Kalau Ditakdirkan Dia Pergi Biarlah Kepergiannya Berkubur


“Kalau ditakdirkan dia mati, biarlah kematiannya ‘berkubur’,” kata Mohd Mustafa, 66, bapa kepada Abdul Bari Asyraf, 31, yang dikhuatiri lemas ketika menyelamatkan lima sekeluarga selepas kenderaan mereka meluncur dan terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan di sini, malam tadi.
Justeru, Mohd dan keluarga serta sanak saudara mereka tidak putus mendoakan Abdul Bari Asyraf ditemui.
Mohd berkata, dia reda dengan kejadian menimpa anaknya biarpun tragedi menyayat hati itu meninggalkan kesan mendalam terhadap keluarganya.
“Dalam keluarga saya hanya ada dua anak lelaki, manakala enam lagi anak perempuan. Sudah tentu kehilangannya sangat dirasai, apatah lagi pemergiannya berlaku secara mengejut.
Saya Berbangga
“Namun saya berbangga kerana kejadian menimpanya berlaku kerana niat murninya mahu menyelamatkan nyawa orang lain dan saya tenang dengan apa yang berlaku.
“Tak guna kita menangis meraung kerana apa yang berlaku adalah ketentuan Illahi,” katanya sayu ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Mohd berkata, Abdul Bari Asyraf yang bekerja sebagai pengimpal di sebuah bengkel di Kampung Merbau Patah, Jalan Kuala Berang, di sini, seorang anak yang baik dan ramah di kalangan keluarga serta sangat disenangi rakannya.
“Dia memang minat memancing. Malah pada hari kejadian (semalam), dia baru balik daripada memancing di Kampung Seberang Takir.
“Dia keluar semula selepas solat Asar apabila rakannya mengajak dia memancing di Pulau Warisan dan ketika itu saya tiada di rumah kerana menziarah orang meninggal di Kampung Pasir Panjang,” katanya.
Pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jenagor, Hulu Terengganu itu berkata, anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau petanda pelik sebelum kejadian.
Dia Keluar Lepas Asar
Sementara itu, ibu mangsa, Masitah Awang, 60, berkata, Abdul Bari keluar rumah selepas waktu Asar untuk memancing bersama rakan baiknya.
“Dia memang minat memancing dan pagi semalam awal-awal lagi dia dah keluar memancing bersama rakannya. Selepas makan dan solat Asar, dia keluar semula selepas diajak rakan memancing di Pulau Warisan.
“Tak sangka tragedi ini menimpa dan saya hanya mengetahui kejadian selepas menerima panggilan daripada polis jam 10 malam,” katanya.
Dalam kejadian itu, Abdul Bari Asyraf yang ketika itu sedang memancing terjun ke sungai bagi menyelamatkan lima mangsa yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang meluncur sebelum terjunam ke sungai.
Bagaimanapun, Abdul Bari Asyraf yang dikatakan mengalami kekejangan otot menyebabkan dia gagal mengawal keadaan sebelum kelibatnya hilang di permukaan air.
Dalam kejadian semalam, usaha menyelamat lima mangsa dalam kenderaan pacuan empat roda terbabit turut dilakukan lima lelaki lain yang berada di lokasi kejadian dan semua mereka selamat berenang ke tebing.
Mangsa di dalam kenderaan itu, Suryati Rusly, 37; Nordiana Alwani Jaafar, 33; Asmaa Rusly, 23; Syafawani Jaafar, 11; dan Iman Nur Hana Luthfia Mohd Amiruddin berusia tiga tahun berjaya diselamatkan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Sumber/Foto: Berita harian
The post ‘Kalau Ditakdirkan Dia ‘Pergi’, Biarlah Kepergiannya Berkubur’ appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/kalau-ditakdirkan-dia-pergi-biarlah-kepergiannya-berkubur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Pergi Ke Langkawi Wildlife Park

Jom Pergi Ke Langkawi Wildlife Park

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 772 hits
Tajuk pun dah macam kita pergi ke hutan Amazon kan Hihi Padahal tak Sebab kalau kita bercuti di hutan amazon belum tentu lagi kita dapat balik Bukan sebab mati tau Tapi sebab cantik sangat hutan flora dan fauna dorang sampai rasa tak nak ba...
Ramai Tak Peminat Kedai Eco Jika Pergi Kesana Korang Wajib Beli Barang Berguna Ini Murah Tapi Sangat Berguna

