Status Dosa Dengan Makhluk Selepas Memeluk Islam



SOALAN:
Bagaimana status dosa dengan makhluk selepas seseorang memeluk Islam? Contohnya dosa seperti mencuri, memfitnah dan sebagainya?

JAWAPAN:
Allah SWT berfirman:

قُل لِّلَّذِينَ كَفَرُوا إِن يَنتَهُوا يُغْفَرْ لَهُم مَّا قَدْ سَلَفَ وَإِن يَعُودُوا فَقَدْ مَضَتْ سُنَّتُ الْأَوَّلِينَ
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka), kerana sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala.” [Surah al-Anfal (38)]

Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-‘Azim (4/40) menjelaskan: “Maksudnya (berhenti dari melakukan) dari apa yang mereka perbuat berupa kekufuran dan penentangan. Hendaklah mereka masuk Islam, taat dan kembali kepada Allah. Jika demikian, nescaya Allah akan mengampuni mereka atas apa yang telah berlalu. Maksudnya dari kekufurannya, dosa-dosanya dan kesalahan-kesalahannya sebagaimana disebut dalam hadith sahih.”

Daripada Ibn Mas'ud R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَحْسَنَ فِي الْإِسْلَامِ لَمْ يُؤَاخَذْ بِمَا عَمِلَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ وَمَنْ أَسَاءَ فِي الْإِسْلَامِ أُخِذَ بِالْأَوَّلِ وَالْآخِرِ
“Sesiapa yang berbuat baik dalam Islam, apa yang dilakukannya pada masa Jahiliyyah (sebelum memeluk Islam) tidak dihukum, dan siapa yang berbuat buruk dalam Islam, akan dihukum dari awal hingga akhir.” [Riwayat al-Bukhari (6921) dan Muslim (334)]

Imam al-Nawawi dalam menjelaskan hadith ini menyebut: “Maksud ungkapan “مَنْ أَحْسَنَ فِي الْإِسْلَامِ” adalah masuk Islam secara zahir dan batin. Manakala maksud “وَمَنْ أَسَاءَ فِي الْإِسْلَامِ” adalah tidak masuk Islam berserta dengan hatinya. Dia menzahirkan syahadahnya tetapi di dalam hatinya, dia tidak meyakini Islam.” (Lihat: al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim Ibn al-Hajjaj, 9/345)

Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan: “Maksud “مَنْ أَحْسَنَ فِي الْإِسْلَامِ” adalah melakukan segala kewajipannya dan meninggalkan segala larangannya. Manakala “وَمَنْ أَسَاءَ فِي الْإِسْلَامِ” adalah (masih) melakukan sebahagian tegahan yang dilakukan semasa jahiliyyah (sebelum masuk Islam).” (Lihat: Fath al-Bari, 1/79)

Imam al-Munawi menjelaskan: “Maksud “وَمَنْ أَسَاءَ فِي الْإِسْلَامِ” adalah dengan tiada keiklasan atau meninggalkan tauhid, dan dia mati dalam keadaan demikian.” (Lihat: Faidh al-Qadir, 6/37)

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri R.A, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا أَسْلَمَ العَبْدُ فَحَسُنَ إِسْلاَمُهُ، يُكَفِّرُ اللَّهُ عَنْهُ كُلَّ سَيِّئَةٍ كَانَ زَلَفَهَا، وَكَانَ بَعْدَ ذَلِكَ القِصَاصُ: الحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ، وَالسَّيِّئَةُ بِمِثْلِهَا إِلَّا أَنْ يَتَجَاوَزَ اللَّهُ عَنْهَا
“Apabila seseorang hamba masuk Islam, lalu Islamnya baik, dihapus daripadanya semua keburukan yang pernah dia lakukan. Kemudian setelah itu ada balasan yang adil; iaitu satu kebaikan dibalas sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda. Adapun satu keburukan dibalas dengan sama, kecuali Allah mengampuninya.” [Riwayat al-Bukhari (41)]

Al-Hafiz Ibn Hajar dalam menjelaskan hadith di atas berkata: “Iaitu Islamnya menjadi baik dengan iktikad dan keikhlasannya serta dia memeluk Islam berserta zahir dan batin.” (Lihat: Fath al-Bari, 1/99)

Dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah SAW juga pernah bersabda kepada Amru bin al-‘As R.A:

أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ الإِسْلاَمَ يَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلَهُ؟ وَأَنَّ الْهِجْرَةَ تَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلَهَا؟ وَأَنَّ الْحَجَّ يَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلَهُ؟
“Apakah kamu tahu bahawa Islam telah menghapuskan dosa sebelumnya? Hijrah boleh menghapus dosa semuanya? dan Haji boleh menghapuskan dosa sebelumnya.” [Riwayat Muslim (121)]

Imam Nawawi berkata: “Ini menunjukkan besarnya kedudukan Islam, hijrah dan haji. Setiap satunya boleh menghapuskan sebarang dosa yang dilakukan sebelumnya.” (Lihat: al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 2/138)

Syeikh Muhammad Amin berkata: “Sesungguhnya Islam dan iman akan menggugurkan keseluruhan dosa yang dilakukan seseorang sebelum memeluk Islam sama ada dosa besar atau dosa kecil.” (Lihat: al-Kaukab al-Wahhaj fi Syarh Sahih Muslim, 3/221)

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.Anhuma, katanya:

أَنَّ نَاسًا مِنْ أَهْلِ الشِّرْكِ قَتَلُوا فَأَكْثَرُوا ، وَزَنَوْا فَأَكْثَرُوا ، ثُمَّ أَتَوْا مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالُوا: إِنَّ الَّذِي تَقُولُ وَتَدْعُو لَحَسَنٌ ، وَلَوْ تُخْبِرُنَا أَنَّ لِمَا عَمِلْنَا كَفَّارَةً ، فَنَزَلَ : {وَالَّذِينَ لاَ يَدْعُونَ مَعَ اللهِ إِلَهًا آخَرَ وَلاَ يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ وَلاَ يَزْنُونَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَامًا} وَنَزَلَ {يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ}.
“Bahawa beberapa orang musyrikin yang pernah terlibat membunuh ramai orang, melakukan zina dan sebagainya datang kepada Nabi SAW dan berkata: “Sesungguhnya apa yang engkau kata dan sampaikan adalah baik, dan kalaulah kamu khabarkan kami mengenai apa-apa kaffarah/pengampunan ke atas apa yang telah kami lakukan.” Maka Allah SWT lalu menurunkan ayat (وَالَّذِينَ لاَ يَدْعُونَ مَعَ اللهِ إِلَهًا آخَرَ وَلاَ يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ وَلاَ يَزْنُونَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَامًا) dan ayat (يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ).” [Riwayat al-Bukhari (4810) dan Muslim (237)]

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Para ulama' beristidlal dengan ayat ini dalam menyatakan keampunan ke atas segala dosa sama ada besar atau kecil, sama ada berkait dengan hak manusia ataupun tidak. Dan yang masyhur di sisi Ahli Sunnah bahawa semua dosa diampun dengan taubat dan ia diampun bagi siapa yang Allah kehendaki.” (Lihat: Fath al-Bari, 8/550)

Kesimpulan

Berdasarkan kenyataan di atas, jelas bahawa keampunan adalah merangkumi segala dosa sama ada dosa besar atau kecil, dan berkait dengan hak anak Adam atau tidak.

Walaupun begitu, alangkah baiknya bagi sesiapa yang mampu untuk membayar balik dan menebus semula apa yang diambil daripada seseorang tanpa hak untuk dipulangkan semula bagi menunjukkan Islam agama yang menjunjung tasamuh islami serta akhlak yang unggul.

Kami menutup dengan doa kepada Allah:

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.” [Surah al-A’raf (23)]

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/status-dosa-dengan-makhluk-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amal Kebaikan Sebelum Memeluk Islam Adakah Ia Dikira

Amal Kebaikan Sebelum Memeluk Islam Adakah Ia Dikira

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 159 hits
SOALAN Benarkah seorang non Muslim apabila dia memeluk Islam maka amalan kebaikan yang dilakukannya sebelum memeluk Islam turut dikira oleh Allah SWT JAWAPAN Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Hakim bin Hizam R A katanya Aku ber...
Hukum Mualaf Menukar Nama Setelah Memeluk Islam

