berwudhu' sekiranya makanannya telah dihidangkan (sebelum makan).” [HR. Ibn Majah (3260)]

Juga sabda Nabi SAW:

بَرَكةُ الطَّعامِ الوُضوءُ قَبلَه، والوُضوءُ بَعدَه
“Keberkatan makan itu ialah dengan berwudhu' sebelumnya dan berwudhu' selepasnya.” [HR. Abu Daud (3761)]

Imam al-Nawawi mengatakan bahawa berwudhu' pada hadith tersebut bermaksud membasuh tangan. (Lihat: Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 16/405)

Manakala mazhab Maliki menyatakan bahawa membasuh tangan sebelum makan hukumnya bukanlah sunat melainkan terdapat kotoran padanya. Sekiranya kotoran tersebut adalah najis, maka dia wajib membasuhnya. Akan tetapi sekiranya kotoran tersebut bukan najis, sunat untuk dia membasuhnya. (Lihat: Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 45/270)

Ibn Qudamah menyatakan bahawa:

فِي آدَابِ الطَّعَامِ يُسْتَحَبُّ غَسْلُ الْيَدَيْنِ قَبْلَ الطَّعَامِ وَبَعْدَهُ، وَإِنْ كَانَ عَلَى وُضُوءٍ، قَالَ الْمَرُّوذِيُّ : رَأَيْت أَبَا عَبْدِ اللَّهِ يَغْسِلُ يَدَيْهِ قَبْلَ الطَّعَامِ وَبَعْدَهُ، وَإِنْ كَانَ عَلَى وُضُوءٍ.
“Antara adab-adab makan ialah disunatkan untuk membasuh kedua-dua tangan sebelum makan dan selepasnya, sekalipun dia sudah (berada dalam keadaan) berwudhu'. Al-Marruzi berkata: “Aku melihat Abu Abdillah membasuh kedua tangannya sebelum makan dan selepasnya, sekalipun dia sudah berwudhu'.” (Lihat: Al-Mughni, 7/289)

Begitu juga, al-Mawardi ada menyebutkan bahawa:

إِذَا أَكَلَ أَنْ يَسْتَعْمِلَ آدَابَ أَكْلِهِ الْمَسْنُونَةَ. فَمِنْهَا غَسْلُ يَدَيْهِ قَبْلَ الطَّعَامِ وَبَعْدَهُ وَلَوْ تَوَضَّأَ فِي الْحَالَيْنِ كَانَ أَفْضَلَ
“Sekiranya seseorang mahu makan hendaklah dia mengamalkan adab-adab makan yang telah disunatkan (hukumnya). Antaranya ialah membasuh kedua tangan sebelum makan dan selepasnya. Dan kalaulah dia (dapat) berwudhu' bagi kedua-dua keadaan tersebut adalah lebih baik lagi.” (Lihat: Al-Hawi al-Kabir, 9/561)

Manakala Ibn Qayyim al-Jauziyyah pula berpendapat bahawa membasuh tangan sebelum makan tidak disunatkan. Perkara ini sebagaimana yang telah beliau nyatakan di dalam syarah Sunan Abi Daud:

في هذه المسألة قولان لأهل العلم أحدهما: يستحب غسل اليدين قبل الطعام, والثاني: لا يستحب, وهما في مذهب أحمد وغيره, والصحيح أنه لا يستحب, وقال النسائي في كتابه الكبير: باب ترك غسل اليدين قبل الطعام, ثم ذكر من حديث ابن جريج عن سعيد بن الحويرث عن ابن عباس "أن رسول الله صلى الله عليه وسلم تبرز ثم خرج, فطعم ولم يمس ماء" وإسناده صحيح.
“Mengenai permasalahan ini, terdapat dua pendapat para ulama'. Pendapat yang pertama: Disunatkan membasuh kedua tangan sebelum makan. Manakala pendapat yang kedua: Tidak disunatkan. Dan kedua-dua pendapat ini adalah merupakan pendapat mazhab Imam Ahmad dan selainnya. Pendapat yang sahih adalah ia tidak disunatkan. Imam al-Nasaie telah menyebutkan di dalam kitabnya al-Kabir: Bab meninggalkan membasuh tangan sebelum makan. Kemudian, beliau telah menyebutkan hadith Ibn Juraij, daripada Sa’id bin al-Huwairith, daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW menunaikan hajat (buang air), kemudian baginda keluar (daripada situ setelah selesai). Baginda telah makan tanpa menyentuh air (tidak membasuh tangan sebelum makan). Sanad-sanad hadith ini adalah sahih.” (Lihat: Syarah Sunan Abi Daud, 10/232-233)

