Nota Ceramah Tazkirah Al Nisa Wanita Hebat Di Langit


 Kali Pertama Hadir Majlis Ilmu Secara Fizikal Tahun Ini

Tahun ini adalah kali pertama saya dapat menghadiri semula majlis ilmu secara fizikal. Anak bongsu saya kini sudah mula bersekolah, maka ruang untuk diri sendiri perlahan-lahan mula terbuka.
Rindu suasana duduk dalam majlis ilmu, rindu melihat wajah para ibu, isteri dan wanita lain yang juga mencari bekal ke syurga. Rasa duduk dalam taman ilmu ni memang tak sama.
Dan hari itu, saya hadir ke satu majlis yang saya takkan lupa.
Alhamdulillah, diberikan kesempatan untuk duduk dalam majlis ilmu bersama anak tercinta, diaturkan Allah anak ini terpaksa diambil dari asrama kerana tidak sihat, sakit mata. Pihak asrama mohon ibu ambil anak, jadi saya bawalah dia temankan saya sekali. 
Acara ini berlangsung dari jam 9.30 sehingga hampir 12.30 tengah hari, langsung tidak jemu ya!
Fokus ni kerana penyampaian dari penceramah sangat relevan, santai tapi sentap.
Usah tanyalah berapa kali mengelap air mata tu. 


Tajuk Ceramah: Wanita Hebat di Langit
Program: Tazkirah Al-Nisa’
Tarikh: Selasa, 5 Ogos 2025
Tempat: Auditorium Tuanku Canselor, UnIPSAS
Penceramah: Ustaz Zul Ramli Bin Mohamed Razali


Saya suka dengan gaya penyampaian Ustaz Zul. Santai tapi penuh isi.
Beliau bercakap macam sedang bercerita dengan hati, dan setiap bait perkataan rasa macam terkena tepat pada diri sendiri.
Antara persoalan yang saya rasa semua wanita akan bertanya kepada diri;
Layakkah Aku Jadi Wanita Hebat di Langit?
“Hendakkah kamu masuk ke dalam syurga?”
Semua orang jawab, “Ya.”
Tapi Ustaz tanya semula: “Bagaimana mahu masuk syurga kalau anak kunci ke syurga itu kamu sendiri yang patahkan?”
Saya terdiam.
Saya memang terasa. Ianya tidak mudah untuk kita laginya seorang wanita yang memegang pelbagai topi untuk orang lain dan terkadang kita jugalah yang tidak dihargai, pernah rasa begitu?
Khususnya bila kita seorang suri rumah yang tiada gaji, ia menjadikan diri kita sangat kerdil. Sungguh.
Saya pernah juga berada dalam situasi menolak takdir, pernah mengeluh dalam rumah tangga,
pernah bersangka buruk, pernah hilang sabar…
dan saya sendiri lupa bahawa suami, anak-anak, ibu ayah —
semua itu adalah anak-anak kunci ke syurga.


5 Perkara Paling Menyentuh Hati Dalam Poin Wanita Hebat di Langit1. Allah tak minta sempurna, Allah minta sungguh-sungguh
Wanita hebat bukan yang tahu semua, tapi yang bersungguh cari redha Allah.


2. Hadir ke majlis ilmu adalah tanda Allah jemput
Siapa hadir ke taman syurga, dia dijemput. Maka jangan tolak jemputan Allah.


3. Redha itu pilihan, bukan pasrah
Redha = usaha + doa + tawakal. Ia bukan alasan untuk menyerah.


4. Masalah adalah bisikan syaitan. Kekuatan adalah panduan Allah
Bila kita diuji, syaitan akan perbesar masalah.
Tapi Allah akan tunjuk jalan kekuatan.


5. Jangan puji makhluk lebih dari Allah
Bila terlalu bergantung pada manusia, kita mudah kecewa.
Tapi bila kita puji Allah — hati jadi lapang.


Doa yang Diajarkan Oleh Ustaz Zul Ramli ini sangat powerful, pertama kali saya mendengarnya. Syukur alhamdulillah dapat jumpa juga doa ini. Nak salin tak pandai, kena google juga mencarinya tu!


حَسْبِيَ اللَّهُ وَكَفَى، سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ دَعَا، مَنْ تَوَكَّلَ عَلَى اللَّهِ كُفِيَ، وَمَنْ اعْتَصَمَ بِاللَّهِ نَجَا
Maksudnya:
"Cukuplah Allah bagiku, Dia mendengar sesiapa yang berdoa. Barang siapa berserah kepada Allah, maka dia akan dicukupkan. Barang siapa berpaut kepada Allah, dia akan selamat."

Saya pegang doa ini kuat-kuat dalam hati. Saya ulang setiap hari malah saya jadikan amalan untuk saya baca setiap pagi waktu subuh. 
Saya kongsikan di mana saya jumpa doa ini di laman sesawang ya.
Baca sini: https://bincangsyariah.com/zikir-dan-doa/ini-zikir-hasbiyallah-yang-dianjurkan-dibaca-di-hari-arafah/


Saya suka bila Ustaz tutup dengan afirmasi diri sebagai hamba Allah. Saya tidak dapat menyalin sepenuhnya kerana agak laju, sahabat boleh lihat di dalam nota saya, jika saya dapat tulis semula ianya adalah

Saya Emme Marina adalah aset Allah yang paling berharga,
Saya Emme Marina adalah hamba Allah yang paling berharga,
Saya Emme Marina adalah umat Nabi Muhammad yang paling disayangi



Panjang lagi sebenarnya, tetapi saya tidak dapat menulis sepenuhnya! dan sekali ustaz kata, 

Semoga hidup ini dapat redha Allah


Penutup: Ya Allah, Pilihlah Aku Lagi
Ya Allah…
Jika hari itu Engkau pilih aku untuk duduk dalam majlis ilmu,
Maka pilihlah aku lagi. Dan lagi. Dan lagi.
Jadikan hati ini rindu kepada ilmu, rindu kepada hidayah.
Bukan hanya bila aku lapang,
Tetapi kerana aku tahu... aku sedang mencari jalan ke syurga.


Nota kecil dari hati:
Sungguh, saya rindu lagi suasana itu.
Saya doakan sahabat yang sedang membaca ini pun, akan dijemput juga ke taman syurga seterusnya.
Kita jumpa di sana — insyaAllah.


Saya kongsikan juga penulisan saya di nota, maaf ya tulisan tak cantik.





WANITA HEBAT DI LANGIT
Tazkirah An-Nisa | 5 Ogos 2025
MEMBINA LEGASI BERTERASKAN WAHYU
Saya lahir ke sini kerana Allah. Saya wujud kerana Allah. Sayangi saya dan redhai saya.
Adab beribadah:
Roh ibadah hilang bila adab hilang.
Sifat wanita: cemburu → berkait dengan Allah.
Bila kita cemburu kerana Allah, itu tandanya cinta.
Allah juga "cemburu" bila kita berpaling dari-Nya.
Hanya ayat ini yang tepat:
Dunia hanya boleh dibetulkan oleh seorang yang sedar.
Yang boleh balas untuk hamba ialah Allah.
"Andai aku usaha, aku ada Allah."
Energy follow intention.
Niat yang betul kerana Allah → energy tak bocor.
Buat yang terbaik kerana Allah. Jika tidak, akan bocor.
Affirmative:
Saya ialah aset Allah paling berharga.
Saya adalah hamba Allah.
Saya diikut ke mana perintah-Nya.
Doa:
Mempersatukan hati.
Meditasi diri di pencaturan Allah.
Tawakal kepada Allah, arahkan harapan kepada Dia.
Anak-anak adalah saham dakwah kita di akhirat.
Wanita menjadi kesan kepada orang lain.
Doa apa ni?
Mari kita buat dan niat:
"Kita buat kerana Allah."
"Aku lakukan ini kerana Kau Ya Allah."
Kisah ayah bawa anak autism jumpa ustaz.
Anak itu sabar.
Doktor itu pegang prinsip sekular:
"Nak usaha bermati-matian, dapat!"
Bila tak dapat → jadi murung.
Dia tak mahu anak.
Ustaz jawab:
Kita lupa Allah.
Allah tidak akan pernah tanya apa yang kita dapat.
Tapi Allah tanya: apa yang kita dapatkan kerana usaha dan sabar?
Itu baru dapat hidayah.
Bagaimana anak mahu syurga jika anak kunci ini aku patahkan?
Soalan:
Pola nafas → latihan pola nafas terbaik: Surah Al-Fatihah.
Standard: Baik. Solehah.
Dah cukup baik atau solehah ke tahap mana?
"Hendakkah kamu masuk ke dalam syurga?"
Akhirat:
Anak kunci di tangan ibu ayah.
Suami, anak, mak ayah → semuanya untuk Allah.
Kena kukuhkan niat.
Apa hukum doa?
Sunat.
Ada doa wajib: dalam Surah Al-Fatihah.
Solat = Doa.
"Ya Allah, tunjuklah aku jalan yang lurus."
Jalan itu membawa ke matlamat.
Ilmu ibarat mendaki gunung.
Bukan naik saja, tapi mesti sampai ke atas.
Apabila kita minta sesuatu, Allah jawab:
Siapa yang jujur, Allah beri.
Siapa yang tak ikhlas, Allah sesatkan.
Hidayah = nikmat paling tinggi.
"Duduk bersama kita, taman syurga."
Nama Nabi dengan nasab:
Nabi Adam → kitab Ibn Hisham.
Cinta wanita solehah:
Cinta pada ilmu.
Hadis: siapa hadir ke majlis ilmu = Mujahid.
"Ilmu kena sampaikan kepada orang luar, maka ilmu itu akan masuk dalam diri."
Mujahadah:
Musuh: jahil & lalai.
Selawat:
"Bila kita puji Allah, Allah akan balas pujian."
Selawat sebagai ekspresi rasa syukur kerana jadi umat Nabi.
Ketinggian yang Allah beri kepada Nabi dan bangganya kita jadi umat Nabi Muhammad.
Jom selawat!
Masjid Sujud di Madinah → kisah selawat.
Allah akan selawat 10x kepada kita bila kita berselawat.
Ciri pertama wanita ke syurga:
Gym = suami.
Muka manis sentiasa.
Imam Ghazali:
Memperbaiki diri dan hadis.
Kisah Nabi Isa & anjing mati:
Nabi Isa bersama 12 orang.
Mereka cela anjing yang mati.
Nabi Isa puji gigi anjing itu: putih & indah.
Subhanallah! Jangan hanya lihat keburukan.
Orang baik = nampak kebaikan.
Sentiasa puji Allah, Allah layak diberi pujian.
"Alhamdulillahirabbil ‘alamin" → lafazkan dengan penuh rasa syukur.
Doa Baca Syukur dapat Bangun Pagi.
Nota akhir:
Bila diuji:
Sedar sedang diuji.
Chunking masalah → kenal pasti.
Ajar diri untuk ignore masalah dan fokus kekuatan diri.
Segitiga kekuatan:
Allah / \ Ujian Saya Allah uji ikut kekuatan kita.
Syaitan akan buat kita nampak kelemahan.
Bila sahabat ada masalah:
Doakan, tahajjud.
Doa kerana orang lain.
Bila kita doa untuk orang, Allah hantar malaikat doa untuk kita.
Ujian bukan menyakitkan.
Ia menguji cara kita urus emosi.
Ikhlas hanya penilaian Allah semata.
Delete apa yang tak perlu dari hidup.
Jangan carry forward yang tak perlu.
Orang bijak tahu cara untuk ignore, bukan hanya buat.
Affirmative:
Affirmasi diri penting.
Doa adalah bentuk affirmasi tertinggi kepada Allah.
Kata-kata yang kita ulang membentuk jiwa.
Gunakan afirmasi yang menyambung kita kepada Allah, bukan sekadar motivasi dunia.
Contoh: "Saya kuat kerana Allah ada bersama saya."
"Saya buat ini kerana Allah reda, bukan manusia."

Affirmation yang benar akan mengubah tindakan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2025/08/wanita-hebat-di-langit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seorang Wanita Mengaku Bunuh 11 Suami Demi Harta

Seorang Wanita Mengaku Bunuh 11 Suami Demi Harta

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 234 hits
KOSMO KOLSUM Akbari mengaku membunuh 11 suaminya Foto IRNATEHRAN Seorang wanita yang mengaku meracun dan membunuh 11 orang suaminya dalam tempoh 22 tahun kini berdepan hukuman mati di Iran lapor portal berita MailOnline semalam Kolsum Akbar...
Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 439 hits
BernamaKUALA LUMPUR Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan cuba membunuh seorang anggota polis dengan melanggarnya awal bulan ini Cham Shan Jer 31 didakwa melanggar Muhamad Fahrulradi Sabran menggunak...
Terkejut Dengar Jeritan Di Berjaya Times Square Wanita Dedah Perkara Sebenar Yang Berlaku

Terkejut Dengar Jeritan Di Berjaya Times Square Wanita Dedah Perkara Sebenar Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 217 hits
Terkejut Dengar Jeritan Di Berjaya Times Square Wanita Dedah Perkara Sebenar Yang Berlaku Baru baru ini seorang pengunjung Berjaya Times Square berkongsi pengalaman mengejutkan ketika berkunjung ke sana Jauh datang dari Terengganu ke Kuala ...
Pelancong Lelaki Digoda Ke Bilik Hotel Disamun 3 Wanita

Pelancong Lelaki Digoda Ke Bilik Hotel Disamun 3 Wanita

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 188 hits
KOSMO SEORANG pelancong membuat laporan di Balai Polis Bandar Pattaya Foto Pattaya MailBANGKOK Seorang pelancong warga Bangladesh membuat laporan di Balai Polis Bandar Pattaya bahawa dia diserang dan dirompak oleh tiga wanita Thailand lapor...
Kecantikan Wanita Muslimah Dalam Islam Mana Yang Halal Mana Yang Haram

Kecantikan Wanita Muslimah Dalam Islam Mana Yang Halal Mana Yang Haram

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 553 hits
Islam melarang berbagai tindakan yang mengubah ciptaan Allah demi kecantikan seperti mencabut alis membuat tato dan merenggangkan gigi Perbuatan ini termasuk dosa besar dan pelakunya dilaknat dalam hadits hadits shahih Namun syariat memberi...
Penghulu Kahwin Dua Wanita

Penghulu Kahwin Dua Wanita

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 198 hits
Penghulu kahwin dua wanita Tangkap layar menunjukkan pengantin lelaki diapit dua wanita di atas pelamin TikTok JAKARTA Seorang penghulu di Kotawaringin Timur wilayah Kalimantan Tengah mengundang perhatian orang ramai kerana dikatakan apabil...
Wanita Sambut Kelahiran Bayi Di Tepi Jalan Dalam Hujan Renyai

Wanita Sambut Kelahiran Bayi Di Tepi Jalan Dalam Hujan Renyai

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 309 hits
Pengalaman menyambut kelahiran bayi biasanya dikaitkan dengan doktor atau bidan di hospital namun berbeza bagi seorang wanita ini apabila dia sendiri menjadi penyelamat dalam detik cemas di tepi jalan Itu pengalaman yang tak akan saya lupak...
Speed Read New Motorcycles From Ducati Aprilia And Husqvarna

Beli Kuih Serabai Kuah Durian Kat Maqan Food Fest 2025 Plaza Angsana Jb

Belajar Melepaskan Belajar Ikhlas

Lirik Lagu Melodi Terluka Ehin

Ucapan Terima Kasih Khusus Buat Blogger Yang Ikhlas

Jiran Sibuk Cari Rupanya Dalang Kes Mayat Kanak Kanak Dalam Guni

Best Gordon Ramsay Beef Wellington Recipe Masterclass

Berhujung Minggu Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peralatan Pekebun Baru Hendak Berjinak Bercucuk Tanam Dan Tiada Ruang Yang Besar Di Rumah

Jangan Cetuskan Drama Tidak Perlu Anzalna Berharap Amira Othman Tidak Dibandingkan Dengan Sesiapa

Dari Rm20k Kini Rm4 Juta Sebulan Gula Cakery Buktikan Kuasa Impian Dan Konsistensi

Ditampar Berulang Kali Oleh Pengetua Sebab Tak Salam

Rahmat Allah

Bencana Tanah Runtuh Di Sabah Ragut 12 Nyawa