Ramai Tak Peminat Kedai Eco Jika Pergi Kesana Korang Wajib Beli Barang Berguna Ini Murah Tapi Sangat Berguna

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 556 hits
Sebut sahaja kedai ECO 2 Ringgit pasti ramai yang tahu kedai serbaneka popular tersebut Paling best semua barangan di kedai tersebut berharga RM2 Kalau sekali pergi memang rasa nak borong satu kedai Jika anda jenis yang suka mengemas dan me...
Tolong Jangan Cakap Bukan Bukan Biarkan Arwah Isteri Saya Pergi Dengan Tenang Suami

Tolong Jangan Cakap Bukan Bukan Biarkan Arwah Isteri Saya Pergi Dengan Tenang Suami

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 589 hits
Keluarga kepada seorang suri rumah yang ditemui lemas di Tasik Taman Bandar Indera Mahkota di sini semalam meminta netizen tidak lagi mengeluarkan kenyataan tidak berasas berhubung kejadian itu Suami kepada wanita itu yang enggan dikenali b...
Tak Perlulah Sampai Pergi Serang Pihak Ketiga Bila Suami Curang Angkatlah Darjat Kita Sebagai Seorang Isteri

Tak Perlulah Sampai Pergi Serang Pihak Ketiga Bila Suami Curang Angkatlah Darjat Kita Sebagai Seorang Isteri

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 594 hits
Tak Perlulah Sampai Pergi Serang Pihak Ketiga Bila Suami Curang Angkatlah Darjat Kita Sebagai Seorang Isteri Wanita Ni Kongsikan Pengalamannya Sakit memang sakit bila melaluinya namun ada baiknya kita sebagai isteri jaga martabat diri kita ...
Princess Sayang Maafkan Mama Tak Dapat Selamatkanmu Ibu Luah Kesedihan Anak Pergi Kerana Lelaki Taksub

Princess Sayang Maafkan Mama Tak Dapat Selamatkanmu Ibu Luah Kesedihan Anak Pergi Kerana Lelaki Taksub

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 433 hits
Maafkan Mama Tak Dapat Selamatkanmu Ibu Luah Kesedihan Anak Pergi Kerana Lelaki Taksub Luluh hati seorang ibu apabila anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang meninggal dunia dek kerana ketaksuban seorang lelaki menagih cinta kekasihn...
Pergi Ke Movie Animation Park Studio Ipoh Perak

Pergi Ke Movie Animation Park Studio Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 419 hits
Assalamualaikum semua Hari ni mama nak post satu lagi entry basi Balik dari Pulau Pinang haritu mama telah Pergi ke Movie Animation Park Studio Ipoh Perak Mama sebenarnya dah beli tiket lebih awal Sebab semasa SUKMA di perak dulu Ada jual t...
Apa Itu Fpx Panduan Lengkap Tentang Pembayaran Fpx Di Malaysia

Cara Mengusir Kenangan Pahit

Telefilem Skuad Apartmen Putra Misi Cinta Merdeka

Sarah Hildebrand Bergelar Ibu Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Nota Ceramah Tazkirah Al Nisa Wanita Hebat Di Langit

Ex Sabah Minister Fails To Secure Retrial Of Forgery Case

Hakim Paling Baik Di Dunia Frank Caprio Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

Their Window Seats Lacked Windows So Delta And United Passengers Sued


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Izzul Islam Dibenarkan Pulang Ke Rumah Malam Tadi Utusan Malaysia

Kanada Rekod Wabak Campak Terburuk Dengan Lebih 4 500 Kes

3 Lelaki Warga China Pecah Rumah Dipenjara 28 Bulan

Rakyat Kelantan Diminta Tangguh Perjalanan Ke Thailand Ekoran Serangan Bom Di Tak Bai

Tudm Sahkan Pesawat F A 18d Hornet Terlibat Kemalangan

Wanita Dikejarkan Ke Hospital Dakwa Selepas Picit Jerawat