Tidak mengapa jika tidak membasuh tangan sebelum makan

Sekalipun begitu, tidak mengapa meninggalkannya (membasuh tangan sebelum makan). Ini adalah sebagaimana riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa:

أَنَّهُ خَرَجَ مِنَ الْغَائِطِ، فَأُتِيَ بِطَعَامٍ، فَقَالَ رَجُلٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَلَا آتِيكَ بِوَضُوءٍ قَالَ : أَأُرِيدُ الصَّلَاةَ؟
“Sesungguhnya Nabi SAW baru sahaja selesai membuang air besar. Kemudian baginda dihidangkan dengan makanan. Lalu ada seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, mahukah aku sediakan air untuk kamu berwudhu'?” Baginda menjawab: “Adakah aku hendak solat?” [HR. Ibn Majah (3261)]

Di dalam riwayat Jabir bin Abdullah ada menyatakan: “Bahawa Nabi SAW pernah datang dari jalan sebuah bukit. Dan baginda baru sahaja selesai menunaikan hajatnya (buang air). Sementara antara kami terdapatnya kurma (yang diletakkan) di atas perisai. Kemudian, kami mengundang baginda untuk makan bersama, lalu baginda makan tanpa menyentuh air (membasuh tangan sebelum makan).” [HR. Abu Daud (3762)]

Begitu juga, Imam al-Bukhari ada merekodkan satu riwayat daripada ‘Amru bin Umayyah: “Bahawa dia telah melihat Nabi SAW melapah (memotong) bahu kambing yang ada di tangannya. Kemudian, masuk waktu solat. Baginda meletakkan pisau yang digunakan untuk melapah bahu kambing tadi dan mendirikan solat tanpa (perlu) berwudhu' lagi.” [HR. al-Bukhari (5462)]

Justeru, kita ketahui sekalipun membasuh tangan sebelum makan adalah digalakkan (sunat), akan tetapi tidaklah sehingga berdosa bagi seseorang yang meninggalkannya (tidak membasuh tangan).

Kesimpulan

Setelah kami melihat kepada pendapat-pendapat ulama' serta dalil-dalil mereka, kami menyimpulkan kepada beberapa perkara:

Membasuh tangan sebelum makan dan selepas makan adalah termasuk di dalam antara adab-adab makan.Disunatkan untuk membasuh tangan selepas makan sebagaimana yang telah dipersetujui oleh para ulama'.Manakala membasuh tangan sebelum makan, kami cenderung kepada pendapat yang menyatakan bahawa hukumnya adalah sunat dan digalakkan. Hal ini kerana sebagaimana kata Imam al-Ghazali bahawa tangan kita tidak dapat lari daripada tercemar atau kotor disebabkan oleh aktiviti (seharian kita), maka membasuhnya adalah (merupakan perbuatan) yang lebih dekat (terjamin) kepada kebersihan dan kesucian. (Lihat: Ihya’ ‘Ulum al-Deen, 2/3)
Semoga Allah SWT memberikan kita taufiq dan hidayah untuk memahami agama-Nya serta mengamalkan syariat-Nya dengan sebaik mungkin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/adakah-membasuh-tangan-sebelum-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sunnah Mengamalkan Zikir Ini Sebelum Keluar Rumah

Sunnah Mengamalkan Zikir Ini Sebelum Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 329 hits
Setiap hari kita akan keluar rumah untuk melaksanakan banyak urusan Ada yang ingin menghantar anak anak ke sekolah pergi ke pasar untuk membeli barang dapur keluar bekerja dan pelbagai lagi Ia dilakukan bagi memenuhi keperluan asasi setiap ...
Ribuan Haiwan Maut Ini Keadaan Sebelum Dan Selepas Kangaroo Island Dijilat Api