Hukum Mualaf Menukar Nama Setelah Memeluk Islam

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 641 hits
SOALAN Perlukah mereka yang bukan beragama Islam menukar nama mereka atau nama bapa setelah memeluk Islam JAWAPAN Syariat Islam menekankan soal penggunaan nama yang bermaksud baik Nama menjadi bentuk pengisytiharan identiti sebagai seorang ...
150 Lagi Bukan Islam Pilih Sertai Dhpp Jom Ramai Ramai

150 Lagi Bukan Islam Pilih Sertai Dhpp Jom Ramai Ramai

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 261 hits
SHAH ALAM Bekas Naib Ketua Cabang PKR Kawasan Hulu Langat Dato Dr Pannir Selvam menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS semalam Tindakannya itu susulan rasa kekecewaan terhadap kepimpinan parti lamanya dan kerajaan Pakatan Harapan Selain Pan...
Menteri Basuki Proyek Universitas Islam Internasional Indonesia Rampung Akhir 2020

Menteri Basuki Proyek Universitas Islam Internasional Indonesia Rampung Akhir 2020

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 224 hits
Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Basuki Hadimuljono mengatakan pembangunan yang dikerjakan oleh pemerintah yakni masjid kampus dan perpustakaan saat ini baru dimulai
Apakah Maksud Mimpi Pindah Rumah Dalam Islam Ini Mungkin Jawapannya

Apakah Maksud Mimpi Pindah Rumah Dalam Islam Ini Mungkin Jawapannya

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 441 hits
Apakah Maksud Mimpi Pindah Rumah Dalam Islam Ini Mungkin Jawapannya Pernah tak kalian bermimpi pindah rumah Kalau belum pernah mimpi pindah rumah tak mengapalah tetapi bagi yang telahpun mimpi pindah rumah di sini ada beberapa maksud untuk ...
Koronavirus Sains Virologi 7 Pengajaran Buat Islam

Koronavirus Sains Virologi 7 Pengajaran Buat Islam

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 379 hits
SATU wabak jangkitan baru yang selama ini tidak diketahui oleh Sains kini telah menyebabkan penyakit jangkitan akut paru paru di negara China dan telah mula tersebar ke negara negara lain Setakat ini lebih kurang 41 orang telah diketahui m
Gubernur Diy Minta Wapres Ma Ruf Amin Jadi Pemimpin Islam Modern

Gubernur Diy Minta Wapres Ma Ruf Amin Jadi Pemimpin Islam Modern

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 167 hits
Tindak kekerasan oleh mereka yang keyakinannya tentang agama belum paripurna Padahal bukankah ajaran Islam ada untuk semesta dan memuat tema kemanusiaan ucap Sri Sultan
Koronavirus Masjid Putra Ditutup Kepada Bukan Islam Hanya Untuk Solat

Koronavirus Masjid Putra Ditutup Kepada Bukan Islam Hanya Untuk Solat

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 328 hits
PUTRAJAYA 26 Jan Masjid Putra di sini ditutup untuk lawatan bagi pengunjung bukan beragama Islam bermula pukul 2 petang tadi susulan kebimbangan terhadap wabak 2019 Novel Coronavirus Jurucakap pengurusan Masjid Putra ketika dihubungi Bernam...
Falsafah Islam Berdepan Penyakit Wabak

Falsafah Islam Berdepan Penyakit Wabak

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 340 hits
DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN ULASAN Islam adalah agama yang diutuskan oleh Allah untuk kemaslahatan manusia Ia adalah panduan dan ketetapan demi kebaikan manusia semata Ia adalah ajaran Allah bagi menyelesaikan masalah dan cabaran yang dihada...
Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Sabah Air Belum Mohon Lesen Perkhidmatan Udara Kata Menteri Pengangkutan

Malaysia Singapore To Jointly Nominate Chingay For Unesco List

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Lebai Beri Nama Isteri Penerima Zakat

Jarang Jarang Dapat Bergambar Dengan Pemimpi Nabi

Apa Itu Malaysian Dream

Sabah Lanjut Kontrak Kim Swee

Dapatkan Rawatan Estetik Kulit Bagi Hilangkan Melasma Jeragat Di Klinik Dr Bazilah

Tv Samsung Rosak Tamat Tempoh Hayat