Allahyarham Sudirman Pergi Kerana Disihir Pneumonia Bukannya Sebab Buat Benda Terlarang Saodah Ismail




KUALA LUMPUR – Pada 22 Februari ini genaplah 27 tahun Allahyarham Sudirman Hj Arshad pergi meninggalkan kita semua. Walapun jasadnya kini sudah tiada disisi, namun lagu serta pencapaian beliau akan terus dikenang. Manakan tidak, penyanyi lagenda ini pernah mencipta sejarah industri hiburan negara dengan pelbagai kejayaan yang dikecapinya.



Suatu ketika dahulu, Sudirman pernah mencatat sejarah kerana pada tahun 1984 beliay berjaya menarik lebih 100,000 orang saksikan konsert jalanannya. Malah Sudirman juga tidak menyerahkan semua urusan konsert itu 100 peratus kepada orang lain tetapi enguruskan banyak perkara sendiri termasuklah mendapatkan permit polis

Seorang wartawan hiburan terkenal era 80an hari ini menegaskan punca sebenar kem4tian penyanyi Allahyarham Sudirman Hj Arshad adalah akibat perbuatan sihir serta pneum0nia dan langsung tidak ada kena mengena dengan pengambilan d4dah atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan (AID5) seperti yang sering diperkatakan.

Saodah Ismail yang juga rakan karib Allahyarham memberitahu, Sudirman sendiri semasa hidupnya menyedari dirinya menjadi mangsa fitnah ramai pihak yang menuduhnya mengambil dad4h.



Katanya, disebabkan tuduhan-tuduhan tersebut, Sudirman pernah menjelaskan dalam beberapa sidang akhbar yang beliau tidak pernah terlibat dalam mengambil sebarang benda terlarang dalam hidupnya sebagai anak seni.

Menurut Saodah, pernah selepas mengadakan persembahan di Sarawak, Sudirman mengatakan dalam satu sidang akhbar yang beliau berani bersumpah tidak mengambil d@dah.

Malah kata Saodah, oleh kerana merasakan seolah-olah penafian itu belum cukup, Sudirman sekali lagi mengulang penafian yang sama dalam satu lagi sidang akhbar tidak lama selepas itu.

”Sudirman ketika itu mengakui badannya semakin kurus dan mukanya bertambah cengkung kerana terlalu penat berlatih untuk mengadakan pelbagai persembahan malah bila bekerja beliau selalu hilang selera makan sehingga hampir seminggu tidak menjamah nasi, hanya minum bergelas air suam.

”Ketika beliau s,akit, banyak cerita mistik mengenai keadaannya. Pernah seorang peminatnya dari Perak mendedahkan Sudirman ada menulis surat ‘meminta maaf’ kerana baru saja baik sakit disebabkan ‘dianiaya seseorang’ di mana dari tubuhnya keluar hirisan tengkorak orang m4ti dan dia nyaris hilang ingatan.



Sudirman ‘pergi’ kerana disihir, pneum0nia… bukan sebab buat benda terlarang!

”Saya antara orang yang percaya bahawa meskipun perubatan menyebut pneumonia atau jantungnya gagal berfungsi sebagai punca kem4tian Allahyarham, saya percaya beliau juga terkena sihir,” kata Saodah dalam buku tulisannya yang bertajuk Sudirman Yang Ku Kenali.

Buku tersebut dirasmikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said di salah sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail di sini hari ini.

Untuk rekod, penerbitan buku ini berdasarkan kisah-kisah yang diceritakan semula oleh teman-teman baik penghibur nombor satu Asia tersebut.

Sepanjang kariernya sebagai wartawan, Saodah menyimpan banyak kenangan manis dan anekdot mengenai artis yang mengharumkan nama negara ini.

Kini beliau menghimpunkan kisah-kisah tersebut di dalam buku berkenaan.

Sudirman ‘pergi’ kerana disihir, pneum0nia… bukan sebab buat benda terlarang!

Turut menyumbang kisah mereka di dalam buku ini adalah penulis lirik Habsah Hassan, bekas pegawai perhubungan EMI Norisah Sulaiman, pengurus Sudirman ketika zaman kemuncaknya Danial Dharanee Kannan, peguam Dr Syed Iskandar Syed Jaafar, Presiden pengasas Kelab Peminat Sudirman Ramlan Md Isa dan bekas wartawan Media Hiburan Intan Zabidin dan beberapa lagi.

Dalam sidang akhbar selepas pelancaran buku itu, Saodah memberitahu, antara sebab beliau menghasilkan buku berkenaan adalah kerana kecewa dengan pelbagai pihak yang gagal menunaikan janji pasca kematian penghibur nombor satu Asia itu.

”Waktu Allahyarham meningal, beliau ‘dimandikan’ dengan pelbagai janji antaranya nak buat sebuah institusi, nak buat galeri, nak buat muzium, nak buat Jalan Sudirman, nak bagi biasiswa Sudirman untuk anak-anak muda yang berbakat besar tetapi lama kelamaan tak ada apa pun yang berlaku.

”Muzium pun tak ada, galeri pun saya tak tahu wujud ke tidak, malah ada yang kata hidup segan m4ti tak mahu. Kuburnya pun hanya ahli keluarga dan peminat yang jaga. Kita belum ada satu bentuk penghargaan untuk Allahyarham.

”Dua tiga hari lagi genap 27 tahun kemaatiannya, orang semua akan bercakap mengenai Sudirman… sebagai seorang kawan, saya nekad menghasilkan buku ini kerana tidak mahu namanya hilang begitu saja,” kata Saodah.

Setuju atau tidak dengan kenyataan tersebut? Benar sehingga kini kita lihat, masih tiada siapa yang mampu menandingi kelunakan suaranyal. Perkara tersebut turut diperakui oleh sahabat karibnya, Habsah Hassan

“Saya secara peribadi berasakan apa yang dibuat oleh Sudirman belum boleh digantikan oleh penyanyi sekarang. Saya bukanlah hendak melebihkan Sudirman kerana rapat dengan Allahyarham, tetapi anda boleh kaji sendiri lagu nyanyiannya, tulisannya, komik yang pernah dihasilkannya. Anda akan dapat apa saja daripada soal isu semasa, kerjaya, kemasyarakatan sehinggalah kepada soal hati”

Dalam perkembangan lain, penyanyi kesayangan ini pernah menghubungi Habsah sambil menangis.Tambah Habsah, keakraban mereka seperti adik beradik membuatkan Sudirman sudi berkongsi apa sahaja. Malah pernah suatu ketika,Sudirman berasa sayu dan menangis dan Habsah hanya mampu suruh beliau bersabar dan banyak beristighfar.

“Lagu Merisik Khabar dinyanyikan Sudirman dengan penuh perasaan kerana liriknya memang satu luahan dalam dirinya pada waktu itu”

Siapa sangka, teman yang dari kecil kini menjadi isteri tercinta. Namun begitu perkahwinan Sudirman dengan Kamariah Jamaludin atau lebih dikenali Kay tidak bertahan lama kerana perkahwinan mereka cuma bertahan selama tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 25 Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman antara mereka dan Norkumalasari menjadi saksi perceraian itu.

Buku Sudirman Yang Ku Kenali ini berharga RM29 dan pesanan pembelian boleh dibuat melalui nombor Whatsapp 019 675 2702.

Al-Fatihah buat seniman tiada galang ganti ini. Semoga rohnya bersama orang beriman.

Sumber dari Malaysia Gazette via nalurikini.com © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/02/allahyarham-sudirman-pergi-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Esok Mak Pergi Tak Balik Lagi Seloroh Tinggalkan Keluarga Jadi Kenyataan

Esok Mak Pergi Tak Balik Lagi Seloroh Tinggalkan Keluarga Jadi Kenyataan

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 571 hits
Esok Mak Pergi Tak Balik Lagi Seloroh Tinggalkan Keluarga Jadi Kenyataan Seorang daripada lima beranak yang maut dalam kemalangan jalan raya dekat Kampung Pengkalan Atap Batu Rakit Kuala Nerus awal pagi tadi sempat berseloroh dengan anaknya...
Inkues Adib Pemandu Trak Bomba Takut Perusuh Jerit Pergi Balik Jangan Padam

Inkues Adib Pemandu Trak Bomba Takut Perusuh Jerit Pergi Balik Jangan Padam

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 468 hits
Diterbitkan Hari ini 2 01 tengahariSeorang pemandu trak bomba yang ditugaskan ke kuil Sri Mahamariamman pada bulan November lalu memberitahu inkues hari ini bahawa beliau mengundurkan kenderaannya dalam keadaan panik selepas dihalau sekumpu...
Perwira Darul Iman Abdul Bari Pergi Dalam Syahid Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

Perwira Darul Iman Abdul Bari Pergi Dalam Syahid Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 493 hits
ABDUL Bari Asyraf Mohd 31 yang lemas ketika menyelamatkan lima sekeluarga di muara Sungai Terengganu Kuala Terengganu kelmarin meninggal dunia dalam syahid kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al Bakri Mayat Abdul B...
Allahuakbar Sayu Lima Sekeluarga Termasuk Bayi Pergi Kereta Terbabas

Allahuakbar Sayu Lima Sekeluarga Termasuk Bayi Pergi Kereta Terbabas

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 421 hits
Allahuakbar Sayu Lima Sekeluarga Termasuk Bayi Pergi Kereta Terbabas Lima sekeluarga termasuk bayi perempuan berusia sembilan bulan maut selepas kereta dinaiki terbabas dalam kemalangan di Kampung Pengkalan Atap Batu Rakit Kuala Nerus hari ...
Kalau Ditakdirkan Dia Pergi Biarlah Kepergiannya Berkubur

Kalau Ditakdirkan Dia Pergi Biarlah Kepergiannya Berkubur

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 198 hits
Kalau ditakdirkan dia mati biarlah kematiannya berkubur kata Mohd Mustafa 66 bapa kepada Abdul Bari Asyraf 31 yang dikhuatiri lemas ketika menyelamatkan lima sekeluarga selepas kenderaan mereka meluncur dan terjunam ke dalam sungai di Pulau...
Bila Haziq Kena Pneumonia Dan Impetigo Serentak

Bila Haziq Kena Pneumonia Dan Impetigo Serentak

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 165 hits
Early Feb punya cerita baru tergerak hati nak share Hohoho Ngam ngam berlaku masa baru nak start cuti sekolah Menyebabkan aku pada masa tu jadi rasa was was nak bawa family bercuti sebab risaukan benda ni jadi melarat Alkisahnya Haziq tak s...
Batuk Berkahak Tak Hilang Walau Diberi Ubat Demam Panas Nafas Laju Berbunyi Anak Mungkin Pneumonia

Batuk Berkahak Tak Hilang Walau Diberi Ubat Demam Panas Nafas Laju Berbunyi Anak Mungkin Pneumonia

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 496 hits
Batuk berkahak demam suhu tinggi lemah nafas laju Mama papa tolong jangan ambil mudah dan lengahkan masa mendapatkan rawatan Radang paru paru atau pneumonia boleh menyerang sesiapa sahaja pada pelbagai peringkat usia Kanak kanak juga tidak ...
Aku Nak Kau Mvrtad Kisah Benar Penangan Gadis Dannok Suamiku Disihir

Aku Nak Kau Mvrtad Kisah Benar Penangan Gadis Dannok Suamiku Disihir

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 610 hits
Kalau ada di sini sesiapa yang suka pergi ke sempadan Thai untuk buat kerja tak elok minta bertaubatlah Kalau terkena sihir bomoh siam macam suami aku ni Ustaz kita yang biasa biasa ni pun tak lepas nak lawan sihir depa Ikuti perkongsian Nu...
Ctos Sme Biz Day Ends On A High In Kuching Fueling Digital Growth For 6 000 Smes Nationwide

Apa Itu Fpx Panduan Lengkap Tentang Pembayaran Fpx Di Malaysia

Cara Mengusir Kenangan Pahit

Telefilem Skuad Apartmen Putra Misi Cinta Merdeka

Sarah Hildebrand Bergelar Ibu Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Beyond Quick Fixes Real Reforms For Malaysia S Education Future

Nota Ceramah Tazkirah Al Nisa Wanita Hebat Di Langit

Students To Protest Demanding Fadhlina S Resignation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Duta Riang Villa Vila Dengan Konsep Tradisional Melayu Dan Rustik

It S Finally Confirmed That Huawei Pura 80 Series Is Powered By Their Strongest Chipset Kirin 9020

Re Po 59087 Csl24lg630

Daging Masak Kicap Pedas Dan Aulawiya

Easy Halal Beef Kebab Recipe

Jom Buat Jemput Jemput Bawang Yang Rangup Diluar Lembut Di Dalam