Ribuan Haiwan Maut Ini Keadaan Sebelum Dan Selepas Kangaroo Island Dijilat Api

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 467 hits
Musim kebakaran di Australia sangatlah menyedihkan sehingga menyebabkan kematian ribuan dan kemusnahan beberapa tempat habitat di Kangaroo Island Susulan daripada kebakaran belukar yang semakin teruk itu telah memusnahkan seluruh kawasan Ka...
120 Pelajar Asrama Di Johor Keracunan Makanan Selepas Makan Mi Goreng

120 Pelajar Asrama Di Johor Keracunan Makanan Selepas Makan Mi Goreng

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 606 hits
120 pelajar SMAKJ mengalami keracunan makanan selepas makan mi goreng yang dihidang di dewan asrama ketika sarapan pagi JOHOR BAHRU Seramai 120 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor dekat Kluang mengalami keracunan makanan sel...
Tangan Mulut Bayi Melecur Teruk Selepas Bermain Soket Elektrik

Tangan Mulut Bayi Melecur Teruk Selepas Bermain Soket Elektrik

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 403 hits
Ibu bapa yang mempunyai anak kecil perlu sentiasa mengawasi anak mereka dari sebarang bahaya sama ada di dalam atau luar rumah Cuai atau leka sesaat boleh menyebabkan anak menanggung akibat berpanjangan Disebabkan kecuaian si ibu bayi perem...
Orang Berjunub Perlu Berwudhu Terlebih Dahulu Sebelum Makan

Orang Berjunub Perlu Berwudhu Terlebih Dahulu Sebelum Makan

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 250 hits
SOALAN Saya pernah mendengar bahawa orang yang berjunub kena ambik wudhu dulu sebelum makan Betul ke JAWAPAN Kami mulakan dengan sabda Nabi SAW Keberkatan makanan itu ialah dengan berwudhu sebelumnya dan berwudhu selepasnya HR al Tirmidzi A...
Amal Kebaikan Sebelum Memeluk Islam Adakah Ia Dikira

Amal Kebaikan Sebelum Memeluk Islam Adakah Ia Dikira

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 160 hits
SOALAN Benarkah seorang non Muslim apabila dia memeluk Islam maka amalan kebaikan yang dilakukannya sebelum memeluk Islam turut dikira oleh Allah SWT JAWAPAN Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Hakim bin Hizam R A katanya Aku ber...
Auspicious Reunion Makan Besar Tahun Baru Cina Di Celestial Court Sheraton Imperial Kl

Auspicious Reunion Makan Besar Tahun Baru Cina Di Celestial Court Sheraton Imperial Kl

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 771 hits
Tahun Baru Cina 2020 atau The Lunar New Year sudah semakin hampir tiba Inilah masa yang dinantikan untuk setiap ahli keluarga berkumpul bersama di rumah ibubapa tercinta Tradisi Makan Besar sudah semestinya akan disambut meriah pada malam s...
Fortune Feast Makan Besar Tahun Baru Cina Di Tony Roma S Malaysia

Fortune Feast Makan Besar Tahun Baru Cina Di Tony Roma S Malaysia

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 565 hits
Tak lama lagi kita bakal menyambut perayaan Tahun Baru Cina Sudah menjadi perkara wajib bagi masyarakat cina untuk melaksanakan Tradisi Makan Besar sehari sebelum Tahun Baru Cina Tradisi makan besar sebenarnya melambangkan keutuhan sesebuah...
Makan 110 Sosej Dalam Masa 10 Minit

Makan 110 Sosej Dalam Masa 10 Minit

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 337 hits
Lelaki berasal dari Jepun baru saja mencatatkan rekod dunia baru dalam pertandingan makan Takeru Kobayashi berjaya menelan sosej ke 110 di hadapan orang ramai yang memadati New York State Fair hujung minggu lalu Pencapaiannya itu sekaligus ...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda