Politik Melayu Dan Islam Bakal Dilemahkan


DR MUHAMMAD FATHI YUSOF   

KERAJAAN ada perancangan untuk menukar sistem pilihan raya. Antara yang disebut ialah untuk menukar sistem sedia ada kepada sistem baru yang tidak lagi memberikan keistimewaan kepada pengundi luar bandar.

Sistem sekarang membenarkan konsep ‘pewajaran desa’ (atau ‘rural weightage’) yang memberikan peluang kepada penduduk kampung dan desa untuk memiliki kerusi yang lebih banyak berbanding kawasan bandar. Sistem ini ingin dihapuskan, dan diganti dengan sistem yang memberikan hak sama rata kepada pengundi luar bandar dan bandar.

Timbul persoalan, adakah perubahan ini menjadikan kuasa politik orang Melayu Islam, yang secara tradisinya menjadi penduduk majoriti kawasan kampung dan desa akan terjejas? Adakah bangsa lain yang menjadi penduduk majoriti di kawasan bandar akan mendapat lebih banyak kerusi dan lebih berpeluang menguasai politik negara?

Sistem yang diamalkan sekarang dikenali sebagai FPTP iaitu ringkasan perkataan first-past-the-post. Mengikut sistem ini, pemilihan wakil rakyat ditentukan melalui kemenangan majoriti di kawasan masing-masing.  Kelebihan sistem ini ialah ia mudah difahami, menggalakkan kerjasama politik, menjimatkan masa, tenaga serta wang, dan mengurangkan potensi kumpulan ekstrem. Kritikan ke atas sistem ini biasanya berkisar dalam soal persempadanan pilihan raya.

Di Malaysia, proses persempadanan di bawah FPTP perlu mengambil kira konsep ‘pewajaran desa’. Maksudnya kawasan desa dibenarkan mempunyai kerusi dengan jumlah pengundi yang lebih kecil berbanding kawasan bandar. Oleh itu, Dewan Rakyat mempunyai ramai wakil rakyat yang dipilih oleh orang desa berbanding wakil rakyat yang mewakili kawasan bandar.

Konsep ini berjalan sejak sebelum merdeka. Ia digunapakai sewaktu Pilihan Raya Umum 1955, dan menjadi salah satu terma rujukan untuk dilaksanakan oleh Suruhanjaya Persempadanan Kawasan Pilihan Raya 1954 yang dipengerusikan oleh Lord Merthyr.

Ada yang mengaitkan konsep ‘pewajaran desa’ ini dengan isu kesukaran wakil rakyat untuk menjaga kawasan yang terlalu luas di pedalaman. Ada juga yang mengaitkan kaedah ini sebagai satu cara untuk mengimbangi kekurangan dan kelemahan pembangunan yang tidak sekata antara kawasan bandar dan luar bandar.

Kesemua alasan di atas adalah munasabah dan mempunyai asas tertentu. Namun begitu, jika disusuri sejarah bagaimana timbulnya konsep ‘pewajaran desa’, ia sebenarnya selari dengan beberapa asas negara yang menjaga dan melindungi elemen tradisi melalui beberapa prinsip Perlembagaan seperti kedudukan Raja-raja Melayu, Islam sebagai agama utama, hak istimewa orang Melayu, kedudukan bahasa Melayu dan seumpamanya. Konsep ‘pewajaran desa’ yang menguntungkan orang Melayu yang mendiami desa juga boleh difahami sebagai sebahagian daripada satu bentuk jaminan kuasa politik kepada orang Melayu melalui kaedah persempadanan pilihan raya.

Boleh dikatakan sistem FPTP dan konsep ‘pewajaran desa’ ini seumpama benteng pelindung yang mengekalkan kuasa orang Melayu dan umat Islam di Malaysia. Ia membolehkan jumlah kerusi majoriti Melayu pada peratusan yang tinggi. Ia ibarat hak istimewa Melayu yang tersirat, tetapi difahami dan diterima selama lebih 60 tahun. Tapi kini ia hendak dihapuskan.

Jika dilihat dari perspektif ini, usaha untuk menukar sistem FPTP kepada sistem baru, sekali gus menamatkan konsep ‘pewajaran desa’ adalah satu langkah yang mengancam kedudukan politik orang Melayu. Ia ibarat satu cubaan untuk menukar padang permainan bagi membolehkan kumpulan tertentu menguasai politik negara. Walau bagaimanapun, ancaman yang besar ini tidak disedari oleh orang Melayu kerana ia dilaksanakan secara licik di atas nama proses reformasi pilihan raya. Perlukah menunggu ‘sudah terhantuk baru tengadah’?   – HARAKAHDAILY



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/politik-melayu-dan-islam-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Bakal Kecundang Bila Melayu Islam Bersatu

Ph Bakal Kecundang Bila Melayu Islam Bersatu

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 347 hits
MERDEKA Centre baru terbitkan kajian perkembangan politik Malaysia dan kemajuannya yang berjudul Malaysia Political Developments and Trajectories Update January 2020 Satu dapatan menarik adalah sokongan pengundi Melayu dan kesan permuafakat...
Apa Yg Pm Lakukan Setakat Ini 100 Betul Untuk Melayu Islam Dan Negara

Apa Yg Pm Lakukan Setakat Ini 100 Betul Untuk Melayu Islam Dan Negara

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 434 hits
Termasuklah keputusan yang betul untuk memangku sementara jawatan Menteri Pendidikan Sekaligus yang mempersenda dan memfitnah Tun sebagai tunduk kepada DAP akhirnya jilat lendir sendiri Kepercayaan ini lebih sihat untuk netizen fokus membin...
Meminggirkan Identiti Melayu Islam Di Malaysia

Meminggirkan Identiti Melayu Islam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 425 hits
Bagaimana integrasi tercapai jika anak Melayu ke SJKC Perkasa sekolah kebangsaan satu aliran jadi mekanisme perpaduanBANGI Bagaimana negara mampu mencapai integrasi nasional jika bangsa asal yang juga rakyat majoriti lebih berminat menghant...
Angkat Pemimpin Boleh Gegar Parlimen Perjuang Melayu Islam

Angkat Pemimpin Boleh Gegar Parlimen Perjuang Melayu Islam

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 359 hits
Pemimpin cauvinis dah robek hati Melayu Islam masih nak berlagakMARAH terguris dan kecewa Mungkin itu perasaan yang dirasai majoriti masyarakat Melayu dengan situasi semasa yang semakin hari dirobek perasaan mereka oleh pemimpin pemimpin ya...
Menteri Pendidikan Mesti Islam Melayu

Menteri Pendidikan Mesti Islam Melayu

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 297 hits
KOTA BHARU Individu yang layak mengantikan kekosongan jawatan Menteri Pendidikan merupakan orang Islam dan Melayu kata Timbalan Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Namun katanya kelayakan yang paling penting ialah hala tuju serta mempun...
Pilihan Raya Pbt Bakal Hakis Kepentingan Melayu

Pilihan Raya Pbt Bakal Hakis Kepentingan Melayu

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 309 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Kekalkan status quo demi kestabilan politik keharmonian negaraBANGI Pilihan raya pihak berkuasa tempatan yang dicadangkan DAP boleh menyebabkan bilangan orang Melayu dalam lembaga dan jawatankuasa pengurusan ...
Dap Menang Bagaimana Melayu Islam Dalam Ph Apa Komen Dr Kamarul Zaman

Dap Menang Bagaimana Melayu Islam Dalam Ph Apa Komen Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 312 hits
LGE dabik dada DAP menang dalam Kabinet BANGGA sekali nampaknya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menobatkan diri dan partinya sebagai pejuang Cina Padahal yang dia lawan dan dia menang itu adalah rakan rakan dalam kerajaan dan pakatan yang...
Pks Bakal Ajak Nurmansjah Safari Politik Ke Dprd Dki

Pks Bakal Ajak Nurmansjah Safari Politik Ke Dprd Dki

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 201 hits
Dia mengungkapkan proses safari politik yaitu berkomunikasi langsung dengan para anggota DPRD maupun partai merupakan hal yang wajar dilakukan
Filem Keempat Bad Boys Bakal Dihasilkan

Filem Keempat Bad Boys Bakal Dihasilkan

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 317 hits
Filem Bad Boys for Life baru sahaja memulakan tayangannya di Amerika Syarikat minggu ini tetapi studio Sony Pictures telah mengumumkan perancangan filem Bad Boys 4 Penulis skrip Bad Boys for Life Chris Bremner akan menulis untuk filem akan ...
Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone

Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo