Duta Riang Villa Vila Dengan Konsep Tradisional Melayu Dan Rustik


Sambungan entri terdahulu —> Menginap 2 Hari 1 Malam di Duta Riang Villa, Selandar, Melaka

Semasa menginap di Duta Riang Villa (DRV), saya dan Encik Suami diberi penginapan di vila D198 Kim Hong - vila yang terletak paling hadapan

Tetamu vila boleh bawa kenderaan masuk di kawasan vila dan parkir berhampiran vila sekiranya ada kekosongan ruang parkir. Disebabkan tak ada ruang parkir kosong, kenderaan kami cuma berhenti untuk turunkan beg pakaian di vila dan kemudian berpatah balik ke kawasan parkir utama

Vila D198 Kim Hong. Reka bentuk vila dengan konsep tradisional Melayu dan rustik. Setiap vila diberi nama sempena varieti durian premium. Inilah antara keunikan yang ditawarkan di DRV
Jom kenali durian D198 Kim Hong | Varieti durian klon yang berasal dari Johor, didaftarkan secara rasmi oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2013 dengan kod rasmi D198. Dikenali sebagai durian Kim Hong atau Golden Phoenix. Buahnya berbentuk bulat dan sedikit lonjong. Berat buah di antara 1 kg - 2.2 kg sebiji. Rasa buahnya pahit manis seimbang. Saiz bijinya kecil hingga sederhana
Kalau nak tengok rupa buah dan isi durian Kim Hong, boleh baca entri Durian Kim Hong D198 oleh sahabat blogger Wak - Warisan Petani yang berpengalaman menanam sendiri durian varieti premium ini. 
Laluan pejalan kaki menuju ke empat buah vila lain. Semuanya terdapat lima buah vila di sini


⏵ VILA D198 KIM HONGVila penginapan kami - sebuah rumah besar dua tingkat dengan lima buah bilik tidur dan tiga bilik air. Sebaik melangkah masuk, saya terpegun melihat keindahan seni bina vila yang berkonsepkan tradisional Melayu dan rustik. Gabungan yang menghasilkan suasana santai, tenang dan dekat dengan alam

Sebuah rak kasut dengan deretan susunan selipar untuk kegunaan dalam vila turut disediakan di bahagian hadapan vila. 
Foto aras bawah vila - terdapat dua buah bilik tidur, dua buah bilik air dan mini pantri

Kami menginap di salah sebuah bilik di aras bawah (dalam foto - di sebelah kanan berhampiran mini pantri). Mungkin master bedroom kerana bilik kami lebih luas dan dilengkapi dengan bilik air di dalamnya

Ruang tengah iaitu ruang santai vila berkonsep terbuka, tiada dinding. Tidak kelihatan dalam foto di atas - di sebelah kanan dan kiri terdapat dua buah meja besar untuk tetamu duduk berkumpul. Sambil duduk bersantai di ruang tengah, dapatlah kita menikmati suasana di resort ini

Terdapat dua buah tangga untuk kita naik ke aras atas

Sudut pandang dari aras atas, boleh nampak kolam renang yang terletak di hadapan empat buah vila lain. Terdapat tiga buah bilik tidur dan sebuah bilik air di bahagian atas. Ruang santai di atas lebih menarik dan berangin sebab berada pada kedudukan lebih tinggi

Setiap sudut vila sangat cantik dan sesuai bagi mereka yang gemar berfoto

Aneka jajan disediakan atas meja di ruang tengah

Mini pantri - terdapat sinki, kelengkapan buat air panas dan peti sejuk mini. Kemudahan ini cuma terdapat di aras bawah. Kalau orang atas nak buat minuman panas, kenalah turun ke bawah ni

Deretan minuman Coca Cola disediakan dalam peti sejuk mini


⏵ BILIK PENGINAPAN KAMI YANG CUKUP SELESA
Masya Allah…cantik bilik yang kami dapat ni. Terdapat banyak sumber pencahayaan semula jadi membuatkan bilik ini terasa lebih luas dan kita tak rasa ‘terperangkap’ duduk dalam bilik

Bilik ini juga dilengkapi dengan tempat gantung baju, meja untuk letak beg pakaian, meja serba guna dan sebuah cermin besar dengan lampu LED di sekelilingnya

Tilam dan bantalnya empuk, selesa tidur. Ada pilihan alat pendingin hawa dan kipas. Juga terdapat penanda arah kiblat yang tepat (saya buat semakan arah kiblatnya). Sangat memudahkan orang Islam yang datang menginap di sini

Pun begitu, rekaan siling kayu begini ada sedikit kekurangan - kita boleh dengar setiap kali orang di bilik atas berjalan dan berbual. Apa pun, ini cuma hal kecil pada saya kerana cuma satu malam sahaja menginap di sini

Kelebihan menginap di bilik utama - ada bilik air dalam bilik penginapan kami. Kalau penghuni bilik tidur lain, mereka perlu berkongsi bilik air yang terletak di luar bilik

Bilik airnya juga luas, selesa dan lengkap dengan segala kemudahan. Paip bidet terletak di sebelah kiri - agak kurang selesa digunakan sebab saya dominan tangan kanan

Ruang mandi tak begitu luas tetapi memadai

Secara keseluruhannya, saya rasa selesa sepanjang menginap di bilik ini. Berbanding dengan Encik Suami yang banyak menghabiskan masa berkumpul bersama kawan-kawannya, saya ada banyak masa bersantai di dalam bilik cantik ini


⏵ SUASANA MALAM YANG INDAHBerbeza dengan waktu siang, suasana malam di sini lebih indah. Deretan vila dengan konsep tradisonal Melayu dan rustik kelihatan lebih menawan

Vila penginapan kami di waktu malam

Deretan empat buah vila lain

Salah satunya dengan nama durian D101 Johor Mas. Jangan terkeliru ya, varieti D101 Johor Mas berbeza dengan varieti D168 yang dikenali sebagai durian IOI

Kolam renang boleh digunakan hingga waktu malam

Saya bergerak jauh sedikit bagi mendapatkan foto dari sudut ini - deretan empat buah vila


Berapa kadar harga vila penginapan di sini? Harganya berbeza mengikut jumlah bilik yang tersedia dalam setiap vila. Penginapan kami di vila D198 Kim Hong dengan lima buah bilik tidur berharga RM2,600 untuk satu malam. Terkejut saya bila tahu harganya 😅
Harga penginapan sudah termasuk sarapan pagi dan dapat diskaun bagi aktiviti melawat dusun durian menaiki ATV - harga biasa RM100, jimat RM30 jika menginap di sini

Kalau difikirkan, kadar harga tersebut bersesuaian dengan pengalaman menginap di vila yang sangat cantik dan selesa serta berada dalam kawasan dusun durian. Suatu pengalaman unik! Lokasi ini sangat sesuai bagi percutian istimewa bersama keluarga atau acara reunion bersama kawan-kawan

Kalau kalian berminat, boleh hubungi pihak Duta Riang Villa di 019-470 8899 atau e-mel di [email protected] bagi mendapatkan maklumat lanjut









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/08/duta-riang-villa-vila-dengan-konsep.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menginap 2 Hari 1 Malam Di Duta Riang Villa Selandar Melaka

Menginap 2 Hari 1 Malam Di Duta Riang Villa Selandar Melaka

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 936 hits
Cerita hujung minggu bulan lalu Sabtu Ahad 19 20 Julai 2025 Saya dan Encik Suami dapat jemputan untuk menginap di Duta Riang Villa yang terletak di Selandar Melaka Selain kami pemiliknya yang juga kenalan Encik Suami turut menjemput beberap...
Menu Makanan Melayu Tradisional Di The Nasi Ambeng Seri Kembangan

Menu Makanan Melayu Tradisional Di The Nasi Ambeng Seri Kembangan

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 1774 hits
Kak ana suka juga makan nasi ambeng ni sekali sekala Dulu ada di jual di pasar tani di kawasan kediaman kak ana rajin juga kak ana beli dan makan sebab suka dengan masakan ayam masak kicap depa Tapi dah bertahun juga tak ke pasar tani di si...
Biodata Nina Smith Pelakon Melayu Amerika

Biodata Nina Smith Pelakon Melayu Amerika

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 1351 hits
Original Content Siapa Nina Smith Dalam industri hiburan tempatan yang sentiasa dipenuhi dengan wajah baharu nama Nina Smith muncul sebagai antara pelakon muda yang semakin menyerlah bakatnya Walaupun masih baru dalam bidang seni beliau ber...
Masa Ada Kuasa Nak Tolong Oeniaga Kecil Melayu Ni Bawa Anak Muda Naik Motor Jaga Petani Pun Tidak Maki Pandai

Masa Ada Kuasa Nak Tolong Oeniaga Kecil Melayu Ni Bawa Anak Muda Naik Motor Jaga Petani Pun Tidak Maki Pandai

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 1469 hits
Ketika berucap pada Majlis Makan Malam Jubli Emas ke 50 Gabungan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia saya tegaskan bahawa dalam arus pembangunan negara prasarana gerai warung dan restoran rakyat tidak boleh diketepikan Kemudahan asas ...
Orang Malaysia Terkejut Disergah Lelaki Jepun Fasih Bahasa Melayu Di Fukuoka Airport

Orang Malaysia Terkejut Disergah Lelaki Jepun Fasih Bahasa Melayu Di Fukuoka Airport

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 384 hits
Orang Malaysia Terkejut Disergah Lelaki Jepun Fasih Bahasa Melayu Di Fukuoka Airport Bila kita berada di luar negara soal bahasa memang selalu jadi cabaran Sama juga bila pelancong asing datang ke Malaysia mereka perlu sesuaikan diri dengan...
Urimai Sedia Bantu Blok Pembangkang Raih Sokongan Bukan Melayu

Urimai Sedia Bantu Blok Pembangkang Raih Sokongan Bukan Melayu

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 323 hits
Urimai sedia fokus pada kawasan bandar dan pinggir bandar sekiranya diberi peranan itu Presiden Urimai P Ramasamy kata partinya berpotensi mendapatkan undi kaum India di kawasan bandar PETALING JAYA Parti Bersepakat Hak Rakyat sedia membant...
Selepas Dihina Anak Fila Amir Tak Dibenarkan Dibawa Pulang Kampung Suami Di Afrika Takut Keluarga Tu Tak Baik

Rare Tribute From Perlis Mufti We Criticise Chinese Schools But What S The Quality Of Tahfiz School Kids

Hari Lahir Sarah Dan Ucid 11 Tahun

Setiap Detik Adalah Puisi Cinta Yang Tidak Terucap Nukilan Fattah Amin Kepada Amira Othman Bikin Merinding

Ustaz Azhar Idrus Ulas Kenyataan Buka Hijab Lebih Dekat Dengan Allah Itu Jahil

Ucapan Hari Lahir Ayah Mertua Yang Ke 66

Sembang Pengalaman Di Jalan Kimanis Menuju Ke Kota Kinabalu Sabah

Funding Woes Threaten Kelantan Participation In Malaysian Deaf Games


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Polis Evo 10 Tahun Dari Pawagam Ke Hati Penonton

Malaysia Sarong Music Run 2025 Edisi 2 0 Kembali Dengan 40 000 Kuih Muih Tradisional

Restoran Anak Mami Restoran Mamak Yang Menarik Hati Etuza

Fattah Amin Amira Othman Sah Bergelar Suami Isteri

Irresistible Cosori Dehydrator Beef Jerky Recipe Dehydrator

Maklumat Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mendaftar Untuk Menderma Darah